Anda di halaman 1dari 35

IPG KAMPUS DARULAMAN

Kod Matapelajaran : PKP 3102

Tajuk :
Nama Ahli Kumpulan :

Peranan Dan Ciri-ciri Guru Pemulihan


Hubungan Interpersonal

Tan Chou Yun (910607-14-5162) Fanny Ting Jia Hui (911228-13-6316) Amirah Bt. Azhar (891102-08-6530) Nurfaiqah Bt. Che Mohamad Aluan (911224-14-6322) Nama Kumpulan: PISMP PEMULIHAN BC / PEMULIHAN BM SEM 2 Ambilan : Jan 2011 Pensyarah: Encik Zainal Abidin

1) PENGURUSAN SEKOLAH

4) PELAJAR

HUBUNGAN INTERPERSONAL

2) RAKAN SEKERJA

3) IBU BAPA / WARIS

- Hubungan Interpersonal
Pengurusan pihak sekolah

Pengenalan
Guru pemulihan adalah nadi sekolah dalam usaha menjayakan pendidikan pemulihan. Sebagai teraju utama dalam menyelesaikan masalah pembelajaran pelajar yang lemah, guru pemulihan harus bijak berhubung dengan individu lain. Setiap guru pemulihan yang membimbing pelajar perlu berhubung dengan pihak ketiga untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Hubungan dengan pergurusan sekolah


Hubungan dengan Guru Besar Hubungan dengan Pegawai Pendidikan Hubungan dengan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru)

Hubungan dengan Guru Besar


Guru Besar adalah pentadbir dan merupakan orang yang bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap kemajuan sekolah. Guru Besar bertanggungjawab menjamin taraf akademik yang tinggi, disiplin pelajar yang terkawal dan suasana bekerja para guru yang selesa. Guru pemulihan perlu sentiasa memainkan peranan sebaik mungkin untuk berdamping rapat dengan Guru Besar untuk melicinkan perlaksanaan dan pengendalian bilik darjah pemulihannya

Peranan Guru Besar

Tugas guru pemulihan untuk menyakinkan Guru Besar mengganggap kelas-kelas pemulihan yang diwujudkan di sekolah amat penting dan kos yang tinggi untuk penyelenggaraan kelas pemulihan bukan sesuatu yang rugi.

Meyakinkan Guru Besar dengan tindak tanduk dan kecekapannya yang dapat dipercayai. Umpamanya, guru pemulihan yang dapat menjamin kejayaan pelajar yang dipulihkan akan dapat perhatian Guru Besar. Kejayaan akan menimbulkan kesan dan pandangan positif terhadap pendidikan pemuilhan dan sekaligus menyetujui kegiatan dalam proses pengendalian program pemulihan itu.

Guru Besar tidak boleh membebankan guru pemulihan dengan tugas-tugas lain.

Hubungan yang baik antara Guru Besar dengan guru pemulihan yang baik akan mendapat segala keperluan untuk mengajar di kelas pemulihan dengan mudah.

Kajian satu : Masalah yang dihadapi oleh guru pemulihan adalah kesukaran mendapatkan kerjasama daripada Guru Besar.
Keadaan 1: Guru Besar tidak berminat terhadap kelas pemulihan. Sikap negatif nyata dilihat daripada tindakannya sewenang-wenang mengarahkan guru pemulihan menghentikan kelas untuk menjadi guru ganti apabila ada guru sakit atau cuti bersalin. Keadaan ini menyebabkan guru pemulihan paling kerap menjadi guru ganti apabila guru-guru lain tidak hadir.

Keadaan 2:
Sikap Guru Besar yang tidak berminat menimbulkan kesulitan guru khas mendapatkan sebarang peruntukan bagi memperoleh bahan dan alatan atau kemudahan lain. Akibatnya, guru pemulihan terpaksa berikhtiar untuk memperoleh kemudahan yang diperlukan dengan cara lain seperti meminta bantuan daripada orang lain atau menggunakan wangnya sendiri.

Keadaan 3:
Guru Besar tidak mendorong pertemuan dengan ibu bapa untuk membincangkan masalah murid yang lembab kerana masalah murid pemulihan akan menjejaskan nama baik dan prestasi sekolah.

Hubungan dengan Pegawai Pendidikan


Pihak-pihak berkenaan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah harus selalu dijemput untuk melawat sekolah. Guru pemulihan boleh mendapatkan nasihat, cadangan sekaligus maklumat yang terkini bagi mengemaskini tentang penyelenggaraan dan teknik baru yang boleh mempertingkatkan lagi prestasi pengajaran murid di kelas pemulihan. Buku rujukan dan buku panduan boleh didapati daripada Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri.

Hubungan dengan PIBG ( Persatuan Ibu Bapa Guru)


Guru pemulihan perlu berdamping rapat dengan mereka agar mereka dapat memahami keperluan pendidikan pemulihan Pemahaman ahli dalam persatuan tentang kepentingan pendidikan pemulihan mendorong mereka memberikan bantuan yang diperlukan oleh guru pemulihan. Masyarakat umum seperti ibu bapa juga perlu diberikan maklumat yang betul tentang kebaikan pendidikan pemulihan agar tanggapan umum pemulihan tidak hanya diberikan kepada murid-murid yang tidak mempunyai harapan. PIBG boleh memebantu guru dari segi kewangan, sokongan moral dan merestui anak-anak mereka yang menjalani pendidikan pemulihan. Memudahkan guru pemulihan menyediakan laporan tahunan tentang perkembanagan dan kemajuan kelas pemulihan

PENGENALAN
Manusia menjalinkan hubungan interpersonal dengan orang lain setiap hari dan sentiasa memikirkan cara terbaik dalam melakukannya. Kepimpinan pula adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam hubungan interpersonal. Pemimpin yang mengamalkan pendekatan yang baik akan mewujudkan hubungan interpersonal yang baik dengan pengikutnya bagi memastikan matlamatnya tercapai.

FAKTOR INTERPERSONAL / FAKTOR ORGANISASI


Konflik dengan pihak atasan
Hubungan tidak baik, tidak dapat sokongan, kepercayaan dan kerjasama.

Konflik dengan rakan, pekerjaan dan lain-lain

HURAIAN FAKTOR-FAKTOR INTERPERSONAL

Semua kerja perlu segera -kesuntukan masa

Beban kerja berterusan (kronik)

Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas

Bebanan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif

Mengalami kebosanan di tempat kerja

Merasakan idea sendiri yang betul

Selalu salahkan orang lain

Rasa tidak sabar dan mudah meradang terhadap rakan kerja

TIP-TIP MENJAGA HUBUNGAN BAIK DI TEMPAT KERJA

1) Fokus pada maklumat, bukannya pada penyampai

Kadang-kadang seseorang itu mempunyai pandangan tersendiri tentang seseorang yang lain sebelum betul-betul mendengar apa yang hendak disampaikannya. Apabila perasaan prejudis wujud di antara dua individu, maklumat yang disampaikan tidak dapat dihayati sepenuh perhatian dan ketelusan.

Seseorang perlu cuba memahami pandangan orang yang bercakap, menterjemah pendirian dan keperluannya. Jika perlu untuk penerangan lanjut, jangan malu untuk berbuat demikian. ELAKKAN ketegangan di pejabat kerana ia boleh menjejaskan prestasi kerja.

2) Dengar dahulu dan nilai kemudian.

Penilaian boleh dibuat selepas perbualan berakhir. Jangan sesekali menilai, membuat keputusan atau merumuskan sesuatu selagi maklumat keseluruhan belum dipastikan. Apabila dia telah selesai menyatakan pendapatnya, anda bolehlah memberi respons.

3) Komunikasi bertulis juga penting jika maklumat gagal disampaikan secara lisan.

Mereka yang mempunyai personaliti emosional atau golongan yang sukar untuk mendengar kata-kata orang lain lazimnya bermasalah untuk berkomunikasi. Maka, golongan ini dinasihatkan untuk menulis pendapat mereka sebelum sebarang perbualan dimulakan. Mereka biasanya boleh berekspresi dengan lebih baik secara bertulis berbanding secara lisan. Kaedah itu boleh dipraktikkan untuk mengurangkan kesilapan ketika bercakap.

hubungan antara pemimpin organisasi dengan pekerja sering bermasalah pekerja tidak dapat menerima kehadiran pemimpin

sering bertingkah laku yang boleh merugikan organisasi.

KESIMPULAN

Komunikasi berkesan boleh dicapai melalui penggunaan bahasa yang mudah, mengamalkan sistem maklum balas, mempunyai perasaan hormat-menghormati dan memahami cara serta protokol perbualan di kalangan teman pejabat yang berlainan hierarki.

Interpersonal bermaksud kemampuan seseorang untuk berkomunikasi. Ibu bapa adalah agen utama dan yang pertama mesti memainkan peranan melaksanakan tanggung jawab mengasuh, mendidik, mengajar serta membimbing anak-anak mereka untuk menjadi pewaris pelapis kepada generasi yang cemerlang ilmu dan akhlaknya di dunia dan di akhirat.
Oleh itu, ibu bapa harus mempunyai hubungan interpersonal yang baik dengan anak mereka supaya dapat berkomunikasi dan memahami perasaan anak mereka dengan baik.

Ibu bapa adalah guru kepada mereka dalam pendidikan informal dalam institusi keluarga.

Dengan
peranan

ini,

ibu

bapa
dengan

haruslah

memainkan
dan

mereka

melaksanakan

memikul tanggungjawab mereka dengan baik. Ibu bapa bertanggung jawab untuk meluntur anakanak mereka sejak mereka masih rebung lagi supaya senang dibentuk agar kecemerlangan yang diidam-idamkan diperolehi.

PERANAN IBU BAPA IALAH: 1. Memberi semangat. 2. Memberi dorongan. 3. Memberi galakan. 4. Memberi perangsang. 5. Mengambil berat.

Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak secara positif, khususnya dalam pembentukan peribadi

dengan sifat-sifat berikut:


Keyakinan penuh pada diri sendiri Memuliakan diri sendiri sebagai hamba Allah Menjaga nilai harga diri Bersifat benar dalam segala hal

Berani menghadapi dugaan dan cabaran


Selalu bersifat tenang

Oleh

itu, ibu bapa mestilah pandai memperuntukkan masa yang secukupnya untuk melayani karenah anak-anak. Mereka juga harus mengambil berat dan memberi perhatian kepada anak mereka untuk memahami perasaan mereka dan apa yang diperlukan oleh mereka.
Ibu bapa harus berkomunikasi dengan anak mereka untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka dan sanggup meluangkan masa dengan menemani mereka dan berkongsi pengalaman dengan mereka. Kesimpulannya, ibu bapa harus memberikan kasih sayang yang secukupnya untuk mewujudkan kemesraan antara ibu bapa dan anak-anak.

Berjumpa dan berbincang dengan guru,ibu


bapa, penjaga, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid-murid.

Untuk meningkatkan keyakinan diri murid-murid Untuk membantu murid berasa diri mereka diperlukan dan disayangi Agar murid tidak disisihkan oleh guru lain atau pelajar lain Membantu dan membimbing murid dalam pembelajaran

Mengetahui tentang murid secara lebih peribadi

Memudahkan guru untuk mengetahui tentang masalah murid

Agar murid lebih mempercayai guru pemulihan untuk berkongsi masalah

Agar lebih senang mengubah tingkah laku murid-murid

RUJUKAN
Jais Sahok & Mat. Nor Hussin(1990). Pendidikan Pemulihan. Selangor : Masa Enterprise Sdn. Bhd. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon(1995). Pendidikan Khas Dan Pemulihan Bacaan Asas. Kuala Lumpur : Siri Pendidikan Sdn.Bhd. http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cgi?id=393 http://embranherba.blogspot.com/2009_08_01_archive.html http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0305&pub=K osmo&sec=Pesona&pg=ps_02.htm

Anda mungkin juga menyukai