Anda di halaman 1dari 18

2.

Pembangunan Kurikulum
Rasional Pembangunan Kurikulum Pendidikan yang berkesan dan berjaya diperolehi melalui perancangan yang rapi. Tanpa perancangan, kecelaruan, pertindihan dan pergeseran akan berlaku ketika melaksanakan aktiviti-aktiviti kurikulum. Biasanya, para pendidik di sekolah akan membangunkan satu rancangan induk sebelum menjalankan programprogram yang dilaksanakan dalam sesebuah sekolah.

Pembangunan Kurikulum
Rasional Pembangunan Kurikulum Membuat perubahan kepada kurikulum sedia ada, contohnya untuk memasukkan pengetahuan yang baru ditemui atau yang dianggap penting. Atau kerana perubahan dari segi struktur sekolah, atau kerana penerapan kaedah-kaedah pengajaran yang baru.

Konsep Pembangunan Kurikulum


Istilah/konsep pembangunan kurikulum merupakan istilah/konsep yang komprehensif dan mencakupi di dalamnya istilah-istilah/konsep-konsep perancangan kurikulum, pembaikan kurikulum (curriculum improvement), dan penilaian kurikulum. Pembangunan kurikulum selalu membawa maksud perubahan dan pembaikan, oleh kerana itu istilah curriculum improvement dikatakan sebagai sinonim kepada istilah pembangunan kurikulum, walaupun pada sesetengah kes, pembaikan dilihat sebagai hasil daripada pembangunan kurikulum (Oliva 2005, pg. 22).

Konsep Pembangunan Kurikulum


Perancangan kurikulum merupakan fasa awal pembangunan kurikulum di mana penggubal kurikulum akan membuat keputusan dan tindakan untuk memantapkan satu pelan yang akan dilaksanakan oleh guru dan pelajar. Perancangan merupakan fasa berfikir atau fasa reka bentuk kurikulum. Pelaksanaan kurikulum merupakan terjemahan pelan kepada tindakan. Penilaian kurikulum merupakan fasa di mana kejayaan atau pencapaian kurikulum ditentukan (Oliva, 2005, pg. 23)

Tahap-Tahap Pembangunan Kurikulum


Peringkat Kebangsaan (Pusat Pembangunan Kurikulum) Peringkat Negeri Peringkat Daerah Peringkat Sekolah (Pengetua) Peringkat Individu/Guru

Model-Model Pembangunan Kurikulum


2 jenis/kategori model yang utama; Model Pendekatan Teknikal Saintifik Model Pendekatan Bukan Teknikal-Bukan Saintifik

Model Pendekatan TeknikalSaintifik


Pendekatan ini pada dasarnya melihat perkembangan kurikulum sebagai satu pelan/rancangan/blueprint yang menyusun persekitaran pembelajaran dan menyelaraskan unsur-unsur personel/sumber tenaga manusia, bahanbahan dan peralatan. Pandangan teknikal-saintifik membolehkan anda memahami istilah kurikulum daripada pandangan yang luas atau makro dan memahaminya sebagai unit yang kompleks yang terdiri daripada bahagian-bahagian kecil yang berfungsi secara bersepadu untuk mencapai fungsi yang sama iaitu mendidik manusia.

Model Pendekatan TeknikalSaintifik


Model-model dalam pendekatan ini menggunakan paradigma jalan-hasil (means-end paradigm). Model-model ini dibentuk berdasarkan rasional dan sensing/ilmu deria (technological rationality) Proses pembangunan kurikulum mempunyai tahap keobjektifan, keuniversalan dan logik yang tinggi (contoh: objektif pengajaran didefinisikan dengan jelas dan dicapai secara linear/lurus). Program yang direka bentuk berdasarkan model ini boleh dinilai hasilnya.

Contoh Model Pendekatan Teknikal-Saintifik (Model Tyler)


Tyler menekankan bahawa mereka yang terlibat dalam pembangunan kurikulum mesti berusaha untuk mengenalpasti dan mendefinisikan: 1. Tujuan sekolah (purposes of the school) 2. Pengalaman pembelajaran berkait dengan tujuan sekolah (Educational experiences related to the purposes) 3. Organisasi pengalaman pembelajaran (Organization of these experiences) 4. Penilaian (Evaluation of the purposes)

Contoh Model Pendekatan Teknikal-Saintifik (Model Tyler)


Tujuan/Objektif umum diperoleh daripada tiga sumber; pelajar, masyarakat dan subject matter/mata pelajaran. Objektif umum ini seterusnya dihalusi dan ditapis melalui 2 tapisan iaitu falsafah sekolah dan psikologi pembelajaran. Tyler menyarankan agar pemilihan pengalaman pembelajaran dilakukan dengan mengambil kira pengalaman lampau dan pandangan pelajar berhubung perkara yang dipelajari atau situasi pembelajaran yang dialami.

Contoh Model Pendekatan Teknikal-Saintifik (Model Tyler)


Tyler menekankan agar organisasi pengalaman pembelajaran dilakukan dengan cara tertib atau aturan pengalaman itu mestilah sistematik sehingga menghasilkan kesan terkumpul yang maksimum. Tyler menekankan penilaian penting untuk proses pembangunan kurikulum . Penilaian harus dilaksanakan berdasarkan objektif yang telah dirancangkan.

Contoh Model Pendekatan Teknikal-Saintifik (Model Taba)


Taba menekankan kurikulum seharusnya direkabentuk oleh pengguna program. Guru seharusnya memulakan proses pembangunan kurikulum dengan membina unit pengajaran dan pembelajaran khusus untuk pelajarnya. Guru mengambil pendekatan induktif dalam membangunkan kurikulum ie. bermula dari yang spesifik menuju kepada reka bentuk yang umum. Ini berlawanan dengan reka bentuk biasa yang bermula dari yang umum kepada yang spesifik atau pembangunan kurikulum secara deduktif( Contoh Model Tyler).

Contoh Model Pendekatan Teknikal-Saintifik (Model Taba)


Taba mengusulkan tujuh langkah dalam mengembangkan sesuatu kurikulum. 1. Analisis keperluan (Diagnosis of needs/Needs analysis). Guru memulakan proses dengan mengenalpasti keperluan pelajar yang menjadi sasaran kurikulum yang dirancang 2. Memformulasi objektif (Formulation of objectives). Selepas guru dapat mengenalpasti keperluan pelajar, beliau seharusnya menyatakan objektif yang ingin dicapai

Contoh Model Pendekatan Teknikal-Saintifik (Model Taba)


3. Pemilihan isi kandungan (Selection of content). Objektif yang dipilih/diformulasikan akan memberi garispanduan berhubung isi kandungan/pengisian kurikulum. Bukan sahaja objektif dan isi kandungan perlu sesuai bahkan kesahan dan kepentingan isi kandungan yang dipilih juga perlu ditentukan 4. Penyusunan/Organisasi isi kandungan. Isi kandungan kurikulum perlu disusun mengikut urutan-urutan tertentu dengan mengambilkira kematangan, pencapaian akademik dan minat pelajar.

Contoh Model Pendekatan Teknikal-Saintifik (Model Taba)


5. Pemilihan pengalaman pembelajaran (Selection of learning experiences). Peringkat ini melibatkan pemilihan kaedah pengajaran yang dapat menyampaikan isi kandungan secara berkesan. 6. Penyusunan aktiviti-aktiviti pembelajaran (Organization of learning activities). Penyusunan aktiviti-aktiviti pembelajaran biasanya ditentukan oleh isi kandungan yang ingin disampaikan. 7. Penilaian dan kaedah penilaian. (Evaluation and means of evaluation). Perancang kurikulum harus menentukan objektif yang tercapai di peringkat ini. Kaedah penilaian perlu difikirkan (consider) oleh pelajar dan guru.

Model Hunkins

Model Pendekatan Bukan Teknikal Bukan Saintifik


Pendekatan yang menekankan; 1. kesubjektifan, aesthetic, heuristic and transactional 2. bukan kepada hasil tetapi kepada pelajar (learner), terutama melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara aktiviti (activity-oriented approaches to teaching & learning) 3. tidak semua hasil pembelajaran boleh diketahui Pendekatan yang mengambilkira bahawa kurikulum berkembang beransur-ansur berbanding yang dirancangkan secara tepat (evolves rather than being planned precisely) .

Model Pendekatan Bukan Teknikal Bukan Saintifik


Model dibentuk berdasarkan intuisi (perasaan)- dikenali sebagai aesthetic rationality Pendekatan yang menyokong reka bentuk berpusatkan pelajar dan sedikit kepada reka bentuk berpusatkan masalah.

Anda mungkin juga menyukai