Anda di halaman 1dari 88

Suri Ryana

Bab 1
URANG asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje! bebelku sambil membetulkan T-shirt lengan panjang berwarna hitam di badan. Sakit di hati masih membara lagi. Tak pasal-pasal aku kena balik rumah dan tukar baju lain! Tengoklah, kalau aku jumpa pemilik kereta tu nanti, siaplah dia! Omelku dalam hati. Nasib baik nombor plat kereta BMW X6 itu senang untuk dihafal. Bawak kereta mahal-mahal tapi otak letak kat lutut! Sabar Afina Aulia... husnuzon... husnuzon! Entahentah pemandu tadi tak perasan kut dia terlanggar lopak? Hatiku berkata begitu. Bukan aku tak mahu husnuzon atau bersangka baik, tetapi mustahil pemandu tadi tak perasan lopak sebesar itu. Hah! Entah-entah bas pun dah terlepas agaknya masa aku pulang tadi! Aduhai.... Aku menggigit bibir dan menghalakan pandangan ke sebelah kanan jalan. Sebuah motor kapcai kemudiannya berhenti betulbetul di hadapanku. Lelaki yang masih berada di atas

Playboy Itu Suami Aku?!

motosikal tu kemudiannya bersuara. Kau ni kembar Si Fisya ke? Apesal aku tengok takde rupa pun? Selamba sahaja ayat tersebut meluncur keluar daripada mulutnya. Tanpa ada sedikit pun rasa bersalah. Lelaki bermulut celopar itu kemudiannya turun dari motosikal dan duduk di sebelah kiriku. Astaghfirullahalazim... aku mengurut dada. Cuba untuk bersabar. Kenapalah dalam masa tidak sampai satu jam aku terpaksa berjumpa dengan dua orang yang takde adab? Dia ni tak tahu bagi salam ke? Lepas tu siap kutuk aku lagi. Wahai hati... teruslah tabah! Cuma tahi lalat dan bentuk muka aje yang sama. Lain-lain rasanya takde. Topi keledar ditanggalkannya. Lelaki tadi kulihat terus meneliti wajahku. Cuba mencari persamaan di antara aku dan Fisya, kembar seirasku. Aku hanya buat bodoh. Pandangan terus kuhalakan ke sebelah kanan. Karang disebabkan mamat mulut celopar ni, aku pulak yang terlepas bas. Buang air liur aje layan orang macam ni. Memanglah Afisya Alia tu cantik, tapi perlu ke cakap macam tu? Hoi mak nenek! Kau pekak ke? Lelaki tadi menguatkan suaranya. Geram kerana aku tak memberikan sebarang reaksi, mungkin! Aku menjeling tajam ke arahnya. Dia pula tersengih sedikit. Kurang asam betul lelaki ni! Mentang-mentanglah aku pakai kaca mata tebal berbingkai hitam, dipanggilnya aku mak nenek! Okeylah... aku percaya kau kembar Fisya. Lelaki itu bersuara lagi. Macam tak ikhlas aje bunyinya. Hei, peduli apa dia

Suri Ryana

percaya atau tidak? Ada aku kisah? Aku bingkas bangun dari bangku besi lalu menapak menjauhi lelaki sewel itu. Lengan T-shirt kusingkap sedikit dan terus menilik jam di pergelangan tangan. Bulat mataku memerhati jarum jam. Alamak... dah pukul sembilan sepuluh minit pagi! Sempat atau tak ni? Hei... aku tengah bercakap dengan kaulah! Aku menjeling sedikit ke arahnya. Rimasnya aku! Lelaki tadi kulihat sudah pun berdiri dan mula menapak ke arahku. Dari pengamatan ikhlas aku, dia ni bukan taste Fisya. Setakat naik motor kapcai, baju pulak bukan berjenama antarabangsa, jangan mimpilah nak berdampingan dengan Fisya! Nak saja aku beritahu mamat ni supaya jangan buang masa mengejar Fisya tetapi aku malas. Nanti tak pasal-pasal aku dikatakan cemburu dengan Fisya. Aku serik! Dah banyak kali sangat terjadi. Errr... sebenarnya aku nak mintak tolong sikit. Boleh kau kasi aku handphone number Si Fisya? Bingo! Memang aku dah dapat agak ayat itu akan keluar daripada mulut dia. Siapa tak kenal Fisya? Bukan sahaja terkenal kat taman ni, malahan taman-taman sebelah juga kenal Fisya. Kat kampus dulu, semua lelaki nak rapat dengannya. Bukan sahaja pelajar dan pensyarah, pak cik jual air kat kafe pun minat dengan Fisya. Mintak la sendiri dengan dia, balasku acuh tak acuh. Dalam hati berdoa, cepatlah bas tiba. Kau ni, dah la rupa pun buruk, perangai lagi buruk ek. Mintak tolong sikit pun tak boleh! Sinis suaranya menampar gegendang telingaku. Aku cuba buat tak tahu aje. Relaks Afina... kau pernah berada dalam situasi

Playboy Itu Suami Aku?!

yang lebih teruk daripada ni. Kau pernah dikeji lebih dahsyat daripada ni. Aku cuba menyabarkan hati. Ni mesti kes cemburu ni. Kau cemburu dengan Fisya, kan? Sebab tu kau tak kasi aku nombor dia. Kalau aku mintak nombor kau, mesti kau kasi. Betul tak? sambung lelaki itu lagi. Tipulah kalau sedikit pun hati aku tidak tercalar dengan kata-katanya tu. Astaghfirullahalazim... luahku. Aku mengumpul sisa-sisa kesabaran yang masih ada. Pura-pura baik pulak! Sinis sekali suaranya. Tidak mampu lagi rasanya untuk terus berada di sini. Melayan lelaki psiko bermulut celopar bukanlah kepakaran aku. Aku terus menahan teksi yang kebetulan lalu di hadapanku. Kalau kau tak nak kasi, sudahlah! Aku boleh cari sendiri! Tempik lelaki psiko itu sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam perut teksi. Pak cik teksi pula hanya tersengih aje. Malas hendak kufikirkan apa yang sedang bersarang di dalam kepalanya. Selepas memberitahu destinasiku, aku hanya membuang pandang ke arah luar tingkap. cuba

Suri Ryana

Bab 2
ATA orang, kalau nak cari pasangan biar tak cantik asalkan hatinya baik. Kalau ayat itu keluar daripada mulut seorang lelaki, sumpah aku akan fikir dua puluh juta kali sebelum percayakan lelaki itu! Memanglah tak semua lelaki mementingkan kecantikan dalam mencari pasangan tetapi, majoriti lelaki yang aku jumpa memang tak boleh pakai! Majoritinya lebih mengejar kecantikan daripada hati. Memang haprak! Sebagai seorang yang kurang cantik, aku sentiasa rasa bersyukur dengan apa yang aku miliki cumanya orang di sekeliling aku sering sahaja buat darah aku naik. Perlu ke dia orang nak banding aku dengan Fisya? Memang kami kembar. Memang dari segi rupa paras, wajah kami lebih kurang sama sahaja. Posisi tahi lalat kecil di bahagian dagu pun sama. Tapi, orang masih terkejut beruk kalau mereka tahu yang aku dan Fisya adalah kembar. Mana tidaknya. Fisya free hair, pandai bergaya dan tak pakai kaca mata tebal macam aku. Anak matanya sentiasa bertukar warna. Kadangkala coklat, adakalanya biru dan adakalanya kelabu. Dia juga bijak

Playboy Itu Suami Aku?!

bersosial. Oh... bukan setakat bijak, tetapi prestasinya terlalu cemerlang dalam bidang itu. Sebab itulah mama dan papa selalu sahaja diserang migrain! Aku pula tak pandai bergaya. T-shirt lengan panjang bersaiz besar dipadankan bersama seluar jean. Kalau tak pun, baju kurung! Itu sahajalah pakaian kegemaran aku. Salah ke? Itu aje yang buat aku rasa selesa. Kanta lekap? Sorry, aku tak berminat pun nak cuba! Bagi aku, tak penting pun nak cantik-cantik untuk puaskan hati manusia. Bibir kucebikkan sedikit. Namun, senyuman di bibir muncul kembali apabila teksi berhenti betul-betul di hadapan Cinta Florist. Terkocohkocoh aku keluar dari perut teksi setelah membayar tambang. Jam di pergelangan tangan kuangkat sedikit tinggi sehingga ke paras dada. Dah pukul sepuluh pagi! Aku menjerit dalam hati. Memang sah aku dah terlewat setengah jam. Aduhai, kalau Syaf seorang aje yang ada, aku tak kisah tetapi Kak Faz pun ada sekali rasanya. Habislah, mesti Kak Faz akan beri ceramah tentang betapa pentingnya menepati masa sekejap lagi kepadaku. Terbayang wajah ustazah sekolah rendah itu di mata saat ini. Niat di hati yang ingin terus meluru masuk ke dalam kedai terhalang apabila aku terpandang ke arah sebuah kereta yang tersadai cantik di hadapan kedai bunga. Mata kukecilkan sedikit ke arah nombor pendaftaran kereta BMW ini. Memang kaca mata aku masih berfungsi lagi. Sah! Kereta inilah yang simbah air lopak kat aku tadi! Kaki terus melangkah ke bahagian hadapan kenderaan sambil bercekak pinggang. Entah-entah pemilik kenderaan ini ada di dalam kedai bunga Kak Ani! Dengan tergopoh-gapah aku terus menolak daun

Suri Ryana

pintu Cinta Florist. Mataku terus melilau ke sekeliling ruang kedai yang bersaiz sederhana besar ini. Hanya seorang lelaki yang sedang berdiri di kaunter. Dari lagaknya, dia kelihatan seperti sedang tercari-cari seseorang. Mungkin nak buat tempahan bunga agaknya. Mana Si Syaf dan Kak Faz? Ke mana agaknya budak dua orang ni mengular? Kalaulah Kak Ani tahu ni, harus seratus hari Syaf terpaksa tahan telinga kena bebel dengan kakaknya tu. Aku mengamati lelaki tersebut dari belakang sambil menyeluk beg untuk mengeluarkan telefon bimbit. Dengan sut hitam yang tersarung di badan, memang kebarangkaliannya tinggi untuk si lelaki ini menjadi pemilik kereta BMW X6. Isy, tapi takut juga kalau salah orang! Aku baru sahaja mendail nombor telefon Syaf apabila lelaki tersebut menoleh ke arahku. Memang penuh gaya! Senyuman manis diberikannya membuatkan telefon bimbit hampir sahaja terlepas dari genggaman. Bukan terlalu cepat tergoda, cuma aku terkejut sahaja. Mamat motor kapcai pun tak hingin tengok muka aku, tapi, lelaki kacak dan bergaya ni boleh pulak senyum kat aku. Aku cepat-cepat menoleh ke belakang. Manalah tahu dia senyum kat orang di belakangku. Tapi, memang jelas aku seorang sahaja yang tercongok kat sini. Lega hatiku apabila terdengar suara Syaf di hujung talian. Helo Syaf... aku kat kedai ni. Ada customer tengah tunggu kau kat kaunter. Kau kat mana ni? Kelam-kabut aku bersuara dengan nada berbisik. Aku sibuk sikit. Kau tolong amik order ye? Please... aku sakit perut la. Bunyi nada suara Syaf di hujung talian lain macam

Playboy Itu Suami Aku?!

aje dan sedikit bergema. Memang sah dia sedang buat pelaburan di bank yang terletak di bahagian belakang kedai. Aduh! Kau gila ke? Aku mana tahu buat kerja ni. Mana Kak Faz? tempelakku. Geram betul aku dengan Si Syaf ketika ini. Kunci la pintu dulu kalau ye pun nak tinggalkan kaunter. Nasib baik pelanggan yang masuk. Kalau perompak, macam mana?! Kak Faz tunggu kau lama sangat tadi. Dia keluar beli air. Okeylah... jangan lupa layan customer tu. Selamba betul minah ni! Belum sempat aku hendak protes, talian dimatikan. Aku mana ada pengalaman ambil pesanan. Leceh betullahhhh! Jeritku dalam hati. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum melangkah ke arah kaunter dengan tenang. Lelaki tersebut hanya memerhati lagakku. Beg tangan kuletakkan di dalam laci. Kemudian, aku terus mencapai pen di atas meja. Maaf sebab tunggu lama ye encik. Pemilik kedai ni suruh saya tolong gantikan tempat dia. Dia ada hal sikit. Dengan tenang aku berkata begitu. Kaca mata yang melorot ke hidung kubetulkan sedikit. Kak Ani sakit ke? soalnya dengan nada prihatin. Nampaknya dia kenal Kak Ani. Mesti pelanggan tetap ni. Wajahnya ditundukkan sedikit. Memang kacak lelaki ini. Baik pula tu. Aku mula membuat kesimpulan. Rasanya dia ni lebih kacak daripada hero-hero kat dalam TV. Lebihlebih lagi apabila dia buat muka prihatin macam tu. Nasib baiklah aku bukan Fisya. Kalau adikku tu, harus dia goda lelaki ni. Isk, kau ni Afina... ke situ pulak. Eh, tak... Kak Ani sedang bercuti sekarang ni. Adiknya yang ambil alih tugas Kak Ani untuk sementara

Suri Ryana

waktu, jawabku. Tidak lagi memandang ke arahnya. Purapura sibuk mencari kertas. Eh, mana pula kertas ni? What are you searching for? tanya lelaki itu dengan tiba-tiba. Mesti dia dapat lihat aku sedang kalut sekarang ni. Aduhai Fina! Emmm... kertas, jawabku dengan perlahan. Aku intai sikit dia. Ada senyuman muncul di bibirnya. Its here. Dengan pantas dia menudingkan jari ke arah stick on note yang berada di atas meja. Isy, macam mana aku tak nampak kertas yang ada kat depan mata ni? Sehelai kertas ditariknya dan kemudian dia menulis sesuatu di situ. Tidak seperti selalu, kali ini mudah sungguh aku terleka. Mata terus mengamati wajah serius di hadapanku. Sempurna sungguh ciptaan Allah. Hatiku memuji tanpa sedar. I want five bouquets of roses. Four bouquets mesti ada lima puluh kuntum hybrid tea roses warna merah. Campur dengan baby breath. Baby breath? Biar betul nama bunga macam tu! Ah, takpe. Mesti Syaf tahu serba sedikit ni. Pasti Kak Ani dah turunkan ilmu kat dia. Kertas yang berada di tangan dihulurkan ke arahku. Aku terus menyambutnya dan menundukkan wajah. Sehelai lagi kertas ditarik oleh lelaki kacak ini. Aku tahu dia sedang menulis sesuatu tetapi aku tak berani lagi mengangkat wajah kali ini. Takut terleka lagi. Kat atas kad, tulis ayat ni. Aku terus menyambut huluran kertas tersebut dan membaca bait-bait ayat yang tercoret.

Playboy Itu Suami Aku?!

On this day, a very special person was born. Happy birthday, beautiful. I love you so much! - King Semua rasa kagum, suka dan yang seangkatan dengannya sebentar tadi terus hilang. Tahniah Fina! Kau telah kembali ke dunia nyata. Sah, yang berada di hadapan kau ni King of Crocodile! Semua kad tulis ayat yang sama ke? soalku sedikit terkejut. Aku tak peduli lagi sekiranya dia perasan perubahan pada nada suaraku. Orang gila sahaja yang tak akan terkejut. Yes! Cuma nama aje berbeza. These are their names and addresses. Hantar today. Seperti tidak terkesan dengan nada suaraku tadi, dia menjawab soalanku dengan bersahaja. Aku terus membaca huluran kertas yang seterusnya. Nadia, Rossy, Jessica, Fisya. FISYA? Bulat mataku mengeja kembali nama yang terakhir itu. F-I-S-Y-A. Memang bunyinya Fisya! Tetapi ni bukan alamat rumah aku. Aku terus mendongak. Ternyata dia juga sedang merenung ke arahku. Boleh tak kalau dia tak senyum? Errr... Fisya ni... Belum sempat aku menghabiskan ayat, dia terus mendekatkan wajahnya ke arahku. Why? bisiknya dengan penuh prihatin. Aku pula terus menggelengkan kepala. Mesti Fisya lain ni! Emmm... nothing! Fina... kau dah salah menilai! Dia ni playboylah. Sama aje dia ni dengan lelaki lain kat luar sana tu. Hatiku menempelak.

10

Suri Ryana

Ehem. Tadi encik kata ada lima bouquet, kan? Dengan sedikit kalut aku bertanya soalan itu. Dia menganggukkan kepala. Yes, yang satu lagi tu pun sama aje but I nak cream colour gerbera dengan eustoma untuk jambangan ni. Algebra? Mata kukecilkan sedikit sambil buat muka blur. Nak eja macam mana pun aku tak tahu. Bunga apa tu? Kenapa aku dengar bunyinya macam algebra yang aku belajar kat sekolah dulu pulak? Terkejut sedikit kulihat wajah lelaki ini. Mesti dia ingat aku ada penyakit. Tadi terkejut dengar nama Fisya. Sekarang ni terkejut nama bunga pula. Bukan algebra but gerbera! Lelaki itu tergelak kecil. Barisan gigi yang putih jelas kelihatan waktu ini. Kulit wajah di bahagian pipi pula kelihatan sedikit merah. Aku juga ikut senyum melihat dia seceria ini. Terus sahaja dia mencapai kertas dan menulis nama bunga tersebut. Owh... G-E-R-B-E-R-A! Aku manalah tahu tentang bunga! Owh... you are not familiar with flowers, are you? soalnya. Macam tahu pula apa yang bermain dalam fikiranku. Tanpa menunggu jawapanku, dia terus keluar melalui pintu sisi. Tidak sampai beberapa saat kemudian, dia hadir semula bersama dua kuntum bunga. This is gerbera, ujarnya dengan perlahan-lahan. Nampak seperti cikgu tadika pun ada. Aku terus tergelak kecil sambil menganggukkan kepala. Kenapa tak cakap bentuknya macam bunga matahari

11

Playboy Itu Suami Aku?!

cuma yang ni warna krim! Kalau aku tulis algebra tadi, tak ke naya? Mesti Syaf pun tak faham bunga apa yang dikehendaki oleh lelaki ini. And this is eustoma. Tangan kirinya pula digawangkan di hadapan wajahku. Aku terus mengangguk dan menyambut huluran kertas yang diberikannya. Tidak sabar rasanya ingin membaca ucapan untuk penerima bunga yang kelima ni. Kalau aku tak ganti tempat Syaf hari ni, mesti aku tak akan percaya yang dia adalah seorang playboy! Afina! Seorang playboy memang pandai memikat. Hatiku berkata-kata sendiri. Tulis ayat tu kat atas kad. Aku hanya menganggukkan kepala. Dear Leya, You are too good for me. I think you are better off with someone else. Lets just be friends. I am sorry. :( Goodbye darling... :) Begitulah bunyinya ayat di atas kertas yang terakhir ini. Nak berpisah pun hantar bunga jugak? Ni bayarannya. Beberapa keping not RM50.00 dihulurkan kepadaku. Aku pula terus menggawangkan tangan tanda tidak boleh menerima duit tersebut. Biar aje Syaf yang tentukan harganya. Eh, encik... saya tak tahu berapa harga semua ni. Nanti saya... Belum habis aku cakap, dia sudah memotong.

12

Suri Ryana

Its okay. Harga tak berubah pun. Im a regular customer here, ujarnya dengan selamba. Oh, okey.... Dengan sedikit teragak-agak aku menyambut kepingan duit yang berada di tangannya. Dia pula terus berpaling. Ayat yang kurangka dalam kepala terasa ingin sangat kuajukan kepadanya. Encik K... memanggil namanya. King! Aku memberanikan diri

Dia terus menoleh ke arahku. Sedikit serius wajahnya ketika ini. Anything? soalnya. Sa... saya nak tanya... kereta kat depan tu kereta encik ke? Walaupun sedikit gagap pada mulanya namun, soalan tersebut berjaya juga meluncur keluar daripada bibirku. Dia terus melangkah kembali ke kaunter. Kepala ditundukkan memandang ke arahku yang sedang duduk. Yes, why? soalnya sambil tersenyum sekali lagi. Aku rasa dia ni ada main jampi-jampi la. Lembut sedikit hatiku apabila dia tersenyum begitu. Tapi, serta-merta aku mengumpul kekuatan yang ada dan baru sahaja mulutku ingin berkata-kata, lelaki tinggi lampai ini telah terlebih dulu bersuara. By the way, I think you look better without glasses. Matanya kulihat mengamati wajahku membuatkan aku kaku. Tiba-tiba sahaja wajahnya ditundukkan mendekati wajahku yang sedang mendongak ke arahnya membuatkan aku terus menggerakkan kerusi beroda ini ke belakang. Cemas!

13

Playboy Itu Suami Aku?!

Trust me! Mata dikenyitkan sedikit selepas berkata begitu. Aku pula tersentak dan terus kelu. Kata-kata cacian yang kukarang sejak pagi tadi khas untuk pemandu BMW hitam ini terus hilang. Bagaikan dibawa terbang oleh angin. Memang tak masuk akal, tapi itulah hakikatnya! Dan setelah itu, dia terus berlalu keluar melalui pintu di bahagian sisi kedai. Afina! Apa dah jadi dengan kau? Aku menjerit kecil sambil menutup mata. Apa yang playboy tu jampi sehingga kau jadi selemah tadi?

14

Suri Ryana

Bab 3
Terus sahaja Kak Fazrina menarik aku ke dalam pelukannya. Aku juga turut membalas pelukan wanita itu dengan erat. Walaupun Kak Faz bukan kakak kandungku tetapi dia selalu ada masa aku susah, kecewa dan sedih. Kami bersama-sama membesar di Kuala Nerang, Kedah dulu. Rumah keluarga Kak Faz letaknya di sebelah rumah arwah nenek. Terima kasih kerana selalu ada untuk Afina, Kak Faz. Ada sendu dalam nada suaraku. Bergenangan mutiara-mutiara jernih di tubir mata. Ketika arwah nenek meninggal dulu, keluarga Kak Fazlah yang membantu menguruskan segala-galanya sementara menanti ketibaan papa dan mama. Kalaulah mereka tak ada, tidak tahulah aku bagaimana menghadapi saat-saat pilu itu dulu. Afina adikku... janganlah buat Kak Faz sayu pulak.

ARAKALLAU FIK, sahabatku! Semoga Allah sentiasa merahmatimu.

15

Playboy Itu Suami Aku?!

Nanti banjir kedai bunga Kak Ani ni. Kak Faz kalau teriak (menangis), susah nak berhenti. Aku tahu Kak Faz cuba menceriakan suasana. Kaca mata kutanggalkan dan aku mengesat air mata saat pelukan dileraikan. Syaf yang tadinya kulihat sibuk memotong kek kini memelukku pula. Afina... aku tahu kadang-kadang aku banyak menyusahkan kau. Tapi... bisik Syaf, kawanku yang sedikit nakal ini. Aku terus meleraikan pelukan. Mata kubulatkan ke arahnya. Tapi apa? Syaf menguntumkan senyuman nakal. Tapi aku tahu kau tak kisah, kan?! Serentak berkata begitu dia terus ketawa dengan kuat. Aku juga turut sama ketawa melihat telatahnya. Sebelah tangan menutup mulut apabila melihat muka tak puas hati Ustazah Faz. Alamak! Isy, kamu ni Syaf... kan Kak Faz dah pesan banyak kali. Ketawa tu jangan mengilai macam langsuir! Tak elok tau. Lagipun kamu tu perempuan. Kak Faz menegur Syaf. Perempuan itu pula terus memeluk bahu Kak Faz. Maaf... out of control tadi, ujarnya sambil meletakkan ayam KFC ke atas piring kertas. Kemudian piring itu dihulurkan kepada Kak Faz. Aku pula mencapai botol air oren dan menuangkannya ke dalam cawan kertas. Sempat lagi aku menjelirkan lidah kepada Syaf. Sengaja aku ingin mengusiknya. Kak Faz, tengok tu! Si Afina siap jelir-jelir lidah

16

Suri Ryana

lagi... suka betul dia bila Kak Faz marah saya. Syaf mengadu. Wajahnya pura-pura dimasamkan. Gembira betul aku apabila dapat meluangkan masa bersama dua orang rakan karibku ini. Kan ke seronok kalau hubungan aku dan Fisya serapat ini? Isy... korang ni. Macam anak murid Kak Faz aje. Grow up girls... dah dua puluh satu tahun, kan? Kak Faz menggelengkan kepalanya. Baru dua puluh satu tahun, Kak Faz. Kita orang muda lagilah! Syaf sengajalah tu nak menyakat Kak Faz. Haaa... sekejap lagi, mesti Kak Faz akan kasi tazkirah kat kita orang. Syaf... Syaf... Syaf.... Beria-ia dan bersungguhsungguh Kak Faz menyebut nama Syaf. Piring berisi ayam dan kek di tangan diletakkan di atas riba. Dah banyak kali Kak Faz cakap... Belum sempat ayatnya sempurna diluahkan, kedengaran suara garau seorang lelaki memberi salam. Assalamualaikum semua. Semua mata tertumpu kepada Abang Din saat ini. Abang Din yang sentiasa ceria. Bukak-bukak aje pintu, Abang Din dah bau KFC. Ada lagi ke ayam untuk Abang Din? soalnya dengan nada bergurau. Setelah meletakkan buku log di atas meja, lelaki itu kemudiannya melangkah ke arah kami. Ada Abang Din... duduklah, jawab Syaf. Aku terus memotong kek untuk Abang Din. Perghhh... memang dahsyat betullah customer

17

Playboy Itu Suami Aku?!

yang namanya King tu, ujar Abang Din sebaik sahaja melabuhkan punggung. Kepala digelengkan sedikit. Kenapa pulak Abang Din? soal Syaf dengan nada ingin tahu. Tadi, kan Abang Din hantar bunga dekat empat orang girlfriend dan seorang ex-girlfriend dia. Dengan bersungguh-sungguh Abang Din memberitahu. Aku dan Syaf mengulum senyuman sahaja sebab kami memang dah sedia maklum tentang hal itu. Cuma Kak Faz yang kelihatan sedikit terkejut. King tu memang selalu datang ke sini. Dia baik dengan Kak Ani. Tapi saya tak kenal dia sangat. Yang saya tahu dia tu memang ada 2K. Kacak dan kaya, ujar Syaf. Aku hanya mendengar sambil meneguk air oren. Macam mana Abang Din tahu mereka tu girlfriend dan ex-girlfriend pelanggan tu? soal Kak Faz. Geli hati betul melihat wajah Abang Din ketika ini. Errr.... Terkantoi di situ! Syaf mulalah mengusik. Aku hanya tersenyum sahaja melihat reaksi Abang Din. Alah... macam la Syaf tak pernah baca kad pelanggan, bidas Abang Din. Kak Faz kulihat dah mula menggelengkan kepala. Saya bukan sengaja nak baca. Saya terbaca. Ter, okey. Maklum la nak tulis kat dalam kad, mestilah kena baca dulu... jawab Syaf dengan bersungguh-sungguh. Kemudian, disuapnya kek ke dalam mulut. Betullah tu. Abang Din pun ter jugak, terbaca!

18

Suri Ryana

Sebab nak pastikan nama tu betul ke tak, sokong Abang Din. Tangan kanannya mencecah ayam dengan sos sebelum dimasukkan ke dalam mulut. Syaf, Abang Din, kita kena amanah tau. Tak elok baca isi kandungan kad tu dengan sengaja. Lepas tu, kita buka pula aib orang tu. Kan tak bagus macam tu? Lembut sahaja suara Kak Faz menasihatkan mereka. Aku pun terasa sama walaupun namaku tidak disebut. Aku juga tidak sabar ingin membaca apa yang ditulis oleh Encik King tu pagi tadi. Ni cik puan oi. Abang Din bukan sengaja nak buka aib orang atau buat fitnah. Tapi, Abang Din cuma nak Syaf, Faz dan Afina berhati-hati dengan lelaki macam tu. Dengan tegas Abang Din berkata begitu. Semua mata tertumpu kepadanya. Jangan mudah terpedaya dengan kaum lelaki. Ada rupa, poket pun tebal, mulalah terpikat! Padahal... buaya besar! Entah kenapa aku terkesan dengan kata-kata Abang Din yang ini. Betul, sekali pandang, aku memang tak perasan yang King itu seorang playboy. Dia nampak sangat gentleman, macho, caring serta prihatin. Senyumannya pula sangat ikhlas diberikan. Sekali pandang, berkali ganda baiknya King daripada mamat motor kapcai pagi tadi. Habis tu, baik sangatlah dia sampai disimbahnya kau dengan air lopak pagi tadi? Suara hatiku mengejek saat ini. Kadangkala aku ni terlalu cepat membuat kesimpulan. Terlalu cepat menerima. Memang betul kata Abang Din, aku harus berhati-hati. Jangan mudah terpedaya.

19

Playboy Itu Suami Aku?!

Abang Din ni walaupun kerja jaga aje di malam hari, siang buat part time hantar bunga... taklah kaya tapi Abang Din jenis setia pada yang satu. Dengan bangganya Abang Din yang berkulit sawo matang bersuara lagi. Aku lihat Syaf sudah menjulingkan matanya ke atas. Sempat lagi promosi diri, ye Abang Din? sindir Syaf. Benda yang benar mesti disampaikan. Betul tak Faz? Kali ni Abang Din menoleh ke arah Kak Faz. Kak Faz hanya tersenyum. Mungkin dia juga tidak tahu nak sokong atau bangkang kata-kata Abang Din yang terlebih ramah ni. Tapi... kan, Abang Din tengok teman wanita Si King tu semuanya cantik-cantik belaka. Fuh... seksi betul. Yang ditinggalkan tu pulak siap meratap pilu lagi. Sebaik sahaja Abang Din berkata begitu, aku terus mula merangka ayat di dalam kepala. Terasa ingin sangat aku bertanya tentang penerima bunga yang bernama Fisya tu. Menangis la sebab lubuk emas dah terkambus. Abang Din, mustahillah dia orang tu semua tak tahu yang King ni seorang playboy! Tapi, duit adalah segala-galanya bagi dia orang, kan? Terima aje la, balas Syaf. Kemudian, secebis ayam dimasukkan ke dalam mulutnya. Aku lihat Kak Faz juga tidak sabar-sabar ingin berhujah saat ini. Wah, dah jadi isu panas pulak kisah King kat kedai bunga ni. Nasib baik tak ada customer tengah hari ni. Ini yang merisaukan Kak Faz. Perempuan hari ni sanggup gadai maruah kerana duit. Kamu dan Fina kena

20

Suri Ryana

sentiasa ambil iktibar. Ingat... jangan jadi macam tu. Ada nada risau yang amat sangat dalam ayat Kak Faz. Aku dan Syaf bagaikan burung belatuk, terus menganggukkan kepala. Insya-Allah tak, Kak Faz... ujarku dengan bersungguh-sungguh. Kemudian, aku terus meletakkan piring kertas di atas meja kaca di hadapanku. Anak mata kuhalakan ke arah Abang Din. Errr... Abang Din. Semua mata sekarang tertumpu ke arahku. Kenapa? soal Abang Din. Abang Din jumpa tak dengan perempuan yang namanya Fisya tu? Macam mana orangnya ye? Fisya? Ha, girlfriend dia yang itu aje yang Abang Din tak jumpa. Kawan dia yang ambilkan bunga tu tadi. Entah kenapa aku sedikit hampa dengan jawapan Abang Din. Oh.... Kenapa? soal Abang Din lagi. Kau suspect Fisya tu adik kembar kau ke? Syaf memang dapat membaca apa yang ada dalam fikiran aku nampaknya. Perlahan aku menganggukkan kepala. Sama-samalah kita doa Fisya tu bukan adik Fina. Insya-Allah.... Kak Faz mencelah. Aku hanya mampu tersenyum kelat. Syaf dan Kak Faz memang arif sangat tentang hubungan aku dengan Fisya. Deringan telefon bimbit membuatkan aku bingkas bangun dari kerusi empuk berwarna merah ini. Aku terus mendapatkan telefon bimbit yang berada di atas meja kaunter.

21

Playboy Itu Suami Aku?!

Assalamualaikum mama. Aku terus ke bahagian sisi kedai. Di situ terdapat pasu-pasu besar yang berisi bunga segar. Waalaikumussalam. Fina kat mana tu sayang? Lembut sahaja suara mama di hujung talian. Fina kat Cinta Florist ni. Syaf dengan Kak Faz pun ada sekali, balasku dengan lembut. Fina tak lupa, kan tentang majlis malam ni? Hmmm... Fina tak lupa ma. Kejap lagi Fina balik. Ikutkan hati, malas ingin turut serta nanti. Maklumlah, Fisya bukan suka sangat tengok muka aku. Tapi, aku tak mahu papa dan mama risau. Pandangan kuhalakan ke arah bunga-bunga lily pula. Sedikit sebanyak dapat menenangkan hati yang bercelaru. Mama dengan papa risau sangat sayang.... Kenapa pulak ma? soalku dengan penuh prihatin. Tak... mama tak sedap hati sebab tak sambut hari lahir Fina sekali dengan Fisya malam ni. Tak macam tahuntahun yang lepas. Aku tergelak kecil. Sedikit pun aku tak kecil hati malah, aku sangat seronok tidak perlu sambut bersama dengan Fisya. Hati pun tak sakit. Terbayang peristiwa semasa majlis sambutan hari lahir kami tahun lepas. Fisya dengan sengaja telah menuang air oren ke atas baju aku di hadapan rakan-rakannya. Eh, takpe ma. Lagipun Fina memang tak nak, mama. Papa dan mama belanja Fina makan malam semalam pun dah cukup. Perasaannya sama macam Fina sambut hari

22

Suri Ryana

lahir dengan arwah nenek dulu, ujarku. Memang aku ikhlas berkata begitu. Bagiku tak perlulah nak berhabis ribuan ringgit hanya untuk majlis hari lahir. Ahamdulillah Fina... mama rasa bangga ada anak macam Fina. Bilalah Fisya tu nak berubah ye. Aku tersentak seketika mendengar rintihan mama di hujung talian. Insya-Allah, ma... sama-sama kita doakan. Tengoklah, semalam pun dia tak balik rumah tau... luah mama. Aku tahu mama sangat risaukan Fisya. Ye ke mama? Dia tidur kat mana? soalku dengan rasa ingin tahu yang menggunung. Kat rumah kawan dia. Bila mama tanya di mana rumah kawan, mulalah dia memberontak. Tinggikan suara dengan mama. Salah mama jugak sebab terlampau manjakan dia. Aku hanya menggelengkan kepala mendengar katakata mama. Itulah Fisya. Dengan mama pun dia boleh kurang ajar, inikan pulak dengan aku. Fina... papa dah balik tu. Fina balik awal ye untuk majlis malam nanti, pesan mama. Insya-Allah, mama. Kejap lagi Fina balik ye... jawabku dengan bersungguh-sungguh. Terbayang raut wajah mama yang lembut. Mama dengan papa sayang Fina... sama macam kami sayangkan Fisya. Sempat lagi mama berkata begitu. Aku tahu, mama tidak mahu aku berasa tersisih. Terima kasih mama.

23

Playboy Itu Suami Aku?!

Sama-sama sayang. Assalamualaikum. Waalaikumussalam. Sebaik sahaja talian dimatikan, aku menggaru kepala yang tidak gatal. Mungkinkah Fisya, teman wanita King itu adalah Fisya, kembarku? Harap-haraplah bukan. Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkanlah adikku.

24

Suri Ryana

Bab 4
KU menilik diri di hadapan cermin. Okey ke ni? Gaun Cinderella kata mama. Tapi, kenapa bila aku pakai nampak macam nenek Si Cinderella aje? Kaca mata berbingkai hitam kubetulkan supaya tidak melorot turun ke hidung. Aduhai... aku memicit kepala dengan kasar apabila terpandang ke arah alat-alat solek yang bersepah di atas meja. Nak kena conteng jugak ke muka ni? Karang aku kelihatan seperti suku kaum Red Indian pulak! Aku manalah tahu bersolek. Ah, tak perlulah nak solek-solek bagai! Aku bukanlah seorang tomboy tetapi aku memang tidak suka pakai gaun labuh, skirt dan yang seangkatan dengannya. Memang dari dulu lagi aku tidak minat dengan pakaian jenis itu. Tapi, demi kerana mama, aku rela menyarung gaun labuh berwarna pastel ini di badan. Ikutkan hati, malas aku hendak turun ke bawah. Tapi, apa pula kata saudara-mara dan jiran tetangga nanti? Takut mereka ingat aku merajuk pula kerana majlis ini hanya untuk Fisya.

25

Playboy Itu Suami Aku?!

Aku tidak mahu sesiapa pun membuat spekulasi yang bukan-bukan. Aku tak suka tengok mama susah hati. Niat untuk melangkah ke pintu terhenti seketika apabila pintu bilikku dibuka dengan kasar dari luar. Hei, bak sini rantai kau! Fisya dengan wajah yang masam mencuka muncul di muka pintu. Begitulah cara dia bercakap denganku. Sebelah tangannya bercekak pinggang dan sebelah lagi tangan dihulurkan ke arahku. Aku cuba memberikan senyuman kepada gadis di hadapanku ini. Rantai yang mana? Rantai yang papa kasi kat kau masa birthday last year, ujarnya dengan kasar. Mata pula dijulingkan ke atas. Seutas rantai emas bersama loket berbentuk hati terbayang di fikiran. Ah, tu rantai kesayangan aku! Aku bertempik dalam hati. Boleh tak jangan buang masa aku?! herdik Fisya. Aku menarik nafas dalam-dalam. Kak Fina rasa Fisya pun ada rantai tukan? soalku dengan lembut. Memang betul papa ada memberikan rantai yang sama kepada Fisya juga. Kak Fina? Hei, jangan nak kakak sangatlah! Tu cermin dulu diri kau sebelum nak mengaku kakak aku. Kalau kau tak cakap, siapa pun tak akan perasan yang kita ni adikberadiklah. Kau tu dah la buruk, selekeh pulak tu! Tajam kata-katanya menghiris hati aku. Aku tahu aku tidak cantik. Tidak pandai bergaya seperti dia. Tapi, bukan itu yang membuatkan hatiku merintih sedih. Fisya pula kulihat terus meluru menuju ke arah meja solek. Tak kisahlah kalau Fisya tak nak mengaku Kak

26

Suri Ryana

Fina sebagai kembar Fisya. Tapi, bagi Kak Fina, Fisya adalah satu-satunya saudara kandung akak, balasku. Ah, suka hati kaulah! bentak Fisya. Tangannya sibuk membuka laci. Dalam hati aku berdoa agar Fisya tidak jumpa rantai pemberian papa itu. Dalam masa yang sama, aku tahu itu adalah mustahil. Beberapa saat setelah dia menyelongkar laci yang paling bawah, dia menguntum senyuman. Yezza! Dah dapat! Girang sungguh kulihat wajahnya ketika ini. Dia kulihat terus memakai rantai tersebut di hadapan cermin tanpa sedikit pun rasa bersalah. Wajahnya ditilik seketika. Jari-jemarinya membetulkan rambut yang diwarnakan perang dan dipotong mengikuti trend terkini. Kemudian, jemari runcingnya berlari membetulkan gaun di badan. Aku hanya mampu memerhati telatahnya. Jika mahu, aku boleh meragut rantai tersebut dari lehernya. Jika mahu, aku juga boleh menghamburkan kata-kata yang mampu menyakitkan hatinya. Jika mahu, aku boleh saja tolak gadis ini keluar dari bilikku. Badannya bukanlah besar mana. Ketinggian dan berat kami lebih kurang sahaja. Tapi, aku tidak sanggup mengeruhkan lagi hubungan di antara aku dengan Fisya. Hanya keluhan berat sahaja yang terpacul keluar daripada bibir. Fisya pula terus berlalu ke arah pintu dengan gaya catwalk yang mengada-ada. Perlu ke jalan macam tu?! Macam itik senak perut aje aku tengok. Sengaja nak sakitkan hati akulah tu. Kepala kugelengkan. Sebelum melangkah keluar, dia berpaling ke belakang seketika. Senyuman sinis diberikan kepadaku.

27

Playboy Itu Suami Aku?!

Tak payah kut nak cakap terima kasih kat kau. Sebab semua barang-barang kau dalam bilik ni mama dan papa yang belikan. Kau tu pulak, menumpang aje kat sini. So, secara automatik semuanya adalah barang-barang aku! Dengan nada yang sangat sinis dia berkata begitu. Belum sempat aku membalas kata-katanya dia terus bersuara lagi. Ah, malaslah nak layan kau! Baik aku turun sekarang and have funnnn! Dengan nada gembira dia menjerit kegirangan. Memecah kesunyian ruang atas rumah teres semi-D ini. Kemudian dia terus berlalu. Dengan payah bibirku menguntum senyuman hambar sambil cuba menenangkan diri. Its okay, Afina. Kau, kan kakak. Kakak memanglah kena beralah. Lagipun nama kau, kan Afina. Seorang yang pemaaf. Dengan perlahan kata-kata itu kuluahkan dengan mata yang berkaca-kaca.

LELAKI dan perempuan sama sahaja gediknya. Naik meluat aku dan Syaf lihat telatah mereka. Fisya kulihat seperti sengaja nak tayang rakan-rakannya yang kaya-raya dan kononnya high class itu di hadapan kami. Kadang-kadang mereka memandang ke arah kami sambil berbisik-bisik. Kemudian, mereka ketawa berdekah-dekah. Aku tak tahu apa yang mereka umpatkan! Husnuzon... husnuzon Fina! Aku mengingatkan diriku. Syaf kulihat berlagak bodoh aje. Gelas air di tangannya yang sudah pun kosong diletakkan di atas meja.

28

Suri Ryana

Kemudian, dia bingkas bangun dan menuju ke arah meja yang menempatkan pemanis mulut. Rakanku yang kurus ini memang kuat makan. Mahu sahaja aku mengajak Syaf masuk ke dalam rumah, Tapi, ramailah pulak rakan-rakan mama dan papa. Aku bukan apa, rimas betul dengan seorang dua mak cik yang gemar membuat pembandingan di antara aku dan Fisya. Sesungguhnya ruang atas adalah ruang paling selesa untukku saat ini. Meronta-ronta hatiku untuk naik ke atas. Hoi! Kau pekak ke buta? Pergi tengok siapa yang hon kat luar tu! Dengan kasar Fisya mengherdik ke arahku. Semua mata rakan-rakannya tertumpu ke arahku. Terasa tebal wajahku saat ini. Lupa pulak, aku nikan umpama orang gaji di mata dia. Dia pulak mem besar! Dengan hati yang pedih aku melangkah longlai menuju ke arah pintu pagar. Isk, nak berjalan pun susah dengan gaun labuh nenek Cinderella ni! Kalau pakai kasut tumit tinggi rasanya padanlah dengan gaun begini. Tapi, aku pakai sandal aje. Memanglah mencecah lantai sedikit. Bukan macam orang gaji aje, tapi rasanya dah macam penyapu sampah pun ada juga. Uwarghhhh! Haru betul. Terus sahaja kedua-dua tanganku mengangkat sedikit gaun di badan untuk memudahkan pergerakan. Sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari pintu pagar tinggi ini, aku terus kaku. Ah, sudah! Biar betul! Walaupun hanya diterangi lampu jalan dan lampu dari spotlight kereta lelaki itu, aku dapat lihat dengan jelas siapa yang berada di hadapan rumahku sekarang. Terlepas terus gaun dari tangan. Tak kisah lagi kalau gaun tersebut meleret menyapu jalan. Nampaknya apa yang aku takutkan betul-betul

29

Playboy Itu Suami Aku?!

terjadi. Aku hanya mampu memandang ke arah kelibat seorang lelaki kacak yang sedang bersandar pada keretanya. T-shirt berkolar hitam dipadankan dengan seluar jean biru. Sangat simple pakaiannya berbanding pagi tadi. Tapi, masih tetap nampak menarik. Lelaki ini kelihatan sedang sibuk dengan telefon bimbit di tangan. Nampak gayanya seperti sedang berSMS aje. Hah... sah tengah SMS dengan teman wanitanya yang berderet tu! Sampai tak sedar aku tercegat kat sini seperti tiang lampu. Sesekali wajah lelaki itu tersenyum. Memang dia mempunyai killer smile yang mampu mencairkan hati ramai orang. Kacak. Afina, wake up! Ah, baik aku panggil Fisya. Baru sahaja ingin melangkah masuk, lelaki itu menoleh ke arahku. Alamak! Matanya dikecilkan sambil berjalan ke arahku. Dia kelihatan terkejut sedikit. Ha mesti dia masih ingat aku! You? Dia tersenyum kacak untuk kesekian kalinya. Aku terus membuang pandang ke arah jalan raya. Malas mahu bertentangan mata dengannya. Takut terleka lagi dengan killer smile yang diberikan oleh lelaki ini. Awak nak apa datang rumah saya malam-malam begini? Acuh tak acuh aku bertanyakan soalan itu. Memang aku tidak suka dia berkawan dengan Fisya! Sebabnya aku kenal benar dengan jenis lelaki macam dia. King of Crocodile ini akan menghancurkan hati Fisya. Tegang sahaja wajahku ketika ini. Why do you sound so serious? Sebelah keningnya terangkat sedikit. Senyuman masih lagi bersisa di bibir.

30

Suri Ryana

Saya tak salah rumah, kan? Fisya tu adik atau kakak awak? soalnya dengan bersahaja. Aku terdiam seketika. Jarang orang nak kaitkan aku dengan Fisya. Maklumlah, bagi mereka, aku dan Fisya seperti langit dengan bumi. Dia kembar saya, jawabku dengan malas. Oh... no wonder ada persamaan! Aku terpempan lagi. Rasanya, jarang orang nampak persamaan di antara kami berdua. Selalunya orang akan buat muka pelik bila tahu bahawa aku ni kembar Fisya. Lelaki ini semakin menghampiri. Masih mencari persamaan di antara aku dan Fisya, mungkin! Memang sama kalau you tak pakai tudung. Nampak ikhlas apabila dia berkata begitu. Kemudian, dia bersuara lagi. And without this glasses, memang.... Serentak dengan itu dia terus mendekatkan dirinya kepadaku membuatkan aku ingin mengundur setapak ke belakang. Tetapi belum sempat aku berbuat demikian, tangannya terus sahaja mencabut kaca mata tebal dari wajahku. Aku pula yang terkejut, terus menampar wajahnya dengan tidak sengaja. Tindakan refleks! Ingatkan dia nak buat apa tadi. Sempat aku meragut kaca mataku yang berada di tangannya dan cepat-cepat kukenakan ke wajah. Dapat kulihat dengan jelas pipinya yang sedikit berbirat. Alamak, mati aku! Lelaki itu nyata terkejut dengan tindak balasku. Baru sahaja ingin meminta maaf, kedengaran suara seorang perempuan menjerkah dengan kuat di belakangku. Hoi, Fina!

31

Playboy Itu Suami Aku?!

Aku terus menoleh. Alamak, memang nampaknya aku ni. Bukan sahaja Fisya yang ada pintu pagar tetapi sebahagian rakan-rakannya sama berada di situ. Nasib baik mama dan papa tentang kejadian ini. Fisya terus meluru ke arahku. Kau gila ye?! tengkingnya.

cari nahas di hadapan juga turut tidak sedar

Aku hanya menundukkan wajah. Tidak mampu menentang anak matanya yang kulihat sudah pun mahu tersembul keluar. Kemudian dia terus memeluk lelaki playboy itu. Sayang, are you okay? Suara manja Fisya menampar gegendang telingaku sekali lagi. Tangannya mengusap-usap pipi lelaki yang kulihat sesekali menjeling ke arahku. Aku tak tahu apa maksud pandangan matanya itu. No problem sayang. I am okay, balas King dengan bersungguh-sungguh. Tengok apa yang kau buat ni! Fisya menyinga. Syaf yang tadi hanya berada di pintu pagar kini menghampiri kami dengan muka yang penuh tanda tanya. Terpinga-pinga gadis itu. Kau ni memang menyusahkan hidup akulah! Fisya menolak aku dengan kuat. Melelong aku jadinya. Nasib baik Syaf sempat memegang lenganku. Kalau tidak, mesti tersungkur aku kat sini. Mak ai bro, kau kena tampar ke? Kedengaran suara seorang lelaki bertanya kepada King.

32

Suri Ryana

King masih lagi tersenyum. Bro, kau buat apa dengan dia tadi? Takkan dah tukar taste ke ustazah-ustazah kut! Sinis sekali bunyi ayat itu. Ustazah adalah satu pekerjaan yang mulia. Memang kurang ajar sungguh ayat itu! Aku hanya mampu mengetapkan bibir dan menjeling tajam ke arah pemilik suara tersebut. Nothing, bro. Hey, jom kita lepak tempat biasa! Sebaik sahaja King berkata begitu, dia terus membukakan pintu kereta untuk Fisya. Rakan-rakan mereka yang lain pula bersorak riang. Jom... I pun dah rasa panas sangat. Tambahtambah ada perempuan tak betul ni. Lagilah rasa berbahang! Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, Fisya terus sahaja masuk ke dalam perut kereta mewah itu. Ingin sahaja aku menahannya dari pergi. Ingin sahaja aku memberitahu dia siapa King yang sebenarnya. Tetapi semua itu berlaku dengan terlalu pantas. Suaraku tersekat di kerongkong sahaja. Lelaki itu pula, setelah menutup pintu kereta untuk Fisya, sempat dia memberikan senyuman kepadaku. Aku tidak tahu apa makna senyuman itu. Yang nyata, ianya lain daripada selalu. Berseliratnya otakku saat ini! Tidak tahu masalah yang mana dulu harus aku fikir. Masalah dengan Fisya atau masalahku dengan King of Crocodile tu!

33

Playboy Itu Suami Aku?!

Bab 5
ALAU boleh disukat peluhku, dah cukup sebaldi agaknya. Tidak sangka pula papa akan naik angin dengan teruk sekali pagi Ahad begini. Merah padam mukanya menahan marah. Telefon bimbit di tangan telah beberapa kali dicampak kasar ke atas sofa kerana tidak dapat menghubungi Fisya. Kalau mereng telefon bimbit papa selepas ini, tahulah aku apa puncanya. Muka mama pula semakin tidak bermaya. Risau aku melihat keadaan mama. Maklumlah, mama ada penyakit darah tinggi. Pernah beberapa kali mama masuk hospital. Terus sahaja aku mengusap tangannya. Sememangnya ini bukan kali pertama mama jadi begini disebabkan Fisya. Tapi, ini adalah kali pertama aku tengok papa naik hantu! Jantungku berdegup kencang. Habislah kau Fina! Mesti Fisya akan terus membenci kau! Aduhai, aku pun tak tahu bagaimana mulutku yang celopar ini boleh beritahu papa yang Fisya ikut King semalam. Dah tu, papa yang tanya... takkan nak menipu pulak.

34

Suri Ryana

Yang nyata, aku memang risau apabila Fisya tidak balik semenjak semalam. Tidak boleh tidur aku jadinya. Kecut perut apabila memikirkan kemungkinan Fisya menghabiskan malam bersama dengan King. Risau jika Fisya menconteng arang ke muka kedua orang tuaku. Tersentak aku apabila papa membaling telefon bimbit ke atas sofa sekali lagi. Tapi kali ini, telefon bimbit mama pula yang jadi mangsa. Fisya ni dah betul-betul melampau! Kuat herdikan papa menampar gegendang telingaku. Rasanya kalau aku berada di ruang atas pun, aku tetap boleh dengar suara papa ketika ini. Marini, entah-entah selama ni dia tak balik ke rumah sebab bermalam dengan jantan! Terlopong sekejap aku ketika ini. Papa juga takut sekiranya sesuatu berlaku di antara King dan Fisya semalam. Mama hanya mampu memandang kosong ke arah pintu yang terbuka luas. Papa mundar-mandir ke kiri dan ke kanan. Sejak bila dia berani tak balik ke rumah ni?! Matanya memandang tajam ke arah mama. Mama pula yang sedang memicit dahi hanya diam membisu. Aku tahu mama banyak merahsiakan perangai buruk Fisya daripada pengetahuan papa. Mungkin kerana mama tidak mahu papa naik angin sebegini rupa. Marini... saya sedang bercakap dengan awak. Awak dengar ke tidak? Kali ini kendur sedikit nada suara papa.

35

Playboy Itu Suami Aku?!

Mama menyeka membasahi pipinya.

air

mata

yang

sudah

pun

Aku terus menundukkan wajah. Tangan mama kugenggam erat. Se... sejak ke... kebelakangan ni aje dia jadi macam tu. Sebelum ni dia tak pernah bermalam kat luar.... Aku memandang wajah mama. Mama nampaknya, masih juga ingin menyembunyikan keburukan Fisya. Oh... jadi sejak kebelakangan ni pernahlah dia tak balik? Kenapa awak tak beritahu saya? soal papa sambil bercekak pinggang. Jelas kelihatan riak tidak puas hati di wajah tuanya. Dia pernah beritahu saya dulu. Kalau dia tak balik tu, maksudnya dia bermalam di rumah Baby atau Nina. Lemah sahaja ayat tersebut meluncur keluar daripada mulut mama. Mama nampak begitu serba salah saat ini. Awak ni memang terlalu manjakan dia! bentak papa. Dalam hati aku berdoa agar cepatlah Fisya sampai. Aku tidak mahu papa dan mama bergaduh. Mama sendiri pernah mengaku denganku yang dia terlalu memanjakan Fisya. Sebab itulah adikku itu naik lemak. Kalau aku yang buat perangai begini masa tinggal di kampung dengan arwah nenek dulu, pasti sudah berbirat badanku dipukul dengan rotan. Memang cari nahas budak ni! Nasib baik Fina nampak semalam. Kalau tidak, sampai sekarang kita tak tahu dia keluar dengan jantan! Tersentak bahuku kali ini mendengar jerkahan papa. Memang aku tidak sedap hati. Kalaulah papa tahu King

36

Suri Ryana

itu seorang kasanova yang berjaya, tak tahulah aku apa nak jadi. Melihat keadaan papa, aku memang tak berani langsung nak buka mulut. Fina! Mata papa mencerlung tajam wajahku. Ye papa, jawabku dengan perlahan. Fina kenal ke lelaki yang bawa Fisya keluar semalam tu? soal papa dengan tegas. Matanya menangkap anak mataku. Errr... Fina... Fina pun.... Ya Allah, apa yang harus aku jawab ni? Kamu cakap betul-betul dengan papa, Fina! herdik papa. Papa kulihat sudah mula hilang sabar. Aku terus menggelengkan kepala. Tak kenal papa! Sumpah Fina tak kenal. Cuma yang Fina tahu, namanya King! Sebelah tangan kuangkat seperti gaya orang berikrar. King? Bangsa apa tu? Dengar nama pun aku dah tahu macam mana orangnya! jerkah papa. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Ya tak ya jugak. Apa agaknya nama sebenar si buaya tu ye? Aku terus menundukkan wajah. Tangan kanan memintal-mintal hujung lengan T-shirt yang tersarung di badan. Abang... mungkin anak kita dah balik tu. Alhamdulillah, syukur.... Mama bersuara. Gembira betul kulihat wajahnya. Anak mata pula masih menghala ke arah teksi yang berada di hadapan pintu pagar yang terbuka luas. Terus aku melangkah ke arah pintu.

37

Playboy Itu Suami Aku?!

Fisya baru sahaja turun dari teksi. Mama dan papa juga mengekori langkahku ke pintu. Hah! Mana dia! tengking papa. Aku semakin takut dengan apa yang bakal terjadi. Semenjak berpindah ke sini lima tahun yang lalu, inilah kali pertama aku berada dalam situasi ini. Sangat mengerikan! Abang... janganlah berkeras sangat dengan Fisya tu. Mama mendongakkan kepala ke arah papa. Tidak ada lagi keresahan pada wajahnya. Jelas mama begitu sayangkan Fisya. Papa pulak, terus bercekak mencerlung tajam ke arah mama. pinggang dan

Habis tu? Nak tunggu perut anak kita tu buncit dulu, baru nak berkeras?! Masa tu semuanya dah tak guna, Marini! Kali ni, biar saya pulak yang ajar dia! tengking papa. Aku hanya mampu memandang ke arah Fisya yang sedang menuju ke arah kami. Gaun pendek berwarna biru tersarung di badannya. Pasti ini baju kawannya. Semalam dia hanya keluar sehelai sepinggang. Tanpa mempedulikan kami yang berkumpul di muka pintu, dia terus meredah masuk ke dalam rumah. Morning everybody! Dengan selamba Fisya mencapai suratkhabar di atas meja. Mama sudah pun melabuhkan punggung di sebelah Fisya. Papa pula mencerlung tajam wajah adikku itu. Dia masih berada di muka pintu. Kenapa dengan semua orang ni? soal Fisya. Mungkin pelik kerana kami semua hanya diam dan

38

Suri Ryana

memandang ke arahnya. Sedikit berkerut dahinya ketika ini. Anak matanya berlari ke arah papa dan mama silih berganti. Kenapa, kau tanya? herdik papa. Nyata Fisya sangat terkejut. Suratkhabar yang berada di tangannya terus dicampakkan ke atas meja. Tengok tu! Sekelumit pun tak ada rasa bersalah! Lemah lututku melihat betapa tajamnya pandangan yang diberikan oleh papa kepada Fisya. Papa! Kenapa dengan papa ni? Fisya terus berdiri sambil buat muka blur. Aku tak tahu dia betul-betul blur atau hanya berpura-pura sahaja. Sejak bila kau pandai tak balik rumah? Kau tidur mana semalam? Dengan jantan tu ke? herdik papa. Jarinya dituding ke arah luar rumah. Mama hanya mendiamkan diri sahaja. Jantan mana papa? Fisya tak faham la. Fisya keluar dengan Baby dan Nina aje semalam. Fisya tidur rumah dia orang. Bersungguh-sungguh dia berkata begitu. Aku boleh percaya yang dia tidak tidur bersama King. Tapi, aku tahu dia menipu apabila dia berkata yang dia keluar hanya bersama Nina dan Baby. Dah sah-sah aku nampak dia masuk ke dalam kereta King semalam. Kau jangan nak menipu! Ingat kami tak tahu ada jantan jemput kau kat rumah ni semalam?! Tempikan papa bergema lagi. Mama terus bangun dari sofa. Bahagian belakang badan papa diurut lembut. Abang... sudahlah tu. Kalau jiran tetangga dengar macam mana?

39

Playboy Itu Suami Aku?!

Wajah papa yang tadinya tegang kini mula mengendur. Fisya pula terus meluru ke arahku. Ni mesti kau yang bawak mulut, kan? Dia menuding jarinya tepat ke wajahku. Aku terus bangun. Belum sempat aku bersuara, Fisya terus mengherdikku lagi. Tolonglah perempuan! Aku mintak tolong sangat dengan kau... jangan jaga tepi kain aku! Bodoh! Seraya berkata begitu kepala aku ditunjalnya beberapa kali. Aku hanya kaku berdiri saat ini. Tanpa aku duga, papa terus menarik lengan Fisya. Kemudian tangan kanannya diangkat tinggi dan diayunkan tepat pada wajah adik kembarku ini. Kurang ajar punya budak! tempik papa. Berdegup kencang jantungku saat ini. Ya Allah, tolonglah pulihkan kembali keadaan. Abang!!! jerit mama pula. Air mataku sudah mula bergenangan. Ya Allah, kenapalah arwah nenek pergi cepat sangat? Kalau tidak, aku lebih rela terus tinggal dengan nenek di kampung. Fisya kulihat masih tidak percaya papa sanggup menghadiahkan penampar sulung kepadanya. Tangan kanannya mengusap-usap pipi. Macam tu kau cakap dengan kakak kau? Kau ni memang dah melampau! herdik papa lagi. Nampaknya papa masih tidak puas hati terhadap Fisya. Cepat minta maaf dengan Fina! arah papa. Fisya terus membentak. Jangan haraplah!

40

Suri Ryana

Terus sahaja dia berlari naik ke atas. Kurang ajar! Sekali lagi papa membentak. Aku hanya mampu memandang ke arah permaidani sahaja. Mama pula terus berlari naik ke atas, mengejar langkah Fisya. Aku lihat papa meraup wajahnya sebelum mencapai kunci kereta yang terdampar di atas meja. Beberapa saat selepas itu, dia terus keluar tanpa berkata apa-apa kepadaku. Dengan perlahan-lahan aku menyeka air mata yang mengalir sambil bergerak ke arah tangga. Walaupun pedih kata-kata yang dilontarkan kepadaku sebentar tadi, aku sudah tidak peduli. Aku hanya mahu berbaik dengan Fisya semula.

41

Playboy Itu Suami Aku?!

Bab 6
AH macam jaga pencen pun ada jugak aku ni. Hampir sejam aku mundar-mandir di hadapan pintu bilik Fisya. Semenjak ditampar papa tadi, dia terus sahaja mengunci diri sehinggalah ke saat ini. Aku bersandar pada dinding. Mata pula kuhalakan ke arah pintu bilik yang tertutup rapat. Aku dan Afisya Alia memang tidak pernah sebulu. Mungkin kerana kami sudah lama terpisah. Sewaktu papa dan mama pindah ke Kuala Lumpur dulu, aku dan Fisya berusia lima tahun. Kata arwah nenek, arwah atuk yang beria-ia mahu aku tinggal di kampung. Mama dan papa, walaupun berat hati, akhirnya akur dengan permintaan arwah atuk. Mereka tidak mahu arwah atuk dan arwah nenek sunyi. Aku? Aku tak kisah pun. Arwah atuk dan arwah nenek memang sayangkan aku. Aku sentiasa dimanjakan tetapi, kalau aku buat salah memang siaplah! Hendak tergelak pula apabila teringatkan kejadian semasa darjah empat dulu. Bersama rotan di tangan, arwah

42

Suri Ryana

atuk mengejar aku keliling rumah kerana ponteng kelas agama. Nasib baik tidak terlondeh kain pelekat yang tersarung di tubuh kurusnya tu. Habis berbirat tapak tanganku dirotan oleh arwah atuk. Tapi, sebelah malamnya, arwah atuk jugalah yang sapukan minyak angin. Senyum panjang aku ketika ini. Semasa arwah atuk pergi meninggalkan kami, aku berusia dua belas tahun. Fisya pula membesar di bandar besar. Memang dia jijik hendak berkawan dengan aku yang sentiasa selekeh ketika kecil dulu. Kami memang tidak rapat. Tambahan pula, papa dan mama jarang pulang ke kampung. Rasanya setahun sekali aje kut. Tu pun masa Hari Raya Aidilfitri. Namun begitu, mereka tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadap aku. Kata arwah nenek, papa tidak pernah lupa memberikan wang untuk perbelanjaan aku. Kerap juga mereka menelefon ke kampung. Tapi, ketika kami berumur lima belas tahun, papa dapat bertugas di utara semula. Semenjak itulah, papa dan mama menetap di Pulau Pinang ni. Selalu juga mereka pulang ke kampung tetapi jarang sangat Fisya ikut sekali. Aku menghela nafas berat. Tak tahu di mana silapnya, hubungan aku dan Fisya semakin lama semakin renggang. Mungkin kerana kami memang tidak pernah rapat semenjak kecil. Keadaan menjadi kronik apabila arwah nenek meninggal dunia dan aku terpaksa berpindah ke sini. Masa tu aku berada dalam tingkatan empat. Fisya yang perasaan dirinya anak tunggal berasa tidak selesa dengan kehadiranku. Di sekolah aku selalu cemerlang dalam pelajaran dan sukan. Fisya pula pelajar bermasalah. Nampak tak ada jurang yang besar di situ?

43

Playboy Itu Suami Aku?!

Semenjak aku datang ke sini, selalulah papa dan mama membuat perbandingan. Bukan apa, mereka juga mahu Fisya berjaya dalam pelajaran. Lamunanku terhenti apabila terdengar bunyi deringan telefon bimbit. Pantas aku berlari masuk ke dalam bilikku. Ah... Syaf yang menelefon. Aku ingatkan siapa tadi. Mayday, mayday! Cemas nada suara Syaf ketika ini. Aku melangkah ke arah tingkap. Hah? Mayday? Kau ingat kapal terbang nak terhempas ke apa ni? Dahlah tak bagi salam! bidasku. Langsir bermotif flora kuselak dengan luas. Aku membuka tingkap dengan menggunakan sebelah tangan. Assalamualaikum! Fina! Kau kena tolong aku. Wajib. Ulang suara. Kau wajib tolong aku. Laju betul dia bercakap. Aku yang dengar ni dah rasa tercungap-cungap. Dari nada suaranya, aku tahu dia betul-betul cemas. Waalaikumussalam. Tolong apa? soalku sambil membuang pandang ke arah kanak-kanak yang sedang seronok bermain basikal di hadapan rumah. Tenang rasanya hati untuk seketika. Kau tahu, kan pasal tempahan bunga Puan Sri Zahida yang cerewet tu? Kelam-kabut Syaf menyoalku. Hmmm... tahu. Kenapa? Mataku masih pada kanak-kanak di luar pagar rumah. Aku perlukan bantuan kau! Gadis itu menjerit kecil. Aku pula terdiam sebentar. Sengal betul dia ni. Hah? Aku mana tahu pasal bunga! Nak gubah

44

Suri Ryana

bunga? Lagiii... la aku tak pandai! ujarku dengan bersungguh-sungguh. Aku bukan nak suruh kau gubah bunga. Itu kerja aku. Aku cuma nak kau tolong aku masa kat rumah Puan Sri tu esok. Banyak sangat bunga yang kena bawak ni. Lepas tu, nak susun kat atas meja lagi, nak letak dekat... Aku terus memotong kata-katanya. Aku tak pandailah, Syaf. Sebelah tangan menopang dagu. Bukannya aku tak mahu tolong tetapi aku rasa berat hati sikitlah. Bab-bab susun-menyusun, hias-menghias bunga ni, memang aku surrender awal-awal. Dapat kudengar dengan jelas keluhan Syaf di hujung talian. Abang Din mana? soalku. Kedua-dua keningku terangkat ke atas sedikit. Aku mula melangkah ke arah katil. Tu la masalahnya. Abang Din kemalangan! Hah? Kemalangan?! Terus tak jadi hendak baring apabila mendengar berita yang baru disampaikan oleh gadis itu. Terkejut aku. Innalillahiwainnailaihirajiun. Teruk tak? soalku dengan dahi yang berkerut. Rasa sangat simpati terhadap Abang Din yang rajin bekerja itu. Dia patah tangan aje la... bukannya dah meninggal dunia, bidas Syaf. Aku terus menggelengkan kepala. Lupa lagilah tu! Kau ni, Syaf. Kalimah tersebut diucapkan bila kita dengar khabar buruk. Sebutlah ayat tu bila dengar khabar orang ditimpa musibah. Tak semestinya bila dengar orang meninggal dunia aje la! Kak Faz pernah tegur kau pasal hal ni dulu. Lupalah tu! Dengan geram aku membidas.

45

Playboy Itu Suami Aku?!

Bukan apa, Syaf memang tidak ambil berat tentang hal-hal begini. Bila Kak Faz berkongsi ilmu, dikatanya Kak Faz suka kasi ceramah free. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Itulah Syaf. Erk! Aku lupa. Sempat lagi Syaf ketawa kecil di hujung ayat. Syaf... Syaf! Fina... panggilnya dengan nada manja yang dibuat-buat. Apa? Boleh tak kau tolong aku? Kak Ani dah setuju nak bayar kau sama macam dia bayar Abang Din. Aku masih berkira-kira untuk cakap ya atau tak. Tapi, kalau aku tolong dapat juga duit poket. Ada sengihan di bibir ketika ini. Hmmm... bolehlah. Aku memberikan jawapan. Kedengaran tawa nakal Syaf di hujung talian. Hai, terus boleh? soalnya. Mestilah Syaf... tak baik tolak rezeki, jawabku pula. Rambut yang terjuntai ke muka kusebak ke belakang. Tapi untuk kali ni aje tau. Kau kena cari pengganti Abang Din secepat mungkin. Aku mengingatkan Syaf. Lagipun tak lama lagi aku akan memulakan aktiviti mencari kerja. Maklumlah, sudah dua minggu tamat belajar. Okey, janji! Eh, ada customer ni. Nantilah aku call kau balik! Kelam-kabut Syaf berkata-kata. Assalamualaikum. Ucapku. Waalaikumussalam. Haih! Syaf ni! Ada-ada aje! Hari tu disuruhnya aku

46

Suri Ryana

ambil order mamat playboy tu. Esok pulak hantar, susun dan hias bunga kat rumah Puan Sri yang cerewet. Sejauh mana cerewetnya dia, tidak pula kutahu. Maklumlah, aku hanya mendengar cerita daripada Syaf aje. Badan kuregangkan. Ringan sikit terasa kepalaku setelah berbicara dengan Syaf tadi. Dengan malas aku bangun dan mencapai tuala untuk ke bilik mandi.

47

Playboy Itu Suami Aku?!

Bab 7
ARU betul! Pukul lapan pagi tadi, Syaf sudah pun tercongok di hadapan pintu pagar rumahku. Tidak ada peluang hendak bermalas-malas di atas katil seperti selalu. Memang dia tidak beritahu aku pukul berapa kami akan bergerak ke rumah Puan Sri, tetapi aku betul-betul tidak sangka seawal itu kami perlu ke sana. Kelam-kabut aku jadinya. Muka pun masih blur lagi ni. Rasanya, baru lima minit di dalam van, tetapi sudah berkali-kali aku menguap. Majlis akan bermula pukul lima petang nanti tetapi, Puan Sri mahu semuanya siap sebelum pukul satu tengah hari. Menurut kata Syaf, Puan Sri tidak mahu Syaf gubah bunga-bunga tersebut di kedai. Dia mahu Syaf buat semua itu di rumahnya. Ah, ini mesti kes dia nak awasi sendiri kerjakerja kawanku itu. Oh, cerewetnya! Mata kujulingkan ke atas. Aku memang alergi sedikit dengan orang yang cerewet macam tu. Melihat kesungguhan Syaf, aku tahu kerja kali ini bukan calang-calang bayarannya.

48

Suri Ryana

Syaf, pukul berapa kita boleh balik nanti? soalku sambil memandang ke arah Syaf yang berada di kerusi pemandu. Aik, belum sampai dah ingat nak balik? Dia menyoal aku semula sambil memandang ke arahku melalui cermin pandang belakang van putih ini. Aku hanya tersengih sahaja. Rasa seperti mem besar pun ada jugak ni. Maklumlah, pertama kali duduk seorang diri di tempat duduk belakang. Selepas kira-kira dua puluh minit perjalanan, van terus membelok ke kiri. Kami tiba di kawasan berbukit yang menempatkan banglo-banglo besar yang tersergam indah. Tiba-tiba sahaja kawanku itu memberhentikan kenderaan. Alamat di tangannya ditilik sekali lagi. Kemudian dia menoleh ke belakang dan tersenyum manis ke arahku. Kau okey? Bunga-bunga aku okey? Takde kotak yang terbalik, kan? Syaf bertanya. Ceria sungguh kulihat rakanku yang lincah ini. Semua okey! You know you can trust me, jawabku pula sambil mengangkat ibu jari. Of course, of course... angguknya beberapa kali. Kemudian dia menoleh semula ke hadapan. Dia lantas membelokkan van ke kanan dan berhenti betul-betul di hadapan sebuah rumah yang tersergam indah. Tapi, pandanganku terbatas disebabkan oleh pintu pagar yang dibina terlalu tinggi. Kenapa kau berhenti pulak ni? Nak pastikan aku dan bunga-bunga kau ni okey lagi ke? soalku dengan nada yang sedikit pelik. Kita dah sampailah!

49

Playboy Itu Suami Aku?!

Aku terus memandang ke arahnya. Hah? Kau biar betul. Check sekali lagi alamat tu! Yalah, takut juga kalau kami salah rumah. Kenapa dengan kau Fina?! Soal Syaf, tidak puas hati. Tak cukup tidurlah tu. Sebab tu agaknya kau peningpening lalat pagi ni. Syaf, memang suka kenakan aku. Lidah kujelirkan sedikit ke arah gadis itu.

SEORANG lelaki yang lengkap berpakaian seragam keluar dari pondok pengawal bersama buku log di tangan. Aku memandang ke arah Syaf yang berada di bahagian hadapan van. Gadis bertudung bawal warna biru itu lekas-lekas menurunkan cermin kenderaan. Selepas Syaf memberitahu yang kami dari Cinta Florist, terus sahaja lelaki itu membuka buku lognya. Jari lelaki yang berwajah serius itu berlari di atas kertas, seperti sedang menyemak sesuatu. Selepas itu, dia menghulurkan buku log tersebut untuk ditandatangan oleh Syaf. Entah kenapa, hatiku menjadi semakin gusar. Ini baru nak masuk, dah macam-macam prosedur. Kalau berada di dalam nanti, bagaimana agaknya? Wajah pengawal keselamatan pun ketat betul, bagaimana agaknya riak wajah Puan Sri, pemilik banglo mewah ini? Rumah atau istana ni? Bukaan mulut yang membentuk huruf O semakin luas sebaik sahaja pintu pagar automatik itu terbuka. Rasanya bukan sahaja lalat dan langau, bahkan tebuan pun muat masuk ke dalam mulutku saat ini. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

50

Suri Ryana

Tipulah kalau aku katakan yang tidak ada sedikit pun perasaan menyesal bertapak di hati kerana menerima tawaran Syaf untuk membantunya hari ni. Bolehkah aku yang biasa-biasa sahaja dengan bunga, tak ada pengetahuan asas tentang bunga dan tak pernah bekerja dengan bunga membantu Syaf sebentar lagi? Tangan kanan memicit dahi. Anak mataku berlari ke arah susunan kotak berisi bunga yang memenuhi bahagian belakang van ini. Tangan pula masih memeluk dua baldi aluminium yang berisi bunga mawar berwarna putih di bahagian kiri dan kananku. Risau kalau terbalik pula baldi-baldi ni nanti. Sebaik sahaja van meluncur masuk ke halaman rumah, dapat kulihat dengan jelas betapa luasnya taman yang terbentang di bahagian kiriku. Kelihatan beberapa orang pekerja sedang menyusun meja dan kerusi di situ. Aku membetulkan kaca mata. Ada seorang wanita kulihat sedang bercekak pinggang. Tangannya menuding ke kiri dan ke kanan. Seperti sedang memberikan arahan sahaja kepada kumpulan lelaki yang sedang menyusun meja dan kerusi itu. Entah-entah yang itu Puan Sri agaknya? Kemudian mataku berlari ke arah beberapa orang yang sedang memasang banner berwarna biru pastel. Aku membaca tulisan yang berwarna-warni pada banner tersebut. Happy Birthday Mizara Hana! Memang Syaf ada memberitahuku yang majlis ini adalah untuk meraikan ulang tahun kelahiran cucu perempuan Puan Sri. Tapi, daripada apa yang aku lihat, persiapannya seperti majlis perkahwinan pula! Berjuta kali ganda lebih grand daripada sambutan hari lahir Fisya. Siap ada pentas lagi. Di atas pentas terdapat sekumpulan manusia yang sedang mengeluarkan alat muzik.

51

Playboy Itu Suami Aku?!

Pengamatanku terhadapan kawasan taman terhenti seketika apabila terpandang ke arah pengawal yang sedang menggawangkan tangan ke arah kami. Dia membuat isyarat supaya Syaf membelok ke kanan. Setelah meletakkan kenderaan di kawasan khas yang tersedia, Syaf terus turun dari van. Amboi, gembira sungguh kulihat rakanku itu. Mulutnya siap bersiulan lagi. Dia kemudiannya terus membuka pintu belakang van untuk aku. Syaf... biar betul kau ni? soalku yang tidak berganjak dari tempat duduk. Apa yang tak betulnya? Aku masih waras lagi la! Dia membuat isyarat supaya aku menghulurkannya baldi yang berisi bunga di sebelah kiriku. Kau pernah ada pengalaman buat kerja ni sorangsorang? soalku sedikit risau. Belum lagi. Tapi aku pernah tolong Kak Ani dulu. Kau janganlah risau. Aku menggelengkan kepala. Tanganku lincah menghulurkan baldi berisi bunga ros putih kepadanya. Berat jugak rupanya baldi ni! Nampak macam ringan. Pengawal tu pulak hanya pandang aje kami dari jauh. Bukan nak datang tolong! Isk! Berani betul kau terima job ni semasa Kak Ani tak ada, bidasku dengan geram. Aku terus melompat keluar dari van. Aku dah beritahu dengan Puan Sri yang Kak Ani masih lagi bercuti. Dia okey aje. Selamba sahaja Syaf berkata begitu.

52

Suri Ryana

Ye ke Puan Sri yang cerewet tu tidak kisah? Raguragu hatiku hendak percaya kata-kata Syaf! T-shirt di badannya dibetulkan sedikit sebelum mengeluarkan sebuah lagi baldi aluminium yang berisi bunga segar dari dalam van. Habis tu, Puan Sri tahu tak yang kau takde pengalaman buat kerja ni sorang-sorang? Sebelah keningku terangkat sambil membetulkan kedudukan kaca mata. Tak tahu, ujarnya dengan tenang. Dia kemudiannya terus masuk ke dalam van. Tangannya berlari memeriksa bunga di dalam kotak-kotak yang tersusun tu. Aku menarik nafas panjang. Belum sempat aku berkata apa-apa, dia telah terlebih dulu bersuara. Dah dia tak tanya, takkan aku nak cakap... kan? Janji masyuk! Ada sengihan di bibirnya. Sempat lagi dia memetik jari di hadapan wajahku sebelum membawa kedua-dua baldi berisi bunga itu menuju ke arah banglo dua tingkat yang tersergam indah di hadapan kami. Aku pula hanya mengetap bibir ketika ini dan memandang ke arah Syaf yang sudah pun berada jauh di hadapan. Laju betul minah tu jalan! Bukannya nak tunggu aku. Aku terus mengeluarkan dua buah kotak berisi bunga dari dalam van dengan berhati-hati. Menurut Syaf, semua bunga yang terdapat di dalam kotak ini terdiri daripada pelbagai jenis, warna dan saiz. Syaf sudah pun memotong bunga-bunga tersebut mengikut ukuran tertentu. Katanya, sekejap lagi dia hanya perlu menggubah dan menghias sahaja. Jadi, tidak perlulah kami berlama-lama di sini.

53

Playboy Itu Suami Aku?!

Baru sahaja ingin mengatur langkah, sebuah kereta tiba-tiba sahaja meluncur laju di hadapanku. Nasib baik aku tidak dilanggarnya. Gaya pandu kereta, macam nak bunuh orang aje! Marahku dalam hati. Kalau kotak yang berisi bunga ni tergolek takpe, tapi kalau aku tergolek sekali macam mana? Hesy! Aku terus mencerlung tajam ke arah kereta mewah yang kulihat sudah pun dimatikan enjinnya itu. Kenapa agaknya kebelakangan ini, aku selalu jumpa dengan pemandu yang tidak berhemah? Sebelum mengatur langkah, aku menoleh sekali lagi ke arah kereta mewah tersebut. Rasa geram masih lagi beraja di hati. Pemandunya yang tidak berhemah itu ruparupanya sudah pun keluar dari kenderaan. Aku terus mengatur langkah tetapi tiba-tiba sahaja langkahku terhenti. Ada sesuatu yang tak kena ni. Dahiku berkerut sedikit. Kenapa macam pernah kulihat sahaja lelaki itu? Di mana ya? Kepala kupusingkan ke belakang sekali lagi. Ya Allah! Memang dia! King of Crocodile! Balikbalik muka dia! Bagaimana pula dia boleh berada di sini? Patutlah aku tak perasan tadi, kereta lain pula yang dipandu oleh lelaki itu kali ni. Begitu besar muka bumi Allah ini, tetapi selalu sahaja kami berada di tempat yang sama. Ada jodoh kut? Jodoh otak kau Fina! Aku memarahi diri sendiri. Gerun hati apabila memikirkan kejadian aku menampar wajahnya dua hari yang lepas. Dengan pantas aku terus menutup wajah dengan kotak-kotak bunga di tangan. Cepat-cepat aku berlari menuju ke arah Syaf. Bunga yang ditatang dengan berhati-hati tadi tidak lagi kupedulikan. Nak

54

Suri Ryana

terbalik ke, nak tergolek ke, lantaklah! Yang penting fungsi kotak ini sekarang hanyalah untuk menutup wajahku daripada lelaki tersebut. Fina! Bersedialah! Kalau bunga-bunga ni lingkup, pandai-pandailah kau jawab dengan Syaf dan Puan Sri nanti!

55

Playboy Itu Suami Aku?!

Bab 8
AH macam banduan dengan warden! Jangankan hendak berbual, nak pandang matanya pun kami tak berani. Segala gerak-geri kami diperhatikan oleh si dia yang bergincu merah. Naik rimas aku jadinya! Sesekali ada juga aku mencuri pandang ke arah wanita itu apabila dia menoleh ke arah lain. Daripada gayanya berpakaian, memang nampak sangat elegan dan moden. Gaun labuh daripada fabrik chiffon yang dihias indah dengan manik membaluti tubuh wanita ini. Aku tak tahu nak kategorikan dia ni wanita bertudung atau tidak kerana hanya sebahagian kepalanya sahaja ditutup dengan shawl. Bahagian hadapan rambut dibiarkan terbuka. pula. Aku cuba memberi sepenuh perhatian pada kerja membuka kotak di hadapanku ini. Baru sahaja nak fokus, tiba-tiba pula aku teringatkan playboy tu! Hesy! Apa agaknya dia buat di sini? Makin tak sedap hatiku jadinya. Sesekali ada juga aku mencuri pandang ke sekeliling kawasan taman. Fuh... nasib baik bayang playboy tidak kelihatan di sini.

56

Suri Ryana

Aku menjeling ke arah Syaf yang sedang bergerak ke bahagian hujung meja panjang ini. Di situ letaknya pasupasu kaca yang sudah pun diisi dengan air. Serius sahaja wajah gadis itu. Tidak seperti selalu, ada sahaja bahan yang hendak digosipkan sampai tak terlayan aku jadinya. Jarang aku lihat mulut Syaf yang berseluar Ali Baba itu terkunci rapat. Isk, dah banyak kali Syaf betulkan aku. Bukan seluar Ali Baba la namanya tetapi harem pants. Aku mengeluarkan bunga-bunga yang dibalut kemas dengan plastik jernih dari dalam kotak. Bunga mawar, calla lily, gerbera daisy, baby breath dan beberapa jenis bunga yang aku tidak pasti namanya itu kini memenuhi ruang meja di bahagian hujung taman ini. Nasib baiklah buat kerja awal pagi. Kalau tidak, mau rentung kulit kami dibakar mentari. Syaf kemudiannya membuat isyarat supaya aku membawakan sebuah kotak berisi bunga mawar berwarna pastel kepadanya. Semua bunga mawar di dalam kotak ini telah pun dipotong pendek batangnya. Baru sahaja aku hendak bergerak, satu suara nyaring singgah di telinga. Nanti! Gara-gara terkejut, kotak di tanganku terus terlepas ke atas meja. Nasib baiklah semua bunga ni tidak jatuh ke tanah. Aduhai, kecoh betullah mak cik seorang ni! Bentakku dalam hati. Terus sahaja wanita berwajah serius itu menghampiriku. Sekuntum bunga mawar yang berwarna putih susu diangkatnya tinggi sehingga ke paras mata. Setelah puas meneliti bunga tersebut, dia menoleh kepadaku. Semua bunga ni dah melalui proses preparation atau belum?

57

Playboy Itu Suami Aku?!

Tenang sahaja dia bertanya kepadaku soalan itu. Tapi, nada suaranya tetap tegas. Preparation? Ah, sudah! Manalah aku tahu! Semakin cuak aku jadinya apabila bulat mata wanita itu merenung ke arahku. Terus sahaja aku menoleh ke arah Syaf yang sudah pun berada di sisi. Errr... dah! Semua bunga keratan yang saya bawa ni telah pun melalui proses penyediaan bunga ataupun preparation process. Dengan bersungguh-sungguh Syaf menjawab bagi pihak aku. Tapi kenapa mata Puan Sri masih lagi melekat di wajahku? You shut up! I am asking her, not you! Tegas nada suaranya membidas Syaf. Jangan risau, semua bunga ini telah pun melalui proses penyediaan bunga. Dengan cuak aku mengulang balik ayat yang diucapkan oleh Syaf sebentar tadi. Good... angguknya beberapa kali sambil tersenyum. Kemudian, dia bersuara lagi. Ada gunakan makanan bunga atau flower food semasa proses penyediaan? Kemudian, dia mencapai bunga mawar berwarna pink pastel pula. Flower food? Sumpah, aku dah nak tergelak saat ini. Tetapi tetap kutahan tawa ini daripada terhambur keluar. Bunga pun makan jugak ke? Dah macam manusia pulak bunga zaman sekarang. Tangan menggaru kepala yang tidak gatal. Aduh... apa yang aku nak jawab ni? Aku terus toleh ke arah Syaf yang sedang menyebut sesuatu. Aduhai, aku tak dapat baca apa yang sedang digumamnya tu. Ah, baik berterus terang sahaja! Nekadku dalam hati. Errr maaf. Ehem, sebenarnya saya... Baru sahaja bersuara, dia terus memotong kata-kataku.

58

Suri Ryana

Kamu tak tahu, kan? Soalannya membuatkan aku terdiam seketika. Dua kuntum bunga yang berada di tangannya diletakkan kembali ke dalam kotak. Maaf Puan Sri, kawan saya masih baru dalam bidang ini. Dia belum arif lagi tentang penyediaan bunga dan sebagainya. Kelam-kabut Syaf bersuara. Bulat mata Puan Sri memandang ke arah Syaf. Sebelah tangannya bercekak pinggang. Apa? Bagaimana kamu boleh bawa seseorang yang tak ada basic langsung tentang bunga datang ke sini? Wajah tidak puas hati Puan Sri tidak berani lagi kutatap. Aku menoleh ke arah Syaf. Sedikit pucat kulihat wajah Syaf ketika ini. You better do your job properly! Kalau tidak, saya tak akan bayar satu sen pun! Nyaring sekali suara Puan Sri bergema di kawasan ini sehingga ada seorang dua lelaki yang sedang memasang kanopi menjeling ke arah kami. Aku terus menundukkan wajah apabila anak mata Puan Sri menikam wajahku. Kelu terus lidah aku dan Syaf. Jangan-jangan awak gunakan Panadol aje untuk prep semua bunga ni! bidas Puan Sri. Saya tak nafikan ada sesetengah florist yang menggunakan Panadol tetapi bukan di Cinta Florist. Saya sedia maklum aspirin, menerusi unsur asid salicylic yang terdapat di dalamnya tu hanya mampu mengelak air di dalam pasu daripada menjadi keruh sahaja tetapi tidak membawa apa-apa faedah kepada bunga. Dengan panjang lebar Syaf menjawab.

59

Playboy Itu Suami Aku?!

Aku lihat dia bersungguh-sungguh meyakinkan Puan Sri. Flower food jenama apa yang awak gunakan? Puan Sri masih lagi ingin menduga Syaf. Floralife. Kadang-kadang saya gunakan chrysal. Sambil tersenyum, Syaf menjawab soalannya. Wajah Puan Sri ketika ini kulihat sedikit berubah. Tidak lagi bengis seperti tadi. Sumpah Puan Sri, saya rendamkan semua bunga ini dalam air yang dicampur dengan flower food selama berjam-jam supaya semua bunga ni dapat bertahan dengan lebih lama dan tidak layu. Syaf masih lagi meyakinkan Puan Sri. Malah, pasu-pasu kaca tu pun saya basuh dengan sabun dan air panas untuk hilangkan bakteria yang boleh menyebabkan bunga menjadi layu, ujar Syaf lagi. Aku lihat Puan Sri menganggukkan kepala beberapa kali. Shawl berwarna beige yang ditiup angin, dibetulkannya sedikit. Okay, I trust you! Sekarang, saya hanya nak tunggu dan lihat sama ada bunga-bunga ni dapat bertahan atau tidak. Dengan tegas Puan Sri berkata begitu. Syaf pula terus menganggukkan kepala. Tidak tahulah banyak mana kawanku ini sedang menyumpah dalam hati. Syaf tu... aku kenal sangat! Mummy! Aku terus mengangkat wajah apabila terdengar suara itu. Alamak! Nasib baik dia tak nampak aku. Aku terus memusingkan badan menghadap bunga-bunga yang berselerakan di atas meja. Syaf juga berbuat begitu. Hanya

60

Suri Ryana

bahagian belakang tubuh kami sahaja yang menghadap Puan Sri dan lelaki itu saat ini. Mummy? Puan Sri yang cerewet ni mak si playboy tu rupanya! Mati aku! Rasanya Syaf pun tak tahu King adalah anak kepada Puan Sri. Berdegup kencang jantungku saat ini. Rasa seperti hendak lari keluar dari rumah ni sekarang jugak. Adrian... bila sampai? Aku memasang telinga mendengar suara lembut Puan Sri. Adrian? Berkerut dahiku. Namanya Adrian? Habis tu, King pula siapa? Nama glamor dia agaknya! Tadi, jawab lelaki itu. Dah breakfast? tanya Puan Sri lagi. Not yet mummy. Ad lapar la... tadi sempat minum coffee aje, jawab lelaki itu pula. Manja juga dia dengan mummynya. Tak makan lagi? Kejap, mummy suruh Mama Lijah siapkan makanan untuk Ad. Terus sahaja Puan Sri berkata begitu. Thank you! Aku pura-pura sibuk memilih beberapa kuntum bunga ketika Puan Sri melintas di hadapanku. Nampak berseri pula wajahnya ketika ini. Cepat betul mood wanita cerewet tu berubah. Aku lihat dia terus mengatur langkah menuju ke arah rumah yang tersergam indah di hadapan taman ini. Nafas lega kuhelakan. Agaknya lelaki tu pun dah beredar! Syaf yang baru sahaja membuka plastik yang membaluti calla lily kini mencapai kotak yang berisi bunga mawar pelbagai warna pula. Bersama kotak tersebut dia melangkah ke hujung meja.

61

Playboy Itu Suami Aku?!

Yang aku tahu, setelah pasu-pasu kaca yang bersaiz kecil itu diisi dengan bunga mawar, pasu-pasu itu akan diletakkan di atas setiap meja tetamu. Bunga calla lily yang berwarna putih di hadapanku ini pula akan digunakan untuk hiasan di dalam rumah nanti. Excuse me, miss. Aku memejamkan mata seketika sambil mengetap bibir. Buaya tu ada kat sini lagi rupanya! Erghhh! Nak pusingkan badan ke tidak ni? Kalau tak pusing nanti dia buat kecoh pulak! Macam mana kalau dia beritahu Puan Sri yang aku pernah menamparnya tempoh hari? Ah, mesti keadaan akan menjadi kalut! Entah-entah Syaf juga tidak akan dibayar. Semua kemungkinan bermainmain di minda. Aku terus mencapai sejambak bunga gerbera yang berkelopak besar dan menutup wajahku sebelum berpaling. Memang lima puluh kuntum bunga gerbera ini dapat menutupi wajahku. Tapi, aku tahu kebarangkalian untuk dia tidak mengenaliku adalah agak rendah, Ah, tak kisahlah. Janji cuba! Yes! Ada apa ye? tanyaku acuh tak acuh. Dia diam sahaja. Anak mataku dapat melihat kakinya sedang mengambil beberapa langkah untuk menghampiriku. Apabila dia mencabut sekuntum bunga gerbera daripada tanganku, jantung mulalah buat perangai. Aku amat yakin dia tahu siapa aku. Terus sahaja aku meletakkan jambangan bunga yang berada di tangan ke atas meja. I know it is you! Why do you look so pale? soalnya dengan sinis.

62

Suri Ryana

Lelaki yang memakai kemeja biru ini kemudiannya menyandarkan badannya pada meja. Kemudian, dia kulihat dengan bersahaja membetulkan lipatan lengan baju di siku. Aku tahu dia dapat melihat wajahku dengan jelas saat ini. Malas hendak bertentangan mata, aku terus bergerak ke arah bahagian kanan meja. Syaf pula hanya menggelengkan kepala melihat telatah anak Puan Sri ini. Tiba-tiba sahaja dia merapatiku sekali lagi. Bau wangian yang dipakainya menusuk masuk ke dalam rongga hidung saat ini. Kemudian dia berbisik. Kalau tak pernah buat salah, kenapa perlu takut? Aku terus menjauhinya. Wajahnya kupandang sekilas. Bibir lelaki itu masih lagi tersenyum sinis. Dari riak wajahnya, aku tahu dia tidak puas hati denganku. Encik King, I am very busy right now. Sorry, ujarku dengan sedikit tegas. Tangan pula lincah mencapai kotak yang berisi kelopak-kelopak bunga mawar. Padahal aku tak tahu pun nak bawa kotak ini ke mana. Kegunaannya untuk apa pun aku tak tahu! Tapi, aku pura-pura juga sibuk. Bersama kotak tersebut, aku melangkah ke arah Syaf. Lega rasa hati apabila terdengar bunyi deringan. Kelam-kabut dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Sebelum menjawab panggilan sempat lagi dia berkata kepadaku. I am not done with you yet! Keras suaranya berkata begitu. Aku pula menjulingkan mata ke atas. Macamlah aku takut sangat dengan dia. Kalau dengan Puan Sri tu, ada la sikit. Itu pun sebab aku takut Syaf tak dapat bayaran aje. Kalau bukan sebab tu, ada aku peduli?

63

Playboy Itu Suami Aku?!

Helo sayang.... Bibirku mencebik apabila mendengar ayat itu. Dapat kulihat dia sudah pun melangkah ke arah kolam renang. Dasar buaya! jeritku, geram. Sempat lagi Syaf mengurut belakangku. Kononnya nak menenangkan hati aku. Mungkin dia rasa ego dan maruahnya tercabar sebab kau tampar dia kat rumah hari tu. Syaf bersuara. Kemudian, tangannya lincah menyambung kerja. Aku pula hanya meraup wajah dengan tangan. Tapi, padanlah dengan muka dia. Siapa suruh dia pandai-pandai sentuh cermin mata kau. Serve him right! Ujar Syaf lagi. Jangan dia ingat semua perempuan macam mesin touch n go! Sesuka hati dia aje nak pegang-pegang. Bebelan Syaf tidak dapat meredakan serabut di kepalaku. Aku terus menolongnya memasukkan beberapa kuntum bunga mawar ke dalam pasu. Syaf, kita kena siapkan kerja ni cepat-cepat. Tak sabar aku nak blah dari sini! Luahku dengan perasaan geram bercampur risau yang masih bersisa.

64

Suri Ryana

Bab 9
EGINIKAH rumitnya kalau bekerja untuk orang yang terlalu cerewet? Bayangkanlah, semua tugasan telah pun disiapkan sejak pukul satu tengah hari tadi tetapi, disebabkan Puan Sri tidak berpuas hati dengan beberapa perkara, kami masih lagi berada di sini sehingga sekarang! Aku menjeling ke arah Puan Sri yang sedang meneliti gubahan bunga di dalam pasu bersaiz besar itu. Serius sahaja mimik mukanya. Sekejap pasu tersebut dialihkan ke kiri. Sekejap lagi dialihkan ke sebelah kanan pula. Naik bingung aku jadinya! Harapnya gubahan bunga untuk pasu terakhir ini menepati piawaiannya. Syaf pula sedikit gelabah saat ini. Mana tidaknya, dia terpaksa menggubah semula beberapa jambangan bunga tadi gara-gara Puan Sri tidak berpuas hati dengan hasil kerjanya. Ini pun, nasib baiklah wanita beranting-anting panjang ini berpuas hati dengan gubahan bunga untuk meja tetamu kat luar tu. Kalau tidak, mahu pengsan kami hendak menggubah semuanya semula. Banyak tu!

65

Playboy Itu Suami Aku?!

Ya Allah, dah pukul tiga petang! Tanggungjawab terhadap Yang Maha Esa masih tidak sempat kutunaikan. Janganlah sampai aku terlepas waktu zohor kerana ingin puaskan hati seorang manusia yang bergelar Puan Sri. Manusia yang super cerewet di abad ini! Sekejap lagi, pasti banglo mewah ini akan dipenuhi dengan para tetamu. Malah, ketika kami naik ke atas selepas menyiapkan gubahan bunga di ruang tamu bawah sejam yang lepas, sudah ramai juga sanak saudara Puan Sri yang telah pun hadir. Perut pula dah berkeroncong hebat. Maklumlah, kami berdua hanya sempat menjamah sedikit bihun goreng yang disediakan oleh pembantu rumahnya aje tadi. Tak sempat nak makan betul-betul kerana risaukan tentang tugasan yang masih belum siap. Aku dan Syaf masih lagi berdiri tegak di sini. Macam tiang lampu. Berdebar-debar menunggu ayat yang keluar daripada mulut Puan Sri yang berkulit kuning langsat itu. Hati masih berteka-teki sama ada dia berpuas hati atau tidak. Aku mengangkat wajah sedikit. Mata mula memerhati sekeliling ruang tamu yang terletak di tingkat atas rumah ini. Nampaknya, hiasan dalaman yang begitu mewah tidak dapat lagi menyejukkan hatiku. Kalau beberapa jam yang lepas mulutku terlopong sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam ruang tamu ini tetapi kini tidak lagi. Kalau tadinya aku terpesona dan kagum dengan perabot-perabot yang tampak mewah dan sangat unik di sini, tetapi sekarang rasa itu telah pun pergi. Aku betul-betul tidak sabar ingin balik. Syaf.... Ya, Puan Sri. Kelam-kabut Syaf menyahut.

66

Suri Ryana

Aku dan Syaf terus sahaja memberi perhatian ke arah wanita yang berada di hadapan kami ini. Saya berpuas hati dengan hasil kerja kamu. Tapi, saya mahu kamu campurkan sedikit lagi baby breath ke dalam jambangan bunga ni. Nampak sedikit kosong. Tangannya ditudingkan ke bahagian kanan jambangan bunga di dalam pasu putih itu. Syaf beberapa kali. terus sahaja menganggukkan kepalanya

Baik, Puan Sri. Saya akan lakukan yang terbaik. Dengan bersungguh-sungguh Syaf berkata begitu. Puan sedikit. Other than that... I am fully satisfied! ujar wanita itu lagi. Terima kasih Puan Sri, jawab Syaf sambil tersenyum. Mungkin lega agaknya kerana tidak lama lagi kami sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada si cerewet ini. Isk, cakap dah puas hati, tapi nak suruh tambah itu, tambah ini lagi! Bebelku dalam hati. Aku semakin tidak senang duduk. Mata menilik ke arah jam di tangan sekali lagi. Otak pula sudah mula mencongak. Pukul berapa agaknya kami betul-betul boleh balik ni? Jarum jam di pergelangan tanganku sudah pun menginjak ke pukul tiga sepuluh minit petang. Kalau nak tunggu Syaf habiskan kerjanya, takut pula aku terlepas waktu zohor nanti. Jika aku bertanya Syaf pun, pasti dia tidak dapat memberi jaminan pukul berapa kami dapat beredar dari sini. Sri kulihat menganggukkan kepalanya

67

Playboy Itu Suami Aku?!

Maklumlah, Puan Sri tu memang sukar nak diramal moodnya. Syaf pula, memanglah tak perlu risau sebab dia uzur. Syaf... aku nak solat kejap. Akhirnya aku bersuara dengan perlahan. Tudung berwarna putih di kepala kubetulkan sedikit. Syaf yang sedang mengerat tangkai hujung bunga mawar merah itu mendongak ke arahku. Kau nak solat kat sini ke? Sebelah kening Syaf terangkat sedikit. Aku terus bertinggung di sebelahnya. Kat sinilah, bisikku. Syaf menganggukkan kepalanya. Mataku sempat lagi berlari ke arah Puan Sri yang sedang bercakap sesuatu dengan pembantu rumahnya berdekatan dengan tangga. Daripada gaya wanita itu, dia seperti hendak turun ke ruang bawah sahaja. Aku dah tak boleh tunggu lagi Syaf... aku takut kalau terlepas waktu zohor, sambungku lagi. Aku nekad untuk tunaikan solat zohor sekarang juga. Tak mahu tanggung-tangguh lagi. Takpe... kau minta kebenaran dari Puan Sri. Kau nak tumpang solat aje kat sini, bukan nak buat apa pun, kan... ujar Syaf dengan tenang. Tangannya lincah membetulkan bunga-bunga mawar di hadapannya. Hmmm.... Kepala kuanggukkan dan terus berdiri. Dengan penuh hati-hati aku mengatur langkah menuju ke arah Puan Sri. Dia masih lagi bercakap dengan pembantu rumahnya. Aku pula terkulat-kulat memerhati ke arah mereka.

68

Suri Ryana

Puan Sri yang perasan kehadiranku terus menoleh. Anak matanya merenung tajam ke arahku. Cuak pula aku jadinya. Yes, anything? soalnya dengan tegas. Dengan kelam-kabut aku terus bersuara. Puan Sri. Errr... saya nak minta kebenaran untuk tumpang solat zohor kat sini, boleh tak? Belum sempat dia menjawab, aku bersuara lagi. Bukan apa, untuk meyakinkan dia yang aku betul-betul dalam kecemasan ni. Sebenarnya, saya boleh solat kat rumah nanti, cuma saya takut sangat kalau tak sempat. Maklumlah, jarak rumah saya dari sini memakan masa kira-kira dua puluh lima minit. Katakanlah, pukul empat petang kami siapkan kerja, maksudnya pukul empat dua puluh lima la saya akan sampai ke Belum sempat ayat tersebut sempurna, terus sahaja Puan Sri mengangkat tangan kanannya. Cukup! Kamu nak tumpang solat, kan? Tak perlulah buat karangan sampai macam tu sekali. Sinis sikit ayat tersebut menampar deria pendengaranku. Aku hanya tersengih. Wanita di hadapanku memusingkan badannya sedikit. Anak matanya difokuskan kepadaku dengan penuh minat. Ada rasa gusar yang bertapak di hati. Pembantu rumah yang siap dengan uniform di badan itu pula hanya mampu melihat sahaja telatah Puan Sri. What is your name? Akhirnya dia bersuara. Afina. Kelam-kabut aku menjawab. Mungkin sebelum benarkan aku solat di dalam rumah mewah ini, dia nak interview aku dulu kut. Hatiku membuat andaian. Sunarti, bawakan dia ke bilik solat. Terus sahaja dia berkata begitu kepada pembantu rumahnya.

69

Playboy Itu Suami Aku?!

Nampaknya andaianku salah. Ingatkan nak interview tadi. Lucu pulak kurasakan dengan diri sendiri. Baik Puan Sri. Dengan bersungguh-sungguh gadis muda itu menjawab. Dengan hati yang gembira aku terus bersuara. Terima kasih Puan Sri... terima kasih sangat-sangat kerana... Belum sempat aku menghabiskan ayat, Puan Sri terus memotong. Kamu nak buat karangan lagi? Dengan pantas aku menggelengkan kepala. Errr... tak. Thank you. Ujarku yang terus sahaja mengikut langkah Sunarti turun ke ruang bawah.

YA ALLAH Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kau ampunilah dosa adikku, sanak saudaraku, guru-guru yang pernah mengajarku, para sahabatku dan keseluruhan umat Islam di atas muka bumi ini. Murahkanlah rezeki kami, panjangkanlah umur kami, bersihkanlah hati kami dan tetapkanlah iman kami supaya kami tidak terpedaya dengan hasutan syaitan. Ya Allah Ya Tuhanku. Jauhilah kami dari segala kemungkaran dan berikanlah kami kekuatan untuk sentiasa berbakti di jalanMu. Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah juga dosa arwah nenek-nenekku dan arwah datuk-datukku. Ampunilah segala dosa dan kesalahan yang telah mereka lakukan dahulu. Lapangkanlah kubur mereka dengan rahmatMu, Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Amin. Ya Rabbal Alamin....

70

Suri Ryana

Setiap kali selepas mendoakan arwah nenek dan atuk, pasti ada air mata yang bergenangan di tubir mata. Sayu betul rasa hatiku. Rasa ralat kerana mereka pergi saat aku belum sempat berbakti kepada mereka. Aku meraup wajah dengan kedua-dua belah tangan. Air mata yang mengalir kuseka dengan perlahan. Harapanku hanya satu. Semoga mereka tenang di sana. Aku terus membuka kain telekung yang membaluti tubuh. Lega sungguh rasanya hati sebaik sahaja aku memberi salam terakhir untuk solat zohor tadi. Perasaan ketika ini tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Seperti aku dapat menyempurnakan satu tugasan yang maha besar dengan jayanya. Bibir menguntum senyuman ketika ini. Tangan pula mencapai cermin mata dan kukenakan pada wajah. Tidak kujangka bilik solat di dalam banglo mewah ini sangat luas ruangnya. Empat atau mungkin lima kali ganda lebih luas daripada surau di pusat membeli-belah yang pernah aku kunjungi. Kebersihan ruang ini juga berada di tahap yang sangat cemerlang. Bau harum mengisi ruang udara di sini. Dalam hati, timbul rasa hormat dan kagum dengan Puan Sri. Segarang-garang dia, sekaya-kaya dia dan secerewet dia, masih juga mementingkan agama. Cuma, mungkin dia masih belum bersedia untuk menutup aurat. Dalam hati sempat lagi aku berdoa supaya hatinya lembut untuk menunaikan suruhan Allah yang satu itu secepat mungkin. Baru sahaja ingin bergerak menuju ke arah rak berkaca yang menempatkan pelbagai jenis buku agama dan al-Quran, aku terdengar bunyi pintu berkeriut. Terus sahaja aku menoleh ke belakang. Puan Sri rupanya. Wanita itu seperti mahu melangkah keluar dari bilik ini. Sumpah, aku

71

Playboy Itu Suami Aku?!

tidak sedar langsung tentang kewujudannya sebentar tadi. Anak tudung yang menutup kepala kubetulkan sedikit. Ah, entah-entah dia berang kerana aku mengambil masa yang lama untuk bersolat, tak? Aku mula membuat andaian. Errr... Puan Sri, panggilku. Wanita itu tidak menoleh ke arahku langsung. Tangannya masih lagi memegang tombol pintu. Maafkan saya kalau lama sangat berada di dalam bilik solat ini. Kelam-kabut aku melipat sejadah. Baru sahaja hendak meletakkan sejadah di tempat yang sepatutnya, Puan Sri menoleh ke arahku. Terkejut aku jadinya! Merah sangat wajah wanita itu ketika ini. Tambahtambah di bahagian hidung. Masih ada air mata yang bersisa di tubir mata. Terlepas sejadah yang berada di tangan. Aku terus menghampirinya. Puan Sri? Kenapa ni Puan Sri? soalku dengan penuh prihatin. Puan Sri sakitkah? Saya cuma terfikir, adakah saya sama bertuahnya dengan ibu dan bapa kamu? Ada anak yang sudi doakan saya selepas solat. Saya cuma terfikir, bila saya tak ada nanti, ada atau tidak anak-anak saya yang sudi doakan saya dalam solat mereka. Ada sendu dalam ayat itu membuatkan aku yang mendengar ini kelu seribu bahasa. Otak terus tidak dapat berfungsi. Puan Sri pula melangkah keluar, membiarkan aku termangu-mangu sendirian di sini. Betullah kata orang, harta, kemewahan dan pangkat tidak dapat membeli kebahagiaan dan ketenangan hati. Apabila teringatkan Syaf yang berseorangan di

72

Suri Ryana

ruang atas, aku terus sahaja mencapai sejadah dan meletakkannya kembali di atas rak yang disediakan. Kemudian, aku menyarung tudung di kepala. Dengan langkah longlai, aku menapak ke arah pintu. Sudah bersedia untuk meninggalkan bilik solat yang letaknya berhadapan dengan bilik tetamu ini.

73

Playboy Itu Suami Aku?!

Bab 10
KU masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi sebentar tadi. Nampaknya Puan Sri yang kaya-raya itu juga mempunyai masalah, sama seperti manusia lain. Cuma jenis masalah aje yang berbeza. Memanglah dia gunakan bahasa Melayu sahaja tetapi mengapa terasa sangat sukar untuk mentafsir maksud yang tersirat di sebalik keluhannya tadi? Hendak buat kesimpulan sendiri, memang aku tidak berani. Nafas berat kuhelakan sebaik sahaja pintu bilik kutarik rapat. Tersentak aku apabila melihat kelibat lelaki yang baru sahaja keluar dari bilik tetamu. Terus sahaja kakiku mengatur langkah tetapi dengan pantas dia memegang lengan bajuku. Nasib baik berlapik, kalau tidak, ada yang makan penampar sekali lagi ni! Kurang asam betullah! Aku terus mendongak ke arahnya. Hei! Lepaslah! Terus sahaja aku merentap lenganku dengan kasar. Mendidih aje darahku saat ini. Kelam-kabut aku memandang ke hadapan. Risau kalau ada mata yang memandang. Nasib baiklah tidak ada

74

Suri Ryana

sesiapa di ruang yang agak sunyi dan tersorok ini. Semuanya sibuk berkumpul di ruang tamu dan dapur agaknya. Nice to meet you again! Bersama senyuman sinis di bibir dia berkata begitu. Malas hendak melayan lelaki sewel ini, aku terus mengatur langkah tetapi dihalangnya yang kini berada di hadapanku. Boleh tak jangan halang laluan saya? Kita kat depan bilik solat ni. Hormatlah sikit. Isk! tempikku. Jarang aku bercakap sekasar ini. Why? Takut nak bertentang mata dengan aku? Dia bersuara. Kali ini dia membahasakan dirinya aku pula. Ada ketawa nakal di hujung ayatnya. Memang takde kerja dia ni. Aku merenung tajam ke arah lelaki itu. Anak mata dengan tidak sengaja mengamati lelaki di hadapanku ini. Lengan bajunya dilipat dengan kemas sehingga ke paras siku dan bahagian atas baju tidak dibutangkannya. Ops! Aku terus pandang ke arah lain. Saya ada tugas yang perlu diselesaikan. Bungabunga tu belum habis digubah lagi. Jadi, boleh tolong ke tepi sedikit? ujarku yang cuba untuk melangkah tetapi laluanku terhalang. Lelaki ini mendepakan tangannya di hadapanku. Isy, ingat main galah panjang ke apa ni? Nope. Tak boleh, gelengnya dengan pantas. Geram betul! Mahu sahaja aku melesing mamat ni dengan beg telekung di tangan tetapi aku masih waras. Nafas kutarik dalam-dalam. Sabar Fina... sabar! Darjah kemarahan yang telah pun mencapai takat maksimum cuba kurendahkan suhunya.

75

Playboy Itu Suami Aku?!

Apa yang awak mahu dari saya sebenarnya? Dengan lemah aku menyoal. Dia pula dengan perlahan bergerak setapak ke hadapan dan terus melangkah menghampiriku. Well, aku nak kau tampar aku sekali lagi macam kau tampar aku kat depan rumah kau tempoh hari, ujarnya dengan bersahaja. Sah dia ni ada penyakit mental! Aku terpaksa mengundurkan diri beberapa langkah ke belakang manakala dia masih menapak ke arahku. Hah? Awak dah gila ke? soalku yang tidak dapat bersabar lagi dengan perangainya. Biarlah kalau orang lain dengar pun. Aku sudah tidak kisah. Lelaki itu masih lagi melangkah. Aku yang sedikit risau kini sudah pun tersandar pada pintu bilik solat. Dah tak ada ruang lagi untuk aku berundur. Cemas aku jadinya. Takkanlah nak masuk ke dalam bilik solat pulak? Hah, itu memang tindakan yang kurang bijak! Akhirnya aku terus mengangkat kedua-dua belah tanganku. Okey... saya minta maaf. Saya memang tertampar awak malam tu sebab saya terkejut. Kelam-kabut ayat tersebut meluncur keluar daripada mulutku. Tangan kanan dengan pantas membetulkan cermin mata yang sudah pun melorot ke hidung. Lelaki di hadapanku ini memang betul-betul gila! Kini jarak kami tersangatlah dekat sehinggakan aku boleh mendengar deruan nafasnya. Bau wangian yang dipakainya pun dapat kuhidu dengan jelas. Sempat lagi kulihat bibirnya mengukir senyuman kemenangan. Tangan kanan dilekapkan pada pintu bilik manakala wajahnya pula ditundukkan sedikit membuatkan aku terus

76

Suri Ryana

memejamkan mata. Baru sahaja ingin berlari menjauhi lelaki ini, tangan kirinya pula dilekapkan pada pintu membuatkan aku terkunci dalam ruang yang dicipta oleh lelaki ini. Memang gila! Apa akan terjadi kalau ada orang yang ternampak keadaan kami begini? Bagaimana kalau Puan Sri yang ternampak? Risaunya hatiku. Jantung pula terus berdegup laju seperti hendak terpisah dari badan dah ni. Kau tahu aku jadi tajuk utama cerita malam tu? King ditampar perempuan nerd, bisiknya di telingaku. Perempuan nerd? Aku yang semakin geram dengannya terus bersuara. Padanlah dengan muka awak! Siapa suruh awak ambil cermin mata saya? Jangan awak ingat dengan semua perempuan awak boleh main-main. Ayat yang kuucapkan sama sinisnya dengan nada suara lelaki itu sebentar tadi. Riak tidak puas hati terpampang jelas di wajahnya. What? You must be crazy, bisiknya kasar di telingaku. Aku? Nak main-main dengan perempuan macam kau? soalnya dengan sinis sambil ketawa kecil. Mata dijulingkan ke atas. Ya Allah, kenapalah ada makhluk psiko macam ni kat atas muka bumiMu ini? Kau dah cermin diri ke belum? Perempuan macam kau, dalam mimpi pun aku jijik nak berdampingan. Tajam kata-katanya menghiris deria pendengaranku. Sesungguhnya tahap kesabaranku sudah senipis kulit bawang. Sesungguhnya, tanganku ini rasa gatal aje nak menampar wajahnya sekali lagi! Biar berbirat dan meninggalkan kesan sampai bila-bila. Baru puas hatiku.

77

Playboy Itu Suami Aku?!

Helo! Jangan nak perasan bagus! Saya pun tak pernah bermimpi nak bergandingan dengan awak. Lelaki buaya! Sorry, but you are just not my type! Dengan kasar aku membalas kembali. Wajah playboy di hadapanku ini terus berubah kemerahan. Oh, yes? I am not your type? Seriously? bisiknya dengan perlahan di telingaku membuatkan aku menoleh ke kiri. Tangan kanannya meraup wajah dan kemudian menyebak rambut ke atas. Aku terus mengambil peluang untuk melepaskan diri dari ruang ini tetapi tidak berjaya. Dengan pantas dia melekapkan kembali tangannya pada pintu. Lets see now.... Dengan tiba-tiba wajahnya didekatkan ke wajahku sehingga aku rasa seperti tidak ada lagi ruang untuk aku bernafas. Terus sahaja aku menolak tubuhnya jauh dariku tetapi tidak berjaya. Tapi, sekurang-kurangnya tindakanku ini menghentikan niat jahat yang berada dalam fikirannya. Kenapa? Nak tampar aku? Tamparlah! cabarnya. Kali ini suaranya melantun dengan kuat, memecah kesunyian ruang yang tersorok ini. Why? Tak berani? soalnya lagi, lebih sinis. Aku pula semakin risau sekiranya ada orang yang ternampak keadaan kami begini. Lebih malang lagi kalau orang itu adalah Puan Sri! Sesiapa yang melihat situasi kami ini mesti akan curiga. Bimbang betul kalau menimbulkan fitnah di kemudian hari. Apa yang dia mahukan sebenarnya?! Ah, lelaki ini dah betul-betul hilang akal. Aku terus sahaja meronta dan

78

Suri Ryana

cuba untuk lepaskan diri dari ruang yang masih dikunci oleh kedua-dua belah tangan lelaki ini tetapi tidak berjaya. Raja Adrian Benjamin! Kuat suara itu menampar telinga aku dan King. Aku terus menoleh ke arah Puan Sri yang sedang bercekak pinggang. Dengan pantas lelaki ini terus melepaskan keduadua tangannya dari pintu. Puan Sri yang masih mencerlung tajam ke arah anaknya itu kini melangkah ke arah kami. Lemah kurasakan lututku ketika ini. Tidak sanggup rasanya hendak menatap wajah berang Puan Sri. Lelaki itu pula kulihat selamba sahaja meraup wajahnya. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Tenang sahaja lagaknya. Seperti tiada apa-apa yang terjadi. Puan Sri.... Aku cuba hendak menceritakan perkara yang sebenarnya tetapi Puan Sri telah terlebih dahulu bersuara. Takutnya kalau Puan Sri tersalah menilai. Ad... what are you doing? Tak cukup lagi ke buat masalah kat luar tu? Sampaikan kat dalam rumah ni pun nak buat hal?! Kasar suaranya memarahi lelaki bernama Raja Adrian Benjamin ini. Mummy... Ad.... Aku lihat lelaki itu cuba mencari alasan tetapi ayatnya tidak disambung. Matanya terus difokuskan ke sebelah kanan. Aku juga turut sama menoleh. Siapa pula mereka ini? Berkerut-kerut dahiku memandang ke arah dua orang perempuan seksi yang sedang melangkah ke mari. Seorang berambut perang, seorang lagi mewarnakan rambut dengan warna coklat kemerahan. Puan Sri kulihat selamba sahaja lagaknya ketika ini. Seperti tidak terkejut langsung dengan kehadiran mereka.

79

Playboy Itu Suami Aku?!

King. Dengan manja gadis berambut perang itu mengambil tempat di sebelah si playboy. Sangat rapat jarak mereka. King siapa perempuan ni? You cakap I sorang aje girlfriend you. Seorang lagi gadis pula bersuara sambil bercekak pinggang. Terpamer jelas riak tidak puas hati pada wajahnya yang disolek rapi itu. Padan muka! Sempat aku bersorak riang dalam hati menyaksikan drama sebabak di hadapanku ini. Sepandaipandai tupai melompat, jatuh ke tanah juga akhirnya. Jessica.... Lemah suaranya memandang ke arah gadis berambut perang di sebelahnya. Jessica konon! Nama kalah minah salih tetapi rupa Melayu tulen. Memang over! Kemudian matanya beralih kepada seorang lagi gadis di hadapannya. Rossy... boleh tak you all jangan buat kecoh kat sini? Pandai betul lelaki ini memujuk rayu. Lembut sahaja nada suaranya. We all bukan nak buat kecoh. We all just nak you buat pilihan. Sekarang I nak you pilih. I atau dia? jawab Jessica. Tangan ditudingkan ke arah Rossy. Aku lihat King sedikit serabut. Terus sahaja dia menoleh ke arah Puan Sri yang kulihat merenung tajam wajahnya. Mummy... macam mana dia orang boleh masuk dalam rumah ni? soalnya. Aku tahu dia tidak berpuas hati. Mummy yang ajak dia orang ke sini. Mummy tak nak dia orang buat kecoh kat luar! bentak Puan Sri dengan

80

Suri Ryana

kasar. Masam mencuka wajahnya. Terus sahaja anak matanya berlari ke arah Jessica dan Rossy silih berganti. Aku pula yang rasa tidak diperlukan di sini ingin terus melangkah pergi tetapi dengan pantas Puan Sri menahan langkahku. Eh, kenapa ni? Alamak, jangan-jangan Puan Sri tidak puas hati dengan apa yang dilihatnya tadi? Ya Allah, hindarkanlah aku dari fitnah. Kencang jantung berdegup. Semakin gusar hatiku saat ini. Mata Pun Sri kembali mencerlung tajam ke arah dua wanita seksi itu. King pula kulihat tenang sahaja bersandar pada dinding, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tangan Puan Sri kini menuding ke arah Jessica. Kemudian ke arah Rossy pula. Kedua-dua orang gadis itu kelihatan tergamam. Now, both of you better listen here carefully. Dengan tegas suaranya berkumandang. Mereka berdua terus memberikan perhatian. My son is no longer available. He is getting married soon! Laju sahaja ayat itu meluncur keluar daripada bibir Puan Sri. Bukan sahaja Jessica dan Rossy terlopong, tetapi aku juga turut ternganga luas ketika ini. Biar betul? Siapa agaknya perempuan malang yang bakal berkahwin dengan lelaki gila itu? Sempat lagi aku mengutuk dalam hati. Yang lelaki ini pula kelihatan tenang sahaja. Oh, maksudnya, betullah dia dah nak berkahwin. So, dont waste your time and just move on with your life. Sekali lagi Puan Sri bersuara dengan tegas.

81

Playboy Itu Suami Aku?!

Daripada riak wajahnya aku tahu dia menyampah dengan kedua-dua gadis itu. Auntie.... Suara Jessica terus sahaja bergema. Ada air mata yang bergenangan di tubir matanya. Auntie... you cant do this. Rossy mencapai lengan Puan Sri tetapi wanita ini menepis dengan laju. Aku menjadi semakin risau apabila memikirkan nasibku sebentar lagi. Janganlah kerana aku, Syaf tidak dibayar. Auntie rasa kamu berdua belum pekak lagi, kan? So now, please leave! Puan Sri nampaknya sudah mula hilang sabar. Sunarti!!!! Terus sahaja dia memekik. Selang beberapa saat, terkocoh-kocoh kulihat Sunarti berlari ke arah kami. Wajahnya ditundukkan sedikit tetapi anak mata memandang dengan cuak ke arah majikannya. Ya Puan Sri jawabnya takut-takut. Tunjukkan jalan keluar untuk mereka berdua ni. Arahan diberikan dengan tegas sekali. Baik Puan Sri angguk Sunarti yang sedia menurut perintah. Dia kemudiannya tersenyum manis ke arah Jessica dan Rossy. Silakan miss, ujarnya dengan lembut sambil mendepakan sebelah tangan ke arah kirinya. Sebelum Jessica beredar, menghentakkan kaki tanda protes. sempat lagi dia

Rossy pula menjeling tajam ke arah Puan Sri tanda tidak puas hati dengan wanita itu.

82

Suri Ryana

Aku melihat mereka berdua beredar dengan hati yang semakin sarat dengan kerisauan. Mummy... thanks. I owe you one! Nasib baik mummy cover tadi. Ad pun dah menyampah dengan dia orang. Elok juga dia orang ingat Ad dah nak kahwin. Tak perlu lagi nak layan dia orang lepas ni. Dengan selamba King memeluk mummynya dari belakang dan mengucapkan kata-kata itu. Aku hanya mengetap bibir. Puan Sri melepas pelukan anaknya. Kemudian, dengan wajah yang serius, dia bersuara. Tak, Adrian. This time mummy bukan berlakon untuk selamatkan Ad dari perempuan-perempuan tu. Mummy betul-betul dah ada calon untuk Ad. You are getting married soon! King memandang ke arah mummynya dengan pandangan tidak percaya. Kemudian terus sahaja dia ketawa besar. Aku yang tidak tahu apa-apa ini hanya kelu seribu bahasa. Raja Adrian! Puan Sri dengan tegas menyebut nama anaknya itu. Mummy tak main-main. Ad akan kahwin tak lama lagi! Mati terus tawa yang terhambur keluar daripada bibir lelaki itu tadi. Daripada riak wajah Puan Sri, nampaknya dia memang tidak main-main. What?! Dengan siapa? Terkejut besar kulihat wajah lelaki ini. Seronok pula rasa hatiku. Padan muka! Anak orang kaya mana agaknya yang menjadi pilihan Puan Sri ye? Pasti perempuan

83

Playboy Itu Suami Aku?!

itu bukan calang-calang orangnya kerana dapat menawan hati wanita cerewet ini. Aku mula berteka-teki sendiri. Kelat terasa air liur yang ditelan apabila Puan Sri menoleh ke arahku. Afina. Dengan tenang dia menjawab soalan anaknya itu membuatkan aku terasa ingin rebah tika ini. Lemah terasa segala sendi yang ada dalam badan. Terkulai rasanya tulangtemulang yang menyokong tubuh. Puan Sri! Terjerit kecil aku. Bulat mataku memandang ke arah Puan Sri. Mummy, you must be kidding me! I am getting married to this girl? You are being ridiculous! King pula membentak. Kedua-dua tangannya meraup wajah dengan kasar. Baru sahaja dia ingin membentak lagi, Puan Sri terus membidasnya. You can say whatever you want but my decision is final! bentak Puan Sri. Aku pula terus sahaja menggelengkan kepala. Masih lagi terkejut dan tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku. Cermin mata berbingkai hitam yang hendak melorot kutolak ke atas sedikit. Wajah lelaki itu tidak lagi kupandang. Saat ini aku hanya memfokuskan pandangan ke arah Puan Sri. Matanya memandang jauh ke dalam anak mataku. Puan Sri... maafkan saya, tetapi, saya betul-betul harus pergi sekarang. Setelah berkata begitu, aku terus meluru ke arah tangga dan melangkah naik ke ruang atas, di mana Syaf sedang berada. Syaf kulihat sedang berehat di atas sofa. Kawanku

84

Suri Ryana

itu terus tersenyum lebar sebaik sahaja nampak kelibatku. Daripada riak wajahnya, aku tahu dia sangat gembira. Tangan kanannya menggawang sekeping kertas. Oh, dia sudah menerima cek bayaran rupanya. Gadis itu terus berdiri. Aku pula tidak dapat memberikan sebarang reaksi ketika ini. Beg berisi telekung kugalas di bahu kiri. Kemudian, kelam-kabut aku mengangkat kotak-kotak kosong yang telah tersusun di atas lantai dengan tangan kanan. Tangan kiri pula menarik lengan Syaf yang terpinga-pinga memerhati telatahku. Dia hanya menurut sahaja langkahku. Fina... kenapa dengan kau ni? Soalnya setelah kami sampai di tangga. Tanpa memandang ke arahnya, aku bersuara. Terketar-ketar suaraku berkata begitu saat ini. Syaf, kita kena pergi dari sini sekarang jugak! Tanpa banyak bicara, gadis yang masih termangumangu ini mengikut jejak langkahku menuruni anak tangga. Kakiku terus berlari keluar dari rumah sebaik sahaja tiba di ruang bawah. Aku tahu Syaf sedang mengejar langkahku yang kini berada jauh di hadapan. Otakku telah pun lumpuh saat ini. Tidak dapat lagi untuk aku berfikir dengan waras. Aku cuma mahu cepat keluar dari sini. Itu sahaja!

85

No. ISBN:- 978-967-0448-27-5 Jumlah muka surat:- 676 Harga Runcit:- S/M: RM24, S/S: RM27 Harga Ahli:- S/M: RM20, S/S: RM23 Sinopsis:Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama manja yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina. Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar

melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin. Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri. Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri. Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu. Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masingmasing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya? Playboy itu suami aku?! Biar betul! Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! eksklusif di rangkaian kedai buku Popular secara online dengan kami.

Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai