Anda di halaman 1dari 2

BINA INSAN GURU FASA 5

MUHAMMAD NAZEEM BIN ISMAIL PISMP BM (C) SEM 5

2013

REFLEKSI Program Penanda Aras SMK Dato Onn Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan izin serta kudrat-Nya Bina Insan Guru Fasa 5 telah selamat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Program Bina Insan Guru ini dijalankan selama satu hari iaitu pada 4 Februari 2013 bertempat di SMK Dato Onn, Butterworth, Pulau Pinang. Seramai 20 orang guru pelatih daripada Pengajian Melayu (C) menyertai Program Penanda Aras ini. Sepanjang saya menjalankan BIG ini banyak pengalaman yang saya timba sebagai peningkatan soft-skill untuk diri saya sebagai seorang guru pelatih iaitu bagaimana untuk berkomunikasi dengan pihak sekolah, bagaimana untuk bekerja sebagai seorang pendidik, ciri-ciri sekolah cemerlang dan pelbagai lagi pengalaman yang telah saya perolehi. Banyak ilmu dan perkara yang telah saya pelajari pada BIG kali ini. Antara ilmu yang dapat saya peroleh di sekolah ini adalah bagaimana untuk menjadikan sekolah bersih dan ceria, penggunaan minyak terpakai untuk dijadikan sabun, penggunaan BIM iaitu sejenis cecair pencuci yang diperbuat daripada kulit buah/serai, penghasilan mudball, jualan e-waste iaitu barang elektonik terpakai, baja yang diperbuat daripada sisa makanan, penanaman pokok dan sayur-sayuran dan tidak ketinggalan kempen kitar semula. Para guru dan murid di sekolah ini sentiasa bekerjasama bagi memastikan kempen Go Green ini berjalan dengan lancar. Murid-murid akan membawa barang terpakai dari rumah untuk untuk dijadikan sabun, BIM, arca dan baja yang diperbuat daripada sisa makanan. Sesungguhnya pengalaman yang saya perolehi di SMK Dato Onn ini amatlah saya hargai dan akan melaksanakannya ketika di sekolah nanti.

BINA INSAN GURU FASA 5

2013

Akhir kata, pengalaman saya dalam melaksanakan tugasan BIG selama sehari ini membuka skop pandangan saya terhadap profesion perguruan. Saya melihat bahawa tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini bukan sahaja banyak berbeza dari masa yang lalu, tetapi juga lebih berat serta kompleks. Ini adalah akibat daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Guru mempunyai tanggungjawab besar dalam memperkembangkan potensi murid yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelek.

Anda mungkin juga menyukai