Anda di halaman 1dari 1

Cara-cara menjaga keselamatan diri

Saban hari, slogan kata malang tidak berbau selalu terngiang-ngiang di


telinga kita. Kemalangan berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Kemalangan bukan sahaja memusnahkan harta benda malah kadang-kala juga
meragut nyawa manusia. Oleh itu, kita harus pandai-pandai menjaga
keselamatan diri pada setiap masa.
Sedia kita maklum, kemalangan merupakan nahas utama yang mesti
dielakkan. Pengguna kenderaan harus berhati-hati dan selalu menggunakan
kemudahan lalu-lintas seperti lampu isyarat, jejantas, lintasan belang agardapat
mengelakkan diri daripada kemalangan. Pengguna kenderaan sewajarnya
mematuhi undang-undang lalu lintas dan tidak memandu kenderaan mengikuti
perasaan.
Selain itu, semua orang juga harus menjaga keselamatan diri di rumah.
Benda-benda tajam dan ubat-ubatan hendaklah disimpan di tempat yang selamat
dan tidak mudah didapati oleh kanak-kanak. Api kecil menjadi kawan, jika
besar menjadi lawan. Oleh itu, semua orang harus mengawasi penggunaan api
dan barang-barang elektrik.
Kegiatan luar rumah seperti berkhemah, berkelah, pelancongan adalah
aktiviti yang selalu dilakukan oleh manusia. Walau bagaimanapun, sewaktu
melakukan aktiviti ini, kita harus mengambil berat pelbagai aspek, umpamanya
keselamatan tempat-tempat, pemakanan kesihatan diri dan sebagainya.
Sekiranya, berlaku kemalangan, kita harusnya segeramenghubungi pihak
berkenaan.
Memang tidak dapat dinafikan, setiap hari kita akan menghabiskan
banyak masa di sekolah. Murid-murid dilarang berkejar-kejaran di dalam
sekolah, berbual-bual dengan orang yang tidak dikenali dan harus memakai
pakaian yang kemas. Guru-guru sepatutnya selalu menjaga keselamatan muridmurid pada waktu kemahiran hidup, pendidikan jasmani, kegiatan kokurikulum
dan sebagainya.
Kesimpulannya, untuk menjaga keselamatan diri, semua orang harus
prihatin dan berhati-hati di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Anda mungkin juga menyukai