Anda di halaman 1dari 4

Modul 1 : Kepentingan kompetensi kompetensi yang perlu ada pada seorang pemimpin

Sejak kebelakangan ini, sistem pendidikan negara telah menjadi perhatian dan perbahasan. Ibu
bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan terhadap keupayaan
sistem pendidikan untuk menyediakan generasi muda secukupnya bagi menghadapi cabaran
abad ke-21. Justeru, Sekolah sebagai sebuah institusi dalam masyarakat perlu mengubah
paradigme untuk kekal relevan dengan iklim sosial abad ke 21. Pengetua sebagai pemimpin
sekolah perlu mempunyai kompetensi mengurus dan memimpin organisasinya untuk
berhadapan dengan anak-anak generasi Y sebagai bahan mentah utama untuk dibangunkan.
Kompetensi penting yang perlu ada pada seorang pemimpin hari ini ialah keupayaan
berfikiran strategik, berfokuskan kualiti dan proaktif. Seorang pemimpin yang mengutamakan
kualiti akan membolehkan mereka bertindak secara proaktif dan membuat penambahbaikan
secara berterusan. Dengan itu ia akan faham dasar dan hala tuju organisasinya, seterusnya
mampu membina perancangan strategik untuk membawa organisasinya mencapai kejayaan.

Pemikiran Strategik dan perancangan strategik


Pemikiran strategik adalah keupayaan untuk melepaskan isu-isu hari ini dan
meletakkan diri sendiri di dalam masa depan . (Nolan et.el , 2008 ). Dalam persoalan mengapa
perlu berfikiran strategik, Bustamam mengemukakan beberapa persoalan lain; Adakah saya
berpuas hati dengan keputusan yang telah saya capai? Adakah saya komited untuk kesan yang
positif kepada masyarakat? Tidakkah saya mahu membina dunia esok yang lebih baik untuk
generasi masa depan? Persoalan-persoalan ini mencetuskan gambaran bahawa pemimpin
yang berfikiran strategik perlu berfikir secara mendalam dan tidak boleh berpuas hati terhadap
pencapaian kini. Sebaliknya pemimpin ini perlu memikirkan suatu tindakan yang bersungguhsungguh untuk membawa perubahan yang positif kepada masyarakatnya masa depan. Hal ini
bertepatan dengan Model Graetz yang meletakkan peranan pemikiran strategik untuk mencipta

inovasi dan membayangkan sesuatu yang baharu pada masa depan yang jauh berbeza dengan
keadaan sekarang sehinggalah seseorang pemimpin itu dapat memimpin organisasinya untuk
menilai kembali strategi utama dalam industrinya. (Wikipedia).
Soalan-soalan yang sama boleh kita persoalkan terhadap pencapaian di sekolah.
Adakah saya berpuas hati terhadap pencapaian akademik murid-murid? Adakah aktiviti sukan
dan aktiviti persatuan di sekolah dapat membentuk murid yang berketrampilan? Pemimpin
sekolah yang berkata tidak akan terus mencetuskan suatu pemikiran lanjut dan seterusnya
akan merancang tindakan perubahan. Hasilnya ialah perancangan strategik, iaitu mengambil
tindakan bagaimana cara untuk melakukan sesuatu bagi mencapai prestasi yang lebih baik.
Sekali lagi model Graetz menjelaskan, peranan perancangan strategik sebagai merealisasi dan
menyokong strategi yang dibangunkan melalui proses pemikiran strategik, seterusnya
mengadunkan semuanya bersatu kembali dalam industri.
Kompetensi ini akan mengupayakan pengetua menilai kembali hala tuju organisasi kini
dan membina impian baru untuk dicapai pada masa depan. Hal ini penting kerana peluang
untuk mencipta kejayaan baru dalam lapangan pendidikan pada masa depan terbuka luas.
Perubahan yang sangat pantas dalam dunia komunikasi misalnya memaksa pemimpin supaya
tangkas berfikir serta berkeupayaan mengadaptasi dan menerima penggunaan teknologi
maklumat dalam pengurusan sekolah dan proses pembelajaran-pengajaran. Cabaran kepada
pengetua dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia melalui Anjakan ke-7 ialah
memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Hakikatnya
pencapaian terkini sebagai contoh, kajian Kementerian pada tahun 2010 mendapati bahawa
lebih kurang 80% guru menggunakan ICT kurang daripada satu jam seminggu. Kajian tersebut
turut mendapati bahawa hanya satu per tiga murid menyatakan bahawa guru mereka
menggunakan ICT secara tetap. Kajian UNESCO pada tahun 2012 mendapati bahawa
penggunaan ICT tidak beranjak daripada sekadar penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan
sebagai alat pengajaran. Hal ini bermakna pengetua-pengetua perlu proaktif merancang pelan

pembangunan ICT di sekolah masing-masing. Justeru dalam usaha untuk membina hala tuju
baru mereka perlu segera menilai keupayaan sumber dan peluang serta kepelbagaian kaedah
untuk mencapai impian tersebut. Semuanya perlu digembeling dalam membentuk penyataan
misi yang jelas dan dimanifestasikan sebagai hala tuju baru sekolah yang dipimpin. Pengetua
yang dapat mengenal pasti siapakah dia dan siapa yang dia miliki, apakah peluang dan
cabaran yang dihadapi dan tahu ke arah manakah organisasi itu hendak dibawa akan dapat
merancang dan mengimplementasi strategi baru yang lebih kemas. Inilah kepentingan
berfikiran strategik dan melakukan perancangan strategik, digambarkan oleh Sun Tzu sebagai
berikut:
If you know your enemy and know yourself, in a hundred battles you
will never fear the results. When you know yourself but not your
enemy, for every victory will be a defeat. If you know neither yourself
nor your enemy, you will lose every battle. Sun Tzu 3:18.

Sangat jelas bahawa perancangan strategic terhasil daripada pemikiran strategik. Kedua-dua
kompetensi ini saling melengkapi dan sangat penting dikuasai oleh pemimpin sekolah. Secara
khususnya pula, perancangan strategik adalah satu disiplin yang melibatkan pihak
berkepentingan yang bekerja secara kolektif untuk melaksanakan analisis strategik,
menjelaskan misi dan matlamat, memilih strategi untuk mencapai matlamat, dan mengoperasi
matlamat strategik kepada pelan tindakan. Proses perancangan strategik sangat penting untuk
dikuasai oleh pengetua.
Sebuah organisasi boleh diibaratkan sebagai sebuah bongkah ais terapung di lautan
luas. Bongkah ais ini akan bergerak tanpa hala tuju, hanya mengikut arus dan pasang surut
laut, maka tugas pemimpin untuk menetapkan hala tuju yang jelas. Hanya 10 % peratus
sahaja yang timbul dan kelihatan di permukaan laut manakala 90 % lagi tenggelam di bawah
paras laut. Ini bermakna pengurusnya hanya tahu 10 % sahaja tentang organisasinya, kerana

90 % ialah aspek yang tersembunyi dalam diri stafnya. Hal ini bermakna proses untuk
mengimplementasikan pelan strategik juga memerlukan satu kompetensi khusus. Pemimpin
perlu tahu sesuatu itu betul dan perlu diperbetul dan melakukan sesuatu tindakan yang betul.
Kemahiran menguruskan staf agar melakukan sesuatu yang betul agar akur dengan matlamat
organisasi akan menghasilkan pencapaian yang diharapkan.
Kompetensi akhir yang sehubungan dengan perancangan strategik ialah penilaian
strategik. Setelah perancangan strategik diimplementasikan melalui pelbagai strategi,
pemantauan berterusan perlu dilakukan. Ini termasuklah memastikan stafnya merancang dan
melaksanakan pelan taktikal dan pelan operasi yang betul. Sekiranya berlaku sesuatu yang
tidak terduga semasa pengimplementasian, pemimpin boleh segera bertindak untuk
membetulkannya. Realitinya, tidak semua yang dirancang akan berjalan lancar, maka perlulah
pemimpin melakukan perubahan terhadap penjadualan pelaksanaan strategi, melakukan
pengubahsiauan strategi yang tidak mantap atau berkompromi dengan staf akan matlamat yang
baru.
Kesimpulannya, kompetensi asas yang mengupayakan seorang pengurus membawa
organisasinya ke hala tuju yang benar sangat penting dikuasai. Oleh itu, sebelum seorang
pengetua sekolah atau seorang pemimpin organisasi bertindak, ia perlu menguasai asas
berfikir secara strategik dan seterusnya trampil melakukan perancangan strategik,
mengimplementasikan dan membuat penilaian secara startegik.
Rujukan
1. Hairudin MA & Bustamam AM (2009). Perancangan Strategik Sekolah. PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
2. Ong Hean Tatt (2003). Sun Tzu: Seizing Startegic Business Oppurtunities and
Advantages. Star Publications (M) Bhd. Petaling Jaya.
3. Wikipedia, The free encyclopedia. Definition of Strtaegic Rhingking.
4. Bustamam AM. Strategic Thingking for Strategic Leaders : Ppt Slide Presentation. IAB
5. Kementerian Pelajaran Malaysia. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.

Anda mungkin juga menyukai