Anda di halaman 1dari 2

HIKMAH PERKAHWINAN

Perkahwinan adalah Sunnah Nabi sallallahu alaihi wasallam-. Menurut jumhur


ulamak, hukum berkahwin pada asasnya adalah sunat. Ada juga ulamak yang
berpandangan; berkahwin adalah wajib kecuali tidak mampu, antara mereka ialah
Imam Ibnu Hazm.
Hikmah perkahwinan cukup banyak sekali. Di antaranya yang dijelaskan sendiri oleh
al-Quran dan as-Sunnah, iaitu;
1. Melahirkan zuriat untuk meramaikan umat.
Sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam- (bermaksud); Hendaklah kamu berkahwin.
Sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang banyak di hadapan
umat-umat yang lain di hari kiamat. Janganlah kamu menjadi seperti Rahib Nasrani
(yang enggan berkahwin). (Riwayat Imam al-Baihaqi dari Abu Umamah
radhiyallahu anhu-)
2. Memelihara diri dari zina atau memenuhi keinginan seks secara tidak halal.
Sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam-; Wahai para pemuda! Siapa yang mampu
dari kamu, hendaklah ia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu paling berkesan
untuk menjaga pandangan dan memelihara kemaluan (dari zina). Sesiapa di
kalangan kamu yang belum mampu berkahwin, hendaklah ia berpuasa kerana
sesungguhnya puasa itu adalah penahan (syahwat). (Riwayat Bukhari dan Muslim
dari Ibnu Masud radhiyallahu anhu-)
3. Mengukuhkan rasa keharmonian, ketenteraman dan rasa kasih-sayang di
dalam jiwa.
Firman Allah (yang bermaksud); Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah
Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung
dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan
sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
(kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir. (Surah ar-Rum, ayat 21)
Supaya himah perkahwinan di atas menjadi kenyataan, perkahwinan hendaklah
dilakukan dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agama dan
pemilihan pasangan hendaklah dilakukan dengan baik, iaitu dengan mengikut
saranan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- dalam hadisnya (yang bermaksud);
Dikahwini seorang perempuan itu kerana empat sebab; kerana hartanya, kerana
keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Kamu pilihlah
perempuan yang patuh kepada agama supaya kamu tidak rugi/kecewa. (Riwayat
Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah
radhiyallahu anhu-)

Anda mungkin juga menyukai