Anda di halaman 1dari 2

Tips

Melatih

Anak

Cepat

Bercakap

1. Anda hendaklah selalu bercakap dengan anak anda. Walaupun mungkin anak langsung tak
memperdulikan anda dan seronok bermain saja, tapi anda jangan putus asa. Teruskan
berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak anda. Ucapkan sesuatu perkataang itu berkali-kali
depan dia. InsyaAllah dalam beberapa ketika saja, anak anda akan mampu meniru apa yang anda
ucapkan. Masa tu, TUHAN sajalah yang tahu betapa gembiranya hati anda apabila anak anda
sudah pandai meniru percakapan anda.

2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak
anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang
memberi maklum atau tindak balas.
3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila
menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat.
4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak.
5. Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang
kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.
6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba
memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda
mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba
disebutkan oleh anak anda.

7. Pasangkan lagu kanak-kanak yang mudah berulang kali sehingga anak anda mampu
mengikutnya.
8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat
untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa
mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada
mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.
9. Andainya anak-anak sudah mula boleh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka
sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut nak, tanyakan kembali
Aiman nak apa? Nak susu? Nak mainan?. Atau apabila dia sebut bola, ulang kembali Aiman nak
main bola?. Jadikan ianya suatu kebiasaan.
10. Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda
kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar
adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding
perkataan.

Anda mungkin juga menyukai