Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

SUBJEK Dunia Seni Visual


TARIKH/ HARI 23-08-2017 (Rabu)
KELAS/ AHLI 3 Musytari (26 Orang)
BIDANG Menggambar
TEMA Alam benda
TAJUK Monster
AKTIVITI Lukisan
TEKNIK Lukisan dan mewarna
MASA 08.40 09.40 pm (60 Minit)
MEDIA Alat : pembaris
Bahan : kertas lukisan, pensel warna atau krayon dan magic pen

BBM Lukisan Monster


EMK / TMK Kreativiti, inovasi dan keusahawanan
OBJEKTIF 1. Murid dapat mengenali tiga jenis garisan.
2. Murid dapat mengaplikasikan sekurangnya satu jenis garisan dalam
menghasilkan lukisan Monster.
3. Murid dapat membuat apresiasi berpandukan bahasa seni visual.

STANDARD 1. Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual
KANDUNGAN yang ada pada karya seni.

2. Aplikasi Seni Mengaplikasikan bahasa seni visual dan media dalam


menghasilkan karya seni.

3. Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan


teknologi dalam penghasilan karya seni.

4. Apresiasi Seni Visual Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan


berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

STANDARD Persepsi Estetik Aplikasi Seni Ekspresi Apresiasi Seni


PEMBELAJARAN Kreatif
1.1 Murid dapat 1.2 Murid dapat 1.3 Murid dapat 1.4 Murid dapat
mengenal, mengaplikasikan mengaplikasikan membuat apresiasi
menamakan dan pengetahuan pengetahuan terhadap karya
memahami bahasa seni dan kefahaman sendiri dan rakan
bahasa seni visual, media bahasa seni dengan
visual yang ada serta proses dan visual, media menumpukan
pada karya seni. teknik dalam serta proses dan aspek bahasa seni
penghasilan teknik dalam visual.
1.1.1 Unsur Seni: karya seni. penghasilan 1.4.1
1.1.1.1 Garisan karya secara Mempamerkan
1.2.1 Mengenal
tebal dan nipis kreatif karya yang
dan menyatakan
dihasilkan
jenis-jenis media. 1.3.1 Memilih
1.1.2 Prinsip 1.4.2 Menceritakan
dan
Rekaan: 1.2.1.1 Alat- pengalaman
memanipulasi
1.1.2.1 pembaris sendiri dalam
bahan secara
Kepelbagaian proses
3.2.1.2 Bahan- kreatif
warna penghasilan karya
kertas lukisan,
1.3.2 1.4.3 Memberikan
pensel warna
Menggunakan ulasan karya
atau krayon dan
bahasa seni sendiri dan rakan
magic pen.
visual dalam secara lisan
3.2.2 Mengetahui penghasilan
penggunaan karya
media serta
1.3.3
proses dan teknik
Mengaplikasikan
dalam
proses dan
penghasilan
teknik yang
karya.
sesuai dalam
Teknik lukisan penghasilan
dan mewarna karya

Aktiviti 1. Guru menayangkan sebuah permainan maze.


Set Induksi 2. Beberapa orang murid diminta untuk
( 5 minit) menyelesaikan permainan tersebut.
3. Iringan muzik dipasang bagi memberikan
semangat kepada murid.
4. Guru memperkenalkan tajuk.
( 10 minit) Persepsi Estetik
1. Guru memperkenalkan beberapa jenis garisan
kepada murid.
2. Guru menunjukkan contoh-contoh garisan dengan
menggunakan PowerPoint.
3. Guru menunjukkan sebuah gambar dan meminta
murid meneliti gambar tersebut.
4. Guru meminta beberapa orang murid untuk tampil
ke hadapan dan membulatkan jenis garisan yang
disebutkan.
5. Guru menguji pemahaman murid dengan
meminta beberapa orang murid ke hadapan dan
melukiskan jenis garisan yang telah dipelajari.
6. Guru menyoal murid tentang teknik-teknik lukisan
yang mereka tahu.
7. Guru memperkenalkan dua jenis teknik lukisan:
lorekan dan silang pangkah.
8. Guru menunjukkan contoh teknik lorekan dan
silang pangkah kepada murid.

( 10 minit) Aplikasi Seni


1. Guru menyatakan alat dan bahan yang akan BBM:
digunakan untuk menghasilkan lukisan monster Tayangan video
iaitu pembaris, pensel warna atau krayon dan Demonstrasi
magic pen.
2. Guru menunjuk cara menghasilkan lukisan
monster dengan langkah-langkah berikut:
Guru menunjuk cara melipat kertas lukisan
kepada tiga bahagian.
Guru menunjuk cara melukis rupa monster
pada lipatan kertas.
Guru menunjuk cara melukis mulut dan
gigi taring monster pada bahagian lipatan
kertas yang tersembunyi.
Guru menunjuk cara mewarna lukisan
tersebut.
3. Hasil yang telah siap akan dipamerkan kepada
murid.

( 25 minit) Ekspresi Kreatif


1. Guru meminta murid mengeluarkan alat dan
bahan yang dibawa.
2. Guru memberi arahan kepada murid untuk
menghasilkan lukisan monster masing-masing.
3. Bahagian lipatan kertas boleh dilukis dengan
menggunakan pembaris agar lebih kemas.
4. Murid perlu mengaplikasikan sekurang-kurangnya
satu jenis garisan pada lukisan.
5. Lukisan yang telah siap perlu diwarnakan
menggunakan pensel warna atau krayon dan
magic pen.
6. Guru meminta murid untuk menyiapkan tugasan
yang telah diberikan.

( 10 minit) Apresiasi Seni


1. Guru meminta murid mempamerkan karya
masing-masing.
2. Guru memilih beberapa karya murid untuk
membuat apresiasi karya.
3. Murid menceritakan hasil kerja masing-masing
menggunakan bahasa seni visual dengan
berpandukan PowerPoint yang ditunjukkan.
Refleksi

Anda mungkin juga menyukai