Anda di halaman 1dari 41

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH

SEKOLAH MENENGAH

MODUL PEMBELAJARAN

EDUP2023

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
BLOK 2200, PERSIARAN APEC,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

November 2015
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG


BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN
LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

November 2015
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

i
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,


bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif, dan berdisiplin.

November 2015
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau
mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini
dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

ii
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

KANDUNGAN MUKA
SURAT

iii
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Notis Hak Kerajaan i


Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii

Falsafah Pendidikan Guru ii


Kandungan iii
Panduan Pelajar viii
Pengenalan xi
xiii
Agihan Tajuk

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1 : Psikologi dan Psikologi Pendidikan


1.1 Sinopsis
1.2 Hasil Pembelajaran
1.3 Kerangka Tajuk 1
1.4 Kandungan 1
1.4.1 Konsep Asas Psikologi 2
1.4.2 Konsep Psikologi Pendidikan 2
1.4.3 Tujuan Psikologi Pendidikan 2
1.4.4 Implikasi Psikologi Pendidikan Kepada
Guru

Tajuk 2: pertumbuhan dan perkembangan


2.1 Sinopsis
2.2 Hasil Pembelajaran
2.3 Kerangka Tajuk
2.4 Kandungan
2.4.1 Konsep Asas Perkembangan Kanak-
Kanak
2.4.2 Prinsip-Prinsip Asas Perkembangan
Kanak-Kanak
2.4.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Perkembangan Kanak-Kanak - Baka
Dan Persekitaran (Nature And Nature)

iv
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Tajuk 3: Peringkat Perkembangan Fizikal


Individu Hingga Remaja
3.1 Sinopsis
3.2 Hasil Pembelajaran
3.3 Kerangka Tajuk
3.4 Kandungan
3.4.1 Perkembangan Fizikal
3.4.2 Implikasi Terhadap Pengajaran Dan
Pembelajaran

Tajuk 4: peringkat perkembangan kognitif


individu hingga remaja berdasarkan
perspektif teori 97
4.1 Sinopsis 97
4.2 Hasil Pembelajaran 98
4.3 Kerangka Tajuk 98
4.4 Kandungan 99
4.4.1 Perkembangan Kognitif 101
4.4.2 Teori Piaget Dan Vygotsky 102
4.4.3 Implikasi Terhadap Pengajaran Dan 103
Pembelajaran 106

Tajuk 5: Peringkat perkembangan moral


individu hingga remaja berdasarkan
perspektif teori 110
5.1 Sinopsis 110
5.2 Hasil Pembelajaran 111
5.3 Kerangka Tajuk 111
5.4 Kandungan 111
5.4.1 Perkembangan Moral
5.4.2 Teori Lawrence Kohlberg 122
5.4.3 Implikasi Terhadap Pengajaran Dan
Pembelajaran

v
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Tajuk 6: peringkat perkembangan sosio emosi


individu hingga remaja berdasarkan
perspektif teori 97
6.1 Sinopsis 97
6.2 Hasil Pembelajaran 98
6.3 Kerangka Tajuk 98
6.4 Kandungan 99
6.4.1 Perkembangan Sisio Emosi 101
6.4.2 Teori Erik Erikson 102
6.4.3 Implikasi Terhadap Pengajaran Dan 103
Pembelajaran 106

Tajuk 7: perbezaan individu dan pembelajaran


7.1 Sinopsis
7.2 Hasil Pembelajaran 97
7.3 Kerangka Tajuk 97
7.4 Kandungan 98
7.4.1 Aspek-Aspek Perbezaan Individu 98
- Fizikal 99
- Kognitif 101
- Afektif 102
- Sosio Budaya Pelajar 103
7.4.2 Kecerdasan 106
- Teori Kecerdasan Sternberg
- Teori Kecerdasan Pelbagai Howard
Gardner
- Teori Kecerdasan Emosi Goleman
7.4.3 Implikasi Perbezaan Individu Terhadap
Pengajaran Dan Pembelajaran

Tajuk 8: perbezaan individu dan pembelajaran


8.1 Sinopsis
8.2 Hasil Pembelajaran 97
8.3 Kerangka Tajuk 97

vi
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

8.4 Kandungan 98
8.4.1 Gaya Kognitif 98
- Bersandar/ Tidak Bersandar (Field 99
Dependent/ Field Independent) 101
8.4.2 Konsep Pemikiran 102
- Jenis-Jenis Pemikiran 103
8.4.3 Gaya Pembelajaran 106
- Model Dunn & Dunn
- Model Kold
- Model Honey & Mumford
8.4.4 Implikasi Terhadap Pengajaran Dan
Pembelajaran

Tajuk 9: personaliti
9.1 Sinopsis
9.2 Hasil Pembelajaran 97
9.3 Kerangka Tajuk 97
9.4 Kandungan 98
9.4.1 Personaliti 98
- Konsep Personaliti 99
- Jenis Dan Ciri Personaliti 101
- Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi 102
Personaliti 103
- Implikasi Terhadap Pengajaran Dan 106
Pembelajaran
9.4.2 Konsep Kendiri
- Konsep Kendiri
- Pengertian Konsep Kendiri
- Jenis Dan Ciri-Ciri Konsep Kendiri
- Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Pembentukan Konsep Kendiri
- Implikasi Terhadap Pengajaran Dan
Pembelajaran

vii
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Tajuk 10: motivasi dan pembelajaran


10.1 Sinopsis
10.2 Hasil Pembelajaran 97
10.3 Kerangka Tajuk 97
10.4 Kandungan 98
10.4.1 Perspektif Behavioris 98
- Teori Peneguhan Skinner 99
10.4.2 Perspektif Kognitivis 101
- Teori Pencapaian Mc Clelland 102
- Teori Atribusi Weiner 103
- Teori Expectansy x Value Vroom 106
10.4.3 Perspektif Humanistik
- Carl Rogers
- Abraham Maslow
10.4.3 Implikasi Motivasi Terhadap
Pengajaran Dan Pembelajaran
Rujukan 130
Panel Penulis Modul 133
Panel Penilai Modul xxx
Ikon Modul 135

PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda
agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar
secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa
dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang
kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan
masa anda.

viii
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran


anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika
anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara
begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila
diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia
bukannya tanda kelemahan diri.

SASARAN KURSUS

Pelajar PDPLI SM yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian


Pendidkan Malaysia (IPG KPM).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI SM yang dilaksanakan dalam mod
Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukkan 60% daripada jumlah jam pembelajaran mod
sepenuh masa adalah JPP bersemuka dan 40% adalah JPP pembelajaran kendiri.

SUSUNAN TAJUK MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung
kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan
disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda
telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di
antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai
cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti
rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi kuliah dan
tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan anda melalui email jika
terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

ix
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

IKON

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada
sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan
masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan
dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga
perbincangan

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda
untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran
anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan
membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran
pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti
maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan
yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

x
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

PENGENALAN

Kursus EDUP2023 iaitu Psikologi Pendidikan memberi peluang kepada pelajar


untuk memahami psikologi murid murid di sekolah untuk membantu mereka
membangunkan diri. Pelajar diajar dan dibimbing untuk menggunakan kaedah dan
teknik yang sesuai dalam perancangan dengan menggunakan idea-idea yang
terdapat dalam topik-topik yang akan dipelajari kelak

Modul ini merangkumi konsep, prinsip dan faktor-faktor mempengaruhi


pertumbuhan dan perkembangan. Juga dibincangkan berkenaan dengan peringkat-
peringkat perkembangan individu dan teori-teori berkaitan. Dalam modul ini juga
dibincangkan tentang perbezaan individu selain itu personaliti dan juga konsep
kendiri dan akhir sekali berkenaan dengan motivasi dalam pembelajaran.

Tajuk pertama dalam modul ialah Psikologi dan Psikologi Pendidikan. Tajuk ini
membincangkan tentang konsep asas pendidikan, konsep psikologi pendidikan,
tujuan psikologi pendidikan dan implikasi psikologi pendidikan kepada guru. Tajuk
kedua dalam modul ini ialah Pertumbuhan dan Perkembangan. Tajuk ini
membincangkan berkenaan dengan konsep asas, prinsip dan faktor perkembangan
kanak-kanak.

Tajuk yang ketiga berkenaan dengan Peringkat Perkembangan Individu Hingga


Remaja yang mana membincangkan tentang perkembangan fivikal dan implikasi
terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Tajuk 4, 5 dan 6 dalam modul ini adalah tentang Peringkat Perkembangan Kognitif,
Moral dan Sosio Emosi Individu Hingga Remaja Berdasarkan Perspektif Teori. Teori-
teori yang dibincangkan adalah teori Piaget & Vygotsky, teori Lawrence Kohlberg
dan teori Erik Erikson.

Tajuk 7 membincangkan tentang Perbezaan Individu dan Pembelajaran, dalam


modul ini aspek-aspek perbezaan individu diberi perhatian selain itu, juga
dibincangkan berkenaan dengan teori-teori kecerdasan iaitu teori kecerdasan
xi
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Sternberg, teori kecerdasan Howard Gardner dan teori emosi Goleman.


Dibincangkan juga berkenaan implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan
pembelajaran.

Topik 8 juga membincangkan Perbezaan Individu dan Pembelajaran. Aspek yang


dibincangkan adalah berkenaan dengan gaya kognitif, konsep pemikiran dan juga
gaya pembelajaran. Setiap satu aspek akan dibincangkan secara detail dan
terperinci.

Topik 9 ada dua tajuk iaitu berkenaan dengan personaliti dan konsep kendiri, dalam
personaliti akan dibincangkan tentang konsep personaliti, jenis dan ciri personaliti
dan faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti. Manakala dalak konsep kendiri
pula membincangkan tentang pengertian dan jenis-jenis konsep kendiri. Selain itu
dibincangkan juga tentang faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri.

Tajuk yang terakhir akan membincangkan tentang Motivasi dan Pembelajaran.


Perkara yang dibincangkan dalam tajuk ini adalah tentang perspektif behaviorisme,
perspektif kognitivisme dan juga perspektif humanistik.

AGIHAN TAJUK: Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk dalam kursus ini.

Jam Interaksi Jam Jum


Topik Kandungan Bersemuka Modul Masa
K T A
1 Psikologi dan Psikologi Pendidikan 2 1
 Konsep Asas Psikologi
 Konsep Psikologi Pendidikan
 Tujuan Psikologi Pendidikan
 Implikasi Psikologi Pendidikan Kepada
Guru
2 Pertumbuhan dan Perkembangan 2 1
 Konsep Asas Perkembangan Kanak-Kanak
 Prinsip-Prinsip Asas Perkembangan Kanak-

xii
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Kanak
 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Perkembangan Kanak-Kanak
 Baka dan Persekitaran (Nature and
Nurture)
3 Peringkat Perkembangan Fazikal Individu 1 2
Hingga Remaja
 Perkembangan Fizikal
 Implikasi Terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran
4 Peringkat Perkembangan Kognitif Individu 1
Hingga Remaja Berdasarkan Perspektif Teori
 Perkembangan Kognitif
 Teori Piaget & Vygotsky
 Implikasi Terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran
5 Peringkat Perkembangan Moral Individu 1
Hingga Remaja Berdasarkan Perspektif Teori
 Perkembangan Moral
 Teori Lawrence Kohlberg
 Implikasi Terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran
6 Peringkat Perkembangan Sosio Emosi 1
Individu Hingga Remaja Berdasarkan
Perspektif Teori
 Perkembangan Sosio Emosi
 Teori Erik Erikson
 Implikasi Terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran
7 Perbezaan Individu Dan Pembelajaran 3 11/2
 Aspek-Aspek Perbezaan Individu
 Fizikal
 Kognitif
 Afektif
 Sosio Budaya Pelajar
 Kecerdasan
 Teori Kecerdasan Sternberg
 Teori Kecerdasan Pelbagai Howard
Gardner
 Teori Kecerdasan Emosi Goleman
 Implikasi Perbezaan Individu Terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran
8 Perbezaan Individu dan Pembelajaran 3 11/2
 Gaya Kognitif
 Bersandar/ Tidak Bersandar (Field
Dependent/ Field Independent
 Konsep Pemikiran
 Jenis-Jenis Pemikiran

xiii
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

 Gaya Pembelajaran
 Model Dunn & Dunn
 Model Kolb
 Model Honey & Mumford
 Implikasi Perbezaan Individu Terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran
9 Personaliti 2 1
 Personaliti
 Konsep Personaliti
 Jenis dan Ciri-Ciri Personaliti
 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Personaliti
 Implikasi Terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran
Konsep Kendiri
 Konsep Kendiri
 Pengertian Konsep Kendiri
 Jenis dan Ciri-Ciri Konsep Kendiri
 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Pembentukan Konsep Kendiri
 Implikasi Terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran
10 Motivasi dan Pembelajaran 2 1
 Perspektif Behavioris
 Teori Peneguhan Skinner
 Perspektif Kognitivis
 Teori Pencapaian Mc Clelland
 Teori Atribusi Weiner
 Teori Expectancy x Value Vroom
 Perspektif Humanistik
 Carl Rogers
 Abraham Maslow
 Implikasi Motivasi Terhadap Pengajaran Dan
Pembelajaran
Jumlah 18 9 18 45

xiv
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

TAJUK 1 PSIKOLOGI DAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

1.1 SINOPSIS
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep asas psikologi, konsep
psikologi pendidikan, tujuan psikologi pendidikan dan implikasi psikologi
pendidikan kepada guru. Ia juga merangkumi kepentingan psikologi dan
psikologi pendidikan terutama sekali yang berkaitan dengan profesion
perguruan. Pengetahuan ini akan membolehkan guru-guru dan juga mereka
yang berkecimpung dalam bidng pendidikan memahami dengan lebih baik
profesion ini seterusnya dapat menghasilkan keputusan yang lebih lebih
berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.2 HASIL PEMBELAJARAN


Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:
1. Mendefinisikan psikologi dan psikologi pendidikan.
2. Menjelaskan sejarah perkembangan psikologi.
3. Menghuraikan kepentingan psikologi pendidikan kepada guru.

1.3 KERANGKA TAJUK

Psikologi dan
Psikologi
Pendidikan

Konsep Asas Konsep Psikologi Tujuan Psikologi Implikasi Psikologi


Psikologi Pendidikan Pendidikan Pendidikan Kepada
Guru

1.4 KANDUNGAN

PENGENALAN
Tugas guru sebagai pendidik bukan sekadar menyampaikan maklumat berkaitan
dengan mata pelajaran yang diajarnya tetapi juga bermatlamat membangunkan
anak-anak secara menyeluruh, merangkumi dimensi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan sejajar

1
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

dengan kehendak Kementerian Pendidikan dalam usaha membangunkan murid


secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia yang baharu (2013-2025).

1.4.1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN


Istilah psikologi berasas gabungan dua perkataan Greek iaitu psyche dan logos.
Perkataan ‘psyche’ bermaksud ‘jiwa’ manakala perkataan ‘logos’ bermaksud ‘kajian
mengenai sesuatu’. Jadi perkataan psikologi boleh diertikan sebagai suatu kajian
mengenai sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa seseorang.
Aristotle menggunakan istilah ‘psyche’ untuk jiwa (mind), tetapi ia berkaitan
rapat dengan jiwa atau roh (beath). Istilah ‘logos’ pula bermakna ‘kajian mengenai
sesuatu’. Ahli-ahli psikologi moden juga berminat dengan perkara-perkara seperti
Aristotle iaitu tentang pemikiran, perasaan, persepsi, sikap dan motivasi (Ramlah
Jantan dan Mahani Razak, 2004).
Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, psikologi didefinikan
sebagai:
"Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan
perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau
sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.”
Merujuk kepada Cambridge Internasional Dictionary of English m.s 383 pula,
psikologi didefinikan sebagai
"Psikologi merupkan satu kajian sainstifik untuk mengkaji pemikiran manusia
bekerja dan bagaimana pemikiran tersebut mempengaruhi tingkahlaku atau
mempengaruhi sikap seseorang itu terhadap sesuatu tingkah laku.”
Maka, secara keseluruhan, kepentingan psikologi adalah penyelidikan
saintifik yang engkaji prinsip-prinsip asas menegenai pembelajaran dan tingkah laku
dalam kalangan manusia. Oleh itu, dengan mempelajari psikologi seseorang itu akan
menjadi manusia yang lebih baik dan juga dapat memahami manusia lain dengan
lebih tepat.
Psikologi adalah satu disiplin ilmu yang mengkaji secara sainstifik tingkahlaku
manusia atau haiwan khasnya pemikiran, sikap, perasaan, naluri, potensi,
kecerdasan, keperluan dan tindak balas manusia terhadap ransangan persekitaran
sosial. Pendidikan merupakan proses perkembangan potensi dan kemahiran individu
dalam bidang-bidang tertentu. Aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan
perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Menurut
beberapa tokoh adalah:

2
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Sila rujuk laman web berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut sejarah psikologi
http://ukm.academia.edu/MohdMernanEdjie
www.ship.edu/historyfpsych.html

1.4.3 TUJUAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN KEPADA GURU


Matlamat psikologi pendidikan ialah untuk memahami (memerihal dan menerangkan)
tingkah laku pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seterusnya meramalkan
tingkah laku gantian yang mungkin berlaku dan mengawal tingkah laku tersebut.

Sebagai contoh, dengan merujuk kepada cara penyelesaian masalah pelajar seperti di
bawah, tingkah laku dapat dikawal di mana tingkah laku yang negative boleh diganti dengan
tingkah laku positif dengan cara menggalakkan pelajar melakukan pelbagai aktiviti yang
berfaedah.

Perbincangan
Lengkapkan jadual dibawah tentang tujuan psikologi pendidikan kepada guru.

1.4.4 IMPLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN KEPADA GURU

3
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Psikologi adalah suatu ilmu yang sangat penting kepada guru. Pengetahuan
psikologi pendidikan menjadi asas pemahaman kepada proses pengajaran
dan pembelajaran. Tanpa pengetahuan psikologi pendidikan maka guru-guru akan
menghadapi masalah yang besar ketika memahami perlakuan pelajar-pelajar
mereka. Implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah banyak memberi
kepentingan kepada seseorang guru. Antara implikasi atau kepentingannya ialah :

Tutorial
Terdapat beberapa sebab mengapa guru-guru perlu memahami dan mempraktikkan
psikologi pendidikan.
1. Apakah kepentingan psikologi pendidikan kepada guru dan juga pelajar?
2. Berikan contoh-contoh bagaimanakah tujuan psikologi pendidikan dan implikasi
psikologi pendidikan kepada guru dalam meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah?

RUMUSAN

Bab ini telah memperkenalkan bidang psikologi dan memberi definisi psikologi.
Sejarah perkembangan bidang ini turut dibincangkan dari zaman Greek Purba
sehingga kini. Beberapa pendekatan penting dalam psikologi seterusnya
diperkenalkan. Akhir sekali, kepentingan bidang kepada pendidik turut dibincangkan.

TAJUK 2 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN


4
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

2.1 SINOPSIS
Tajuk ini akan membincangkan beberapa topik berkaitan konsep asas
perkembangan kanak-kanak, prinsip-prinsip asas perkembangan kanak-kanak,
faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak berdasarkan aspek
baka dan persekitaran (Nature and Nurture). Oleh itu, ahli pengkaji psikologi
mengkaji kedua-dua aspek iaitu baka dan persekitaran yang lebih berpengaruh ke
atas pertumbuhan dan perkembangan manusia serta ciri-cirinya.

2.2 HASIL PEMBELAJARAN


Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:
1. Mengetahui dengan jelas tentang konsep asas pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak.
2. Menjelaskan dengan terperinci berkaitan prinsip-prinsip asas perkembangan
kanak-kanak.
3. Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari
aspek baka dan perspektif (Nature and Nuture).

2.3 KERANGKA TAJUK

Pertumbuhan dan
Perkembangan

Konsep Asas Prinsip-prinsip Asas Faktor-faktor Yang


Perkembangan Perkembangan kanak- Mempengaruhi
Kanak-kanak kanak Baka dan Perkembangan
Persekitaran Kanak-kanak
(Nature and Nutere)

2.4.1 KONSEP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan
mencipta teknik mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat

5
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

perkembangan. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang


saling berkait. Pengetahuan mengenai psikologi pertumbuhan dan perkembangan
membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh kanak-
kanak berbagai umur akan membolehkan guru merancang serta memilih bahan
bacaan pada peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru perlu mengetahui jenis
minat yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur untuk
memberi dorongan agar penyertaan pelajar yang berkesan dapat dijayakan di dalam
bilik darjah.
Santrock (2008) dalam Haliza Hamzah, & Joy N. Samuel. (2011).
Mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan
sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke
akhir hayat.
Menurut Karl E. Garrison pula dalam Azlia Abu Bakar. (2005), perkembangan
terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan
pembelajaran. Semua perkembangan itu sama ada berbentuk struktur, kemahiran
tingkah laku ataupun sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan
bersifat sejagat. Selain itu, Paul Eggan dan Don Kauchak dalam Mohd. Sharani
Ahmad (2005) pula berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan
dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan
kematangan.
Secara ringkasnya, Mok Soon Sang (2008) menjelaskan bahawa
perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif
tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal

Pertumbuhan
Pertumbuhan dan perkembangan manusia atau penyuburan manusia adalah fokus
kajian bidang psikologi perkembangan. Ahli psikologi perkembangan mengkaji
aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan manusia dan cuba melihat kaitannya
dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya iaitu baka dan persekitaran. Mereka
sering cuba menentukan secara empirikal sama ada baka atau persekitaran yang

6
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

lebih berpengaruh ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia. Perdebatan ini


masih berterusan hingga ke hari ini.
Pertumbuhan dan perkembangan merupakan satu proses yang penting
kepada individu. Proses pertumbuhan dan perkembangan bagi sesuatu organisma
biasanya sudah sedia terancang di dalam gen-gen yang diwarisi oleh sesuatu
keturunan.

Perkembangan
Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat
perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan
peringkat yang lebih awal, contohnya, perubahan pada rambut manusia daripada
berwarna hitam semasa remaja menjadi putih pada peringkat akhir dewasa.
Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami oleh individu yang bersifat
kualitatif, tidak dapat diukur tapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa.
Contohnya, semasa berumur 4 tahun. Fatin belum boleh melukis seekor kucing
tetapi pada usia 7 tahun, dia dapat membuat perkara tersebut. Pembelajaran boleh
berlaku sebab Fatin telah mengalami perkembangan dari segi kognitif (mencapai
peringkat kesediaan yang sesuai) dan terdapat kesediaan otot tangan
(perkembangan psikomotor).

Perbincangan
Lengkapkan ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan

http://www.academia.edu/5089731/TEORI_PERKEMBANGAN

2.4.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008), terdapat
lima prinsip perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama, proses perkembangan

7
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk
dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan
seterusnya berjalan. Proses perkembangan bayi adalah sama dalam semua
peringkat melainkan bayi yang lahir awal, mungkin akan lambat dalam beberapa
aspek. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada abstrak terutamanya
dalam perkembangan kognitif dan bahasa.
Prinsip kedua, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur
daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Contohnya, seorang bayi boleh
menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan.
Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke
otot-otot halus.
Seterusnya, mereka menyatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan
adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Dengan kata lain, pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak berlaku secara berterusan daripada lahir sehingga
mati. Dalam proses perkembangan, seorang kanak-kanak akan menambah
kemahiran sedia ada. Pada setiap peringkat, kanak-kanak akan mendapat
kemahiran yang tertentu. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan
asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.
Prinsip yang keempat pula ialah corak dan aturan perkembangan adalah
hampir samat tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu.
Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan
manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Ini akan menjejaskan
perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak tersebut. Perkara ini adalah salah satu
faktor yang membawa kepada perbezaan antara manusia seperti yang kita dapat
lihat di dalam sebuah bilik darjah.
Prinsip perkembangan yang seterusnya adalah perkembangan adalah hasil
interaksi diantara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan
potensi yang sediaada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk,
berjalan dan kemudian berlari. Iadi pengaruhi oleh faktor-faktor genetik.
Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan
memerlukan usaha.
Selain itu, mereka menyatakan bahawa proses pembelajaran membantu
seseorang individu memperkembangan potensi yang sedia ada dalam dirinya.
Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna
memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih
atau meniru cara-cara berenang.

8
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

2.4.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-


KANAK
Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada limaa
spek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini
pula adalah berasaskan kepada dua faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor
baka dan faktor persekitaran. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada
individu di dunia ini yang mempunya kadar perkembangan yang sama dan
menjadikan faktor baka (nature) dan faktor persekitaran (nurture) sebagai penyebab
utama ketidaksamaan kadar perkembangan seseorang individu.

Perbincangan
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari
aspek baka dan persekitaran

Tutorial
Berdasarkan faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangan yang dapat anda
lihar pada kanak-kanak berumur 5 tahun, bincangkan perkaitan faktor baka dan
persekitaran dan berikan buktinya bagi menyokong pendapat anda.

RUMUSAN

9
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Secara keseluruhannya, aspek-aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu sama
lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka setiap
individu memang tidak dapat dinafikan mempunyai tahap perkembangan yang
berbeza-beza.

10
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

TAJUK 3 PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL INDIVIDU HINGGA REMAJA

3.1 SINOPSIS

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi perkembangan fizikal dan implikasi


terhadap pengajaran dan pembelajaran. Setiap manusia yang normal akan
mengalami pertumbuhan dan perkembangan d a r i s e g i a s p e k f i z i k a l , s e j a k
m e r e k a dilahirkan sehinggalah menjadi remaja, dewasa dan tua. Sebagai seorang
guru perlu peka dan prihatin dengan perubahan perkembangan terhadap murid-
murid supaya mereka dapat mencapai pertumbuhan dan perkembangan fizikal dari
pelbagai aspek ke tahap yang maksimum.

3.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:

(1) Menerangkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta ciri-ciri utama


dari kanak-kanak hingga remaja.

(2) Dapat menghuraikan pertumbuhan dan perkembangan fizikal individu hingga


remaja.

(3) Menjelaskan implikasi pertumbuhan dan perkembangan fizikal terhadap


pengajaran dan pembelajaran.

3.3 KERANGKA TAJUK

Peringkat Perkembangan
Fizikal Individu Hingga
Remaja

Perkembangan Fizikal Implikasi Terhadap Pengajaran


dan Pembelajaran

3.4 KANDUNGAN

11
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat awal remaja ini pula
adalah cepat dan pesat, sama seperti kadar perkembangan semasa bayi.
Perubahan fizikal seperti ketinggian, saiz dan bentuk badan mula ke arah
dewasa.

3.4.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL

Perkembangan fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami tentang


sesetengah remaja yang lambat atau cepat dalam pekembangan mereka dan
apakah kesan-kesan disebaliknya.

Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan
mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan atau fizikal. Perubahan-
perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam bentuk badan. Kadar
pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja
lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara
seorang individu dengan individu yang lain.

Perbincangan
Berikan konsep perkembangan fizikal kanak-kanak hingga remaja serta apakah
perubahan yang dapat anda perhatikan dari segi fizikal dari kecil hingga remaja

3.4.2 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

12
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas


pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan
ceria. Perkembangan fizikal kanak-kanak haruslah dititikberatkan dan difahami
oleh golongan pendidik supaya perkembangan fizikal kanak-kanak dalam
pembelajaran dan pengajaran (P&P) dapat ditingkatkan lagi dalam diri kanak-
kanak tersebut sekaligus membolehkankan para pendidik memahami mengapa
pelajar mereka bertingkahlaku sedemikian.

Guru dinasihatkan membantu kanak-kanak tetapi hanya setakat mana yang perlu.
Bantuan yang berlebihan akan menggalakkan pergantungan kanak-kanak kepada
ibu bapa atau guru dan menimbulkan perasaan kurang yakin untuk melakukan
sesuatu dengan sendiri.

Tutorial
Berikan justifikasi anda, sejauhmanakah seorang guru mengaplikasikan
perkembangan fizikal dalam bilik darjah

RUMUSAN

Bab ini telah membincangkan ciri-ciri perkembangan fizikal individu hingga remaja
manusia . Perkembangan fizikal dijelaskan serta dibincangkan, akhir sekali implikasi
ke atas guru turut dijelaskan terhadap pengajaran dan pembelajaran.

TAJUK 4 PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF INDIVIDU HINGGA

13
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

REMAJA BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI

4.1 SINOPSIS

Perkembangan kognitif adalah fokus topik yang dibincangkan dalam tajuk 4. Ahli
psikologi perkembangan kognitif mengkaji aspek ini dan cuba mencari kaitan
dengan teori-teori perkembangan dan implikasi terhadap pengajaran dan
pembelajaran.

4.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:

(1) Menerangkan pengertian perkembangan kognitif dan ciri-ciri utama


perkembangam kognitif individu hingga remaja.
(2) Dapat menghuraikan perkembangan kognitif individu hingga remaja serta
kaitakan dengan teori.

(3) Menganalisis implikasi perkembangan terhadap pengajaran dan


pembelajaran.

4.3 KERANGKA TAJUK

Peringkat Perkembangan Kognitif Individu Hingga


Remaja Berdasarkan Perspektif Teori

Perkembangan Implikasi Psikologi


Kognitif Teori Piaget Teori Vygotsky Pendidikan Kepada
Guru

4.4 KANDUNGAN

Teori-teori Piaget dan Vygotsky ini telah memainkan peranan penting di dalam
membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh
memainkan peranannya di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak

4.4.1 PERKEMBANGAN KOGNITIF


Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat,
memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.
Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul,
menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini
penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.

14
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan


pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang
berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Untuk
mengkaji perkembangan kognitif kita akan membincangkan dua teori utama
perkembangan kognitif oleh ahli psikologi Jean Piaget dan Lev Vygotsky.

4.4.2 TEORI PIAGET DAN TEORI VYGOTSKY


Teori Piaget (1896-1980)
Jeans Piaget merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal dalam bidang
pendidikan, beliau menumpukanperhatiannya kepada kajian perkembangan kognitif
kanak-kanak. Berdasarkan kajian Piaget perkembangan kognitif kanak-kanak
terdapat peringkat ini sebagai peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi
(2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7-12 tahun) dan peringkat operasi formal
(selepas 12 tahun)

http://www.academia.edu/4935771/PERKEMBANGAN_KOGNITIF_TEORI_PIAGET

Teori Vygotsky
Lev Vygotsky (1896-1934) berpendapat bahwa perkembangan kognitif dan bahasa
anak-anak tidak berkembang dalam suatu situasi sosial yang hampa. Vygotsky adalah
pengagum Piaget. Walaupun setuju dengan Piaget bahwa perkembangan kognitif
terjadi secara bertahap dan dicirikan dengan gaya berpikir yang berbeda-beda, tetapi
Vygotsky tidak setuju dengan pandangan Piaget bahwa anak menjelajahi dunianya
sendiri dan membentuk gambaran realitas batinnya sendiri. Teori Vygotsky
menawarkan suatu potret perkembangan manusia sebagai sesuatu yang tidak
terpisahkan dari kegiatan-kegiatan sosial dan budaya. Vygotsky menekankan
bagaimana proses-proses perkembangan mental seperti ingatan, perhatian, dan
penalaran melibatkan pembelajaran menggunakan fungsi mental yang relatif dasar
seperti kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian. Namun,
anak-anak tidak banyak memiliki fungsi mental yang lebih tinggi seperti ingatan,
berfikir dan menyelesaikan masalah.

http://www.academia.edu/6260463/PENERAPAN_TEORI_BELAJAR_VYGOTSKY_DAL
AM_PEMBELAJARAN_BAB_1_1_PENDAHULUAN

15
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

4.4.3 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dari segi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan prinsip-
prinsip teori perkembangan kognitif akan mendapati proses pembelajaran yang
sangat aktif. Guru juga akan menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian
dan mencukupi untuk mencapai objektif pengajaran yang efektif. Mengikut Vygotsky,
guru perlulah menggalakkan murid yang lebih pandai untuk memberi bimbingan
kepada rakan-rakan yang kurang pandai.

Di samping itu, implikasi bagi teori ini juga ialah guru haruslah menyediakan lebih
banyak contoh dan bahan sumber yang boleh digunakan untuk membantu murid
membuat perkaitan dengan isi pelajaran yang dipelajari. Hal ini secara tidak langsung
akan membantu murid-murid tersebut membina pemahaman baharu yang belum lagi
diketahui atau dikuasai oleh mereka. Lebih banyak contoh dan bahan sumber
ditunjukkan kepada murid-murid, lebih banyak pengetahuan dapat dikuasai oleh
seseorang murid itu.

Tutorial
Berikan justifikasi bagaimana anda sebagai seorang guru mengaplikasikan teori
perkembangan kognitif berdasarkan teori Vygotsky.

RUMUSAN

Bab ini telah membincangkan ciri-ciri perkembangan kognitif individu hingga remaja
manusia. Perkembangan kognitif dijelaskan serta dibincangkan, akhir sekali implikasi
ke atas guru turut dijelaskan terhadap pengajaran dan pembelajaran.

16
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

TAJUK 5 PERINGKAT PERKEMBANGAN MORAL INDIVIDU HINGGA REMAJA


BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI

5.1 SINOPSIS

Perkembangan moral adalah fokus topik yang dibincangkan dalam tajuk 4. Ahli
psikologi perkembangan kognitif mengkaji aspek ini dan cuba mencari kaitan
dengan teori-teori perkembangan dan implikasi terhadap pengajaran dan
pembelajaran.

5.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:

(4) Menerangkan pengertian perkembangan dan ciri-ciri utama


perkembangam kognitif individu hingga remaja.

(5) Dapat menghuraikan perkembangan kognitif individu hingga remaja serta


kaitakan dengan teori.

(6) Menilai implikasi perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran.

5.3 KERANGKA TAJUK

Peringkat Perkembangan Moral Individu Hingga


Remaja Berdasarkan Perspektif Teori

Perkembangan Teori Lawrence Implikasi Psikologi


Moral Kohlberg Pendidikan Kepada
Guru

5.4 KANDUNGAN

Seseorang individu biasanya mengalami tiga tahap perkembangan moral yang utama,
setiap tahap mengandungi dua peringkat. Berdasarkan teori Lawrwnce Kohlberg

17
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

(1984) menghuraikan perkembangan moral adalah ditentukan oleh perkembangan


kognitif.

5.4.1 PERKEMBANGAN MORAL

Tiga peringkat perkembangan moral utama, setiap tahap mengandungi dua


peringkat.

Buku rujukan
Mok Soon Sang (2009): Psikologi pendidikan Untuk Pengajaran dan
Pembelajaran, Penerbit Multimedia Sdn.Bhd. Puchong

5.4.2 TEORI LAWRENCE KOHLBERG


Lawrence Kohlberg membahagikan perkembangan moral kepada tiga tahap, iaitu
tahap prekonvensional, tahap konvensional, dan tahap postkonvensional (Slavin,
2006:54). Menurut pandangan Kohlberg dari tiga tingkatan tersebut, anak harus
melewati enam tahap dalam dirinya iaitu:

Peringkat Perkembangan Moral Huraian


Tahap 1 : Moral Prakonvensional: Awal Kanak-kanak

18
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Peringkat 1

Peringkat 2

Peringkat Perkembangan Moral Huraian


Tahap 2 : Moral Prakonvensional: Masa Kanak-kanak

Peringkat 1

Peringkat 2

Peringkat Perkembangan Moral Huraian


Tahap 2 : Moral Prakonvensional: Masa Kanak-kanak

Peringkat 1

Peringkat 2

Perbincangan
Lengkapkan peringkat-peringkat perkembangan moral di atas

5.4.3 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tutorial
Berdasarkan perkembangan moral pelajar pada era yang penuh cabaran,
bincangkan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran pelajar setelah
berlaku transformasi pendidikan berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia.
RUMUSAN
Bab ini telah membincangkan ciri-ciri perkembangan moral individu hingga remaja
manusia . Perkembangan moral dijelaskan serta dibincangkan, akhir sekali
implikasi ke atas guru turut dijelaskan terhadap pengajaran dan pembelajaran. kita
sebagai guruharus memperkaya ilmu kita demi anak didik kita salah satunya adalah
dengan menanamlan nilai-nilai moral dan perkembangan moral agar anak bergerak
ke arah yang baik.

TAJUK 6 PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI INDIVIDU HINGGA


REMAJA BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI

19
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

6.1 SINOPSIS

Topik ini telah membincangkan perkembangan sosio emosi serta perkaitan dengan
teori Erik Erikson dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran. Teori ini
mempunyai kelebihan tersendiri dalam menerangkan perkembangan manusia.

6.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:

(7) Menerangkan pengertian perkembangan sosio emosi individu hingga


remaja.

(8) Dapat menghuraikan perkembangan sosio emosi individu hingga remaja serta
kaitakan dengan teori.

(9) Menilai implikasi perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran.

6.3 KERANGKA TAJUK

Peringkat Perkembangan Sosio Emosi Individu


Hingga Remaja Berdasarkan Perspektif Teori

Perkembangan Implikasi Psikologi


Sosio Emosi Teori Erik Erikson Pendidikan Kepada
Guru

6.4 KANDUNGAN

Perkembangan sosio emosi dalam topik enam membincangkan perkembangan sosio


emoasi, teori erik erikson dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran. Oleh
yang demikian perkembangan sosio emoasi memainkan peranan yang penting
dalam kehidupan kanak-kanak. Ada perkara atau benda yang dialami seseorang
mendatangkan rasa senang dan ada perkara yang tidak menyenangkan.

20
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

6.4.1 PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI

Menurut kamus Advanced Learner‟s English-Malay Dictionary (2001)

menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti

kasih gembira, benci, takut, gembira dan sebagainya. Mengikut Daniel Goleman, emosi

merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan

psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.

http://www.academia.edu/16505751/TAJUK-7-PERKEMBANGAN-SOSIO-EMOSI

6.4.2 TEORI ERIK ERIKSON


Teori perkembangan Psikososial Erik Erikson menekankan kepentingan hubungan sosial
dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson,
personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan ini.

21
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Peringkat Umur Aspek Perkembangan Emosi dan Sosial


(Tahun)

Bayi 0-2

Awal Kanak- 2-6


kanak

Kanak-kanak 6-12

Perbincangan
Lengkapkan aspek perkembangan emosi dan sosial berdasarkan peringkat umur

6.4.3 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Melalui pembelajaran perkembangan sosio emosi, boleh dirumuskan faedah ilmu


psikologi perkembangan sosio emosi kepara para guru. Ini membolehkan para
guru lebih memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikain, membantu
pelajar memahami diri mereka sendiri, membantu guru-guru merancang objektif
dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajar dan merumuskan
langkah-langkah supaya pelajarnya dapat mencapai matlamat dan objektif
pembelajaran yang telah ditetapkan.

Tutorial
Pada pendapat anda, sejauhmanakah implikasi perkembangan sosio emosi
terhadap pengajaran dan pembelajaran pelajar

RUMUSAN

22
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Secara keseluruhannya, aspek-aspek ini merupakan perkembangan sosio emosi


merupakan perkembangan sosio emosi yang matang. Penguasaan kemahiran ini
membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya
dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.

PANEL PENULIS MODUL PEMBELAJARAN

EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NAMA KELAYAKAN

EN MOHD YUSRI BIN MOHAMD NOOR Kelulusan:


Pensyarah M.Ed. ( Pengurusan Pendidikan ) UPSI
IPG Kampus Batu Lintang, B.Ed (Bimbingan dan Kaunseling) UPSI
93250 Kuching,
Sarawak Pengalaman:
Pensyarah Pengajian Profesional
Guru Bimbingan dan Kaunseling

23
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NAMA KELAYAKAN

PN NOORAZURA BT MOHD MAKHTAR Kelulusan:


Pensyarah M.Ed. ( Pengurusan Pendidikan ) UPSI
IPG Kampus Batu Lintang, B.Ed (Bimbingan dan Kaunseling) UPSI
93250 Kuching, Dip. (Pembangunan Manusial) UPM
Sarawak
Pengalaman:
Pensyarah Pengajian Profesional
Guru Bimbingan dan Kaunseling

RUJUKAN

A.J. Michael. (2006). Kompetensi Kecerdasan Emosi untuk Pelajar Kursus


Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Bahagian Pendidikan Guru. (2003). Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah
Rendah Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah. Ilmu Pendidikan
Pengetahuan Ikhtisas Model 1/3 Unit 1/2 Psikologi Pendidikan. Kuala
Lumpur : Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Guru.
Bahagian Pendidikan Guru. (2004). Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah
Rendah Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah. Ilmu Pendidikan

24
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Pengetahuan Ikhtisas Model 2/3 Unit 1 dan Unit 2 Psikologi


Pendidikan. Kuala Lumpur : Bahagian Pendidikan Guru Kementerian
Pendidikan Guru.
Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh. (2005). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan
untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng. 1995. Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar
Bakti Sd. Bhd.
Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), ”Perkembangan Kanak-Kanak”.
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Halpin, A.W. dan Croft, D.B. (1963), “The Organizational Climate of School”.
Chicago: Midwest Administration Centre, University of Chicago
Ibrahim Mamat (1993), “Kepimpinan Sekolah: Teori Untuk Praktis”. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Ibrahim Md Noh (1997), “Pengurusan Pendidikan” Institut Aminuddin Baki,
Kementerian Pendidikan Malaysia 7(1)
Khadijah Rohani Mohd. Yusof. (2007). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur :
Open University (OUM).
Lee Shok Mee. (1994). Asas Pendidikan 2 : Psikologi dalam Blik Darjah. Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Lee Shok Mee. (1995). Asas Pendidikan 2 : Murid dan Proses Pembelajaran.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mook Soon Sang. (2000). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas
Ijazah Semester 1). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2003). Psikologi Pendidikan (Siri Pendidikan Guru). Subang
Jaya: Kumpulan Budiman.
Mok Soon Sang (2013). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran-Pembelajaran.
Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Noriati, A.Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah, Fakriah Syed Ahmad. (2009). Murid
dan alam belajar. (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.
Ormrod, J. E. (2008). Educational Psychology: Developing Learners (6th ed.).
Uppersaddle River, New Jersey: Pearson Prentice Hall.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai
dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan
Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub. (2004). Psikologi Pembelajaran &
Personaliti. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

25
EDUP2023 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2004). Psikologi


Pendidikan. Pahang : PTS Publications & distributors Sdn. Bhd.
Slavin, R.E. (2005) , Educational Psychology: Theory into Practice.Englewood
Cliff: Prentice Hall Ltd
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008).
Psikologi Pendidikan(Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.
Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), ”Perkembangan Kanak-Kanak”.
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Halpin, A.W. dan Croft, D.B. (1963), “The Organizational Climate of School”.
Chicago: Midwest Administration Centre, University of Chicago
Ibrahim Mamat (1993), “Kepimpinan Sekolah: Teori Untuk Praktis”. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1981), ”Kurikulum Baru Sekolah Rendah:
Matlamat, Rasional, Bidang Pelajaran dan Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran”. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009),
”Murid dan Alam Belajar”. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

26

Anda mungkin juga menyukai