Anda di halaman 1dari 32

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Kulai Besar, 81000 Kulai,


Johor Bharu

KERTAS KERJA

PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA INGGERIS

SJK(T) KULAI BESAR

DENGAN KERJASAMA:

PANITIA BAHASA INGGERIS, SJKT KULAI BESAR

DI BAWAH SELIAAN :
PANITIA KOKURIKULUM SJKT KULAI BESAR

1.0 Nama Persatuan

Persatuan Bahasa Inggeris (English Language Society)

2.0 Motto Persatuan

English Is Life.

3.0 Pengenalan

Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua terpenting di Negara kita. Bahasa Inggeris
memainkan peranan yang penting dalam kebanyakan sektor di negara kita dan terutamanya
dalam bidang pendidikan. Sehubungan dengan itu, ia adalah amat penting kepada generasi
masa kini untuk mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris pada kadar optimum. Justeru,
pembelajaran dan penguasaan bahasa Inggeris haruslah dimulakan seawal ketika mereka
berada di bangku sekolah lagi bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Oleh itu, atas inisiatif dan cadangan Panitia Bahasa Inggeris, SJKT Kulai Besar, persatuan
ini ditubuhkan.

Persatuan ini ditubuhkan dengan usahasama guru-guru dari Panitia Bahasa Inggeris,
SJKT Kulai Besar, iaitu seramai 4 orang guru, dan di bawah seliaan Panitia Kokurikulum
SJKT Kulai Besar. Persatuan ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid-murid
untuk melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan program-program yang telah
dirancang.

Di samping itu, persatuan ini juga mampu membolehkan murid-murid untuk mempelajari
beberapa komponen dalam bahasa Inggeris melalui cara yang menyeronokkan dan kreatif
serta melibatkan murid-murid yang terdiri daripada berbagai bangsa dan kaum.

4.0 Rasional
Seperti yang diketahui umum, bahasa Inggeris bukan sahaja boleh diajar di kelas tetapi
juga melalui pelbagai aktiviti yang menarik. Persatuan ini dapat menyediakan satu platform
bagi mengenal dan menghayati keindahan dan keseronokan dalam mempelajari dan
mengaplikasikan bahasa Inggeris. Persatuan ini juga dapat membentuk nilai, etika dan
sahsiah murid-murid di sekolah ini. Selain itu, kita juga dapat meningkatkan prestasi murid-
murid dalam subjek bahasa Inggeris dan seterusnya menigkatkan pencapaian sekolah
dalam subjek tersebut.

Seterusnya, kita mempunyai guru-guru yang berminat dan telah menghadiri kursus-
kursus meningkatkan professionalisme dalam subjek bahasa Inggeris. Kita juga mempunyai
murid-murid yang berkebolehan serta berminat dalam aktiviti-aktiviti bahasa Inggeris serta
dalam subjek itu sendiri.

5.0 Objektif Persatuan

Persatuan ini ditubuhkan demi mencapai beberapa objektif iaitu:

5.1 Meningkatkan prestasi murid-murid dalam subjek Bahasa Inggeris

5.2 Memberi peluang kepada murid-murid untuk mempelajari dan mengaplikasi


bahasa Inggeris dalam pelbagai cara yang menarik dan menyeronokkan.

5.3 Melibatkan murid-murid dalam pelbagai aktiviti bahasa Inggeris yang menarik.

5.4 Memberi peluang kepada murid-murid untuk menyertai pelbagai pertandingan


bahasa Inggeris di dalam dan di luar sekolah.

5.5 Mengasah bakat-bakat terpendam murid dalam beberapa aktiviti bahasa


Inggeris.

5.6 Mengeratkan silaturahim dalam kalangan murid-murid.

5.7 Memupuk nilai murni, dan etika dan sahsiah yang baik di kalangan murid-murid.
6.0 Draf Perlembagaan Persatuan Bahasa Inggeris

(Rujuk Lampiran A)

7.0 Surat Permohonan Pertubuhan Persatuan Bahasa Inggeris

(Rujuk Lampiran B)

8.0 Surat Panggilan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penaja

(Rujuk Lampiran C)

9.0 Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penaja

Sebuah sesi mesyuarat telah diadakan untuk membincangkan penubuhan Persatuan


Bahasa Inggeris di SJKT Kulai Besar. (Rujuk Lampiran D)

10.0 Senarai Ahli Jawatankuasa Penaja

(Rujuk Lampiran E)

11.0 Senarai Ahli Jawatankuasa Persatuan

(Rujuk Lampiran F)

12.0 Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa Persatuan

(Rujuk Lampiran G)

13.0 Misi Persatuan

Membentuk nilai, etika dan sahsiah murid dan membantu mereka untuk mengenali,
mempelajari dan mengaplikasi bahasa Inggeris dalam pelbagai cara yang kreatif, menarik
dan menyeronokkan.
14.0 Visi Persatuan

Bergerak secara satu pasukan ke arah mencapai kecemerlangan supaya melahirkan g


murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

15.0 Logo Persatuan

16.0 Sasaran Ahli

Sasaran ahli untuk Persatuan Bahasa Inggeris adalah seperti berikut:

16.1 Murid Tahun Empat,Tahun Lima dan Tahun Enam.

16.2 40 orang murid - Lelaki (20 orang)

- Perempuan (20 orang)

17.0 Pemilihan ahli Persatuan Bahasa Inggeris

Murid-murid yang ingin menjadi ahli persatuan Bahasa Inggeris haruslah:

17.1 Berminat dan aktif dalam melibatkan diri dalam aktiviti persatuan.
17.2 Sanggup berkhidmat secara sukarela.

17.3 Boleh bekerjasama dengan satu sama lain.

17.4 Bertanggungjawab.

18.0 Peranan Persatuan

Persatuan Bahasa Inggeris akan melatih ahli-ahlinya untuk :

18.1 Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti persatuan.

18.2 Membentuk sikap kerjasama dan semangat sepasukan.

18.3 Membina sifat yakin terhadap diri sendiri.

18.4 Membentuk nilai, sahsiah dan etika diri sendiri.

18.5 Menjadi kuat dari segi mental dan sosial.

18.6 Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi.

18.7 Meningkatkan kecerdasan jasmani, rohani, emosi dan intelek.

19.0 Cadangan Program atau Aktiviti Persatuan Bahasa Inggeris

NO. CADANGAN PROGRAM / AKTVITI CATATAN


1. Sambutan Hari Ponggal, Hari Thaipusam dan Tahun Bulan Januari 2018
Baru Cina
- Penghasilan buku skrap
- Penjualan penanda buku (budaya)
2. Pameran buku skrap Bulan Februari 2018
- Pameran
- Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sambutan
perayaan di Malaysia
3. ‘ Board Games’ Bulan Mac 2018
- ‘Scrabble’, ‘Snake and Ladder’, dan permainan
papan lain yang bertemakan bahasa Inggeris
- Pertandingan ‘Scrabble’ di sekolah untuk Tahap
Dua
4. Ceramah Motivasi Bulan April 2018
- En Sallehudin bin Sahrone - Satu program
kerjasama dengan
IPGK Tun Hussein
Onn.
5. Bengkel ‘Menulis dalam Bahasa Inggeris dengan Bulan Mei 2018
Mudah’ - Satu program
- Terbuka kepada semua ahli persatuan dan kerjasama dengan SK
semua murid Tahap Dua Batu Berendam 2
6. Sambutan Raya Aidilfitri 2018 Bulan Jun 2018
- Pertandingan menulis ucapan raya dengan - Dengan kolaborasi
tulisan yang cantik dan kreatif antara semua
- ‘Rumah terbuka’ persatuan di sekolah
7. Seminar oleh penulis buku, En Lee Chang Wo di Bulan Julai 2018
Dewan Murni - Satu program
kerjasama dengan
penulis buku, En Lee
Chang Woo.
8. Bengkel ‘Komunikasi dalam Bahasa Inggeris’ Bulan Ogos 2018
- Untuk semua ahli persatuan dan terbuka untuk - Satu program
semua murid Tahap Dua kerjasama dengan
IPGK Perempuan
Melayu
9. Pertandingan ‘Ekspresi Patriotisme dengan Cara Bulan Ogos 2018
Kreatif’ - Dengan kolaborasi
- Terbuka kepada semua ahli persatuan dan antara semua
semua murid SJKT Kulai Besar. persatuan di sekolah.

20.0 Kutipan Dana untuk membiayai Perbelanjaan Persatuan

Dana untuk tujuan pembiayaan perbelanjaan persatuan dalam mengadakan aktiviti


ataupun program adalah diperolehi melalui cara yang berikut:
20.1 Kutipan derma.

20.2 Penjualan penanda buku dan lain-lain.

20.3 Memohon penajaan daripada pihak tertentu.

20.4 Memohon peruntukan ko-kurikulum sekolah


21.0 Carta Alir Kerja

Mengadakan perbincangan dan mesyuarat serta membentuk jawatankuasa.

Menyediakan kertas kerja dasar

Mengemukakan kertas kerja


kepada:

- Ketua Panitia Bahasa


Inggeris
- GPK Kanan
- Guru Besar

Menerima maklum balas dan


pemurnian kertas kerja

Memohon kelulusan Guru Besar

Lulus
Tidak lulus

Tindakan:

1. Menyediakan tentatif program.


2. Membuat kertas kerja program atau aktiviti persatuan
3. Menjalankan aktiviti

Post Mortem

Tamat
22.0 Penutup

Penubuhan Persatuan Bahasa Inggeris ini akan memberikan peluang kepada murid-
murid SJKT Kulai Besar untuk mempelajari dan mengaplikasi bahasa Inggeris dalam
pelbagai cara yang menarik dan menyeronokkan serta melibatkan mereka dalam pelbagai
aktiviti bahasa Inggeris yang menarik. Malah, ia juga dapat mengasah bakat-bakat
terpendam murid dalam beberapa aktiviti bahasa Inggeris dan mengeratkan silaturahim
dalam kalangan mereka. Selain itu, persatuan ini juga akan memupuk nilai murni, dan etika
dan sahsiah yang baik di kalangan murid-murid.

Seandainya permohonan pertubuhan persatuan ini diluluskan, kami mohon kerjasama


daripada pihak Tuan untuk menyediakan sebuah bilik untuk persatuan kami bagi
membolehkan kami untuk mengadakan perbincangan dalam kalangan ahli dan bagi
memudahkan pengurusan persatuan ini berjalan dengan lancar.

Kami berharap agar kertas kerja penubuhan Persatuan Bahasa Inggeris ini dapat
dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh pihak atasan SJKT Kulai Besar demi
mempertingkatkan kualiti dan potensi murid-murid di sekolah ini kepada tahap yang lebih
tinggi dan dalam pelbagai aspek. Kerjasama dan perhatian tuan amatlah kami hargai.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

_________________ _________________

(MOHNES KUMAR A/L PARANTHAMAN) (THANASUNTARI A/P THANGATURAI)

Setiausaha Penaja Persatuan Bahasa Inggeris, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

SJKT Kulai Besar.


SJKT Kulai Besar.

Disahkan oleh,

_________________

(MUNUSAMY A/L THURAISAMY)

Guru Besar,

SJKT Kulai Besar.


LAMPIRAN A

Draf Perlembagaan Persatuan Bahasa Inggeris SJKT Kulai Besar

1. NAMA RASMI DAN ALAMAT

1.1 Nama rasmi persatuan adalah Persatuan Bahasa Inggeris SJKT KULAI BESAR di
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kulai Besar 81000 Kulai, Johor, Malaysia.

2. MATLAMAT

2.1 Meningkatkan prestasi murid-murid dalam subjek Bahasa Inggeris

2.2 Memberi peluang kepada murid-murid untuk mempelajari dan mengaplikasi bahasa
Inggeris dalam pelbagai cara yang menarik dan menyeronokkan.

2.3 Melibatkan murid-murid dalam pelbagai aktiviti bahasa Inggeris yang menarik.

2.4 Memberi peluang kepada murid-murid untuk menyertai pelbagai pertandingan bahasa
Inggeris di dalam dan di luar sekolah.

2.5 Mengasah bakat-bakat terpendam murid dalam beberapa aktiviti bahasa Inggeris.

2.6 Mengeratkan silaturahim dalam kalangan murid-murid.

2.7 Memupuk nilai murni, dan etika dan sahsiah yang baik di kalangan murid-murid.

3. KEAHLIAN

3.1 Keahlian adalah terbuka kepada semua murid Darjah Empat sehingga Darjah Enam.
3.2 Untuk menjadi ahli, seorang pelajar wajib membayar yuran keahlian

dan mengisi borang keahlian.

4. YURAN KEAHLIAN

4.1 Yuran keahlian adalah 50 sen setahun dan mesti dibayar bersama

borang keahlian.

5. TAMAT KEAHLIAN

5.1 Ahli yang tidak membayar yuran sebelum 15 Jun setiap tahun.

5.2 Ahli yang peratusan kehadiran dalam perjumpaan kurang daripada

80%.

5.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah.

5.4 Ahli yang melakukan tindakan yang boleh mencemarkan nama baik

kelab.

6. HAK AHLI

6.1 Ahli yang sah berhak menyertai semua aktiviti anjuran kelab.

6.2 Ahli yang sah berhak mengundi dan diundi untuk manamana

jawatan dalam kelab.

7. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

7.1 Mesyuarat agung tahunan mesti diadakan pada masa yang sesuai iaitu pada bulan
Januari tahun tersebut.

7.2 Kuorum yang sah adalah dua pertiga daripada jumlah ahli yang sah.
7.3 Semua AJK semasa akan meletak jawatan dan pemilihan AJK baru

akan dilakukan.

7.4 Proses pemilihan adalah dengan undian sulit.

8. PERLEMBAGAAN

8.1 Segala urusan berkaitan dengan kelab perlulah berdasarkan perlembagaan ini.

8.2 Pindaan pada perlembagaan hanya boleh dilakukan dengan persetujuan dua pertiga
daripada jumlah ahli yang sah.

9. GURU PENASIHAT SERTA KUASANYA

9.1 Guru Penasihat terdiri daripada guru sekolah ini.

9.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam merancang dan pelaksanakan
sesuatu aktiviti.

9.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti.

9.3 Guru penasihat mempunyai kuasa mutlak dalam semua hal berkaitan dengan persatuan
termasuk memindakan perlembagaan. Namun demikian, ia hanya boleh dilakukan dengan
persetujuan daripada Penolong Kanan Kokurikulum.

10. AHLI JAWATANKUASA

10.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

10.2 Pemilihan ahli jawatan kuasa secara undian.

10.3 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri daripada:

10..3.1 Pengerusi

10.3.2 Naib Pengerusi

10.3.3 Setiausaha

10.3.4 Penolong Setiausaha


10.3.5 Bendahari (jika perlu)

10.3.6 Penolong Bendahari (jika perlu)

19.3.7 Ahli JawatanKuasa (bilangan bergantung kepada keperluan)

10.3.8 Pemeriksa Kirakira (jika perlu – 2 orang)

11. SENARAI TUGAS/TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

11.1 Pengerusi

11.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggunggangjawab terhadap


kesempurnaan semua mesyuarat.

11.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan diputuskan
diambil tindakan yang sewajarnya.

11.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

11.2 Naib Pengerusi

11.2 1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

11.2 2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiada pengerusi.

11.2.3 Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

11.3 Setiausaha

11.3.1 Menguruskan hal-hal surat mesyuarat

11. 3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan

11.3.3 Mencatat kehadiran ahli.

11.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.


11.4 Penolong Setiausaha

11.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawab.

11.4 2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

11.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawab

11.4 2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

11.5 Bendahari

11.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan.

11.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.

11.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya

11.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli


jawatankuasa

11.6 Penolong Bendahari (jika perlu)

11.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari

11.7 Ahli Jawatankuasa

11.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan

11.7.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

11.8 Pemeriksa KiraKira (jika perlu)

11.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan


bertanggungjawab ke atasnya.

11.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.


12. KEHADIRAN/PENYERTAAN

12.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan
sepanjang tahun.

12.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis
surat tunjuk sebab.

13. AKTIVITI

13.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.

13.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.

14. PERATURAN-PERATURAN

14.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

14.2 Peraturan khas (jika ada) yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

14.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

15. TINDAKAN DISPLIN

15.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembaggaan persatuan dan mematuhi
peraturan yang ditetapkan.

15.2 Tindakan displin adalah mengikut cara berikut:

15.2.1 Amaran Lisan

15.2 2 Amaran Bertulis

15.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada Guru Penasihat secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.
16. PEMBUBARAN PERSATUAN

16.1 Guru besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

17. HAL-HAL LAIN

17.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

17.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan penuh minat.
LAMPIRAN B

Persatuan Bahasa Inggeris

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Kulai Besar,

81000, Kulai

Johor . No. Tel : 075999231

_____________________________________________________________________

Ruj kami : SKG/09/01/01(1)

Tarikh : 02 Januari 2018

En. Munusamy A/L Thuraisamy,

Guru Besar,

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Kulai Besar,

81000, Kulai

Johor .

Tuan ,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA INGGERIS

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya, Pn. Nor Ain
Shahzila binti Ahmad, berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei
1998,P.U. (A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini
memohon untuk menubuhkan Persatuan Bahasa Inggeris, Sekolah Kebangsaan Gangsa
mulai 30 Januari 2018.

3. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:

2.1 Draf Perlembagaan.

2.2 Draf Aktiviti Asas.

2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

4. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak


tuan. Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu
diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut perintah,

_________________________

(GUNA A/L KRISHNAN)

Guru Penasihat Penaja,

Jawatankuasa Penaja Persatuan Bahasa Inggeris,

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Kulai Besar,

81000, Kulai
Johor .

s.k. 1. 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum SJKT Kulai Besar.

LAMPIRAN C

Persatuan Bahasa Inggeris, Rujukan Tuan :

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Rujukan Kami : SKG/01/KPA/2018(12)

Kulai Besar,

81000, Kulai

Johor. Tarikh : 05 Januari 2018

Panitia Bahasa Inggeris SJKT Kulai Besar,

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Kulai Besar,

81000, Kulai

Johor .

Tuan/Puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA PENAJA PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA


INGGERIS

Sukacita diimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Penubuhan Persatuan


Bahasa Inggeris akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 19 Januari 2018 (Khamis)

Masa: 2.30 petang

Tempat: Dewan SJKT Kulai Besar, Johor.

2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

2.1 Ucapan Alu-aluan

2.2 Ucapan Pengerusi Kelab

2.3 Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Bahasa Inggeris

3. Tuan/Puan dijemput hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

_____________________________

( MOHNES KUMAR A/L PARANTHAMAN )

Setiausaha Penaja Persatuan Bahasa Inggeris,

SJKT Kulai Besar.


LAMPIRAN D

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENAJA PENUBUHAN

PERSATUAN BAHASA INGGERIS

SEKOLAH KEBANGSAAN GANGSA BIL. 1 / 2018

Tarikh : 19 Januari 2018

Masa : 2.30 petang

Hari : Khamis

Tempat : Dewan SJKT Kulai Besar

Hadir

En. Shatishwaren A/L Jeganathen : Pengerusi Mesyuarat

Pn. Lidya A/P Tamilselvam

En. Mohnes Kumar A/L Paranthaman : Pencatat Minit

En. Thevidran A/L Rajan

Pn. Sanggari A/P Rajentran

Pn. Rajeswary A/P Deva

Cik. Abirami a/p Rubenesweren

Cik Swetha A/P Prakash


MINIT 1 / 1 / 2018 ALU – ALUAN PENGERUSI

Pengerusi mengalu – alukan kehadiran semua jemputan mesyuarat bagi tujuan penubuhan
Persatuan Bahasa Inggeris SJKT Kulai Besar.

MINIT 2 / 1 / 2018 LANTIKAN AHLI JAWATANKUASA

2.1 Mesyuarat telah bersepakat dan bersetuju untuk melantik AJK Penaja Persatuan
Bahasa Inggeris (seperti dibawah) bagi mengerakkan aktiviti dan perjalanan pengurusan
kelab ini , iaitu :

NAMA KELAB : PERSATUAN BAHASA INGGERIS

Pengerusi : En. Shatishwaren A/L Jeganathen

Naib Pengerusi : Pn. Lidya A/P Tamilselvam

Setiausaha : En. Mohnes Kumar A/L Paranthaman

Naib Setiausaha : Pn. Sanggari A/P Rajentran

Bendahari : En. Thevidran A/L Rajan

AJK : Cik. Abirami a/p Rubenesweren

Cik Swetha A/P Prakash

2.2 Mesyuarat juga telah bersetuju untuk melantik En. Guna A/L Krishnan,

guru Bahasa Inggeris Sekolah Gangsa sebagai guru penasihat kelab ini.

MINIT 3 / 1 / 2018 PENDAFTARAN KELAB DAN KEAHLIAN


3.1 Mesyuarat bersetuju untuk membuat kertas kerja cadangan yang lengkap untuk
diajukan kepada Guru Besar SJKT Kulai Besar bagi tujuan kelulusan penubuhan Persatuan
Bahasa Inggeris SJKT Kulai Besar.

Tindakan : En. Shatishwaren A/L Jeganathen

3.3 Mesyuarat juga bersetuju untuk membuat syarat atau perlembagaan persatuan yang
lebih baik sebelum kertas kerja cadangan yang telah siap diajukan kepada Guru Besar
SJKT Kulai Besar.

Tindakan : En. Mohnes Kumar A/L Paramthaman

MINIT 4 / 1 / 2018 AKTIVITI – AKTIVITI

4.1 Mesyuarat bersetuju untuk membuat mengadakan aktiviti-aktiviti secara terancang


agar tumpuan pembelajaran tidak terganggu dengan banyaknya aktiviti

Tindakan : Cik Swetha A/P Prakash

MINIT 5 / 1 / 2018 HAL – HAL LAIN

5.1 Mesyuarat bersetujukan untuk menetapkan yuran keahlian mengikut tahun, iaitu RM
0.50 satu tahun.

5.2 Mesyuarat bersetuju untuk membuat mesyuarat lantikan AJK tetap setelah menerima
surat kelulusan penubuhan Persatuan Bahasa Inggeris

Tindakan : En. Mohnes Kumar A/L Paramthaman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

YANG BENAR, YANG MENGESAHKAN,


___________________ ___________________

(MOHNES KUMAR A/l PARANTHAMAN) (SHATISHWAREN A/L JEGANATHEN)

Pencatat Minit Pengerusi Mesyuarat

LAMPIRAN E

Jawatankuasa Penaja Persatuan Bahasa Inggeris

Sekolah Kebangsaan (SK) Gangsa, Durian Tunggal

Pengerusi:

En. Shatishwaren A/L Jeganathen(Ketua Panitia Bahasa Inggeris SJKT Kulai Besar)

Naib Pengerusi:

Lidya A/p Tamilselvam

(Penolong Ketua Panitia Bahasa Inggeris SJKT Kulai Besar)

Setiausaha:

En. Mohnes Kumar A/L Paramthaman

(Guru Bahasa Inggeris)

Naib Setiausaha:

Sanggari A/P Rajentran


( Guru Bahasa Inggeris)

Bendahari:

En. Thevindran A/L Rajan

(Penolong Ketua Panitia Bahasa Inggeris)

Guru Penasihat:

En. Guna A/L Krishnan

(Guru Bahasa Inggeris)

AJK:

Cik. Abirami a/p Rubenesweren

(Guru Bahasa Inggeris)

Cik Swetha A/P Prakash

(Guru Bahasa Inggeris)


LAMPIRAN F

Jawatankuasa Persatuan Bahasa Inggeris

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (Sjkt) Kulai Besar, Kulai

Pengerusi:

(Murid)

Naib Pengerusi:

(Murid)

Setiausaha:

(Murid)

Naib Setiausaha:

(Murid)

Bendahari:

(Murid)
Naib Bendahari

(Murid)

Guru Penasihat:

Pn. Nor Ain Shahzila binti Ahmad

(Guru Bahasa Inggeris)

AJK:

(Murid)

(Murid)

(Murid)

(Murid)
LAMPIRAN G

Senarai Tugas Jawatankuasa Persatuan Bahasa Inggeris

Sekolah Kebangsaan (SK) Gangsa, Durian Tunggal

1. Pengerusi

a. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggunggangjawab terhadap


kesempurnaan semua mesyuarat.

b. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan diputuskan


diambil tindakan yang sewajarnya.

c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

2. Naib Pengerusi

a. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

b. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiada pengerusi.

c. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

3. Setiausaha

a. Menguruskan hal-hal surat mesyuarat


b. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan

c. Mencatat kehadiran ahli.

d. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

4. Penolong Setiausaha

a. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawab.

b. Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

c. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawab

d. Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

5. Bendahari

a. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan.

b. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan


bertanggungjawab di atas kesahihannya.

c. Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya

d. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli


jawatankuasa

6. Penolong Bendahari

a. Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari

7. Ahli Jawatankuasa

a. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan

b. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

Anda mungkin juga menyukai