Anda di halaman 1dari 2

Karangan langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan

jalan raya.

Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat. Kita


boleh mengurangkan kemalangan jalan dengan pelbagai
cara. Jika kita sayang nyawa kita, kita akan mengamalkan
langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan
raya.
Terdapat pelbagai langkah untuk mengurangkan
kemalangan jalan raya. Antaranya dengan mematuhi
peraturan dan undang-undang jalan raya.Kita haruslah
berhenti apabila lampu isyarat bertukar menjadi merah. Kita
juga sewajarnya bersedia untuk berhenti apabila lampu
isyarat bertukar menjadi warna kunning dan tidak menekan
minyak untuk pergi laju supaya melepas lampu isyarat.
Selain itu, sebagai seorang pejalan kaki, kita mestilah
melihat kiri dan kanan untuk memastikan supaya tiada
kereta sebelum melintas jalan raya. Kita haruslah
menggunakan jejantas untuk melintas jalan raya yang
sesak.Kita juga sewajarnya menggunakan laluan pejalan kaki
apabila berjalan di tepi jalan raya. Jika kita mahu menjaga
keselamatan diri, kita haruslah mematuhi semua peraturan
ini.

Di samping itu, kerajaan juga mestilah mengadakan


kempen mengurangkan kemalangan jalan raya. Dalam
program tersebut pihak kerajaan perlulah mengajar
pemandu-pemandu cara berhemah di jalan raya. Pihak
kerajaan juga sewajarnya menyatakan punca tidak mematuhi
undang-undang jalan raya dan tidak berhemah sewaktu
berada di jalan raya.
Seterusnya, kita sepatutnya memandu dalam had laju
yang dibenarkan di
tempat yang dilalu.Kerajaan juga sewajarnya mengenakan
denda kepada pemandu yang melebihi had laju yang
ditetapkan dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya.
Selain itu, kita juga haruslah memastikan kereta kita dalam
keadaan yang baik dan tiada bahagian yang rosak yang
boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.
Tidak dinafikan bahawa jika kita mengamalkan
langkah-langkah di atas kita tidak akan menimpa
kemalangan jalan raya. Kita berkerjasama mengurangkan
kemalangan jalan raya supaya kita dapat hidup dalam
keadaan aman damai.

Anda mungkin juga menyukai