Anda di halaman 1dari 4

PIDATO PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA

“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu bersengketa, kerana dengan
persengketaan akan menyebabkan kamu hilang kekuatan kamu. Dan bersabarlah sesungguhnya Allah beserta
orang-orang yang sabar” (Surah Al-Anfal, ayat 46).

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan


salam 1 Malaysia. Sekalung apreasasi kepada saudara/saudari pengerusi majlis,
panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang tetap dengan jam
randiknya serta warga dewan yang dikasihi dan disanjungi sekalian. Hadirin,
sebentar tadi, sebagai pembuka kata, telah saya alunkan ayat Al-Quran, Surah
Al-Anfal, Ayat 46. Ayat Al-Quran ini menekankan betapa kekuatan kita terletak
pada perpaduan, jika perpaduan hilang digantikan pula dengan
persengketaan, maka hilanglah kekuatan kita. Ayat inilah yang menjadi inspirasi
untuk saya berdiri di sini bagi menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk
Perpaduan Nadi Transformasi Negara.

Sebelum tirai syarahan dibuka, izinkan saya mendefinisikan tajuk


syarahan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perpaduan bermaksud perihal
berpadu, bergabung menjadi satu. Nadi pula ialah nyawa. Manakala,
transformasi negara ialah perubahan sesuatu ke arah membangunkan negara.
Kesimpulannya, Perpaduan Nadi Transformasi Negara berkehendakkan kita
untuk sama-sama mencerna idea betapa soal perpaduan rakyat dan
transformasi negara ialah saling bergantungan dan memerlukan. Ibarat isi dan
kuku. Ibarat aur dengan tebing. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk
menyuburkan perpaduan ini? Usah bercakap soal transformasi, soal
perubahan, soal pembangunan, soal kemajuan, jika soal perpaduan pun
dipandang enteng, jika persoalan bagaimana untuk menyuburkan perpaduan
pun tidak mampu kita jawab. Fikir-fikirkan. Oleh itu hadirin sekalian, hari ini, saya
ingin bawa hadirin semua untuk menelusuri bagaimana aspek politik, ekonomi
dan sosial mampu menjadi cara yang ampuh untuk menyuburkan perpaduan
seterusnya menjadi nadi transformasi negara.

Warga dewan dirahmati Allah,


Ufuk minda saya yang pertama di bawah kata kunci “PENTADBIRAN
CEKAP PERPADUAN MANTAP.” Segala unsur transformasi diteliti dan didekati,
demi pentabiran negara yang berintegriti. Kesepakatan dalam menjana idea
dalam kepimpinan negara menjadikan dasar negara dapat dilaksanakan
tanpa halangan. Allah sendiri pernah berfirman dalam Al-Quran dengan
menekankan betapa pentingnya kesepakatan atau mesyuarat dalam urusan
pentadbiran. Buktinya, dalam surah Surah Ash-Shuraa Ayat 38 yang bermaksud
“dan lebih baik bagi orang-orang yang menyambut perintah Tuhan mereka
serta solat dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara
bermesyuarat sesama mereka, dan mereka mendermakan sebahagian dari
apa yang Kamu beri kepadanya.” Saya yakin kesepakatan akan menjadikan
urusan pentadbiran negara lebih cekap seterusnya menarik 29 juta rakyat
Malaysia untuk bersatu menyahut cabaran dan rintangan.

Wacana fitrah saya yang kedua, “KESELAMATAN DICAKNA HIDUP


BERMAKNA.” Perpaduan rakyat Malaysia sememangnya tersohor seantero
dunia. Usia 59 tahun kemerdekaan menjadi bukti betapa kaum Melayu, Cina
dan India mampu duduk semeja mencerna idea berkongsi kuasa tanpa
prasangka. Seiring dengan itu, keselamatan negara terus diperkasa lantaran
dasar kerajaan yang cakna akan keselamatan rakyatnya. Detik hitam 13 Mei
1969 yang menyaksikan kaum-kaum di Malaysia saling berbunuhan, menjadi
pengajaran untuk mengekalkan keamanan. Ini mengingatkan saya tentang
satu hadis oleh Rasulullah, "Janganlah kamu bersengketa; kerana umat
sebelum kamu telah bersengketa lalu mereka binasa."

Sidang pendengar sekalian,

Fokus bicara yang ketiga, “EKONOMI DIPACU, RAKYAT BERSATU.”


Kemakmuran ekonomi negara mampu dikecapi bersama biarpun pernah
dilanda kegawatan era 90-an, namun Malaysia mampu bangkit dari kesukaran.
Program Transformasi Ekonomi mampu melonjakkan pertumbuhan KDNK
sebanyak 4.7% dengan izin Capital Economy dan People Economy menjadi
satu simbiosis kepada negara. Kepentingan rakyat seperti kos sara hidup,
pendidikan, pekerjaan dan lain-lain cuba ditangani melalui pelbagai
transformasi. Melalui dasar transformasi nasional, korupsi berjaya dikurangkan
sehingga mampu menarik sokongan rakyat sekutu untuk setuju dan bersatu ke
arah negara maju. Menyentuh soal korupsi, teringat saya kepada firman Allah
yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan
harta kamu antara kamu dengan jalan yang salah seperti judi, tipu dan
sebagainya” (Surah An Nisa, ayat 29).

Kata kunci saya yang keempat, “EKONOMI MANTAP, PRASARANA HEBAT.”


Dari Perlis hingga ke Sabah, prasarana yang ada terus bertambah. Berdiri
megah Putrajaya, Cyberjaya dan segala kemudahan menjadi lambang
ekonomi negara dapat diatur dengan jayanya. Ternyata perpaduan yang
mantap dapat melonjakkan prasarana hasil transformasi yang rapi.

Cantik sungguh sang puteri di sana,


Lesung pipit di muka manis bak delima,
Kini tiba waktu saya laksana,
Ufuk minda syarahan yang kelima.

Ufuk minda yang kelima, “AGAMA DIJUNJUNG, RAKYAT BERUNTUNG.”


Hidup berteraskan pegangan agama menjadi tunjang kehidupan rakyat
Malaysia. Surah Al-Imran, ayat 103,

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan
janganlah kamu bercerai-berai;

Biarpun Islam menjadi agama rasmi namun agama lain masih boleh dianuti
selagi Tuhan tetap diyakini berteraskan prinsip pertama Rukun Negara.
Transformasi terus diterokai dengan sikap saling memahami dengan agama
yang dianuti tanpa provokasi. Perbezaan agama bukan halangan untuk
mencipta persafahaman. Yakinlah bahawa Islam jambatan duniawi dan
ukhrawi.

Fokus bicara yang terakhir, “BUDAYA DIPELIHARA, RAKYAT SEJAHTERA.”


Kepelbagaian seni dan budaya Malaysia sememangnya aset yang cukup
berharga. Kaum Melayu, Cina, India dan bumiputra mempunyai seni dan
budaya yang menjadi identiti yang cukup bererti. Tarian inang dan zapin sudah
tidak asing. Tarian ponggal dan singa sudah biasa. Semuanya berlindung di
bawah Dasar Kebudayaan Kebangsaan untuk mengukuhkan perpaduan.
Transformasi disanjung, budaya disantuni dan rakyat bersatu dalam lingkungan
seni. Seni dan budaya menjadi warisan bangsa dan menjadi tarikan
pelancong di negara kita. Melihat keunikan kepelbagaian budaya dan kaum
ini mengingatkan saya kepada satu firman Allah

Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan


kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai
bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara
kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam
Pengetahuan-Nya”. (Surah Al-Hujurat, ayat: 13)

Sidang warga bervisi,

Kesimpulannya, begitulah hebatnya Perpaduan Nadi Transformasi


Negara berasaskan tiga aspek utama politik, ekonomi dan sosial yang
meletakkan Malaysia di ufuk pandang yang membanggakan di serata dunia.
Saya akhiri syarahan saya dengan wabillahitaufik walhidayah
wassalamualaikum b.b.t.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai