Anda di halaman 1dari 4

CUE

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan


dan puan-puan ke jamuan akhir tahun badan pengawas smk
sultan tajul ariffin 2019

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin


sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian


diminta mengambil tempat.

CUE

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, dan salam


sejahtera,

Yang Berusaha Tn Hamidun Bin Hj. Abdullah Pengetua


Smk Sultan Tajul Ariffin

Yang Dihormati Tn Hj. Malek Faisal Bin Ngah Zakaria


Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Berusaha En Muhammad Firdaus Nelson Bin


Abdullah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha En Suhaimi Bin Abdul Hamid Penolong


Kanan Kokurikulum

Barisan guru guru kanan, guru guru disiplin, guru guru serta
badan pengawas sekalian
CUE

Kerat rotan bersama buluh,


Sayang bertahun tumbuh setempat,
Diangkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat,

Bagi memberkati majlis pada petang ini,


dipersilakan……………………. ……………..untuk memimpin
bacaan doa.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih atas bacaan doa itu tadi.

CUE

Dara rupawan tersenyum manis,


Petik kenangana kuntum delapan,
Hadirnya tuan penyeri majlis,
Molek kiranya susuli ucapan,

Hadirin yang dihormati,

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, di jemput Tn Hamidun


Bin Hj. Abdullah Pengetua Smk Sultan Tajul Ariffin untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada tn pengetua


atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
CUE
CUE
Hadirin yang dihormati,
Majlis diteruskan lagi dengan menyampaikan cenderahati
Majlis diteruskan lagi
kenang-kenangan dengan
kepada ucapan tingkatan
pengawas ketua pengawas iaitu
5, dijemput
……………………………………..
tuan pengetua diiringi en. Abdul kuddus untuk menyampaikan
Majlis
Dengan dengan
segalahormatnya
hormatnyamempersilakan.
dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih
Majlis kepada ketua pengawas
mengucapkan atas ucapan
ribuan terima sebentar
kasih atas tadi.
penyampaian
cenderahati sebentar tadi.

CUE

Tampak sepadan segak bergaya,


Bagai pasangan teruna dan dara,
Bermacam hidangan sudah tersedia,
CUE Dijemput tuan menjamu selera

Hadirin dan hadirat


Majlis diteruskan yang
lagi dihormati,
dengan menjemput semua hadirin untuk
menjamu selera
Sekarang tibalah masanya untuk kita menyaksikan
persembahan yang telah disediakan oleh badan –badan
pengawas

Dipersikan.

CUE

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Gunung nan tinggi di balik awan,


Bagai terlihat bintang bertamu,
Sampai sini tuan dan puan,
Ada hayat kita bertemu.

Leka bersiap si anak dara,


Teruna tekun memasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Berakhirlah sudah jamuan kita pada petang ini. Saya bagi


pihak majlis ingin memohon ampun dan maaf sekiranya
terdapat kekurangan semasa jamuan ini berlangsung.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah


menjayakan dan hadir ke jamuan akhir tahun badan
pengawas smk sultan tajul ariffin bagi tahun 2019.

Sekian terima kasih.


Assalamualaikum warahmatullah w.b.t

Anda mungkin juga menyukai