Anda di halaman 1dari 3

MAKSUD SUKARELAWAN

 Kegiatan sukarela adalah aktiviti secara individu atau berkumpulan yang dilakukan dengan
tujuan membantu individu atau komuniti tanpa sebarang bayaran atau ganjaran.
 Seorang individu atau kumpulan yang menjalankan kerja-kerja sukarela yang bertujuan
untuk memberi kesenangan dan kemudahan kepada masyarakat atau pihak yang
memerlukan.

Cabaran-cabaran menjadi sukarelawan berkualiti


https://mycommunity.ump.edu.my/index.php/en/knowledge-transfer-programme-ktp/117-
membentuk-sukarelawan-belia-berkualiti-dr-noor-raha-mohd-radzuan-wan-syariza-wan-yadri

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/20/jadikan-kesukarelawanan-
budaya-malaysia/

http://www.salwasaleh.com/2017/04/5-cabaran-perlu-tahan-jika-nak-jadi.html

Terdapat banyak cabaran yang dilalui oleh sukarelawan untuk mencapai objektif aktiviti
sukarelawan.

Cabaran yang paling besar dihadapi oleh para sukarelawan ialah komitmen sama ada daripada diri
sendiri mahupun daripada rakan sukarelawan yang lain. Ada sukarelawan yang boleh dikatakan
hanya hangat-hangat tahi ayam, iaitu sukarelawan yang hanya bersemangat pada permulaan
aktiviti. Terdapat banyak alasan yang diberikan untuk tidak memberikan komitmen, contohnya
tiada masa dan tidak mendapat apa-apa ganjaran. Sebagai sukarelawan, kita harus faham definisi
perkataan sukarelawan, skop kerja serta jenis-jenis ganjaran yang disediakan. Sesetengah
sukarelawan hanya mengikut pelawaan rakan-rakan sebaya yang mengajak mereka menyertai
aktiviti sukarelawan, tanpa mengetahui konsep sebenar sukarelawan. Ini adalah antara sebab
musabab kenapa ada sesetengah semangat dan komitmen kesukarelaan tidak bertahan lama.

Untuk menjadi sukarelawan tegar, kita juga harus tahu akan tanggungjawab dan tugas sebagai
sukarelawan. Tanggungjawab seorang sukarelawan bukannya satu tugas yg mudah. Ia
memerlukan komitmen yang tinggi, kekuatan tenaga, kekuatan fizikal serta rohani. Keikhlasan
harus ditanam di dalam diri setiap sukarelawan kerana hanya keikhlasan dapat membayar
kepenatan membantu orang yang berada dalam kesusahan.

Disebabkan kurang komitmen dan kefahaman tentang konsep sukarelawan, terdapat sesetengah
sukarelawan yang gagal untuk sempurnakan tugas dan misi mereka. Sebagai contoh, membantu
membersihkan kawasan terbabit dalam misi pasca banjir. Kemungkinan besar, aktiviti
pembersihan dapat dijalankan dengan jayanya, tetapi ada sesetengah orang yang dibantu terasa
hati kerana sikap sukarelawan yang memilih bulu. Ini dikira sukarelawan berkenaan gagal untuk
sempurnakan tugasan mereka. Mangsa-mangsa banjir, contohnya amat sensitif dari segi psikologi.
Oleh itu, sukarelawan bukan sahaja membawa kekuatan tenaga untuk membersihkan kawasan
terbabit, tetapi juga harus menjaga adab-adab ketika bersama dengan mangsa-mangsa banjir.
Dalam keadaan seperti ini, para sukarelawan dapat mempraktikkan kemahiran komunikasi yang
berkesan.

Dalam menyelesaikan sesuatu misi, terdapat banyak kumpulan sukarelawan yang akan turun
padang turut membantu. Ini termasuklah kumpulan perseorangan, dari badan-badan NGO serta
kumpulan mahasiswa dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Pada ketika ini, akan ada
sukarelawan yang membandingkan kumpulan-kumpulan ini. Ada kumpulan sukarelawan yang
mempunyai dana yang besar yang dapat menyediakan ganjaran-ganjaran tertentu, seperti bayaran
saguhati. Maka ini akan menyebabkan kumpulan sukarelawan yang lain merasa dengki atau
menyoal ganjaran yang mereka perolehi dari kumpulan sukarelawan mereka. Begitu juga dengan
pengiktirafan. Ada sesetengah kumpulan sukarelawan akan diberi pengiktirafan, contohnya
mereka akan diberikan sijil penyertaan oleh pihak-pihak tertentu, tetapi ada juga kumpulan
sukarelawan yang tidak mempunyai kuasa untuk memberikan pengiktirafan. Secara umumnya,
terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi untuk seseorang itu menjadi seorang sukarelawan
yang berkualiti.

Kekangan Masa .Masa sudah menjadi kekangan yang besar dalam pelaksanaan sebarang aktiviti
sukarela. Masa juga amat bernilai dan jika dihabiskan pada sesuatu yang tidak membawa pulangan
tentulah tidak relevan bagi sesetengah orang. Masa terluang yang dihabiskan bersama keluarga
perlu dikorbankan demi mencapai objektif kerja sukarela. Namun begitu, kerja sukarela tidak
dapat tidak menuntut pengorbanan masa kerana bencana juga datang atau timbul juga tidak
mengenal masa. Jika tiada pengorbanan masa, mana mungkin amalan sukarela dapat dijalankan.
Perjalanan ke tempat yang sukar di pedalaman, waktu kerja yang tiada batasan, dan keluarga yang
ditinggalkan menjadi kekangan yang dialami oleh sukarelawan.

Mengakui berdepan banyak cabaran terutamanya akses ke zon konflik dan bencana, beliau berkata
tidak semua misi yang disertainya berjaya dilaksanakan seperti yang berlaku di Gaza.

“Saya mengikuti 7 misi kemanusiaan atau laporan khas sejak 2008 termasuk 2 melalui jalan laut.
Tetapi, saya hanya berjaya masuk ke Palestin (Gaza) masing-masing pada 2010, 2012 dan 2014,”
katanya sambil memberitahu risiko lain yang perlu dihadapi sukarelawan adalah ancaman peluru
sesat, terperangkap dalam pertempuran dan gencatan senjata rapuh di zon konflik.

Adanya ancaman penyakit lazimnya berlaku di zon bencana seperti di kem pelarian Rohingya di
Cox’s Bazar, Bangladesh (Kem Balukhali dan Kem Kutupalong) yang didiami lebih 650,000
pelarian.
CABARAN
1. KOMITMEN
2. KEKANGAN MASA
3. KURANG KEFAHAMAN KONSEP SUKARELAWAN
4. SUKARELAWAN YG SUKA MEMBANDINGKAN
5. AKSES KE ZON KONFLIK N BENCANA
6. ANCAMAN PENYAKIT
7. TOHMAHAN DARIPADA MASYARAKAT
8. NIAT
9. PERSIAPAN MENTAL N FIZIKAL
10.PERSIAPAN KEWANGAN

Anda mungkin juga menyukai