Anda di halaman 1dari 4

Latarbelakang Hukum Kanun Melaka (HKM) :

 Disusun dengan lengkap oleh Sidi Ahmad.


 Terbahagi kepada dua iaitu Hukum Kanun Melaka ( Undang-undang Negeri) dan 
Undang-undang Laut Melaka.
 Terdapat pengaruh Islam dan Hindu.

isi kandungan Hukum Kanun Melaka.

F1 mengandungi 44 fasal
F2 menyentuh bidang kuasa raja
F3 menyentuh bidang kuasa pembesar
F4 pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat
F5 hukuman terhadap kesalahan jenayah awam
F6 undang-undang keluarga

Undang-undang Melaka
• atau lebih dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka pada mulanya merupakan
peraturan yang tidak bertulis. Peraturan itu diadakan untuk melindungi kerajaan,
rakyat, dan negeri Melaka. Walaupun Hukum Kanun ini sudah dijalankan pada
masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1446-1456 M) namun ia baru ditulis
dan disusun secara teratur setelah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1489-
1511 M). Itulah sebabnya Hukum Kanun ini hanya dianggap ada setelah tahun
1489 M. Perhatikan bahasa yang digunakan dalam petikan Hukum Kanun atau
Undang-undang Melaka ini:
– Lima perkara, yang tiada beroleh kita menurut kata itu, melainkan raja yang
kerajaan juga. Pertama-tama 'titah', kedua 'berparik', ketiga 'murka',
keempat 'karunia', kelima 'anugerah'. Maka segala kata ini tiada dapat kita
mengatakan dia. Dan jikalau orang keluaran berkata demikian itu, digocoh
hukumnya.

Isi :

Undang-undang Islam dalam Hukum Kanun Melaka

1. Undang-undang Jenayah- terbahagi kpd 3 bahagian.


2. Hukum Qisas Dinyatakan sesispa yg mengambil nyawa (membunuh) orang akan dibalas
bunuh.Orang Islam yg membunuh orng kafir tak dikenekan qisas. Dalam soal
mencederakan anggota juga akan dibalas perbuatan yg sama dan setimpal. Hala ini selari
dengan surah al-Maidah ayat 45. Hukum Diat  Fasal 17 HKM menyatakan pembunuh
dengan sengaja jika diberi maaf oleh waris akan dikenakan Diat(denda) Hal ini selari
dengan mazhab Shafiee.Hukum Hudud berhubung dengan kesalahan
zina,Qazaf,Mencuri, Minum arak dan Murtad. Sbgai cth kesalahan zina akan direjam
sampi mati bagi yg tlh berkahwin dan disebat 100 x bagi yg belum berkahwin. Hal ini
selari dengan surah anNur ayat 2 dan juga Hadith. Bagi kesalahan Qazaf akan disebat 80x
sebatan.Bagi kesalahan minum arak akan disebat 40x sebatan. Hukum Ta’zir bagi
kesalahan yg tidak dikenakan hudud dan qisas sprit mencuri tak cukup nisab akan
dikenakan ta’zir. Cth akan diminta pulang smula barang yg dicuri atau digantung dileher
dan di arak keliling kampong sebagai pengjaran.

Undang-undang Muamalah,

 Ini berhubung dengan jual beli, riba, sewa, pinjam meminjam ada dinyatakan dalam fasal
30HKM. Cth disebut dengan nyata haramnya riba, tidak blh berniaga dengan orng gila.

Undang-undang Keluarga

 Ini berhubung dengan perkahwinan,perceraian,wali talah dan sebagainya.Dlm hal ini


semuanya selari dengan hukum Islam.

Undang-undang Keterangan dan Acara

 Hal ini adalah berkaitan dengan syarat-syarat menjadi Sultan seperit mesti Islam, adil,
pengampun,pemurah dan sebagainy. Disini dinyatakan juga hakim/ kadi dilarang
menerima hadiah.

Penglibatan Ulamak dlm soal pentadbiran negeri disebut dengan nyata. Ulamak dan Kadi
terlibat aktif dalam soal pertabalan, perkahwianan pemakaman seseorang raja/sultan. Meskipun
pengaruh Islam amat ketara dalam hokum Kanun Melaka, masih terdapat banyak pengaruh
Hindu dan adat Melayu yang bertentangan dengan Islam seperti perkara di bawah.

Undang-undang yg Tidak Selari Dengan Islam :

1. Sultan berada di atas undang-undang  ( Konsep Devaraja)


2. Hukuman qisas tidak dikenakan kepada sultan/ kerabat raja contohnya  Raja Muhammad
telah membunuh Tun Besar, hukuman dibuang negeri.
3. Hukuman hudud tidak dikenakan kepada sultan contoh  Sultan Mahmud telah berzina
dengan isteri orang.

Mengamalkan Diskriminasi Dalam Undang-undang :

 Tidak amalkan persamaan taraf,  ini kerana ada larangan memakai warna kuning, bina
rumah seperti

Konsep Daulat dan Tulah :


 Amalkan konsep pantang derhaka kepada raja/sultan walaupun memerintah dengan
zalim.

Pengaruh adat Temenggung :

 Mengikut Yusuf Hashim hanya 41% sahaja Hukum Kanun Melaka yang mempunyai
Islam dan selebihnya pengaruh daripada Adat Temenggung.

Walaupun HKM   diamalkan dengan meluas di Melaka dan menjadikan Islam sebagai  rujukan
namun masih ada ruang yang bertentyangan dengan syarak.Hukum Kanun Melaka juga dikenali
sebagai Undang-undang Darat Melaka dan Risalat Hukum Kanun (dalam bahasa arab). Ia juga
merupakan dokumen yang digubal sebagai panduan bagi seseorang pemerintah dalam
menjalankan pemerintahan. Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang tradisional tertua
di negara ini. Ia berasal daripada hukum yang dibuat oleh raja Iskandar Dzulkarnain dan
kemudiannya diwarisi pemerintah Melaka pada abad ke-15. Undang-undang ini sungguh penting
kerana menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Hukum Kanun Melaka dapat mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam negara serta
menjamin keselamatan rakyat. Dengan itu, perilaku jenayah di dalam negeri melaka dapat diatasi
dengan baik dan terurus.Hal ini demikian kerana setiap jenayah akan dikenakan hukuman yang
setimpal.sebagai contoh kesalahan membunuh akan dibalas dengan hukuman bunuh. Ini sudah
tentu akan menjadi peringatan dan rakyat takut melakukan jenayah. sekaligus negara akan aman
serta keselamatan rakyat lain terpelihara.

Selain itu, Hukum Kanun Melaka penting sumber rujukan bagi menentukan hukuman bagi
kesalahan tertentu. dengan ini hukuman dapat dijatuhkan dengan seadil-adilnya dan mengikut
undang-undang negara. tidak akan berlaku fenomena "main hakim sendiri" dalam kalangan
masyarakat kerana Hukum Kanun Melaka sudah memaktubkan semua peruntukan yang
berkenaan. Sebagai contohnya, dalam Hukum Kanun Melaka mengandungi hukuman awam atau
undang-undang awam menyentuh perkara-perkara seperti hutang, penyewaan tanah, harta dan
hamba. Selain itu, terdapat juga hukuman untuk perbuatan jenayah meliputi perbuatan
membunuh dan menikam orang, menetak dan memukul, merampas dan mencuri, tidak menurut
perintah raja dan menderhaka serta tuduh-menuduh. Peruntukan hukuman yang lengkap dalam
hukum kanun melaka ini sesungguhnya telah menjadi panduan yang sempurna dalam
menjalankan pemerintahan kerajaan.

Pentingnya Hukum Kanun Melaka juga terletak pada peranannya sebagai menentukan
pembahagian tugas, peranan serta struktur pemerintahan. Dalam undang-undang tersebut,
terkandung satu adat yang digelar Adat Lembaga yang di dalamnya mengkanunkan satu sistem
pentadbiran dan pemerintahan yang teratur. Adat tersebut menerangkan tentang adat-adat raja
dan larangannya, perihal peranan bendahara, temenggung, penghulu bendahari dan syahbandar
dalam membantu raja. Hal ini dapat melancarkan pentadbiran, memudahkan urusan tertentu
kerana berlaku pengkhususan yang sudah pastinya meningkatkan mutu dan produktiviti. Maka
nyatalah, Hukum Kanun Melaka dapat menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan
kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Di samping itu, kepentingan Hukum Kanun Melaka turut terserlah bagi mempertahankan sistem
sosial. Ini turut dapat membezakan keistimewaan golongan raja dengan rakyat jelata. Walaupun
golongan pemerintah amat berbeza dan jauh jurangnya dengan golongan yang diperintah, hak
masing-masing sentiasa terpelihara. Raja berada pada hierarki tertinggi dalam struktur
pemerintahan negeri, maka baginda menduduki tempat yang istimewa dalam masyarakat Melayu
tradisional. Taraf seseorang raja ternyata berbeza berbanding dengan golongan rakyat samada
dari segi kedudukan, pakaian, peralatan, atau pertuturan. bagi memastikan perbezaan antara raja
dengan golongan rakyat biasa berkekalan, maka diadakan pelbagai peraturan dan larangan
tertentu ke atas rakyat supaya wujud jurang antara pemerintah dengan rakyat, justeru
memperkukuh kedudukan raja. Misalnya, raja sahaja yang berhak memakai pakaian kuning,
payung kuning, pakaian nipis, keris berhulu emas. Rakyat dilarang menggunakan barang-barang
tersebut kecuali dianugerahkan oleh raja. Walau bagaimanapun, kedudukan hamba terpelihara.
Buktinya, sebahagian daripada peruntukan yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka
menjelaskan tentang undang-undang perhambaan. Undang-undang ini memperakukan
kedudukan hamba abdi, iaitu hamba abdi tidak diibaratkan seperti barang, tetapi mempunyai hak
yang tertentu. Tegasnya, Hukum Kanun Melaka mengukuhkan institusi beraja di Melaka,
mempertahankan sistem sosial yang adil. Peruntukan yang telah termaktub ini sebenarnya
menjadi panduan bagi menjalankan pemerintahan baik melibatkan golongan bangsawan, rakyat
jelata mahupun hamba.

Kesimpulannya, Hukum Kanun Melaka penting bagi melancarkan pemerintahan negeri. Undang-
undang ini yang awalnya dipengaruhi oleh agama Hindu, diresapi unsur agama Islam yang ketara
pada akhirnya. Hukum-hukum syarak ini meresap secara beransur-ansur. Sesungguhnya,
undang-undang ini sungguh lengkap, menyentuh pelbagai perkara berkaitan dengan adat
lembaga dan tanggungjawab pembesar, hukuman awam dan perbuatan jenayah serta perkara-
perkara berkaitan dengan pertanian, perhambaan, dan kekeluargaan.

Anda mungkin juga menyukai