Anda di halaman 1dari 10

FISIOLOGI TUMBUHAN

PENGANGKUTAN PADA TUMBUHAN

Bagi tumbuhan unisel dan tumbuhan multisel yang kecil dan tidak banyak
mengalami pengkhususan, gerakan bahan-bahan dari satu bahagian tumbuhan
ke bahagian yang lain terutamanya melalui resapan dan pengankutan aktif.

Tumbuhan darat peringkat tinggi telah mengalami evolusi yang


menghasilkan tisu vascular terkhusus yang terdiri daripada xylem dan floem.

Xilem dikhususkan untuk mengangkut air dan garam mineral yang


diserap daripada tanah. Folem khususnya berfungsi mengangkut makanan yang
diperbuat di dalam daun. Disebabkan oleh keadaan binaan tumbuhan darat ini,
maka gerakan air menerusi xylem adalah berkait rapat dengan cara air itu hilang
melalui sistem pucuk oleh proses yang disebut traspirasi.

RESPIRASI

Respirasi anaerob adalah proses penguraian glukosa untuk


menghasilkan tenaga tanpa menggunakan oksigen. Sesetengah organisma
seperti bakteria, kulat, haiwan dan tumbuhan menjalankan proses ini. Proses ini
menghasilkan sedikit tenaga. Secara umumnya terdapat sedikit perbezaan
antara respirasi dan fotosintesis oleh tumbuhan. Semasa tiada oksigen,
Tumbuhan pula menguraikan glukosa kepada etanol dan karbon dioksida serta
membebaskan tenaga.

2C2H5OH + 2CO2 +
TENAGA
BAGI TUMBUHAN
RESPIRASI ANAEROB DALAM YIS

Sel yis menjalankan respirasi anaerob semasa kekurangan oksigen.


Proses ini dinamakan sebagai penapaian. Dalam penapaian yis, glukosa
diuraikan kepada etanol dan karbon dioksida sebagai hasil sampingan dengan
pembebasan tenaga.
Kebanyakan tenaga dalam glukosa masih terdapat sebagai tenaga kimia
dalam etanol yang dihasilkan, ini dapat dilihat pada rajah berikut ;

Rajah : YIS YANG DIGUNAKAN DALAM ROTI

PERBEZAAN ANTARA FOTOSINTESIS DENGAN RESPIRASI

Fotosintesis Respirasi
 Berlaku dalam sel-sel tumbuhan  Berlaku dalam semua sel hidup
berklorofil. (tumbuhan dan haiwan)
 Berlaku sepanjang masa dan tidak
 Berlaku dalam keadaan bercahaya.
memerlukan cahaya.
 Satu proses penurunan di mana
 Satu proses pengoksidaan di mana
karbon   dioksida diturunkan kepada
makanan dioksidakan oleh oksigen.
hidrogen.
 Karbon dioksida dan air digunakan.  Karbon dioksida dan air dihasilkan. 
 Oksigen dibebaskan.  Oksigen digunakan. 
 Makanan (glukosa) dihasilkan.  Makanan (glukosa) dioksidakan. 
Molekul air tidak  diuraikan tetapi
 Molekul air diuraikan.
penguraian makanan berlaku.
 Pigmen klorofil diperlukan untuk
 Pigmen klorofil tidak diperlukan. 
menyerap tenaga cahaya.
 Tenaga cahaya tidak diperlukan tetapi
 Memerlukan tenaga cahaya yang
tenaga kimia dibebaskan apabila
diubah kepada tenaga kimia. Tenaga ini
makanan dioksidakan. Tenaga ini
disimpan dalam bentuk gula dan kanji.
digunakan untuk aktiviti sel hidup.

Konsep Salah
Tumbuhan hanya menjalankan fotosintesis
Konsep Betul
Tumbuhan menjalankan respirasi dan fotosintesis pada waktu siang dan
respirasi sahaja pada waktu malam.

TRANSPIRASI

Transpirasi ialah proses penyejatan air melalui bahagian-bahagian udara


pada tumbuhan darat. Transpirasi terutamanya berlaku melalui stoma yang
terbuka dan sedikit sahaja melalui kutikel berlilin. Jumlah air yang hilang
daripada tumbuhan yang bertranspirasi boleh dianggap banyak.

sebagai contoh, pada hari panas batang pokok yang serdahana besar
boleh kehilangan kira-kira 200dm3 air sehari iaitu kira-kira 44 gelen air .

KEPENTINGAN TRANSPIRASI
Tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk fotosentisis. Antara
kepentinganya ialah:

Penyejatan mempunyai kesan penyejukan yang kuat keatas tumbuhan


dan ini khususnya amat penting pada hari panas
Gerakan air yang cepat disekitar akar tumbuhan membantu menarik
garam-garam meneral larut dari bahagian tanah yang lebih jauh ke arah
permukaan akar.
Transpirasi yang cepat dapat membantu menyebarkan mineral-mineral
larut itu ke semua bahagian tumbuhan.

Rajah ini menunjukan: proses transpirasi


pada daun

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR RESPIRASI


Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi adalah sama dengan
faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air. Ia terbahagi kepada 2
faktor iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.faktor luaran adalah seperti berikut
Kelembapan, suhu, angin, cahaya dan ketersediaan air tanah adalah faktor-
faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi tumbuhan. Manakala faktor
dalaman pula ialah seperti berikut, bilangan stoma, keamatan cahaya,
kelembapan relatif udara,pergerakan udara dan keadaan.

FAKTOR LUARAN
Kelembapan
Jika udara di sekeliling tumbuhan itu kering, kecerunan keupayaan air di antara
udara yang mempunyai kelembapan di dalam ruang-ruang udara daun dan
udara di sekitar akan menjadi besar. Oleh yang demikian, air akan hilang ke
persekitaran dengan kadar yang cepat. Semakin kering udara di sekitar, se-
makin curam kecerunan keupayaan dan semakin cepat kadar transpirasi.

Suhu
Jika jumlah mutlak wap air dalam udara di sekitar dikekalkan pada satu nilai
yang malar, maka pertambahan suhu tidak banyak mempengaruhi keupayaan air
dan dengan seterusnya transpirasi. Suhu hanya penting jika suhu daun lebih
tinggi atau lebih rendah daripada udara di sekitar. Oleh kerana kepekatan mutlak
wap air pada kelembapan relatif tertentu bertambah dengan kenaikan suhu,
maka pada suhu yang lebih tinggi daun boleh bertranspirasi ke dalam
udara yang tepu dengan wap air. Walau bagaimanapun, kesan utama suhu ke
atas transpirasi ialah kesannya ke atas tindak balas yang dikawal oleh enzim.
Tindak balas ini memainkan peranan penting dalam pembukaan stoma.

Angin
Angin mempercepatkan kadar transpirasi dengan menghilangkan semua wap
air daripada permukaan daun dan menggantikannya dengan udara yang lebih
kering. Angin kuat juga boleh mempercepatkan kehilangan air melalui gerakan
membeng'kok pada lamina daun. Keadaan ini menggerakkan udara di dalam
ruang udara di antara sel-sel daun. Ini seterusnya mempercepatkan penyingkiran
udara yang lembap dan menggalakkan penyerapan udara yang lebih kering.
Pada hari yang berangin, kadar transpirasi boleh mencapai dua puluh kali lebih
cepat daripada hari yang berudara tenang.

Cahaya
Cahaya ialah satu faktor yang penting terutamanya kerana kesannya ke atas
pembukaan stoma. Dalam keadaan tanpa cahaya, stoma akan tertutup. Oleh
yang demikian, ini mengurangkan permukaan daun yang menyejat dan
seterusnya mengurangkan kehilangan air melalui transpirasi.Cahaya memper-
cepatkan kadar transpirasi kerana ia juga membekalkan tenaga untuk
penyejatan air.

Ketersediaan air tanah


Tanah ialah system kompleks yang terdiri daripada zarah-zarah dan liang-liang
yang berlainan saiz. Apabila air hujan jatuh ke atas tanah , butiran air akan
masuk ke dalam liang-liang yang lebih besar dan dialirkan ke bawah dingan
cepat oleh kesan gravity. Muatan medan adalah tanah yang mengandungi air
yang dikekalkan terhadap gravity. Sekiranya kekurangan air pada tumbuhan
berterusan, sel-sel daun akan hilang kesegahannya kerana kurang kandungan
air di dalam vakuol dan ia akan terkulai. Apabila keadaan ini berlaku, ia
dikatakan layu.

Kelayuan terbahagi kepada 3 :-

Kelayuan sementara selalunya berlaku pada hari panas, kering dan


berangin iaitu kadar transpirasi tinggi. Pemulihan berlaku pada di malam hari
untuk mengantikan air yang hilang. Transpirasi belaku pada siang hari. Tarikan
air hasil daripada transpirasi tidak dipindahkan dengan serta-merta ke akar
tetapi dilambatkan oleh rintangan terhadap gerakan air yang bermula daripada
akar, batang dan akhirnya ke daun.

Kelayuan kekal berlaku apabila sel tumbuhan tidak dapat pulih atau
gagal pulih. Apabila mencapai takat kelayuan kekal, air di dalam tanah akan
berpaut dengan kuat kepada zarah-zarah tanah sehingga ia tidak dapat lagi
diserap oleh akar.
Pekali kelayuan tanah ditakrifkan sebagai kandungan air tanah yang
dinyatakan sebagai pertus berat keringnya apabila kelayuan kekal mula berlaku.
Kebanyakan air boleh diambil oleh tumbuhan apabila kandungan kelembapan
tanag adalah di antara medan muatan dan pekali layuan

KITAR KREBS

Kitar Krebs atau kitar asid sitrik ditemui oleh seorang ahli biokimia
German-British yang bernama Sir Mans Krebs pada sekitar tahun 1930-an.
Kitar ini adalah laluan akhir bagi pengoksidaan karbohidrat, lemak dan rantai
asid amino. Hasil akhir proses pengoksidaan adalah karbon dioksida yang
merupakan hasil purkumuhan respirasi sel, Kitar Krebs mempunyai lapan
langkah yang setiap satunya dimangkinkan uleh enzim-enzim tertentu. Kitar
Krebs berlaku di dalam matriks mitokondrion.

Tindak balas pertama di dalam kitar Krebs ialah pembentukan asid sitrik
dari asetil kuenzim A.dalam langkah ini, kumpulan asetil pada sebatian 2c asetil
koenzim A dipindahkan kepada Asid oksaloasetik untuk mementuk satu sabatian
6C iaitu asid sitrik. Asid sitrik melalui satu siri tindak balas kimia dimana pada
akhirnya ia akan Kehilangan dua kumpulan karboksil (-COOH) yang akan
membentuk karbon dioksida. Pada akhir tindak balas ini asid oksaloasetik akan
dihasilkan kembali untuk memasuki kitar Krebs sekali lagi. Penerangan lengkap
kitar Krebs boleh dilihat pada Rajah 7.4.

Anda mungkin juga menyukai