Anda di halaman 1dari 12

UNIT 2.

1 ENJIN
Objektif Kursus
Pada akhir unit ini pelajar akan dapat:

1. Menyatakan fungsi enjin dalam kenderaan.


2. Menerangkan kendalian enjin dua lejang dan empat lejang.
3. Menyatakan perbezaan enjin dua lejang dan empat lejang.
4. Mengelaskan enjin mengikut susunan injap, silinder, aci sesondol, dan susunan ruang
pembakaran.
5. Menamakan bahagian kepala silinder.
6. Menerangkan binaan kepala silinder.
7. Melakukan kerja-kerja ujian mampatan.
8. Menganalisis hasil ujian mampatan.

Pencapaian kompetensi
Pada akhir unit ini pelajar akan dapat:
1. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja.
2. Membezakan antara enjin empat lejang dengan enjin dua lejang serta menerangkan
kendaliannya.
3. Mengenalkan bahagian kepala silinder serta mengelaskan enjin mengikut susunan injap
silinder, aci sesondol dan susunan ruang pembakaran.
4. Melakukan ujian mampatan kering dan basah serta menganalisi hasilnya.

Maklumat penting
2.1 ENJIN
Fungsi:

Menghasilkan kuasa untuk menggerakkan kenderaan dan menjalankan semua peralatan


elektrik serta alat tambahan dalam kenderaan.

2.1.1 Kendalian
Rajah 2.0 Enjin dua lejang

2.1.2.1 Kendalian Enjin Dua Lejang

Enjin dua lejang tidak menggunakan injap. Sebaliknya, terdapat liang pada dinding silinder
yang ditutup dan dibuka oleh penggerak piston iaitu liang masuk, liang pindah dan liang
ekzos. Lihat Rajah 2.0

a. Pergerakan ke atas
i. Aci engkol berpusing menyebabkan piston bergerak dari TTB ke TTA.
ii. Piston menutup liang pindah dan liang ekzos.
iii. Liang masuk terbuka pada ketika ini.
iv. Pergerakan piston memampatkan campuran udara dan bahan api di ruang
pembakaran.
v. Vakum terwujud dalam kotak engkol.
vi. Campuran udara dan bahan api dari koburetor masuk ke dalam kotak engkol melalui
liang masuk.

b. Pergerakan ke bawah
i. Pada akihir pergerakan piston ke atas, palam pencucuh mengeluarkan bunga api
dan membakar campuran udara dan bahan api yang telah dimampatkan.
ii. Pembakaran menyebabkan ledakan dan menghasilkan kuasa yang tinggi.
iii. Piston ditolak dari TTA ke TTB menyebabkan liang ekzos dan liang pindah terbuka.
iv. Liang masuk tertutup dan pergerakan piston menolak campuran udara dan bahan
api melalui pindah ke ruang pembakaran.
v. Gas ekzos keluar melalui liang ekzos.
Rajah 2.1 Enjin empat lejang

2.1.1.2 Kendalian Enjin Empat Lejang

Enjin empat lejang mempunyai injap dan prosesnya melibatkan empat lejang iaitu lejang
masuk, mampatan, kuasa dan ekzos seperti dalam Rajah 2.1

a. Lejang masukan
i. Piston bergerak dari TTA ke TTB. Vakum terwujud di bahagian atas piston dalam
silinder.
ii. Injap masukan terbuka dan injap ekzos tertutup.
iii. Tekanan atmosfera menolak campuran udara dan bahan api dari koburetor ke dalam
silinder melalui injap masuk yang terbuka.

b. Lejang mampatan
i. Piston bergerak dari TTB ke TTA.
ii. Kedua-dua injap tertutup.
iii. Campuran udara dan bahan api dimampatkan.

c. Lejang kuasa
i. Piston menghampiri TTA dalam lejang mampatan.
ii. Campuran udara dan bahan ap dicucuh oleh bunga api yang dikeluarkan oleh palam
pencucuh.
iii. Ledakan menghasilkan kuasa yang tinggi.
iv. Piston ditolak dari TTA ke TTB.
v. Kedua-dua injap masih tertutup.
d. Lejang ekzos
i. Apabila piston sampai ke TTB, injap ekzos mula membuka.
ii. Pergerakan piston dari TTB ke TTA menolak gas yang terbakar keluar melalui injap
ekzos.
iii. Pada akhir lejang ekzos, injap masuk mula membuka.
iv. Proses ini berulang selagi enjin hidup.

Jadual 2.0 Perbezaan antara enjin dua lejang dengan enjin empat lejang

Enjin Dua Lejang Enjin Empat Lejang


a. Pembukaan dan penutupan liang dikawal a. Salur masuk dan salur ekzos dikawal oleh
oleh piston. injap.
b. Satu pusingan aci engkol melengkapkan b. Dua pusingan aci engkol
satu kitaran. melengkapkan satu kitaran.
c. Minyak pelincir dicampur dengan bahan c. Terdapat takungan asing unuk
api petrol bagi tujuan peliciran. menakung minyak pelincir bagi tujuan
peliciran.
d. Kepala piston mempunyai pemesong d. Tiada pemesong pada kepala piston.
untuk mengawal pengaliran campuran
udara dan bahan api ke dalam silinder.

2.2 PENGELASAN ENJIN


2.2.1 Susunan Injap
Rajah 2.2 Susunan Injap

2.2.2 Jumlah Silinder

Rajah 2.3 Jumlah Silinder

2.2.3 Jenis Susunan Silinder


Rajah 2.4 Jenis susunan silinder

2.2.4 Kepala Silinder

Fungsi utama kepala silinder adalah untuk menutup silinder enjin agar dapat membentuk ruang
pembakaran. Komponen-komponen utama yang terpasang pada kepala silinder ialah aci
sesondol, pepasangan injap dan palam pencucuh. Kepala silinder enjin lama dibuat daripada
besi tuang sementara enjin moden menggunakan aloi aluminium. Lihat Rajah 2.5.

Rajah 2.5 Kepala silinder

2.2.5 Aci Sesondol

Fungsi utama aci sesondol ialah membuka injap masuk dan ekzos mengikut urutan yang
ditetapkan. Gear aci sesondol dipasang pada bahagian hadapan aci sesondol dan
disambungkan pada gear aci engkol dengan tali sawat pemasangan. Aci sesondol biasanya
dibuat daripada besi tuang. Jurnal aci sesondol bergerak di dalam galas yang terdapat di dalam
kepala silinder. Lihat Gambar Foto 2.0.
Gambar Foto 2.0 Aci sesondol

2.2.6 Pandu Injap

Pandu utama aci sesondol ialah tempat batanginjap bergerak. Terdapat dua jenis pandu injap,
iaitu pandu injap kamiran dan pandu injap pasang tekan. Jenis kamiran dibuat semasa proses
pembuatan kepala silinder sementara jenis pasang tekan ialah sarung yang dipasang pada
lubang dalam kepala silinder.

2.2.7 Dudukan injap

Dudukan injap bersama-sama muka injap berfungsi menghasilkan kedap udara. Jenis dudukan
injap ialah dudukan kamiran dan dudukan pasang tekan. Dudukan kamiran terdapat pada
kepala silinder besi tuang sementara jenis pasang tekan terdapat dalam kepala silinder aloi
aluminium. Sudut dudukan injap dalam enjin ialah 45° atau 30°. Lihat Rajah 2.6.

Rajah 2.6 Pandu injap dan dudukan injap

2.2.8 Pepasangan Injap

Kenderaan menggunakan sama ada injap jenis Popet atau cendawan. Injap diuat daripada
proses larikan dan bahagian utamanya ialah muka, batang dan jidar injap. Terdapat dua jenis
injap iaitu injap masuk dan injap ekzos. Kepala injap masuk lebih besar daripada kepala injap
ekzos. Sesetengah batang injap ekzos mengandungi natrium untuk menyejukkan injap. Sudut
muka injap ialah 45° dan 30°. Lihat Rajah 2.7.
Pengadang injap dibuat daripada getah neoprene berfungsi untuk menghalang kemasukan
minyak pelincir ke dalam ruang pembakaran.

Pegas injap dibuat daripada keluli pegas dan dibezakan berdasarkan bilangan gelung, ukuran
dan ketegangannya.

Rajah 2.7 Pepasangan injap

2.2.9 Panca Rongga Masuk

Panca rongga masuk dibuat daripada aloi aluminium dan dipasang pada kepala silinder.
Karburetor atau pemancit dipasang pada panca rongga masuk dan mempunyai saluran yang
disambung ke setiap silinder. Campuran udara dan bahan api masuk melalui saluran ini.

2.2.10 Panca Rongga Ekzos

Panca rongga ekzos dibuat daripada besi tuang dan dipasang pada tepi silinder. Semasa injap
ekzos terbuka, gas ekzos keluar melalui saluran panca rongga ke paip ekzos.

2.2.11 Jenis Aci Sesondol

1. Aci Sesondol Atas Tunggal (SOHC).


2. Aci Sesondol Atas Kembar (DOHC).
Rajah 2.8 Jenis aci sesondol

2.2.12 Jenis Ruang Pembakaran

Rajah 2.9 Jenis ruang pembakaran

2.3 UJIAN MAMPATAN

Ujian mampatan dilakukan atas sebab yang berikut:

1. Kuasa enjin berkurangan.


2. Penggunaan minyak pelincir yang berlebihan.
3. Penggunaan bahan api yang tinggi.
2.3.1 Jenis Ujian Mampatan

1. Mampatan kering.
2. Mampatan basah.

Ujian mampatan basah dilakukan apabila bacaan ujian mampatan kering adalah rendah
daripada spesifikasi. Ujian ini dilakukan untuk menentukan sama ada kebocoran berlaku pada
kawasan kepala silinder atau pada bahagian-bahagian bongkah silinder.

2.4 AKTIVITI

2.4.1 Tugasan

1. Mengenal bahagian dan komponen kepala silinder.


2. Menanggal kepala silinder enjin dua lejang.
3. Menanggal kepala silinder enjin empat lejang.
4. Mengenal pengelasan enjin.
5. Melakukan ujian mampatan kering dan basah.
6. Menganalisis hasil ujian mampatan kering dan basah.

2.4.2 Peralatan

Alat dan mesin

a) Alat tangan
b) Penguji mampatan

Bahan dan kelengkapan

a) Kenderaan yang boleh digunakan


b) Enjin empat lejang
c) Enjin dua lejang
d) Enjin OHC
e) Manual woksyop
f) Minyak pelincir
g) Carta enjin
h) Model enjin

2.4.3 Langkah Kerja

1. Merombak rawat kepala silinder enjin dua lejang satu silinder.


2. Merombak rawat kepala silinder enjin empat lejang empat silinder.
3. Menguji dan merekod ujian mampatan kering dan basah.
4. Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum ujian mampatan ialah:
a. Hidup dan panaskan enjin.
b. Semua palam pencucuh dikeluarkan.
c. Kabel dari gelung penyalaan dibumikan.
d. Injap pendikit mesti dibuka penuh semasa ujian.

Cara mengeluarkan but getah palam pencucuh

5. Ujian mampatan kering


a. Pasang penguji mampatan pada lubang palam pencucuh.
b. Engkol enjin sehingga jarum tolok mampatan sampai ke kedudukan stabil.
c. Ulang semula gerak kerja 1 dan 2 pada semua silinder yang lain.
d. Rekodkan semua bacaan.
Memasang penguji mampatan pada lubang palam pencucuh

6. Ujian mampatan basah


a. Masukkan sedikit minyak pelincir ke dalam silinder enjin.
b. Ulang gerak kerja ujian mampatan kering.

2.4.4 Rekod Ujian Mampatan

Silinder Mampatan kering (a) Mampatan basah (b) (b) - (a)

Anda mungkin juga menyukai