Anda di halaman 1dari 10

PENGHARGAAN

Kami Kartini A/P Nadarajan dan Suwathi A/P Mohan dari kelas S7 diberi tugasan
untuk menyiapkan tugasan pembuatan Herbarium SCES 3073 Kemahiran Saintifik
dan Pengurusan Makmal Sains . Dengan ini kami ingin mengucapkan syukur
kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, tugasan ini dapat disiapkan tepat pada
masa yang ditetapkan. Dalam proses ini kami mendapat sokongan dan bantuan
daripada pelbagai pihak .

Pertamanya, kami ingn mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada para


pensyarah dihormati kami, Cik Kua Bee Hoon, Pn Hafsah Mat Yusof, Pn Hasnirah
BT Embong kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka
ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada
ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan kami yang
banyak membantu kami dalam melaksanakan tugasan yang dengan sempurna.
Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami tanya
kepada mereka. Akhir sekali, kami juga ingin menggunkan peluang ini unuk
menjurukan ucapan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya semasa kami membuat tugasan ini.
PENGENALAN

Untuk pengawetan kering, spesimen tidak direndam dalam sebarang bahan


pengawet. Walau bagaimanapun, spesimen yang diawet secara kering tidak boleh
bertahan lama sekiranya langkah-langkah penjagaan berterusan kurang diberi
perhatian. Tempat penyimpanan harus kering, gelap, bebas daripada kehadiran
sebarang perosak. Setiap bahagian bagi sesuatu tumbuhan biasanya disimpan
sebagai sampel secara pengawetan kering, tetapi warna asalnya tidak dapat
dikekalkan. Koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yang dikeringkan, disimpan dan
dikelaskan secara sistematik dipanggil herbarium. Herbarium merupakan istilah
yang pertama kali digunakan oleh Turnefor (1700) untuk tumbuhan ubat yang
dikeringkan sebagai koleksi. Luca Ghini (1490-1550) seorang Professor Botani di
Universitas Bologna, Italia adalah orang pertama yang mengeringkan tumbuhan di
bawah tekanan dan melekatkannya di atas kertas serta mencatatnya sebagai
koleksi ilmiah. Herbarium berasal dari kata “hortus dan botanicus”, ertinya kebun
botani yang dikeringkan. Secara ringkasnya herbarium adalah koleksi spesimen
yang telah dikeringkan, biasanya disusun berdasarkan sistem klasifikasi (Onrizal,
2005). Herbarium merupakan suatu spesimen dari bahan tumbuhan yang telah
dimatikan dan diawetkan melalui cara tertentu dan dilengkapi dengan data-data
mengenai tumbuhan tersebut. Herbarium memiliki beberapa fungsi, iaitu sebagai
rujukan, dokumentasi dan sebagai pusat penyimpanan data. Herbarium merupakan
sumber rujukan tiga dimensi, herbarium bukan hanya mendefinisikan suatu
tumbuhan, namun segala sesuatu dari tumbuhan berkenaan. Herbarium yang baik
selalu mempunyai maklumat seperti nama saintifik dan nama tempatan tumbuhan
berkenaan, nama pengumpul, serta dilengkapi keterangan lokasi asal spesimen dan
keterangan tumbuhan tersebut untuk kepentingan penelitian dan identifikasi.

Kelebihan herbarium kering adalah dapat bertahan lama sedangkan kelemahan


herbarium kering mudah rosak jika tidak dijaga, memerlukan biaya yang besar dan
tidak dapat diakses dari jarak jauh. Waktu yang diperlukan untuk melakukan
pembuatan herbarium minimal selama 2 minggu, agar mendapatkan hasil yang baik.
Faktor-faktor yang mempengaruhi koleksi herbarium adalah tempoh masa
pembuatan herbarium, tempat penyimpanan dan faktor lingkungan seperti suhu.
Bahan/Radas :

1. Sejenis spesimen tumbuhan (Setawar Putih)

2. Kertas akhbar lama

3. Papan lapis

4. Tali

5. Pemberat (bata)

6. Kertas tebal (mounting board), pembalut plastik, gam (glue stick)

Prosedur :

Pengawetan tumbuhan melibatkan proses-proses berikut :

1. Pengumpulan – mengumpul tumbuhan

 Memilih spesimen yang sesuai


seeloknya yang mempunyai daun, akar,
buah atau bunga yang segar dan sihat.

 Memastikan tumbuhan itu bersaiz


kecil dan tidak melebihi kadbord yang
digunakan.
2. Penekanan – menekan / mengapit tumbuhan

 Menyusun spesimen secara


mendatar di antara kertas akhbar lama.
Bahagian seperti daun dan bunga
pastikan terbuka untuk mudah dilihat.
Bahagian daun perlu diselang-selikan
antara bahagian yang terlentang dan
tertiarap.
 Meletakkan papan lapis di
bahagian atas dan bawah susunan
spesimen itu. Untuk menambah tekanan,
ketatkan ikatan di antara papan lapis dan
letakkan pemberat di bahagian atas
susunan.

3. Pengeringan – mengeringkan tumbuhan

 Mengeringkan tumbuhan di bawah


cahaya matahari selama kira-kira 2
minggu. Kertas akhbar mestilah sentiasa
ditukar selang dua hari.

 Pengeringan spesimen dilakukan


di bawah alat tekanan dan alat pemberat.
Pemberat dan alat tekanan digunakan
membantu menekan dan mengeluarkan
cecair di dalam spesimen untuk menjadi
kering.

 Proses ini dilakukan sehingga


spesimen betul-betul kering.

4. Pemanjangan – menyusun dan melekat


 Menyusun spesimen yang telah
kering di atas kertas ‘mounting board’
yang berwarna putih berukuran 30x40
cm.

 Melekatkan spesimen
menggunakan gam (glue stick).

5. Pengelasan – mengenalpasti spesimen

 Membuat rujukan untuk


mengenalpasti spesimen daripada
internet yang banyak memberikan
maklumat.

6. Pelabelan – melabel herbarium

 Melabel spesimen tadi dengan


tepat seperti nama saintifik, nama
tempatan, lokasi ditemui, nama
pengumpul, dan tarikh.

 Label diletakkan pada satu sudut


herbarium itu (bahagian bawah).

7. Penyimpanan – menyimpan herbarium


 Spesimen yang telah siap
dilabel,dibalut kemas dengan plastik
lutsinar bertujuan untuk menjaga
spesimen daripada rosak dan tahan
lama. Spesimen kemudiannya disimpan
elok dan disusun kemas.

 Untuk memastikan herbarium


tahan lama, ia hendaklah sentiasa
disimpan dalam keadaan yang gelap,
kering dan sejuk.
JUSTIFIKASI

Herbarium merupakan koleksi tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang


diawetkan, biasanya dikeringkan. Spesimen ini digunakan sebagai bahan rujukan
untuk mentakrifkan takson tumbuhan; ia mempunyai holotip untuk tumbuhan
tersebut. Tumbuhan yang kami pilih bagi membuat herbarium ini adalah tumbuhan
Ruku-ruku yang juga dikenali sebagai tumbuhan Tulsi.

Tujuan kami memilih tumbuhan tersebut kerana Tanaman Tulsi ini diketahui
mempunyai banyak manfaat kesihatan dari segi biji, daun ataupun seluruh bahagian
lain daripada tanaman ini. Antara ini adalah berbagai manfaat bagi kesihatan
daripada tumbuhan Tulsi iaitu, berdasarkan kajian farmakologis, dalam sistem
tradisional ubat Ayurvedic, tanaman ini telah dikaitkan dengan beberapa sifat ubat.
Hasil penelitian farmakologi yang terbaru telah membuktikan bahawa tanaman ini
berfungsi sebagai anabolik hipoglikemik, depresi jantung, regangkan otot polos,
adaptogenik, antifertilitas serta memiliki sifat imunomodulator. Sifat antioksidan yang
kaya dari daun tulsi membantu melawan radikal bebas dan mencegah kerusakan
sel. Sehingga, daun ajaib ini dapat membantu dalam mencegah beberapa penyakit
kesihatan utama.

Tulasi adalah antara tumbuh-tumbuhan sejenis kemanggi, dalam Bahasa


Inggerisnya disebut basil (Indian basil), namun aromanya lebih halus dibandingkan
kemanggi, dan tidak dipergunakan untuk lalapan, sebaliknya di sucikan dengan
amat sangat karena merupakan kekamingan Sang Hyang Wishnu. Di Ayurweda
dipergunakan sebagai obat khusus untuk beberapa jenis penyakit. Tulasi selalu
tidak dapat tumbuh di rumah yang penghuninya ada yang kurang suci dan bersifat
asurik. Tulasi juga jarang dapat tumbuh dengan baik di udara dingin ataupun di
dataran tinggi, namun sangat subur di udara panas dan dataran rendah.
SENARAI KANDUNGAN

BIL SENARAI KANDUNGAN

1 PENGHARGAAN

2 PENGENALAN

3 BAHAN & RADAS

4 LANGKAH-LANGKAH

5 JUSTIFIKASI

6 RUJUKAN
RUJUKAN

guruvalentina. (2013, April 24 ). WKIPEDIA. Retrieved from Ruku-Ruku:


https://ms.wikipedia.org/wiki/Ruku-ruku

Jamuin. (2017, 9 24). 1001 Manfaat Daun Ruku-Ruku, Tulsi, Dalam Pengobatan
Ayurveda . Retrieved from Jamuin Pustaka Herba:
https://www.jamuin.com/2017/09/1001-manfaat-daun-ruku-ruku-tulsi-dalam.html

wasanta, w. ( 2016, November 20 ). Tanaman Tulasi. Retrieved from Hidup Sehat :


http://kanayashare.blogspot.com/2016/11/tanaman-tulasi.html

Staples, George (1999). Ethnic Culinary Herbs. University of Hawaii Press. m/s. 73.
ISBN 978-0-8248-2094-7. Parameter |coauthors= tidak diketahui diabaikan (guna |
author=) (bantuan)
Ong Hean Chooi. 2008. Rempah-ratus: Khasiat makanan dan ubatan. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai