Teks Nabi Musa
Teks Nabi Musa
Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan
dan seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian.
Berdirinya saya di hadapan ini adalah untuk menyampaikan sebuah kisah yang dipetik daripada Al-
Quranul Karim yang bertajuk “Kisah Nabi Musa dengan Firaun”.
Daripada peristiwa tersebut, kita sebagai manusia janganlah membeza-bezakan antara anak lelaki dan
perempuan. Setiap kanak-kanak yang dilahirkan ibarat sehelai kain putih dan ibu bapalah yang
mencorakkannya.
Baji bukan sebarang baji,
Baji besi Puan Dahlia,
Bayi bukan sebarang bayi,
Bakal menjadi Rasul yang mulia.
1
“Ya Allah, aku serahkan keselamatan anakku ini di bawah perlindungan-Mu”
Akhirnya, peti besi itu dijumpai tersangkut di celah sepohon pokok oleh dayang-dayang Asiah, isteri
Firaun. Lalu mereka membuka peti besi tersebut. Tatkala Asiah melihat bayi kecil yang sangat comel itu,
timbul rasa kasih dalam hatinya. Lalu anak itu diambil dan digendongnya. Bayi kecil itu diberi nama
Musa yang bermaksud pohon dan air.
Begitulah kawan-kawan kasih seorang ibu kepada anaknya, walau apa saja rintangan, kita jangan
lupa berdoa dan bertawakal kepada Allah demi keselamatan anak yang dikasihi.
Dalam kesempatan bercakap secara langsung dengan Allah di Bukit Tursina, Allah memerintahkan Nabi
Musa berdakwah kepada Raja Firaun yang semakin sesat dan mengakui dirinya sebagai Tuhan. Dengan
bertemankan Harun, seorang sahabat yang petah berkata-kata dan pembakar semangat, maka
berdialoglah Nabi Musa dengan Firaun tanpa gentar.
- Bertanyalah Raja Firaun kepada Nabi Musa,
“Siapakah Tuahn sekalian alam?”
2
- Nabi Musa menjawab,
“Tuhan langit dan bumi dan segala Tuhan yang ada di dalamnya.”
- Mendengar jawapan Nabi Musa, bertitahlah Firaun kepada pembesarnya,
“Sesungguhnya, rasul yang diutuskan kepada kamu seorang yang gila.”
- Bagai mencurah air ke daun keladi. Mujadalah nabi Musa dengan Firaun langsung tidak
mendatangkan kesedaran seperti yang diharapkan, malah Firaun menjadi semakin takbur lalu
bertitah,
“Tunjukkan bukti, bukti kebenaran kata-katamu.”
Nabi Musa menerima cabaran itu, lalu melempar tongkatnya ke lantai lalu menjelma seekor ular yang
besar menghala ke arah Raja Firaun hingga terpaksa melarikan diri daripada singgahsana. Di dalam
Surah Assyuaara ayat 32, Allah berfirman:
_____________________________________________________________________________________
Maksudnya:
Maka Musa melempar tongkatnya, tiba-tiba tongkat menjadi ular. Setelah takutnya reda, Raja
Firaun menyuruh Nabi Musa menunjukkan bukti yang lain. Nabi Musa menyeluk sakunya, apabila
dikeluarkan, bercahayalah tanggannya hingga menyilau pandangan mata para hadirin. Raja Firaun tetap
tidak berpuas hati, dengan berketuakan Haman yang merupakan ahli sihirnya yang terbaik, satu
pertandingan sihir dianjurkan di negeri Mesir. Seluruh ahli sihir diundang untuk menewaskan mukjizat
Nabi Musa. Masing-masing membawa peralatan seperti tongkat dan tali. Hari yang dinantikan pun tiba.
Pertandingan dimulakan oleh ahli sihir Raja Firaun dengan melemparkan tongkat dan tali mereka
kelantai lalu menjelmalah ular-ular kecil merayap di atas lantai. Nabi Musa mula cemas. Allah
mententeramkan hatinya dengan berfirman:
Dengan izin Allah muncullah seekor ular besar menelan ualar-ular kecil tersebut. Melihat
mukjizat tersebut, berimanlah ahli sihir tersebut.
Ya kawan-kawan, sebagaimana yang kita tahu, mukjizat hanyalah diberi kepada para Nabi dan
Rasul sahaja. Jangan disamakan mukjizat para nabi dengan ahli silat mata atau sihir yang ditunjukkan
kepada kita pada zaman sekarang ini.
3
5. Hadirin hadirat yang dikasihi,
Raja Firaun makin menindas kaum Nabi Musa iaitu Bani Israel kerana mereka menerima dakwah
Nabi Musa. Mereka mendesak Nabi Musa memohon pada Tuhan. Lalu berdoalah Nabi Musa, katanya:
“Ya Allah, Engkau telah memberi Firaun dan kaumnya kemewahan hidup dan harta kekayaan
tetapi mereka menyesatkan manusia dari jalan yang Kau redhai. Ya Tuhan kami, binasakanlah
harta- harta mereka dan kuncikanlah hati mereka. Mereka tidak akan menerima dan kembali ke
jalan benar sebelum seksaan-Mu”.
Apabila doa Nabi Musa diperkenankan, maka turunlah bala dari langit. Kerajaan Firaun dilanda
krisis kewangan dan makanan. Setelah itu, berlaku pula banjir besar memusnahkan harta benda mereka.
Bak kata pepatah, “sudah jatuh ditimpa tangga”. Belum pun tenang, suasana menular pula wabak
penyakit, kutu-kutu dan katak-katak mengganggu kententeraman dan kenikmatan hidup mereka. Tanpa
segan silu lagi, mereka berjumpa Nabi Musa untuk memohon pertolongan. Apabila Nabi Musa
memohon pertolongan Allah, keadaan pulih seperti sedia kala. Tetapi kesedaran mereka tidak lama
akhirnya mereka kembali kufur kepada Allah.
Penderitaan yang dialami oleh kaum bani Israel semakin teruk. Mereka memohon agar Nabi Musa bawa
mereka keluar dari bumi Mesir. Atas persetujuan Nabi Musa, bertolaklah mereka ke Baitulmaqdis di
Palestin. Mereka berjalan beramai-ramai takut dikesan oleh tentera Raja Firaun. Menjelang fajar
menyinsing, sampailah mereka dipersisiran laut merah.
Bersuaralah Sahabat Nabi Musa, Yusha’ bin Nun,
“Jangan khuatir, Allah akan membantu kita member jalan keluar dari cengkaman mereka”.
Dalam saat genting, tatkala Raja Firaun dan bala tentera semakin hamper, Allah berfirman:
Dengan izin Allah, terbelahlah laut merah lalu menyeberanglah mereka dengan selamat. Raja
Firaun dan bala tenteranya menyangka laluan itu selamat untuk mereka. Dengan angkuhnya, raja Firaun
4
dan bala tenteranya menyeberangi lautan yang terbelah itu. Ketika berada ditengah-tengah, Allah
kembalikan laut seperti sediakala, lalu lemaslah mereka diperut laut. Maka, berakhirnya riwayat raja
yang kononya abadi, hidup tidak akan mati- mati lagi. Di dalam surah Al-Mukmin, ayat 39, Allah
berfirman:
Maksudnya, barang siapa yang mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalas melainkan
standing dengan kejahatannya.