Anda di halaman 1dari 15

KERTAS KERJA CADANGAN PENUBUHAN

KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR


JANUARI 2017

1.0 Tujuan Kertas Kerja

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan pihak
pentadbir Sekolah Kebangsaan Darau bagi menubuhkan Kelab Pencinta Alam Sekitar dan
memohon dana untukf membeli kelengkapan Kelab.

2.0 Pendahuluan

Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan
pada masa akan datang. Dalam konteks Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kegiatan
kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid secara
menyeluruh. Secara umum, kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina
disiplin murid bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran.

Namun demikian, masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah
generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu
menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan
sahsiah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS). Oleh
itu, Kelab Pencinta Alam Sekitar ini ditubuhkan untuk memenuhi salah satu perkembangan
sahsiah murid. Kelab ini bertujuan untukmenanam semangat cintakan alam yang bersih,
indah dan mendamaikan tanpa menolak pembangunan yang telah dijalankan.

Diharapkan murid mempunyai kesedaran dan menyemat semangat cinta akan alam
sekitar sehingga dewasa kelak dan melakukan sesuatu perkara yang tidak akan
merosakkan keindahan alam yang kita cintai ini.

3.0 Rasional Penubuhan


.

Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi. Sumber-sumber ini
terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air
minuman yang bersih dan antara hutan hujan tropika tertua di dunia. Ditambah pula dengan
ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah memperoleh segala keperluan asas

1
mereka. Disebabkan itu, rakyat Malaysia mudah untuk bersikap sambil lewa dan
menganggap sumber-sumber ini adalah tidak terhad. Mereka mula menceroboh alam sekitar
yang sedia ada semata-mata untuk mengaut keuntungan peribadi seperti penebangan
pokok, pemusnahan hutan, pembinaan kilang, pelupusan sampah dan sebagainya. Satu-
satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam
sekitar secara aktif.

Ingatlah amaran Allah dalam Surah An-Naziaat ayat 30-33 yang bermaksud: “Dan bumi
sesudah itu dihamparkan (untuk kemudahan penduduknya). Dia mengeluarkan dari bumi
itu airnya dan tumbuh-tumbuhannya. Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di
bumi) sebagai pasak yang menetapnya (semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan
binatang ternakan kamu.’

Nabi s.a.w pula berpesan yang bermaksud: “Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan
melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.’ (Hadis
riwayat Muslim)

Dengan penubuhan kelab ini, guru dapat membimbing murid dalam mencintai alam
sekitar dengan menghargai pelbagai sumber-sumber alam yang terdapat di sekeliling
mereka. Bagi meningkatkan semangat murid dalam menanamkan sifat cinta alam sekitar,
pelbagai aktiviti telah dirancang. Aktiviti kelestarian alam ini diharap dapat mengembangkan
semua aspek potensi murid yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan
pengukuhan sahsiah yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.0 Matlamat

Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang pemeliharaan dan


pemuliharaan alam sekitar.

5.0 Objektif

2
Kelab ini bukan sekadar menyemaikan kesedaran murid mengenai penjagaan alam sekitar
berdasarkan teori semata-mata. Namun, ianya lebih kepada praktikal di mana murid secara
berkumpulan menerokai dunia dalam dan luar sekolah bagi memupuk semangat cinta akan
alam sekitar. Antara objektif yang ditetapkan oleh penaja ialah:

5.1 Menyemai nilai cintai alam sekitar di kalangan ahli kelab.

5.2 Memberi peluang kepada ahli kelab mempelajari kehidupan flora dan fauna.

5.3 Memberi peluang kepada ahli kelab untuk melihat ekosistem semula jadi dalam
konteks yang berbeza.

5.4 Dapat mengenalpasti masalah berkaitan dengan kepupusan dan kemusnahan


ekosistem dan seterusnya berusaha mengelakkannya terjadi.

5.5 Melahirkan minat belajar dalam kalangan ahli kelab.

5.6 Mewujudkan sikap bekerjasama dalam kumpulan.

5.7 Mengeratkan hubungan ahli kelab tanpa mengira bangsa, umur dan jantina.

5.8 Menyokong aktiviti anjuran MNS (Malaysian Nature Society).

5.9 Membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menjaga kebersihan alam sekitar.

5.10 Menambahkan ilmu pengetahuan ahli kelab.

5.11 Melahirkan generasi yang prihatin terhadap alam semula jadi.

6.0 Penubuhan Kelab/Persatuan

3
6.1 Struktur Organisasi

6.1.1 Carta Organisasi Jawatankuasa Induk:

PENAUNG
Guru Besar

PENGERUSI
Penolong Kanan
Kokurikulum

SETIAUSAHA
KOKURIKULUM
Guru

PENYELARAS UNIT PENYELARAS KELAB PENYELARAS SUKAN


BERUNIFORM & PERSATUAN & PERMAINAN
Guru Guru Guru

6.1.2 Carta Organisasi Jawatankuasa Murid

GURU PENASIHAT
Guru

4
PENGERUSI
Murid
Murid

SETIAUSAHA
Murid

PEN. SETIAUSAHA
Murid

BENDAHARI
Murid

PEN. BENDAHARI
Murid

AJK PELAJAR TAHUN 3 AJK PELAJAR TAHUN 4 AJK PELAJAR TAHUN 5 AJK PELAJAR TAHUN 6
Murid Murid Murid Murid

6.2 Ciri-ciri Kelab/Persatuan

Aktiviti-aktiviti Kelab Pencinta Alam Sekitar ini berorientasikan akademik dan


kokurikulum bagi melahirkan individu yang seimbang selaras dengan tuntutan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Berikut merupakan takwim aktiviti Kelab Pencinta Alam Sekitar:

Bulan Aktiviti
Januari Mesyuarat Agong Kelab Pencinta Alam
Perlantikan Jawatankuasa Kelab
Kutipan yuran
Pembentangan Perancangan Aktiviti
Februari Lawatan ke Pusat Kraftangan Negeri
Mempelajari pelbagai kraftangan seperti anyaman tikar,
ukiran kayu dan pasu buatan
Mac Aktiviti di dalam bilik darjah (sains)
Penyediaan buku log
April Pertandingan Inovasi Bahan Kitar Semula
Mei & Jun Aktiviti di dalam bilik darjah (Reka Bentuk Teknologi)
Julai Perkhemahan Cintai Alam
Ogos Aktiviti di dalam bilik darjah (Sains)
September Pertandingan Inovasi Alam Sekitar

5
Oktober Majlis Apresiasi Kelab Alam Sekitar

Antara senarai aktiviti yang akan dilaksanakan:

1) Lawatan ke Pusat Kraftangan Negeri


2) Perkhemahan Cintai Alam
3) Pertandingan Inovasi Bahan Kitar Semula
4) Pertandingan Inovasi Alam Sekitar
5) Penyediaan Buku Log
6) Aktiviti bilik darjah

7.0 Kaedah Penubuhan Kelab/Persatuan

7.1 Kaedah Penubuhan

Langkah Perkara
01 Satu Jawatankuasa Penaja Diwujudkan bagi menubuhkan sebuah Kelab
Pencinta Alam Sekitar di sekolah.
02 Jawatankuasa mengadakan mesyuarat bersama ahli-ahlnya untuk
membincangkan persediaan penubuhan Kelab Pencinta Alam Sekitar.
Tindakan: Setiausaha AJK Penaja menyerahkan surat permohonan
penubuhan kelab kepada Guru Besar.
03 Sekiranya diluluskan, AJK Penaja perlu mendapatkan pengesahan penubuhan
dan pendaftaran dengan Guru Penasihat.
04 Antara surat yang diperlukan:
Perlantikan Guru Besar sebagai Penaung
Pengesahan Lantikan Guru Penasihat
Pengesahan lantikan AJK Kelab Pencinta Alam Sekitar
05 Perlaksanaan Kelab

7.2 Langkah Pelaksanaan Penubuhan Kelab

MULA

Mesyuarat Penaja

Surat permohonan Penubuhan kelab dari JK Penaja Persatuan

6
TIDAK
Kelulusan Pengetua
Surat permohonan pengesahan penubuhan dan pendaftaran kelab dari Guru Penasihat

TIDAK
SEMAK TERIMA

YA

Surat Pelantikan Pengetua kepada guru penasihat

Surat penerimaan pelantikan kepada guru penasihat

Menyenaraikan tanggungjawab guru penasihat

Surat penurunan kuasa daripada pengetua kepada AJK Persatuan

Perlaksanaan kelab

TAMAT

7.3 Pekeliling Ikhtisas:

“Kandungan: Menegaskan dalam menjalankan aktiviti kebudayaan dan kesenian,


nilai bahasa, pakaian mahupun perlakuan, harus ditanam dijiwa pelajar.”

(Rujuk lampiran SPI Bil. 3/1984 – Garis Panduan Mengenai Aktiviti-Aktiviti


Kebudayaan Di Sekolah-Sekolah)

7
8.0 Perlembagaan

8.1 Nama

Kelab Pencinta Alam Sekitar

8.2 Alamat Berdaftar

Sekolah Kebangsaan Darau,


Kampung Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.

8.3 Logo dan Maksud

Simbol segitiga kitar semula: Sebagai simbolik umum kepada Kelab Pencinta Alam
Sekitar
7 daunan kecil: Menandakan hubungan pertalian yang erat di antara ahli kelab
Daunan Besar: Simbolik kepada guru atau individu yang membantu murid dalam
meningkatkan daya kesedaran tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar.
Warna (Hijau): Warna yang berasaskan kelestarian

8.4 Matlamat dan Objektif

8.4.1 Matlamat

8
Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.

8.4.2 Objektif

Menyemai nilai cintai alam sekitar di kalangan ahli kelab.


Memberi peluang kepada ahli kelab mempelajari kehidupan flora dan fauna.
Memberi peluang kepada ahli kelab untuk melihat ekosistem semula jadi dalam
konteks yang berbeza.
Dapat mengenalpasti masalah berkaitan dengan kepupusan dan kemusnahan
ekosistem dan seterusnya berusaha mengelakkannya terjadi.
Melahirkan minat belajar dalam kalangan ahli kelab.
Mewujudkan sikap bekerjasama dalam kumpulan.
Mengeratkan hubungan ahli kelab tanpa mengira bangsa, umur dan jantina.
Menyokong aktiviti anjuran MNS (Malaysian Nature Society).
Membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menjaga kebersihan alam sekitar.
Menambahkan ilmu pengetahuan ahli kelab.
Melahirkan generasi yang prihatin terhadap alam semula jadi

8.5 Keahlian

Mana-mana murid yang menuntut di Sekolah Kebangsaan Darau.


Setiap ahli yang berstatus murid layak untuk mengundi dan diundi dalam setiap
Mesyuarat Agung yang diadakan.

8.6 Yuran

Yuran keahlian sebanyak RM5 setahun.


Bendahari bertanggungjawab dalam mengutip yuran keahlian daripada setiap ahli.

8.7 Tanggungjawab Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Ahli Jawatankuasa

8.7.1 Penaung

Meluluskan aktiviti-aktiviti Kelab


Menandatangani surat-surat rasmi berkaitan dengan aktiviti kelab yang
melibatkan kerjasama organisasi luar.

9
8.7.2 Penasihat

Menandatangani minit-minit mesyuarat, cabutan-cabutan dan salinan-salinan rekod


Kelab.
Memberi bimbingan sepenuhnya kepada pengerusi untuk mentadbir kelab.
Menerima dan membuat permohonan untuk mengadakan aktiviti sekiranya
bekerjasama dengan organisasi luar.

8.7.3 Pengerusi

Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan pentadbiran, perjalanan dan hal ehwal


Kelab secara keseluruhannya.
Mempengerusikan semua mesyuarat. Sekiranya beliau tidak hadir, Naib Pengerusi
akan dilantik sebagai pengerusi mesyuarat.

8.7.4 Setiausaha

Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Kelab Pencinta Alam Sekitar.


Setiausaha bertanggungjawab secara langsung kepada Pengerusi.
Menyimpan dengan betul, teratur dan kemaskini daftar ahli-ahli, buku-buku dan
laporan lain yang dikehendaki oleh pengurusan.
Menyimpan dan menjaga dengan selamat meterai Kelab.

8.7.5 Bendahari

Menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh organisasi ini dan membuat
pembayaran mengikut arahan-arahan Majlis Tertinggi.
Mengeluarkan resit-resit, menyediakan baucar-baucar dan surat-surat lain mengikut
arahan-arahan Majlis Tertinggi.
Menyediakan penyata kewangan tahunan yang telah siap diaudit untuk
dipertimbangkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi.

8.7.6 Ketua ahli jawatankuasa

Mengutip yuran daripada setiap ahli untuk diserahkan kepada bendahari.


Mengambil kehadiran semasa menjalankan aktiviti untuk diserahkan kepada
setiausaha kelab.

8.8 Sumber Kewangan

10
Yuran keahlian
Sumbangan Guru
Bantuan daripada pihak-pihak berkenaan

8.9 Pemecatan Ahli dan Pembubaran Kelab

Ahli yang tidak hadir selama 3 kali terturut-turut dipecat serta merta.
Organisasi ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan tidak kurang daripada dua
pertiga (2/3) jumlah ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung Luar biasa yang
dipanggil khusus untuk tujuan pembubaran.
Sekiranya kelab hendak dibubarkan seperti yang disebutkan di atas, maka segala
hutang dan tanggungan kelabyang sah mengikut undang-undang hendaklah
dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara
dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa.
Kenyataan mengenai pembubaran hendaklah disampaikan oleh Majlis Tertinggi
kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa empat belas (14) hari daripada tarikh
pembubaran itu.

9.0 Identiti Kelab/Persatuan

9.1 Misi

Menggalakkan, meningkatkan dan mengekalkan pengurusan alam sekitar yang baik


dalam proses pembangunan negara.

9.2 Visi

Memastikan keunikan, kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi


menjamin kesihatan, kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan hidup rakyat masa
kini dan akan datang.

9.3 Logo

11
Maksud:

Simbol segitiga kitar semula: Sebagai simbolik umum kepada Kelab Pencinta Alam
Sekitar
7 daunan kecil: Menandakan hubungan pertalian yang erat di antara ahli kelab
Daunan Besar: Simbolik kepada guru atau individu yang membantu murid dalam
meningkatkan daya kesedaran tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar.
Warna (Hijau): Warna yang berasaskan kelestarian

9.4 Lagu

9.4.1 Lirik Lagu

Rangkap 1

Keceriaan alam sekitar,


Marilah kita semua,

12
Menjaga alam ini,
Alam sekitar lestari

Rangkap 2

Hilangkan pencemaran,
Guna semula buangan,
Hiasan pohon disekitar,
Suasana nyaman dan segar

Rangkap 3

Masanya sudah tiba,


Mainkan peranan anda,
Bertindaklah oh sekarang,
Tanggungjawab, bersama,

Rangkap 4

Ekosistem terjaga,
Kesihatan terbela,
Oh indahnya Malaysia,
Kehijauan sentiasa.

9.4.2 Huraian Lagu

Rangkap pertama mengajak masyarakat agar bekerjasama dalam memelihara alam


sekitar supaya ianya kekal ceria.

Seterusnya, rangkap kedua menekankan agar masyarakat bersama-sama merawat


serta mencegah pencemaran-pencemaran yang berlaku dengan menggunakan bahan-
bahan kitar semula seperti plastik, tin, kertas dan kaca. Selain itu, rangkap ini menasihati
masyarakat agar menanam pelbagai jenis pokok supaya persekitaran kekal segar dan
selesa.

Rangkap ketiga pula menyedarkan masyarakat tentang peranan dan tanggungjawab


masing-masing sebagai penduduk bumi ini serta perlunya kita bersama-sama bertindak dari
sekarang dalam usaha mengekalkan kesejahteraan alam sekitar.

13
Rangkap terakhir ini menjelaskan tentang kepentingan menjaga alam sekitar di mana
ekosistem yang baik hasil daripada proses kitar semula, penanaman pokok serta
pencegahan pencemaran akan menjamin kesihatan tubuh badan manusia. Hal ini demikian
kerana udara yang segar serta sumber air dan persekitaran yang bersih dapat
meningkatkan tahap kesihatan individu dan seterusnya dapat mengelakkan diri daripada
penyakit-penyakit yang tidak diingini. Maka dengan itu, apabila semua rakyat hidup dalam
keadaan sihat sejahtera, negara kita kelihatan indah ditambah dengan kehijauan alam
semula jadi.

10.0 Penutup

Berdasarkan kertas kerja ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa penubuhan
Kelab Pencinta Alam Sekitar ini adalah relevan dengan keperluan semasa Sekolah
Kebangsaan Darau. Melalui penubuhan kelab ini, semua pihak akan mendapat pelbagai
manfaat dan kebaikan samada secara langsung mahupun tidak langsung. Diharapkan
semua pihak memberi kerjasama agar penubuhan Kelab Pencinta Alam Sekitar dapat
direalisasikan dengan jayanya.

11.0 Ulasan Penolong Kanan Kokurikulum

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

14
12.0 Ulasan Guru Besar

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

15

Anda mungkin juga menyukai