Anda di halaman 1dari 1

Pada pendapat saya, Malaysia wajar menjadi sebuah negara bangsa.

Ini
disebabkan Malaysia sebelum ini dikenali sebagai antara negara majmuk yang
berjaya mengekalkan keamanan walaupun didiami oleh pelbagai bangsa dan
didominasi oleh tiga kaum terbesar iaitu melayu, cina dan india. Keharmonian ini
dapat dikekalkan oleh hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum yang
menjadi kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan
cabaran. Namun demikian peristiwa pada 13 Mei 1969, banyak mengubah
kehidupan rakyat negara ini. Peristiwa hitam itu membuktikan bahawa sikap
perkauman yang melampau akan menjadi punca runtuhnya sesebuah negara.
Justeru itu bagi mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, rakyat
perlulah dipupuk dengan semangat cintakan tanah air, perlembagaan dan
kerakyatannya. Perpaduan ini dapat hanya dapat dicapai dengan mewujudkan
sebuah negara bangsa sesuai dengan pernyataan melalui etos nasional iaitu ‘ciri-ciri
unik masyarakat setempat yang mengikat seseorang individu dengan individu yang
lain, dan yang mengikat rakyat dengan negara’ melalui perkongsian nilai, perasaan
dan semangat, kepercayaan dan identiti bersama (Mohd Mahadee Ismail, 2015).

Anda mungkin juga menyukai