Anda di halaman 1dari 3

KASIHAN..

CIKGU HADI

Loceng tamat rehat baru berbunyi. Murid kelas 5 Merah mula beredar ke kelas. Ada yang beratur di luar kelas dan ada yang terus masuk ke
dalam kelas.

Cikgu Hadi melangkah lesu ke kelas. Kelas 5 Merah mencabar profesionalismenya. Apabila sampai ke kelas, beberapa murid yang terkenal
dengan kenakalannya sedang menulis sesuatu di papan hitam. Terus Cikgu Hadi menengking murid-murid tersebut. Semua murid tersebut
balik ke tempat masing-masing kecuali Kieran. Dia meneruskan melukis di papan hitam. Cikgu Hadi menarik baju Kieran dan menyuruh dia
duduk. Dia duduk tetapi berkata “Nanti saya bagi tahu bapa, cikgu tarik baju saya”.

Cikgu Hadi mula mengajar. Subjek waktu tersebut diterangkan satu persatu di papan putih. Murid-murid perempuan yang duduk di belakang
mula bercakap antara satu sama lain. Kieran dan kawan-kawannya bertukar tempat duduk dan duduk di satu sudut kelas.

Menyedari murid-murid tidak menumpukan perhatian, Cikgu Hadi mengambil keputusan untuk membuat gerakkerja kumpulan. “Ok..Kelas,
sekarang kita buat kumpulan berempat…pusing kerusi kamu mengadap satu sama lain”. Murid bersorak gembira. Mereka berebut-rebut
untuk memusingkan kerusi dan ada yang mengalihkan kerusi ke meja yang lain. Keadaan menjadi kelam kabut dan ada murid menjerit
“Cikgu! Saya tak nak kumpulan dengan dia…dia malas”. Cikgu Hadi cuba mengawal keadaan. Dalam masa yang sama, Sin Yee murid ADHD
telah berlari keluar kelas. Menyedari tindakan Sin Yee, Cikgu Hadi berkejar keluar kelas dan mendapati Sin Yee sedang melompat turun naik
tangga.

Dengan berang, Cikgu Hadi menarik semula Sin Yee masuk semula ke dalam kelas. Di dalam kelas, keadaan semakin huru hara, Kieran dan
kawan-kawannya sedang mengusik Razin, murid berkeperluan khas yang bermasalah pembelajaran. Razin mula menangis dan murid-murid
perempuan berebut-rebut mengadu tentang hal Kieran membuli Razin. Cikgu Hadi akhirnya membawa Razin duduk dekat meja guru.

Sebelum sempat Cikgu Hadi memulakan pelajaran semula, seorang murid menjerit “ Cikgu, kami panas. Boleh kita pergi ke Perpustakaan?”.
Cikgu Hadi sedar kipas dalam kelas tersebut tidak berfungsi. Zubir mula mengejek Lim yang berbadan besar dan memanggilnya dengan
nama ejekan. Satu kelas gelak mendengar ejekan Zubir. Lim mula mencebik hampir menangis.

Cikgu Hadi kehilangan punca. “Siapa yang dengar cakap Cikgu akan dapat hadiah”. Alin menjawab, “Dah sebulan cikgu janji, hadiah lepas
pun belum beri”. Satu kelas menyampuk “Cikgu bohong!!!”. Balas Cikgu Hadi “ Kali ni cikgu bagi betul-betul”. Dia beralih menyambung
pengajarannya. Hanya beberapa murid di depan yang menumpukan perhatian. Yang lain terus bising dan membuat kerja masing-masing.
Cikgu Hadi terus mengajar dengan perasaan kecewa. “Bagaimana aku harus mengawal kelas ini?” bisik hati Cikgu Hadi.

Cikgu Hadi terus mengajar dengan perasaan yang kecewa…”Bagaimana aku nak teruskan dalam profesion ini?”

Berdasarkan kajian kes “Kasihan …Cikgu Hadi”,


i. Kenalpasti masalah disiplin yang wujud di dalam bilik darjah 5 Merah.
ii. Bincangkan bagaimana Cikgu Hadi boleh menggunakan Model Pengurusan Kelompok Kounin dan/atau
Model Pengurusan Bilik Darjah Thomas Gordon untuk mengurus masalah disiplin di dalam kelas beliau.

1
1. MASALAH DISIPLIN
a. Tidak menghormati guru
b. Tidak menunjuk minat untuk belajar
c. Tidak memberi fokus ketika guru mengajar
d. Tidak memberi kerjasama ketika guru mengajar

Penggunaan Model Pengurusan Kelompok Kounin

Penggunaan Model Pengurusan Bilik Darjah Thomas Gordon.


- Cikgu Hadi cuba mengawal kelas dengan meminta murid untuk bekerja secara dalam kumpulan supaya mereka lebih
berminat untuk belajar. Dari model ini kita dapat lihat Cikgu Hadi menggunakan konsep I-message dimana guru
menumpukan kepada perasaan dan perspektif orang yang sedang bercakap (dalam kes ini, guru) berbanding dengan
2
memberi tumpuan kepada kesalahan tingkah laku murid.
- dimana Cikgu Hadi menjadi role model kepada murid-murid untuk cuba menumpukan perhatian dan perasaan terhadap
seseorang yang sedang bersuara di hadapan kelas.
- Cikgu Hadi juga membantu murid dalam menyelesaikan masalah tingkah laku mereka dimana cuba untuk mewujudkan
strategi belajar yang berkesan iaitu belajar secara berkumpulan untuk menarik minat dan fokus murid untuk memastikan
sesi PdP berjalan dengan lancar dan baik.
- Cikgu Hadi juga tidak menyalahkan murid secara keseluruhannya tetapi dia cuba mempengaruhi murid untuk memberi
kerjasama di dalam kelas berbanding mengawal tingkah laku mereka dimana Cikgu Hadi tidak menggunakan bahasa
yang kasar dan sabar dalam mengurus murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai