Anda di halaman 1dari 6

TEMA 4: SEJARAH KULINARI DAN MAKANAN

TAJUK: SATAY CAPITOL : PERKEMBANGAN PERUSAHAAN KULINARI DI KG BHARU


KUALA LUMPUR ( 1951- 2020 )

PENGENALAN
Satay sebenarnya berasal dari negara Jawa, Indonesia pada sekitar tahun 1870. Satay mula

popular dari pedagang jalanan di sekitar Jawa pada abat yang ke -19. Di Indonesia, satay

adalah salah satu makanan tradisi mereka. Selain dari Indonesia satay juga popular di negara-

negara asia tenggara . Sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, satay

dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa , buluh dan dibakar

menggunakan api arang kayu. Sate dicipta oleh para pedagang jawa yang menjual daging

bakar di pinggir jalan pada abad 19. Satay Capitol 1951 Warisan telah beroperasi lebih 60

tahun sejak tahun 1951. Terdapat 2 cawangan gerai Satay Capitol 1951 Warisan iaitu di

Capital Cafe, Jalan TAR , Pusat Penjaja Selera Muda, Kampung Baru dan Satay Capitol 1951

Kg Bharu . Satay Capitol 1951 sangat menitik beratkan kualiti satay. Kami memastikan

daging ayam dan lembu yang bersih dan halal. Selain itu, untuk menjaga kualiti daging

perniagaan bahan bahan telah menggunakan daging batang pinang. Maka tidak hairan satay

kami telah mendapat tempat dalam hati wargakota dan juga pelanggan yang datang dari luar

negara.

OBJEKTIF KAJIAN

Penulisan kajian ini dijalankan adalah untuk menjelaskan latar belakang Stay Capitol

1951 . Mengkaji latar belakang Satay Capitol 1951 adalah penting untuk memahami

kedudukan Satay Capitol 1951 sebagai sebuah perniagaan yang maju dan kini telah

beroperasi di beberapa buah kawasan di Kg Bharu Kuala Lumpur .


Selain itu, mengkaji perkembangan Satay Capitol 1951 yang pada awalnya mula

beroperasi di Capital cafe , Jalan TAR sehingga ke beberapa buah lokasi lain di kawasan

sekitar lebih 60 sejak tahun 1951 hingga tahun 2020 . Pengkajian aspek ini penting untuk

menjelaskan perkembangan perniagaan ini menjadi sebuah perniagaan yang maju di Kuala

Lumpur dalam tempoh kajian bagi mencapai visinya menjadi sebuah perniagaan makanan

yang terkenal, dihormati dan berjaya di Malaysia. Antara aspek yang akan ditumpukan

adalah perkembangan dari sudut ekonomi, pemasaran dan operasi perniagaan secara

berperingkat dalam tempoh masa kajian.

Namun, objektif kajian ini juga untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh Satay

Capitol 1951 dalam usaha mengembangkan perniagaan bagi mencapai visinya untuk

sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Hal ini kerana, sepanjang tempoh kajian ini, Satay

Capitol 1951 telah menghadapi pelbagai cabaran dalam perkembangannya.

PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian ini dilakukan untuk mengetahui bagaimana sejarah awal penubuhan

Satay Capitol 1951 , Kg Bharu Kuala Lumpur. Ini kerana Satay bukanlah pilihan utama

masyarakat Melayu untuk dijadikan makanan harian di Kg Bharu Lumpur.

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti apakah perkembangan perniagaan tersebut

dalam mencapai cita-citanya iaitu menjadikan Satay Capitol 1951 sebagai perniagaan yang

maju dalam jangka tempoh 60 tahun di sekitar Kg Bharu .

Di samping itu, kajian ini dijalankan juga untuk meninjau apakah cabaran yang dihadapi

dalam pengembangan perniagaan tersebut. Justeru kajian ini dapat meninjau adakah cabaran

ini membawa kepada pengembangan Satay Capitol 1951 , Kg Bharu Kuala Lumpur .
Selain itu, kajian dijalankan juga untuk mengetahui bagimanakah perkembangan

pemasaran Satay Capitol 1951 , Kg Bharu Kuala Lumpur . Seterusnya kajian ini meneliti

apakah sumbangan perniagaan ini terhadap masyarakat setempat

SKOP KAJIAN

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu aspek yang dikaji, tempoh

kajian dan kawasan kajian. Dari aspek yang dikaji pula terdapat 3 aspek yang difokuskan.

Ia tertumpu kepada sejarah awal penubuhan perniagaan Satay Capitol 1951 . Malah kajian

ini juga berfokus kepada penelitian terhadap perkembangan perniagaan, cabaran perniagaan

dan permasalahn sepanjang tempoh kajian. Di samping itu, kajian ini memberi tumpuan

kepada sumbangan Satay Capitol 1951 kepada ekonomi masyarakat setempat.

Dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 1951 sehingga 2020.

Tempoh kajian selama 60 tahun ini dipilih kerana sepanjang masa tersebut berlaku

perkembangan yang pesat dalam Satay Capitol 1951 .

Manakala, dari segi kawasan kajian, ia difokuskan kepada Satay Capitol 1951 terutamanya

di sekitar Kg Bharu . Ini kerana majoriti penduduk mengetahui kewujudan Satay Capitol

1951 sebagai jenama terkenal dalam penjualan Satay dengan pelbagai sampingan menarik .

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Sebuah video di YouTube yang review makanan Satay Capitol 1951

https://youtube.com/shorts/0IfWm1Va87A?feature=share pada 6 julai 2019 . telah menarik

perhatian pengkaji. Video ini memaparkan tentang Satay yang dihidangkan didalam

pinggan berserta kuah sampingan yang menarik perhatian pelanggan. Ini telah membuat
pengkaji untuk menerokai tentang perkembangan salah satu perniagaan yang menawarkan

pilihan makanan yang bukan makanan ruji masyarakat Melayu di Kg Bharu misalnya Satay

Capitol 1951 .

Selain itu, terdapat artikel dalam laman web yang bertajuk “Perniagaan sate kini diwarisi

anak-anak ” yang menjelaskan tentang Kehidupan seorang penjaja memang penuh dengan

banyak cabaran dan seseorang yang ingin menjaja harus sanggup bekerja keras serta masa

yang panjang untuk menjayakan perniagaan mereka terus perkembang dari generasi turun

termurun. Hasil pembacaan ini telah menarik pengkaji untuk membuat kajian tentang

perkembangan Satay Capitol 1951

Pengkaji juga telah membuat pembacaan tentang sebuah artikel oleh Harian Metro

di lama sesawang hmetro.com.my . Artikel ini bertajuk " Aroma Sate di awal pagi " Jika di

Kuala Lumpur misalnya, sate dinikmati pada sebelah petang atau malam . Suasana berbeza

apabila aroma daging perap yang dibakar di atas dapur arang pada awal pagi menggamit

selera pejalan kaki yang melalui deretan kedai di situ . Hal ini telah menarik minat pengkaji

untuk merintis sebuah kajian yang berfokuskan kepada tarikan sebuah perusahawanan

kepada masyarakat seperti yang yang terdapat perniagaan yang dikaji ini iaitu Satay Capitol

1951 .

KAEDAH KAJIAN

Bagi melaksanakan kajian ini, penulis menggunakan 3 kaedah untuk mendapatkan

maklumat. Pada mulanya, penulis menjalankan penyelidikan perpustakaan bagi

memperolehi sumber primer dan sumber sekunder. Penyelidikan perpustakaan dijalankan di

Perpustakaan Negara, Arkib Negeri dan Pejabat Daerah serta perpustakaan tempatan. Ini

dilakukan untuk mendapatkan rekod – rekod berkenaan Satay di Kuala Lumpur .


Selain itu pengkaji juga mendapatkan maklumat melalui kaedah temubual. Soalan – soalan

telah dirangka bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian ini. Antara yang terlibat adalah

pemilik Satay Capitol 1951 , ahli keluarga, pekerja, pengedar dan juga pembeli. Maklumat

yang diperolehi akan dicatat dan dirakam.

Di samping itu juga, pengkaji juga akan mengunakan kaedah Kerja Lapangan dengan

melawat Restaurant Satay Capitol 1951 bagi mendapatkan maklumat.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESSEI

Penulisan essei ini dibahagikan kepada tiga iaitu pengenalan, isi dan penutup. Dalam

pengenalan ini, pengkaji akan menerangkan secara ringkas berkenaan dengan Satay Capitol

1951 . Disamping itu latar belakang Satay Capitol 1951 juga akan dijelaskan bagi

membolehkan kefahaman tentang perkembangan Satay Capitol 1951 secara umumnya.

Dalam bahagian isi pula, pengkaji akan merungkaikan beberapa persoalan yang dikaji.

Aspek pertama yang ingin dikaji adalah bagaimana dan proses perkembangan yang dialami

oleh Satay Capitol 1951 daripada sudut ekonomi dan pemasaran dalam mencapai visinya

untuk menjadi sebuah Perniagaan yang maju di Kg Bharu dalam tempoh masa kajian. Akhir

pada masa yang sama, pengkaji akan merungkaikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh

Satay Capitol 1951 untuk mencapai kedudukannya sekarang dalam industri makanan.

Manakala pada bahagian kesimpulan pula, pengkaji akan merumuskan hasil kajian yang

telah dibuat.

PENUTUP

Diharapkan dengan adanya kajian seperti ini akan dapat menambahkan lagi khazanah

tentang Satay Capitol 1951 dalam meluaskan perniagaannya. Ini sekaligus akan
membolehkan Satay Capitol 1951 akan lebih dikenali ramai bukan sahaja di dalam Negara

malah di luar Negara. Kajian mengenai Satay capitol ini juga diharapkan mampu

menyedarkan rakyat Malaysia akan kepentingan Satay capitol dalam mengukuhkan

perpaduan kaum kita di samping menanam rasa bangga terhadap keunikan Satay capitol .

Anda mungkin juga menyukai