Anda di halaman 1dari 2

Cara Mengawet Makanan

A. Pilih jawapan yang tepat.

1 Bahan makanan perlu disimpan di dalam peti sejuk untuk mengelakkannya


daripada dicemari oleh
A habuk
B bakteria
C cendawan
D Debu

2 Bakteria yang membiak pada bahan makanan boleh menyebabkan


A demam.
B selesema.
C cirit-birit.
D batuk.

3 Buah mangga boleh diawet melalui proses


A penjerukan.
B pengeringan.
C penyejukbekuan.
D pemanasan.

4 Selepas minum segelas susu, Siti berasa sakit perut dan muntah-muntah. Keadaan ini disebut
A keracunan makan.
B gastrik.
C alergi makanan.
D memilih makanan.

5 Jem, kicap dan sos diawetkan dengan kaedah


A pengetinan.
B pengeringan.
C penjerukan.
D pembotolan.

B. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1. _____________________ dan _____________________ merupakan unsur-unsur perosak bagi bahan

makanan.

2. Cili sesuai menjalani proses _____________________ untuk disimpan lebih lama.

3. _____________________ ialah kaedah mengawet bahan makanan dengan menyimpannya pada suhu
yang rendah
4. _____________________ mesti dituliskan pada botol,tin atau bungkusan makanan agar pengguna

tidak terbeli makanan yang telah rosak.

5. Dalam kaedah _____________________ , bahan makanan dipanaska tanpa mendidihkannya.

Soalan Berbentuk UPSR

1 Seorang murid membiarkan sekeping roti di dalam almari. Selepas empat hari dia mendapati terdapat

tompok-tompok hitam pada roti tersebut. Apakah yang menyebabkan keadaan itu berlaku?

A Keadaan yang gelap

B Keadaan yang gelap dan berair

C Keadaan yang gelap dan lembap

D Keadaan yang tertutup dan berangin

2 Antara bahan berikut, yang manakah diperlukan dalam proses penjerukan?

I Air II Cuka III Garam IV Pewarna makanan

A I sahaja

B I dan III sahaja

C I, II dan III sahaja

D I, II, III dan IV

3 Antara penyataan berikut, yang manakah benar tentang pengawetan makanan?

A Mengalakkan proses pertumbuhan bakteria dan kulat

B Menghilangkan zat-zat yang terdapat pada makanan

C Menambah kesegaran pada sayur-sayuran dan buah-buahan

D Memberi zat-zat tambahan pada makanan

4 Penyejukbekuan dapat menjadikan ikan dan daging tahan lebih lama kerana

A bakteria dan kulat akan mati pada suhu takat beku.

B ikan dan daging terhindar dari lalat dan serangga lain.

C ikan dan daging hanya diawet secara penyejukbekuan.

D pembiakan bakteria dan kulat terhenti pada suhu takat beku.

Anda mungkin juga menyukai