Anda di halaman 1dari 7

SCCA1023-TI-283150

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SCCA1023

TEORI KOMUNIKASI

TUGASAN INDIVIDU

Tajuk: Kepentingan Teori Komunikasi dalam Kehidupan

NAMA NOMBOR MATRIK


AMY AMILYA BINTI RANANI 283150

PENSYARAH

MISS BARBARA ANAK DIEO


SCCA1023-TI-283150

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN
NO. PERKARA
MUKA SURAT

1.0 Pengenalan
1

2.0 Membuka minda seseorang


2

3.0 Melahirkan sesebuah nilai murni terhadap individu 3-4

4.0 Melahirkan sesebuah nilai murni terhadap individu 4

5.0 Kesimpulan
5

7.0 Rujukan
6
SCCA1023-TI-283150

1.0 Pengenalan
Terdapat beberapa kepentingan teori komunikasi dalam kehidupan manusia.
Komunikasi merupakan cara untuk kita menjelaskan, menerangkan serta memberi
penilaian kepada seseorang untuk menghasilkan hubungan antara manusia secara
maksimum. Komunikasi membuktikan seseorang untuk membuat penilaian kerana ia
mempunyai satu kefahaman yang dapat membantu untuk memberi secara menyeluruh.
Hal ini membuktikan bahawa, sekiranya berlaku nya communication breakdown,
maka tercetusnya salah faham di antara manusia kerana setiap manusia mempunyai
pendapat, perspektif dan idea yang berbeza dan dapat di bincangkan untuk menjadi
satu idea yang boleh dipersetujui ramai dengan hanya melalui komunikasi yang baik.
Selain itu, fungsi komunikasi juga memaimkan peranan penting terhadap
manusia kerana komunikasi merupakan cara untuk kita memberi motivasi kepada
orang, mengawal sesuatu perkara seperti salah faham yang berlaku, dapat dijadikan
hiburan, meluahkan perasaan ataupun emosi seperti gembira, marah, sedih mahupun
ketawa dan sesuai untuk digunapakai untuk tujuan pembelajaran. Tidak kira walaupun
komunikasi tersebut digunakan secara lisan ataupun bukan lisan asalkan mempunyai
maksud dan makna yang mudah untuk difahami oleh penyampai dan penerima.
Justeru, Terdapat beberapa teori komunikasi yang dapat digunakan dan
seringkali digunakan oleh masyarakat dan memberi kepentingan yang positif boleh
dibincangkan.

2.0 Membuka minda seseorang


Kepentingan yang pertama adalah untuk membuka minda seseorang untuk
menghormati dan bertolak ansur sesama individu dari segi budaya sesetengah kaum,
latar belakang dan kehidupan seseorang tersebut. Hal ini kerana untuk mengelakkan
seseorang individu yang tidak tahu tentang dunia luar dan hanya berada di zon selesa
masing- masing. Sekiranya minda seseorang terbuka, maka ilmu yang didapati akan
meningkat dan tidak hanya seperti “katak di bawah tempurung”.
Komunikasi juga dapat memperoleh ilmu yang baharu setiap hari. Sebagai
contoh, sebagai seseorang yang inign mengetahui tentang sejarah ataupun artifak yang
terdapat di sesebuah Sarawak, maka seseorang itu boleh melawati Muzium yang
terdapat di Kuching sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu artifak
sebagai contoh adalah pedang ataupun Warrior Sword yang digunakan oleh suku
kaum Iban yang digunakan sebagai Headhunting pada suatu ketika dahulu.

3
SCCA1023-TI-283150

Justeru, melalui komunikasi dapat memberi maklumat dan kefahaman kepada kita
untuk membantu memahami sesuatu perkara.

Sumber (https://www.michaelbackmanltd.com/object/dayak-mandau/)
Selain itu, komunikasi yang membuktikan minda seseorang diperluaskan
apabila penggunaan bahasa dialek yang digunakan untuk bertutur, dan berbincang
mengikut dialek yang berbeza- beza. Di Malaysia sahaja, kita bukan sahaja kita
mempunyai satu bahasa dialek tetapi beratus- ratus dialek mengikut negeri-negeri dan
daerah- daerah yang tersendiri. Sebagai contoh di Sarawak, terdapat bahasa Melayu
Sarawak yang berbeza daripada Bahasa Melayu yang digunakan di negeri Kedah yang
berbunyi slanga yang berlainan tetapi membawa maksud yang sama seperti “air”
dimana Bahasa Melayu Sarawak di panggil “aek” manakala di Kedah pula dipanggil
“ayaq”. Begitu juga di negeri yang lain yang mempunyai dialek yang berbeza.

3.0 Melahirkan sesebuah nilai murni terhadap individu


Menurut Clegg, 2005. Komunikasi amat penting dalam setiap aspek
masyarakat kerana ia merupakan penyampaian informasi dan cadangan di antara
sesama manusia untuk kepentingan dan menghasilkan sesuatu pemprosesan dan
melahirkan nilai-nilai murni dari segi budaya masyarakat dan mencapai sesuatu
objektif dan matlamat yang ingin disampaikan oleh penyampai kepada penerima
sekiranya menggunakan saluran yang betul.
Selain itu, dengan menggunakan platform yang betul seperti menggunakan
medium komunikasi yang terdapat di sesebuah sekolah dimana seorang guru yang
mengajar merupakan penyampai kepada anak murid dengan mengajar subjek
Pendidikan Moral yang sering kali menekankan tentang nilai-nilai murni , maka

4
SCCA1023-TI-283150

maklumat yang disampaikan boleh dipengaruhi oleh anak murid tersebut. Oleh itu,
jelaslah berlakunya komunikasi dapat mempengaruhi minda serta tingkah laku
seseorang.
Selain itu nilai murni yang dapat disampaikan selain daripada sesi
pembelajaran yang terdapat di sekolah adalah melalui iklan yang disiarkan melalui
kaca televisyen ataupun media massa yang sesuai seperti aplikasi Youtube, Facebook
dan juga Tiktok sebagai contoh iklan yang pernah disiarkan suatu ketika dahulu yang
bertajuk PETRONAS National & Malaysia Day 2015: #Akrab yang boleh ditonton
pada link laman sesawang yang telah disediakan dibawah. Iklan ini mengajar erti
semangat petriotisme, dan bermasyarakat ataupun kejiranan yang telah diterapkan dari
kecil sehingga di usia tua sesama manusia tidak kira bangsa, agama ataupun warna
kulit yang berlainan.

Sumber (https://youtu.be/NnPexM_Ul4U)

Hal ini membuktikan bahawa komunikasi mempengaruhi institusi dan media


massa merupakan medium komunikasi yang penting supaya penerimaan ilmu yang
betul dan telus kepada institusi, organisasi dan individu untuk perkembangan
seseorang.

4.0 Memperoleh informasi yang tepat dan telus dari masa ke semasa
Yang terakhir, melalui media massa juga memainkan peranan yang penting
untuk berkomunikasi sesama manusia kerana ia merupakan platform yang mudah dan
pantas dengan penggunaan suara, percakapan dan grafik animasi yang menarik.
Melalui media massa juga dapat berkomunikasi secara meluas kerana ia mampu untuk
menyampaikan maklumat dan informasi secara serentak pada satu masa. Sebagai
contoh, pengiklanan tentang Standard Operating Procedure (SOP) yang sering kali

5
SCCA1023-TI-283150

kita lihat di kaca televisyen yang menerangkan dengan jelas dan menarik tentang SOP
dan bahayanya jangkitan virus Covid-19.
Selain pengiklanan tentang Standard Operating Procedure dan virus Covid-19,
pihak yang berkecimpung dalam dunia usahawan juga menggunakan media massa
sebagai platform komunikasi secara maya untuk bertujuan mempromosikan jualan
mereka. Sebagai contoh, produk Ilapar Signature yang berasal daripada restoran yang
terletak di Kuala Lumpur yang diberi nama Ilapar Xchange yang mengeluarkan
produk manakan iaitu pes masakan segera yang telah dikormesialkan di seluruh
Malaysia. ILapar Signature telah menggunakan laman web yang tersendiri dan
mempunyai laman sosial untuk memudahkan urusan jual beli, promosi serta
berinteraksi dengan pelanggan yang ingin mencuba pes tersebut.

(Sumber: ilaparsignature.com)

Gambar rajah menunjukkan pelbagai warna dan gambar yang dapat membantu
untuk mempromosikan produk pes tersebut.
5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, komunikasi memainkan peranan penting dalam
kehidupan manusia kerana ia merupakan cara untuk kita berinteraksi dan respon
terhadap sesuatu perkara. Sekiranya tiada komunikasi dalam kehidupan, maka
kegiatan harian akan menjadi huru hara kerana salah faham akan berlaku dan
pertelingkahan juga berlaku sesama manusia. Melalui komunikasi juga dapat
berkongsi input yang baik untuk memajukan modal insan dan negara pada masa akan
datang.

6
SCCA1023-TI-283150

Rujukan
Izwan (Januari 29, 2018). Kepentingan Teori Komunikasi. Diperoleh pada 27
November 2021 daripada:
file:///C:/Users/Asus/Downloads/EDITEDBYHIZWAN-
KEPENTINGANTEORIKOMUNIKASITERHADAPMASYARAKAT.pdf

Oi Wah, Lee (November 11, 2011) Komunikasi Berkesan. Diperoleh pada 5


Disember 2021 daripada:
https://www.slideshare.net/drleeow/komunikasi-berkesan-10119457

Adha Zain, (Ogos 1, 2011) Dialek Negeri- Negeri Malaysia. Diperoleh pada
10 Disember 2021 daripada:
https://www.myadha.net/2008/08/dialek-negeri-negeri-di-malaysia.html

Anda mungkin juga menyukai