Anda di halaman 1dari 8

1

This study source was downloaded by 100000868338051 from CourseHero.com on 06-19-2023 11:32:54 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/91696456/strategik-assigndoc/
TUGASAN 1

1.0 PENDAHULUAN
Persekitaraan organisasi akan sentiasa berubah-ubah dan juga peningkatan global akan
berlaku, dimana memberi cabaran kepada organisasi untuk kekal atau berjaya dalam
perniagaan. Pengurusan strategik membenarkan sesebuah organisasi untuk menjadi lebih
proaktif daripada reaktif dalam membentuk masa depannya sendiri, membolehkan
sesebuah organisasi untuk memulakan dan berpengaruh daripada hanya bertindak balas
terhadap aktiviti. Dengan itu, memberi kawalan terhadap nasibnya sendiri (David.
2013:15). Pilihan strategik berkaitan dengan visi, misi, objektif, analisis luaran dan
dalaman sesebuah organisasi. Melalui tugasan ini, akan dibincangkan tentang perancangan
strategik Focus Point Malaysia.
Latar belakang
Focus Point Malaysia telah bermula dengan pembukaan outlet pertamanya di Muar, Johor
pada tahun 1989. Pada ketika itu, dikenali sebagai “Focus Vision Care Centre” dan
kedainya adalah satu kaunter kecil dalam pusat membeli-belah. Dari situ, Focus Point
Malaysia telah berkembang menjadi sebuah syarikat yang menerajui industri kaca mata
dalam negara. Diikuti penubuhan ibu pejabat Focus Point Sdn. Bhd pada 1993, di Johor
Bahru untuk memberikan sokongan pengurusan dan pengoperasian bagi beberapa
cawangan yang sedang membangun. Seterusnya, pengembangan yang mendadak ke ibu
negara dan pembukaan ibu pejabat di Petaling Jaya pada tahun 2000. Perniagaan
berkembang maju dan pengurusan mengambil keputusan untuk mewujudkan program
francais dan mempercayai bahawa aset terpenting adalah orang dan keinginan generasi
muda untuk menjadi usahawan. Focus Point telah menceburkan diri dalam industri
makanan dan minuman dan telah memulakan bakeri yang pertama berkonsepkan
Japanese, “Komugi” di KL pada 2019. Seterusnya, mengembangkan perusahaan bakeri
dengan perkhidmatan penghantaran produk pastri kepada pelanggan korporat dengan
sokongan sijil halal dari pusat dapur di Kota Damansara. Pada 2010, Focus Point
mendahului industri kaca mata dan pengendali makanan dan minuman terkemuka di
pasaran.

2
This study source was downloaded by 100000868338051 from CourseHero.com on 06-19-2023 11:32:54 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/91696456/strategik-assigndoc/
1.1 Visi
Visi adalah berorientasikan masa depan dan menerangkan dimana organisasi ingin
berada di dalam pasaran pada 5, 10, 15 atau 20 tahun akan datang. Visi adalah satu
target yang menjelmakan hasrat jangka panjang sesebuah organisasi pada masa depan
berbanding dengan pesaingnya. Sehubungan itu, pernyataan visi ialah pemacu utama
inovasi organisasi, komitmen dan motivasi pekerja, keberkesanan dan kejayaan dalam
arena persaingan. Pengurus dan eksekutif harus mengetahui asas visi organisasi agar
organisasi dapat berkembang maju di masa depan.(David & David, 2016). Percubaaan
untuk membangunkan visi sesebuah organisasi boleh menjadi tugas yang menakutkan,
tidak ramai yang mempunyai imaginasi dan kreativiti untuk mengetahui ke mana
seharusnya organisasi itu menuju. Berikut adalah visi Focus Point Malaysia pada tahun
2019.
“To become a leading brand name in Asia through
- Our focused approach in vision care and
- Delivery of high quality breads and pastries.”
Visi sangat penting dalam penentuan strategik pengurusan. Persoalannya, dimana kita
mahu berada dalam masa 5 atau 10 tahun? Sering dapat memberi penjelasan mengenai
persoalan menentukan keutamaan dan mengatur sumber yang terhad. Kecekapan
strategik dan kelebihan daya saing dapat digandakan dan ditingkatkan maka ada
sesetengah organisasi menentukan visi yang pendek dan juga yang akan menghuraikan
sedikit visi tersebut. Misalnya, pernyataan visi Focus Point adalah pendek pada
awalnya( 2010 hingga 2018) iaitu;
“To become a leading brand name in Asia through our focused approach in
vision care”
Tetapi telah menghuraikan visi tersebut sedikit setelah adanya pertambahan dalam
perniagaan mulai tahun 2019. Pernyataan visi yang luas mendedahkan aspirasi Focus
Point Malaysia di masa hadapan dalam industri kaca mata dan juga dalam makanan
dan minuman (bakeri & pastri alah Jepun). Kekuatan visi Focus Point Malaysia itu
kini terbukti setelah berjaya tersenarai dalam senarai pasaran dunia. Pernyataan visi
yang cerdas mendorong kelebihan daya saing.

3
This study source was downloaded by 100000868338051 from CourseHero.com on 06-19-2023 11:32:54 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/91696456/strategik-assigndoc/
1.2 Misi
Langkah kedua proses pengurusan strategik adalah misi. Misi organisasi bertujuan
untuk jangka panjang. Misi menentukan matlamat organisasi dalam jangka panjang
dan apa yang ingin dielakkan untuk sementara waktu. Misi ialah mengejar matlamat
yang unik untuk kelebihan daya saing organisasi dari segi kekuatan dan penawaran
khusus berbanding pesaing;-sambil menekankan lagi nilainya. Kenyataan misi terbaik
adalah cukup umum untuk mendorong strategik mencapai pelbagai matlamat
organisasi dan sejumlah besar objektif organisasi, namun cukup spesifik untuk
memberi tumpuan dan mengutamakan aktiviti dan sumber organisasi. Pernyataan misi
bermaksud untuk menjawab soalan mengapa kita wujud? Pernyataan misi membantu
pengurusan mengatur hierarki keutamaan yang mesti dihadapi oleh organisasi dalam
operasi harian dan jangka panjang. Lorne Lissen (2004) menggunakan perspektif
pemangku kepentingan nilai untuk menjelaskan misi. Berikut adalah pernyataan misi
Focus Point Malaysia.
“To provide consumers with the best vision care and eyewear services and
high quality bakery and pastry products as well as to uphold the highest
standards in realibility, quality and professionalism”
Pernyataan misi yang teratur dapat menjelaskan kelebihan daya saing organisasi,
strategik pengurusan berdasarkan nilai teras, pemangku kepentingan strategik dan
keutamaan. Untuk menerangkan pernyataan ini, kita lihat misi Focus Point Malaysia
yang berfokuskan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan penglihatan dan
cermin mata yang terbaik kepada pengguna dan produk roti dan pastri berkualiti tinggi
serta untuk memenuhi standard tertinggi dalam kebolehpercayaan, kualiti dan
profesionalisme. Setiap insentif di setiap organisasi akan berbeza dan pekerja akan
mendapat ganjaran yang lebih besar dengan bekerja bersama dengan nilai organisasi
(Bowen, 2015). Terdapat 9 kategori yang sering dibincangkan oleh pernyataan misi
bagi menentukan tujuan umum iaitu pasaran sasaran, produk/perkhidmatan utama,
domain geografi, kelebihan teknologi, matlamat ekonomi, falsafah, identiti, reputasi,
keprihatinan pekerja. Kesemua elemen ini terdapat dalam pernyataan misi Focus Point
Malaysia. Pernyataan misinya yang ringkas, komprehensif, spesifik, artikulasi dan
strategik muncul hasil daripada pelbagai pertimbangan, analisis dan jenis
penyelidikan. Kenyataan misi yang berkonsepkan baik menawarkan pelbagai faedah
yang boleh membantu mendorong organisasi menuju kejayaan.

4
This study source was downloaded by 100000868338051 from CourseHero.com on 06-19-2023 11:32:54 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/91696456/strategik-assigndoc/
1.3 Menganalisis keberkesanan visi dan pernyataan misi
Pernyataan visi membolehkan organisasi beroperasi secara konsisten ke arah masa
depan yang telah ditentukannya. Situasi ini boleh dilihat dalam Focus Point Malaysia,
visi yang ditetapkan itu, telah mengaturkan arah matlamat syarikat tersebut iaitu
menjadi jenama terkemuka di Asia dengan kadar pertumbuhan yang berterusan.
Misalnya, Focus Point Malaysia telah berjaya membuka 14 cawangan baru dan 14
cawangan disatukan serta jumlah cawangan francais adalah 65. Selain daripada itu,
pernyataan misi strategik Focus Point Malaysia juga membina hubungan mesra
dengan pelabur tempatan dan antarabangsa serta pusat membeli-belah untuk
mengekalkan kedudukan utama Focus Point di pasaran. Keadaan ini terjadi melalui
komitmen Focus Point yang selaras dengan misi mereka iaitu pertumbuhan yang
berterusan (memberikan produk yang berkualiti dan layanan pelanggan yang baik
bertahun-tahun, jenama tersebut telah mendapat pengiktirafan yang baik dari
pengguna. Adanya perubahan insiatif strategik dan perubahan prospek dalam
melangkah ke hadapan). Pernyataan misi bukanlah pilihan, setiap organisasi tanpa
mengira saiz atau industri, membuat usaha bersepadu untuk penyelidikan,
membangunkan, menyelaras dan menginstitusikannya.

2.0 Analisis luaran


Fasa seterusnya, proses pengurusan strategik adalah analisis luaran dan dalaman.
Dengan menjalankan analisis luaran, sesebuah organisasi mengenal pasti ancaman dan
peluang kritikal dalam persekitaran persaingannya. Persekitaran luaran merangkumi
banyak faktor yang berbeza dan entiti yang sangat besar termasuk faktor politik,
sosiologi, demografi, global dan teknologi, pilihan pelanggan dan faktor industri yang
berkaitan. Setelah mengendalikan pengimbasan persekitaran, pengurusan strategik
ingin menilai setiap faktor luaran dan melihat pengaruh faktor tersebut dalam mencipta
peluang dan ancaman terhadap sesuatu organisasi. Matriks Faktor Persekitaran Luaran
boleh digunakan untuk menilai setiap faktor luaran dan pengaruhnya dalam mencipta
peluang dan ancaman terhadap sesuatu organisasi. Berikut adalah analisis luaran Focus
Point Malaysia dengan menggunakan Matriks Faktor Persekitaran Luaran (EEFM).

5
This study source was downloaded by 100000868338051 from CourseHero.com on 06-19-2023 11:32:54 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/91696456/strategik-assigndoc/
Faktor Persekitaran Luaran pemberat skor Skor
pemberat

Peluang
1. Variasi produk dan perkhidmatan untuk pelbagai kategori 0.15 4 0.6
2. Memperluaskan lagi pengaruh jenama Focus Point 0.20 4 0.8
3. Melebarkan capaian pemasaran menerusi “Online sales” 0.08 2 0.16
4. Khidmat pelanggan yang pelbagai 0.08 2 0.16
5. Mengenalpasti latar belakang pihak berkepentingan dan 0.10 3 0.30
aspek-aspek bahan untuk perniagaan.
Jumlah keseluruhan 0.61 2.02
Ancaman
1. Penghasilan produk yang sama 0.02 2 0.04
2. Perluasan pemasaran terhalang 0.02 2 0.04
3. Kaedah pemasaran yang tidak menepati tahap yang 0.12 2 0.24
dikehendaki.
4. Campurtangan korporat dalam pengurusan 0.12 1 0.12
5. Ancaman peningkatan kos pengoperasian 0.05 1 0.05
6. Pelanggaran polisi syarikat 0.03 1 0.03
7. Ketidakstabilan ekonomi 0.03 2 0.06
Jumlah keseluruhan 0.39 0.58
Peluang + ancaman 1.0 2.60
Jadual 2.1 : Matriks Penilaian Faktor Luaran Focus Point Malaysia.

Jadual menunjukkan prestasi organisasi adalah di bawah purata (skor purata adalah
3.00). Organisasi mempunyai peluang yang besar selaras dengan pertumbuhan
ekonomi yang semakin pulih dan permintaan adalah kuat. Peluang dalam meluaskan
pemasaran dan produk yang dihasilkan adalah tinggi. Kepercayaan dalam pengeluasan
kaca mata yang berasaskan kesihatan adalah pemangkin utama bagi Focus Point.
Ancaman paling ketara dalam perniagaan kaca mata selalunya melibatkan
persaingan dengan syarikat- syarikat lain seperti V2, CK, Ray ban dan banyak lagi.
Ancaman dalam pemasaran produk tidak dapat dielakkan sepenuhnya. Pekara yang
boleh membezakan produk Focus Point adalah kaedah tersendiri yang digunakan
dalam pemasaran, memastikan Focus Point berada di tahap yang tersendiri serta

6
This study source was downloaded by 100000868338051 from CourseHero.com on 06-19-2023 11:32:54 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/91696456/strategik-assigndoc/
membolehkan produk tersebut diterima oleh pengguna. Ancaman yang melibatkan
pelanggaran polisi dan campurtangan korporat adalah kurang kerana kekuatan
dalaman Focus Point dalam pasaran. Ketidakstabilan ekonomi tidak menjejaskan
Focus Point kerana syarikat ini mempunyai pusingan modal dan pulangan modal
dalam industri, maka Focus Point dapat bertahan lama. Secara keseluruhannya, faktor
luaran tidak menjejaskan pengurusan Focus Point kerana produk syarikat ini telah
diketahui dan dikenali oleh pengguna. Namun begitu, syarikat masih perlu
menggunakan penyelesaian yang lebih kreatif untuk mengatasi ancaman luaran.

3.0 Analisis dalaman


Analisis luaran menumpukan pada ancaman dan peluang persekitaran yang dihadapi
oleh organisasi manakala analisis dalaman membantu organisasi mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan organisasi. Faktor dalaman yang mempengaruhi organisasi
adalah pengurusan, pemasaran, pengeluaran dan pengoperasian, penyelidikan dan
pembangunan serta kewangan dan perakaunan. Kekuatan dan kelemahan organisasi
boleh dilaksanakan menggunakan Matriks Faktor Organisasi Dalaman (IOFM).
Berikut adalah analisis dalaman Focus Point Malaysia.

Faktor Organisasi Dalaman Pemberat Skor Skor


pemberat
Kekuatan
1. Aktiviti pemasaran dan promosi yang agresif 0.15 3 0.45
2. Pembukaan 14 oulet dan penyatuan 14 outlet 0.15 4 0.60
3. Peningkatan Bursa Saham 0.10 3 0.30
4. Pemasaran produk dan penawaran 0.07 2 0.14
perkhidmatan yang bagus.
5. Peningkatan hasil pendapatan syarikat. 0.06 2 0.12
6. Perluasan e-dagang 0.08 2 0.16
7. Penyelidikan dan pembangunan 0.07 2 0.14
8. Pelaburan komuniti 0.05 2 0.10
Jumlah keseluruhan 0.73 2.01
kelemahan
1. Kos pengoperasian dan pengurusan 0.10 2 0.20
2. Pengendalian laman sesawang yang pelbagai 0.04 2 0.08
tinggi
3. Strategi proses pusingan pemasaran dan 0.05 2 0.10
pentadbiran
4. Pembekuan hutang kerana bencana. 0.08 2 0.16
Jumlah keseluruhan 0.27 0.54

7
This study source was downloaded by 100000868338051 from CourseHero.com on 06-19-2023 11:32:54 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/91696456/strategik-assigndoc/
Kekuatan + kelemahan 1.00 2.55
Jadual 3.1: Matriks Faktor Organisasi Dalaman Focus Point Malaysia.

Secara keseluruhannya, Focus Point Malaysia menerima skor pemberat 2.55 dimana, ia
adalah rendah daripada nilai purata 3.00. Ini bermakna, Focus Point mempunyai struktur
dalaman yang agak kukuh. Daripada keputusan tersebut, dapat dikenalpasti bahawa
kekuatan Focus Point adalah melalui pembukaan baru dan penyatuan outlet serta menerusi
aktiviti pemasaran bersama promosi yang agresif. Ini disebabkan oleh syarikat
memperolehi syer pasaran yang besar. Walaubagaimanapun, kelemahan tidak dapat
dinafikan. Syarikat perlu meningkatkan lagi pengiklanan produk dan perkhidmatan dalam
talian. Selain itu, pengubahsuaian laman sesawang yang lebih padat dan berinformasi
diperlukan kerana kebanyakkan pengguna yang melayari laman sesawang sedemikian
adalah golongan yang terlibat dalam bidang korporat, golongan berusia 40-an ke bawah
dan bukannya golongan berusia. Pengurangan kos dan perbelanjaan yang keterlaluan
dalam pengurusan, pengoperasian dan strategi pemasaran sedia ada mampu memberikan
kesan yang agak membimbangkan. Walaupun begitu, syarikat masih dalam kedudukan
yang baik.

8
This study source was downloaded by 100000868338051 from CourseHero.com on 06-19-2023 11:32:54 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/91696456/strategik-assigndoc/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai