Anda di halaman 1dari 1

Assalammualaikum, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih syukur

alhamdulillah pihak wazan sentiasa membantu saya. Permohonan pada kali ini adalah saya
memerlukan bantuan dalam bentuk kewangan. Hal ini demikian kerana, saya merupakan
pelajar tahun akhir dan sedang menjalani praktikum/ praktikal di sekolah. Saya merupakan
pelajar Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Sepertimana yang sudah diketahui,
kami sebagai guru praktikum tidak mendapat apa apa allowance sepanjang waktu praktikum
dijalankan kerana saya praktikal di sekolah kerajaan. Jadi parkara ini agar menyukarkan saya
untuk mencari sumber kewangan bagi menampung dan membiayai duit minyak untuk
pulang dan pergi ke tempat praktikal yang agak jauh juga. Malahan, saya juga kekurangan
sumber kewangan bagi membeli bahan bantu mengajar saya yang hendak digunakan
semasa dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Saya turut kekurangan
kewangan bagi mencetak serta memfotostat borang-borang serta laporan kaunseling yang
agak banyak. Selain daripada itu, disebabkan saya pelajar pendidikan kaunseling, tempoh
praktikal saya agak panjang berbanding guru-guru praktikum yang lain. Hal ini disebabkan
saya pelajar kaunseling perlu mengumpul jam yang agar banyak untuk membuat sesi
kaunseling. Perkara ini secara tidak langsung, saya perlu menyewa bilik lebih masa di kolej
melebihi waktu semester. Oleh itu, perkara ini amat menyukarkan saya dan saya
memerlukan bantuan kewangan bagi perkara yang dinyatakan di atas. Saya amatlah
mengharapkan bantuan ini dpat diperolehi. Segala kerjasama dan bantuan daripada pihak
Wazan amatlah saya hargai. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai