Anda di halaman 1dari 2

RESEPI NASI PUTIH DAN NASI GORENG CINA

Nasi Putih

Bahan-bahan Kuantiti

Beras 250 gram


Air 380 ml
Kaedah:

i. Sukat beras. Buang antah dan batu

ii. Basuh beras 2 – 3 kali untuk mengeluarkan kotoran dan masukkan ke dalam periuk.

iii. Sukat air dan masukkan ke dalam periuk.

iv. Jerang di atas api sederhana. Apabila nasi telah mendidih, buka penutup periuk dan
kecilkan api. Jangan kacau kerana ia akan memecahkan bijian beras. Apabila air hampir
kering, tutup periuk dan biarkan di atas api perlahan selama lebih kurang 10 - 15 minit.

Nasi Goreng Cina

Bahan-Bahan Kuantiti

Nasi Putih 250gm


Telur 2 Biji
Isi Ayam 100g
Sayur Campur (Karot, Kacang Pis, 50gm
Isi Jagung)
Lada Sulah ½ Tsp
Kiub Ayam 1 Kiub
1/2 Sudu Kecil Minyak Bijan ½ Tsp
Minyak 2tbsp
Bawang Putih 3 Ulas
Bawang Merah 2 Biji
Kaedah Penyediaan:
i. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris nipis
sehingga garing.
ii. Masukkan isi ayam yang di potong dadu dan kacau seketika.
iii. Seterusnya, pecahkan telur dan masukkan telur, kacau hingga menjadi telur hancur.
iv. Masukkan pula kiub ayam yang dihancurkan, lada sulah dan juga sayuran campur.
v. Masukkan nasi putih dan minyak bijan kemudian kacau sehingga nasi menjadi sebati dan
sedikit garing.
vi. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Hati-hati masukkan garam kerana kiub
ayam sudah masin rasanya. Angkat dan hidang bersama bahan hiasan iaitu potongan daun
bawang dan potongan cili.

Anda mungkin juga menyukai