Anda di halaman 1dari 16

MPU3313_V2

KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 2


Isi Kandungan Mukasurat
TUGASAN 1.
1.0 Pendahuluan ........................................................................................…...........2
1.1 Objektif..........................................................................................…...........2

2.0 Pengenalan Kepada Osteoporosis.......................................…. ……………..3


2.1 Definisi……………………………………………………………………..3
2.2 Jenis -Jenis Osteoporosis.…….……………………………………………4
2.3 Punca- Punca Penyakit Dan Faktor Risiko.………………………………..4
2.4 Cara-Cara Pencegahan Osteoporosis………………………………………6

3.0 Kesimpulan…………………………………………........…..........................8

TUGASAN 2.

4.0 Jurnal Reflektif……………………………………….……………………...11

Bahagian ii: Bukti Penyertaan Kelas Dalam Talian………………………………….16

1
1.0 Pendahuluan
Tugasan ini bertujuan dibahagikan kepada dua bahagian tugasan iaitu tugasan
pertama pelajar perlu menilai dan memberikan penjelasan pemahaman tentang
Osteoporosis. Di samping membuat analisa terhadap faktor-faktor risiko yang dihadapi
oleh pesakit-pesakit Osteoporosis dan pendekatan bagi pencegahan terhadap penyakit
tersebut. Bahan rujukan utama yang digunakan adalah berdasarkan Modul MPU3313
Kesihatan dan Kesejahteraan 2 dan bahan-bahan rujukan lain dan sumber-sumber dari
internet. Seterusnya pada bahagian kedua pelajar perlu menyiapkan Jurnal Reflektif
kesihatan berdasarkan pandangan berhubung gaya hidup dan pencegahan penyakit
kronik melalui pembacaan dan perbincangan. Pada ruangan akhir, pelajar perlu
membuat hantaran komen yang relevan dan menghantar lima (5) bukti penyertaan Kelas
Dalam Talian.

1.1 Objektif
Melalui tugasan ini, beberapa objektif digariskan bagi memastikan tugasan ini
tidak tersasar dari tujuan asalnya. Berikut adalah objektif khusus yang telah
dirangka bagi tujuan tugasan ini:

1.1.1 Memberikan pencerahan terhadap pengenalan Osteoporosis.


1.1.2 Membuat analisis factor-faktor yang menyebabkan penyakit Osteoporosis
berlaku.
1.1.3 Menjelaskan dengan terperinci langkah-langkah pencegahan yang perlu
dilakukan bagi mengatasi masalah Osteoporosis.
1.1.4 Mengemukakan perbicangan dalam bentuk Jurnal Reflektif berkaitan
pencegahan penyakit kronik dan faedah yang komprehensif.

2
2.0 Pengenalan Kepada Osteoporosis.

2.1 Definisi
Menurut Prof Dr Sha'ari Abd. Hamid, Prof Madya Raijah Rahim, Rames Prasath
Mahatam Rai, Rosnida Abu Bakar & Noor Asiah Md Noor. (2019) Osteoporosis adalah
keadaan yang tulang menjadi lemah dan rapuh akibat kandungan mineral yang rendah,
berpunca dari penuaan yang progresif. Osteoporosis ialah penipisan tulang berpanjangan
dan pengurangan pada kepadatan tulang (jisim tulang) menyebabkan tulang menjadi
rapuh dan mudah patah dengan hentakan yang minor (Cembrowicz, S., & Allain, T.
2006). Manakala Pertubuhan Antarabangsa Osteoporosis (IOF), 2020 memberikan
definisi iaitu, penyakit tulang sistemik yang ditandai oleh menurunnya kekuatan tulang
sehingga tulang mudah patah. Ini jelas bahawa Osteoporosis merupakan punca kepada
kerapuhan dan kelemahan tulang yang menjadikan seseorang individu berisiko untuk
patah tulang bila mana terjatuh atau melakukan aktiviti lasak. Ini kerana tulang kita juga
adalah tisu dan secara semulajadinya rosak dan silih berganti secara langsung. Secara
asasnya, Osteoporosis dikenalpasti apabila dua perkara utama dinilai, iaitu yang pertama
adalah kepadatan tulang berkurang dan yang kedua adalah kualiti tulang itu sendiri
semakin menurun. Gambarajah di bawah menunjukkan perbandingan di antara struktur
tulang yang normal, dimana jelas kelihatan kepadatan sel-sel tulang berbanding dengan
struktur tulang penderita Osteoporosis yang kelihatan poros, dan berlubang lubang.
v

Gambarajah 1. Gambar tulang normal dan Osteoporosis.

3
Diseluruh dunia, setiap 3 saat terjadi satu fraktur akibat daripada Osteoporosis dan
terdapat 200 juta penderita penyakit ini di seluruh dunia pada tahun 2009.(Tandra,
2009).
Ini menunjukkan bahawa, penyakit ini adalah sesuatu yang serius dan akan memberikan
kesan kepada kehidupan manusia pada masa hadapan.
Simptom atau gejala penyakit ini adalah pesakit akan mengalami sakit atau
sengal-sengal tulang pada bahagian tertentu badan terutama pada bahagian pinggang dan
belakang. Pakar perubatan akan membuat beberapa ujian untuk mengetahui kekuatan
tulang sesorang dan juga imbasan x-ray bagi setiap pesakit yang dirasakan berisiko
mengidap osteoporosis. Selain daripada itu, sekiranya tinggi badan semakin berkurang,
postur badan yang tidak normal seperti orang lain dan juga kuku rapuh memberikan
kemungkinan bahawa individu tersebut berisiko menghidap penyakit osteoporosis.

2.2 Jenis -Jenis Osteoporosis.


2.2.1 Osteoporosis tahap 1
Tahap I berlaku kepada wanita yang mengalami menopaus. Mereka akan
terdedah patah tulang belakang dan pergelangan tangan.
2.2.2 Osteoporosis tahap 2
Tahap ke 2 berlaku kepada pesakit yang mengalami penuaan, iaitu melibatkan
faktor umur yang kebiasaanya berusia 75 ke atas bagi perempuan dan lelaki. Hal
ini terjadi adalah kerana mineral, Kalsium yang tidak dapat diserap dengan baik.

2.3 Punca- Punca Penyakit Dan Faktor Risiko.

2.3.1 Umur
Faktor terbesar penyakit Osteoporosis adalah peningkatan umur. Proses
kehidupan manusia melibatkan pemusnahan sel-sel lama dan digantikan dengan
sel-sel baru secara berterusan. Apabila semakin berusia atau berlakunya
pertambahan umur, proses kemusnahan sel ini akan berlaku dengan lebih cepat,
berbanding proses mengantikan atau penghasilan sel-sel baru yang mengambil
masa yang lebih panjang. Perkara ini akan mendorong kepada keadaan tulang
yang menjadi kurang padat dan semakin poros disebabkan oleh kekurangan sel-
sel tulang (Peña, A. R., & Perez, V. O, 2012).

4
2.3.2 Menopause.
Wanita yang menopause lazimnya mengalami penurunan paras
hormon estrogen yang ketara. Hormon ini berfungsi untuk mengawal paras
kolesterol dan juga mengawal metabolisma pembentukan tulang. Wanita
yang berusia 45- 55 tahun akan mengalami perubahan hormon estrogen
dan keadaan ini menyumbang kepada kerapuhan tulang lebih cepat
berbanding lelaki. Walaupun begitu, golongan lelaki masih akan
mengalami kereputan tulang, tetapi dalam keadaan yang lebih perlahan jika
dibandingkan dengan Wanita (Sinar Harian. (2018).

2.3.3 Diet dan Pemakanan.


Kalsium adalah sejenis bahan mineral yang utama dan penting
untuk manusia. Ia membantu dalam pembentukan tulang dan gigi pada
kanak-kanak yang sedang membesar. Sebanyak 99 peratus kalsium yang
terdapat di dalam badan digunakan untuk menjana sel-sel tulang dan gigi
yang kuat. Mengikut kajian yang dilakukan di luar negara, sebanyak 60-70
peratus penduduk tidak mengambil kalsium yang mencukupi.
Selain daripada itu, oxalate yang terdapat di dalam minuman
seperti kopi dan teh jika diambil secara berlebihan akan memberikan kesan
seperti berlakunya kekerapan membuang air kencing. Oxalate ini akan
bergabung dengan kalsium dan mengelakkan ia diserap oleh badan. Proses
kehilangan air ini jika tidak digantikan semula akan menyebabkan
kehilangan mineral Kalsium. Selain daripada itu, masyarakat cenderung
kepada pemilihan makan yang mudah dan cepat sehingga mereka memilih
makanan segera. Amalan pemakanan ini adalah tidak seimbang kerana ia
tidak mengandungi nutrisi lengkap dan juga tidak mengandungi bahan
mineral yang baik untuk badan (Bartl, R., & Frisch, B, 2009).

2.3.4 Gaya Hidup Yang Tidak Sihat


2.3.4.1 Merokok
Merokok boleh menyebabkan gangguan pada
penyembuhan tulang. Proses penyembuhan tulang selepas sesuatu

5
kecederaan seperti patah atau retak adalah amat penting dan
memakan masa yang agak lama. Seseorang dewasa yang
mempunyai pengalaman patah tulang humerus, maka masa yang
normal untuk penyembuhan tulang yang patah adalah selama
enam hingga lapan minggu. Tempoh sembuh patah kaki yang
normal pula adalah lebih kurang dua belas minggu.

2.3.4.2 Faktor Gangguan Makanan.


Gangguan makan merupakan salah satu metod penting
dalam menilai kesan jisim atau ketumpatan tulang. Bila mana kita
menyentuh permasalahan tentang gangguan makan lazimnya
bulimia atau anoreksia yang akan dikaitkan. Anorexia nervosa
adalah gangguan yang disebabkan oleh diet berlebihan dan makan
dengan mengembangkan sosok rangka dan tulang rusuk di bawah
bingkai dengan jelas. Bulimia nervosa adalah jenis yang sama di
mana gangguan makan mengkompilasi dengan orang yang muntah
atau puking hanya selepas makanan atau senaman sekaligus.
Penyakit ini boleh menjadi punca langsung kepada struktur tulang
yang rosak.

2.4 Cara-Cara Pencegahan Osteoporosis.


Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan atau diamalkan oleh
individu untuk mencegah daripada mendapat penyakit osteoporosis pada usia
yang masih muda, iaitu;

2.4.1 Memastikan pengambilan Vitamin D dan Kalsium yang cukup.


Memenuhi keperluan harian bagi kalsium dan vitamin D secukupnya
adalah satu cara yang paling selamat dan paling murah bagi mengatasi
osteoporosis dan mengurangkan risiko kepatahan tulang. Pertubuhan
Kesihatan Dunia (WHO) mencadangkan orang dewasa berusia di bawah
50 mendapat keperluan 1,000mg kalsium sehari, dan orang dewasa
berusia lebih daripada 50 tahun mendapat lebih 1,2000mg kalsium sehari.
Suplemen kalsium boleh membantu mengurangkan kehilangan mineral

6
tulang yang berkaitan dengan penuaan. Walau bagaimanapun, suplemen
tidak mengembalikan ketumpatan tulang yang rendah atau risiko patah
tulang pada pesakit dengan osteoporosis.
Vitamin D dapat membantu tubuh manusia menyerap kalsium dan
pengambilan yang dicadangkan adalah sebanyak 600IU untuk orang
dewasa sehingga usia 70 tahun. Bagi yang berumur 70 ke atas, sebanyak
800IU dicadangkan untuk diet harian.

2.4.2 Diet yang betul.


Kalsium dikenali untuk memberikan kekuatan kepada tulang.
Pesakit boleh mendapatkan sumber kalsium daripada yogurt, susu, keju
dan sayuran berdaun hijau gelap. Selain kalsium, vitamin D juga bagus
untuk kesihatan tulang. Vitamin D membantu mengekalkan tahap
kalsium dalam darah dan membantu penyerapan mineral dalam tulang.
Sumber vitamin D yang baik adalah seperti telur, bijirin segera, minyak
ikan. Selain daripada itu, sumber vitamin D juga dapat diperolehi
daripada sinaran matahari pada waktu pagi. Doktor juga menyarankan
pengambilan minyak sawit dan minyak biji annatto yang mengandungi
vitamin E dimana vitamin ini dapat mencegah dan merawat osteoporosis.

2.4.3 Meningkatkan Aktiviti Fizikal.


Selain baik untuk kesihatan badan dan minda, melakukan
senaman yang berimpak tinggi dan latihan berat badan berkala seperti
berjalan, jogging, menaiki tangga, menari dan senaman kekuatan otot
boleh mengurangkan risiko kepatahan dan memberi rangsangan untuk
meningkatkan ketumpatan tulang (Wirakusumah, E. S, 2007).
Senaman jenis ini akan melatih otot badan individu menjadi lebih
kuat dan berupaya mencapai keseimbangan yang baik. Hal ini secara
tidak langsung akan meminimalkan kecederaan apabila terjatuh. Pesakit
yang tidak pernah bersenam atau bermasalah kesihatan boleh
mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu dalam mendapatkan corak
senaman yang bersesuaian dan tidak mendatangkan kemudaratan lain.

7
2.4.4 Menjalani gaya hidup yang sihat
Gaya hidup menentukan kesihatan individu pada masa hadapan.
Sikap diri sendiri terhadap kesihatan badan merangkumi banyak aspek
seperti pemakanan dan cara menjaga tubuh badan. Elakkan daripada
melakukan perbuatan seperti merokok dan pengambilan alkohol.
Beberapa penilaian telah dilakukan, dan mendapati bahawa bahan
seperti tembakau yang terdapat di dalam rokok sangat mempengaruhi
penurunan kepadatan tulang. Menghisap rokok bukan sahaja
meningkatkan kehilangan tulang dan memudaratkan rangka tubuh malah
menjejaskan kesihatan keseluruhan. Merokok juga dapat
mempercepatkan menopaus dan mengganggu terapi estrogen.
Pengambilan alkohol yang berlebihan juga akan menganggu
penyerapan kalsium yang berperanan penting dlm pembentukan tulang
yang kuat. Mengekalkan berat badan melakukan pemeriksaan berkala
juga termasuk di dalam amalan gaya hidup yang baik.

3.0 Kesimpulan.
Osteoporosis adalah penyakit senyap tanpa menunjukkan gejala atau
tanda-tanda sehinggalah berlaku pereputan tulang dalam kebanyakkan pesakit,
barulah penyakit ini disedari. Seorang pakar tulang pernah mengatakan bahawa
seringkali masyarakat mengatakan bahawa penyakit ini adalah penyakit orang
tua, tetapi sebenarnya ia adalah hasil daripada amalan hidup pada masa muda.
Ingatlah setiap daripada kita semua berisiko mendapat penyakit tulang reput ini.
Pencegahan diperingkat awal amat penting untuk mengelakkan sebarang
penyakit bermula dengan amalan pemakanan yang sihat, mengamalkan senaman
secara berkala dan juga mendapatkan makanan tambahan yang dirasakan perlu.
Membuat pemeriksaan secara rutin dan merujuk kepada pakar perubatan juga
amat penting untuk menangani penyakit ini.
Di Malaysia juga, terdapat Persatuan atau Organisasi Perubatan khusus
mengenai Osteoporosis, iaitu Malaysian Osteoporosis Society. Organisasi ini
sentiasa mencari jalan untuk memberikan rawatan, memberikan kesedaran
mengenai penyakit ini dan juga mengemaskini garis panduan perawatan kepada

8
pegawa-pegawai perubatan lain demi membantu pesakit menjalani kehidupan
yang lebih berkualiti.
Secara kesimpulannya, sentiasa peka kepada keadaan diri sendiri. Jangan
merasa malas untuk melakukan aktiviti senaman, dan pilihlah makanan yang
baik dan bernutrisi untuk dimakan setiap hari. Jika kita telah didiagnos mendapat
penyakit ini, patuhi temujanji dengan pakar perubatan, elakkan sebarang
kemalangan seperti terjatuh dan peka kepada sebarang perubatan fizikal badan.
Berunding dengan ahli terapi fizikal dan pakar rehabilitasi untuk menguatkan
otot.

9
APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI

Prof Dr Sha'ari Abd. Hamid, Prof Madya Raijah Rahim, Rames Prasath Mahatam Rai, Rosnida
Abu Bakar & Noor Asiah Md Noor. (2019). MPU3313 Kesihatan dan Kesejahteraan 2
(Edisi Kedua 2017). Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Leny Suarni. (2017). Faktor-Faktor Penyebab Terjadinya Penyakit Osteoporosis Pada Lansia Di
Upt Pelayanan Sosial Lanjut Usia Di Wilayah Binjai Tahun 2017. Jurnal Riset Hesti
Medan Akper Kesdam I/BB Medan, 2, 60.
Santoso, F. W. (2012). Pencegahan Osteoporosis Melalui Induksi Anti-Cathepsin K pada Tikus
Rattus norvegicus Wistar Betina dengan Ovariektomi (Doctoral dissertation, Universitas
Brawijaya).
Mohd, D. E. F. B. (2008). Preliminary Study Of Osteoporosis And Osteopenia Among
Postmenopausal Women In Mukim Tasek, Daerah Badang From November 2006 To
November 2007 (Doctoral Dissertation, Universiti Sains Malaysia).
Amgen Asia Holding Limited. (2018). What Is Osteoporosis. Dicapai dari Fightthefracture:
https://www.fightthefracture.sg/id-id/what-is-osteoporosis
Dr. Azaiddin Akasah. (2012). Osteoporosis. Dicapai dari Myhealth:
http://www.myhealth.gov.my/osteoporosis-2/
Sinar Harian. (2018). Langkah dan Cegah Osteoporosis. Dicapai dari Sinar Harian Online:
https://www.sinarharian.com.my/article/53176/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/wanita-
langkah-cegah-osteoporisis
Peña, A. R., & Perez, V. O. (2012). Osteoporosis: Risk Factors, Symptoms & Management.
Nova Science Publishers, Inc.
Wirakusumah, E. S. (2007). Mencegah Osteoporosis. Niaga Swadaya.
Bartl, R., & Frisch, B. (2009). Osteoporosis. [electronic resource]: Diagnosis, Prevention,
Therapy (Second Revised Edition.). Springer Berlin Heidelberg.

10
Tugasan 2.

4.0 Jurnal Refleksi.

Saya merasakan bahawa kelas ini telah banyak memberikan saya maklumat dan
kesedaran dalam penjagaan kesihatan tubuh badan secara amnya. Melalui kelas ini saya
belajar mengenai elemen-elemen yang mempengaruhi kesihatan dan juga cara untuk
mengatasinya. Beberapa bulan yang lepas, saya tidak terlalu mengambil berat mengenai
kesihatan tubuh badan, namun apabila menyertai perbincangan bersama-sama dengan
tutor dan kawan-kawan dan juga melakukan aktiviti pembacaan mengenai sesuatu topik
yang menyentuh aspek kesihatan, saya baru sedar yang saya jauh ketinggalan dalam
aspek penjagaan kesihatan.
Melakukan tugasan memberikan saya peluang untuk menambah ilmu berkaitan
sesuatu penyakit yang kebanyakkannya adalah hasil daripada ketidakpedulian kita
sendiri kepada aspek kesihatan sehingga memberikan kesan buruk kepada tubuh badan.
Kurangnya ilmu, dan juga bimbingan dalam melakukan senaman dan juga pemilihan
makanan memburukkan lagi kesihatan. Selain daripada itu, berada didalam golongan
atau persekitaran yang dapat mendorong kita melakukan sesuatu yang positif dan sering
mengingatkan saya betapa berharganya nilai kesihatan juga adalah sesuatu yang saya
perolehi di dalam kelas ini.
Saya mempelajari bahawa melalui pemakanan dan juga senaman, saya berupaya
mencegah sesetengah penyakit kronik yang berpunca daripada gaya hidup. Menurut
Yogita dan kawan-kawan, 2017, penyakit sindrom metabolik adalah penyakit yang
melibatkan ketidak seimbangan metabolik yang terdiri daripada darah tinggi,
kegemukkan atau obesiti, tinggi kolesterol dan juga penyakit diabetes. Kesemua
penyakit sindrom metabolik ini menyumbang kepada penyakit kronik. Punca kepada
terjadinya penyakit sindrom metabolik ini adalah daripada amalan gaya hidup yang tidak
aktif dan juga pemilihan makanan yang tinggi kalori dan tidak bernutrisi (Nor’Asyikin,
2021).
Menurut laman web kementerian kesihatan Malaysia, beberapa penyakit kronik
telah disenaraikan seperti kanser atau barah, serangan jantung, penyakit pulmonari
berkaitan dengan darah tinggi, sakit buah pinggang yang kronik, asma dan sebagainya.
Dianggarkan 15 peratus sehingga 20 peratus yang bersamaan dengan 6 juta penduduk

11
Malaysia mengalami kesakitan kronik. Walau bagaimana pun, menurut Ketua Pusat
Kesakitan Kronik dan Barah Termaju, Hospital Canselor Tuanku Mhriz (UKM), Prof
Madya Dr. Toh Charng Jeng angka tersebut bukan angka yang sebenar kerana masih
ramai yang tidak berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Menurutnya lagi,
kesakitan dan penyakit ini yang berterusan melebihi tiga bulan selepas pesakit
mengalami kecederaan saraf dan keradangan.
Menurut Nor’ asyikin, (2021) juga gaya hidup yang sedentari, lebih-lebih lagi
berada dalam persekitaran perkerjaan yang tidak memerlukan banyak pergerakan juga
mempengaruhi kesihatan. Hal ini membuka mata saya dimana saya di antara individu
yang berkerja dipejabat, mengadap komputer selama lebih 4 jam sehari tanpa banyak
melakukan pergerakan. Selepas balik bekerja, badan berasa penat dan saya lebih
memilih untuk berehat dan berbaring di sofa. Gaya hidup yang tidak aktif ini akan
memberi kesan kepada sistem imun dimana ia tidak dapat berfungsi dengan baik,
peredaran darah yang lemah, kekuatan otot yang lemah serta mudah mendapat
keradangan.
Kemunculan penyakit Covid 19 juga menyebabkan saya berada di rumah, dan
kurang melakukan aktiviti. Hal ini menyebabkan berlakunya pertambahan berat badan
dan saya mendapati saya menghampiri kepada tahap obesiti. Saya merasakan badan saya
mudah penat dan amat malas untuk melakukan aktiviti fizikal.
Namun saya sedar, jika saya tidak membuat sesuatu perubahan keadaan ini akan
memberikan kesan yang tidak baik kepada tubuh badan saya. Lebih-lebih lagi, dalam
sejarah keluarga saya, terdapat ahli keluarga yang mengidap penyakit kronik seperti,
diabetes, penyakit jantung dan juga barah. Obesiti yang dihadapi oleh saya juga akan
meningkatkan risiko penyakit-penyakit kronik tersebut. Saya juga telah melakukan
pemeriksaan dan mendapati bahawa paras kolesterol saya berada pada paras yang tinggi.
Menurut American Heart Association, kekurangan senaman dan berada dalam
paras berat badan yang normal menyumbang kepada kenaikan kadar kolestrol. Doktor
mencadangkan agar saya mengubah gaya hidup saya dan memilih makanan yang terdiri
daripada lemak yang baik yang mengandungi omega dan juga melakukan senaman
untuk meningkatkan aras lemak baik di dalam badan. Saya masih teringat apabila saya
mendapat keputusan tersebut, saya berasa sangat sedih dan berazam untuk mengubah
tahap kesihatan saya. Kandungan kolesterol yang tinggi akan menambahkan faktor

12
risiko kepada penyakit koronari yang akan menyebabkan jantung terhenti (Jong dan
kawan-kawan, 2019).
Saya juga telah dirujuk kepada jabatan dietetik. Melalui perbincangan dan
perkongsian maklumat, daripada pakar pemakanan, saya diberikan maklumat mengenai
pemilihan makanan yang baik dan juga cara mengolah makanan supaya menjadi lebih
sedap.
Sebagai langkah permulaan, saya telah menukar jenis minyak masak di dapur
saya. Saya memilih minyak zaitun dan juga menukar cara masakan daripada banyak
menggoreng dan menumis kepada merebus, panggang dan juga mengukus. Saya juga
telah mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak haiwan yang
tinggi seperti daging merah dan mengantikan dengan bijiran dan sayuran-sayuran serta
buah-buahan. Bijiran seperti oat mengandungi beta glucan yang terdiri daripada serat
mudah larut dan tidak larut yang berperanan dalam menurunkan paras kolesterol dalam
darah (Petr Sima dan kawan-kawan, 2018). Saya juga membuat pelan dan juga
merangka menu pemakanan setiap hari. Apabila membuat pelan pemakanan tersebut,
saya dapat menilai jumlah kalori dan memastikan setiap makanan yang dimasak
mempunyai serat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan saya. Selain daripada itu, saya
juga meningkatan jumlah pengambilan air masak kepada dua liter sehari dan
mengelakkan minuman ringan dan yang mengandungi gula yang terlampau tinggi.
Temujanji dengan doktor telah ditetapkan secara berjadual di dalam tempoh 3-6
bulan. Doktor akan membuat pemeriksaan darah dan berbincang secara terus berkenaan
dengan risiko yang akan dihadapi jika paras kolesterol di dalam darah tidak dikawal.
Selain daripada itu, doktor juga membekal ubat untuk membantu menurunkan kadar
kolesterol dan menekankan amalan pemakanan dan senaman yang secara teratur selama
30 minit setiap kali sesi selama tiga atau empat kali seminggu. Hasilnya, selepas 6
bulan, paras kolesterol saya telah berada pada paras yang normal dan saya berasa sangat
gembira. Perubahan gaya hidup dan pemakanan telah berjaya menurukan kolesterol dan
juga berat badan saya telah mencapai BMI yang normal.
Secara kesimpulanya, saya menyedari bahawa gaya hidup yang sihat merupakan
satu komitmen jangka masa panjang yang perlu dikekalkan secara positif dan juga ceria.
Pemakanan yang sihat perlulah disediakan sesuai dengan citarasa dan mestilah sentiasa
kreatif untuk membuatkan ia sedap. Saya akan lebih termotivasi dan kekal menikmati
makanan yang sihat dan juga lazat. Mengekalkan gaya hidup sihat dengan senaman yang

13
teratur lebih baik dilakukan secara berkumpulan, disamping dapat meningkatan
hubungan sosial, kita akan lebih ceria dan dapat menurunkan tekanan hidup. Akhir
sekali, mengelakkan penyakit kronik pada masa hadapan sebenarnya memberikan kita
kehidupan yang lebih berkualiti di masa tua dan dapat mengelakkan pembaziran dalam
mengubati dan merawat penyakit. Kesemua penyakit kronik ini memerlukan kos
rawatan yang tinggi dan membebankan sebahagian besar daripada masyarakat.

(2753 Patah perkataan)

14
APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI

Prof Dr Sha'ari Abd. Hamid, Prof Madya Raijah Rahim, Rames Prasath Mahatam Rai, Rosnida
Abu Bakar & Noor Asiah Md Noor. (2019). MPU3313 Kesihatan dan Kesejahteraan 2
(Edisi Kedua 2017). Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Santoso, F. W. (2012). Pencegahan Osteoporosis Melalui Induksi Anti-Cathepsin K pada Tikus
Rattus norvegicus Wistar Betina dengan Ovariektomi (Doctoral dissertation, Universitas
Brawijaya).
Jong Hwan Kim, Dae Han Wi, Jun Hee Lee & Hyung. (2019). Emerg Med. Dicapai dari:
http://www.myhealth.gov.my/osteoporosis-2/
Nor ‘Asyikin. (2021). Kesakitan Kronik. Dicapai dari Sinar Harian Online:
https://www.hmetro.com.my/sihat/2021/01/66221/kesakitan-kronik

15

Anda mungkin juga menyukai