Anda di halaman 1dari 19

IT 11305

Negara Zikir Melayu Islam Beraja

Tajuk:
Prinsip Kepimpinan Dalam Perspektif Melayu Islam Beraja (MIB)

Disediakan oleh:
23BS072 Yenti Binti Awang Walli
23BS076 Mohammad Asdey Hazabullah Bin Hj Md Zain

Sarjana Muda Perguruan Ugama (Pendidikan Islam)


2023/2024

Pensyarah:
Ustaz Abd Rahman Bin Hj Ajak
Pusat Ilmu Teras
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
Isi Kandungan

PENGHARGAAN.....................................................................................................................................1
ABSTRAK.................................................................................................................................................2
1. PENGENALAN................................................................................................................................2
2. DEFINISI PRINSIP KEPIMPINAN...............................................................................................3
3. PRINSIP KEPIMPINAN MENURUT PERSPEKTIF MELAYU ISLAM BERAJA (MIB)......4
3.1 Prinsip Kepimpinan Menurut Perspektif Melayu.............................................................................6
1. Pemimpin yang Baik dan Melindungi Anak Buahnya...............................................................6
2. Pemimpin yang Bijak...................................................................................................................6
3. Pemimpin yang Prihatin..............................................................................................................6
4. Pemimpin yang Adil.....................................................................................................................7
5. Pemimpin yang Diikuti atau pun Dipatuhi.................................................................................7
6. Pemimpin yang Mulia..................................................................................................................7
7. Pemimpin yang Diharap..............................................................................................................7
3.2 Prinsip Kepimpinan Menurut Perspektif Islam................................................................................7
1. Prinsip Tauhid:.............................................................................................................................8
2. Berfikir Bebas:..............................................................................................................................8
3. Prinsip Tanggungjawab:..............................................................................................................8
4. Prinsip Musyawarah (as-Syura)..................................................................................................9
5. Prinsip Adil.................................................................................................................................10
3.3 Prinsip Kepimpinan Menurut Perspektif Beraja............................................................................11
1. Pemimpin dan raja sebagai penaung dan pelindung rakyat...................................................11
2. Sultan dalam institusi Beraja selaku pemerintah teratas dan ketua negara..........................12
4. KESIMPULAN...............................................................................................................................12
RUJUKAN:..............................................................................................................................................14
PENGHARGAAN

‫بسم هللا الرمحن الرحمي‬

‫ والصالة والسالم عىل أرشف األنبياء واملرسلني وعىل آهل وحصبه أمجعني‬،‫امحلد هلل رب العاملني‬

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala Tuhan yang
mentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, keluarga serta sahabat baginda. Syukur kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan ‘inayah dan hidayahNya, kami telah dapat
menyempurnakan dan menyiapkan kertas kerja ini hingga ke akhirnya.

Ucapan serta penghargaan ini juga khas ditujukan kepada Yang Mulia Ustaz Abd Rahman
Bin Hj Ajak selaku pensyarah Halaqah kami bagi Kursus IT 11305 Negara Zikir Melayu
Islam Beraja yang telah banyak memberikan bimbingan,dan nasihat, saranan, tunjuk ajar,
panduan, idea dan penyemakan serta kesudian beliau dalam meluangkan masa sepanjang
pengajian dijalankan.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan SMPU LDP
Part Time sesi petang yang sentiasa memberikan semangat dan sokongan moral. Tanpa
sokongan mereka, kami tidak akan dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Tidak
lupa kepada semua sumber rujukan dan bahan bacaan yang telah kami gunakan dalam
penyelidikan. Penggunaan sumber-sumber ini juga membantu kami untuk membincangkan
pandangan yang lebih mendalam dengan mengupasnya lebih terperinci serta padat dengan
isi-isi yang diperlukan.

Di akhir kalam, kami berharap dan memohon kepada Allah, Tuhan yang Esa agar menerima
usaha-usaha kami melalui penulisan kami ini serta dijadikannya sebagai amalan soleh di
samping dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat dan ilmu pengetahuan tambahan
kepada para pembacanya. In Syaa Allah. Sekian, terima kasih.

‫والسالم‬

1
ABSTRAK
Kajian ini merumuskan Prinsip Kepimpinan dalam perspektif Melayu Islam Beraja (MIB)
dengan mengutamakan latar belakang sejarah dan budaya Melayu Islam Brunei. Isu utama
yang dibangkitkan melibatkan meluaskan pemahaman MIB dalam konteks kepimpinan,
seiring dengan cabaran globalisasi dan kemodenan. Pernyataan masalah menggariskan
keperluan untuk menyiasat bagaimana nilai MIB boleh disepadukan ke dalam amalan
kepimpinan kontemporari. Kaedah kajian ini melibatkan analisis dokumen sejarah dan hasil
kajian menunjukkan bahawa penerapan prinsip MIB dalam kepimpinan memberikan
kestabilan dan kearifan tempatan. Implikasi kajian ini ialah keperluan pemimpin memahami
dan menerapkan nilai MIB untuk mencapai kestabilan dan kesinambungan pembangunan.
Kesan kajian ini memperkukuhkan pentingnya warisan budaya dan agama dalam
membentuk model kepimpinan yang berkesan.

Kata kunci: Melayu Islam Beraja, kepimpinan, globalisasi, nilai MIB, warisan budaya.

1. PENGENALAN
Melayu Islam Beraja (MIB) adalah konsep yang dipraktikkan oleh rakyat dan
penduduk di Negara Brunei Darussalam sama ada dalam aktiviti seharian mahupun dalam
urusan dan pentadbiran negara. Negara Brunei Darussalam secara rasminya diisytiharkan
sebagai Negara Melayu Islam Beraja pada 1 Januari 1984 iaitu ketika pengisytiharan hari
kemerdekaan. Falsafah ini tidak hanya diserap sepenuhnya, tetapi juga kerap dibicarakan di
seluruh penjuru negara. Konsep dan falsafah MIB tidak hanya dipegang teguh, tetapi juga
diamalkan dan dipraktikkan dalam kehidupan harian masyarakat Brunei.

MIB dianggap sebagai matlamat utama, asas, prinsip dan cara pandang yang
memandu tindakan dan perkataan masyarakat Brunei. Dalam erti kata lain, MIB bukan
sahaja diiktiraf, tetapi juga dijadikan panduan untuk berfikir, bertindak, dan bertutur demi
memakmurkan kehidupan berbangsa, berugama, dan bernegara di Brunei.

Begitu juga dalam konteks amalan mengepalai atau memimpin, tidak terkecuali
bahwa hal tersebut sepatutnya diselaraskan dengan nilai-nilai Melayu, Islam dan Beraja. Hal
ini dapat dilihat melalui kutipan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar

2
'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam, dalam Persidangan Khas Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet pada 21
Jamadilakhir 1439H / 7 Februari 2018M.

“Untuk menjadi pemimpin, keperluan untuk menguatkan amalan konsep MIB


sangatlah mustahak. Jangan sekali-kali cuba menganut ideologi atau sistem lain dari
ideologi dan sistem MIB. Kalau mahu jadi pemimpin yang baik, maka peganglah kuat-kuat
prinsip ini dan juga jangan jadi pemimpin mabuk kuasa melakukan apa saja untuk
kepentingan diri sendiri, lebih daripada kepentingan untuk negara...”

2. DEFINISI PRINSIP KEPIMPINAN


Makna prinsip boleh dijelaskan sebagai asas atau dasar yang menjadi pokok dalam
pemikiran, kajian, tindakan dan sebagainya. Kepimpinan pula merupakan kata terbitan yang
berasal daripada perkataan "Pimpin," yang merujuk kepada tindakan membimbing,
memandu, menuntun dan menunjukkan arah. Istilah "Kepimpinan" sendiri boleh
didefinisikan sebagai kemampuan untuk memimpin, menjadi ketua, atau mengambil peranan
sebagai pemimpin.

Selain daripada definisi kepimpinan yang telah disebutkan, terdapat juga definisi-
definisi kepimpinan yang diperkenalkan oleh beberapa tokoh dan ilmuwan. Mereka
menggambarkan perkataan "Kepimpinan" dengan pelbagai cara seperti berikut:

Kepimpinan itu bermaksud aktiviti mempengaruhi individu supaya berusaha secara


sukarela untuk mencapai objektif kumpulan atau organisasi. Begitu juga kepimpinan ialah
sebagai suatu bentuk tingkah laku seorang pemimpin bagi mencari penyelesaian masalah
dan bagi mencari jalan untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang bertujuan untuk mecapai
matlamat sesuatu organisasi itu (Hussien Mahmood, 2009).

Berdasarkan definisi-definisi kepimpinan yang telah dijelaskan dan disebutkan


sebelum ini, dapat disimpulkan bahawa kepimpinan adalah merujuk kepada satu bentuk
tingkah laku dalam usaha mencapai matlamat secara berkumpulan dan juga dalam
penyelesaian masalah yang dihadapi oleh organisasi. Oleh itu, adalah penting bagi
pemimpin-pemimpin untuk mengajak ahli-ahli organisasi untuk aktif terlibat dalam proses

3
membuat keputusan, menyumbangkan idea dan bersama-sama berusaha mencapai matlamat
sambil menangani masalah yang timbul.

Sementara gabungan dua perkataan tadi iaitu “Prinsip Kepimpinan” juga diertikan
sebagai huraian yang menjadi garis panduan asas sekiranya pemimpin ingin menjalankan
fungsinya. Setiap negara, bangsa, institusi, kaum dan ugama memiliki pandangan tersendiri
terhadap berbagai perkara seperti adat, budaya, amalan, dan etika. Semua pandangan ini
jelas menciptakan perbezaan dalam pelaksanaannya berdasarkan perspektif dan pandangan
tertentu. Hal yang sama berlaku juga dalam pelaksanaan kepimpinan dan prinsip-prinsipnya
yang tidak dapat dielakkan dari kepelbagaian, sejajar dengan perspektif-perspektif tertentu.

Prinsip kepimpinan menurut perspektif Barat di mana ia diperkenalkan sebagai satu


garis panduan yang berdasarkan kepada “11 principles of leadership” bagi seorang
pemimpin untuk melaksanakan tugasnya (Joseph, US Army, 2011).

Prinsip-prinsip kepimpinan menurut perspektif Islam dinyatakan sebagai teras yang


kukuh dan bersumberkan ajaran al-Quran, as-Sunnah, serta nilai-nilai dan prinsip
kepimpinan yang dijelaskan oleh al-Khulafa ar-Rasyidin. Dengan ini, dapat disimpulkan
bahawa pelaksanaan kepimpinan dan prinsipnya menunjukkan variasi dan ciri yang
tersendiri bergantung kepada sudut pandangan yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi.

3. PRINSIP KEPIMPINAN MENURUT PERSPEKTIF MELAYU ISLAM


BERAJA (MIB)
MIB dalam falsafah Negara Brunei Darussalam yang diumumkan pada 1 Januari
1984, di mana "MIB" ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu Melayu, Islam dan
Beraja. Ketiga-tiga komponen ini memberikan definisi yang khusus dan mempunyai
tujuannya tersendiri (Sahari & Yahaia, 2018).

Melayu membawa maksud bahawa Negara Brunei Darussalam adalah sebuah Negara
Melayu yang didalamnya terdapat satu masyarakat yang bersatu-padu dan mengamalkan
nilai-nilai luhur kebudayaan Melayu dan identiti kebruneian yang menjadikan Islam sebagai
panduan dan teras utama. Ia juga memberi makna penzahiran dan pengukuhan nilai-nilai
luhur, adat resam dan kebudayaan Melayu. Bangsa Melayu sentiasa dilihat menjalinkan

4
hubungan muhibah atas dasar saling hormat-menghormati dengan bangsa lain dengan penuh
harmoni (Muhammad Hadi, 2014, hlm 56).

MIB adalah cara hidup orang Brunei sebagai sumber untuk memupuk, memelihara
dan mengekalkan indentiti kebangsaan, pegangan berugama dan pemerintahan beraja bagi
Negara Brunei Darussalam (Muhammad Hadi, 2014, hlm 59). Selain itu, Negara Brunei
Darussalam juga adalah sebuah negara Melayu yang berpandukan kepada akidah Islam dan
dengan raja menjadi pemerintah tertinggi negara.

Dari sini, kita dapat menyimpulkan bahawa Melayu yang dimaksudkan merujuk
kepada pelaksanaan nilai-nilai tradisi atau kebudayaan Melayu, sekaligus mempertahankan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara untuk pertuturan dan penulisan, sementara
Melayu itu sendiri merangkumi tujuh puak jati yang diiktiraf sebagai etnik dan kelompok di
Negara Brunei Darussalam (Fatimah & Fairuz, 2013).

Seperti yang dapat kita lihat dari petikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-
Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-
Pertuan Negara Brunei Darussalam, sempena Majlis Konvokesyen Ketiga untuk Graduan
Ijazah dan Majlis Konvokesyen Graduan Diploma Tertinggi Kebangsaan Ke-24 ITB pada
hari Sabtu, 18 Muharram 1437H / 31 Oktober 2015M di Pusat Persidangan Antarabangsa,
Berakas.

“Melayu yang didefinisikan adalah sebagai tujuh puak jati yang termaktub dalam
Perlembagaan Negeri 1959 pastinya tidak akan dapat diubah ganti. Melayu Brunei, Belait,
Bisaya, Dusun, Kedayan, Murut dan Tutong adalah mereka yang dimaksudkan dengan
melayu”

Islam pula dianggap sebagai agama rasmi negara yang telah menjadi teras (asas)
pemerintahan kesultanan Brunei sejak zaman-berzaman dan agama yang diredhai Allah.
Sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-Maidah:

٣ .... ‫ ٱۡل َيۡو َم َأۡك َم ۡل ُت َلُك ۡم ِد يَنُك ۡم َو َأۡت َم ۡم ُت َع َلۡي ُك ۡم ِنۡع َم ِتي َو َر ِض يُت َلُك ُم ٱِإۡل ۡس َٰل َم ِد يٗن ۚا‬....
:Tafsirannya

5
“... Pada hari ini Aku telah menyempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah
mencukupkan atas kamu ni’mat-ni’mat dan Aku telah meredhai bagi kamu Islam sebagai
agama (kamu) ...”

)Surah al-Maidah: 3(

Manakala komponen Beraja dari MIB itu bermaksud sistem pemerintahan diraja
yang memberikan kuasa kepada negara di bawah pemerintahannya, di mana raja menjadi
teras dan sokongan negara untuk perlindungan.

Jadi berbalik semula kepada persoalan tadi, berdasarkan dari apa yang sudah pun
dijelaskan di atas, prinsip kepimpinan yang berlandaskan persepktif Melayu Islam Beraja
(MIB) itu ialah kepimpinan yang berteraskan nilai-nilai agung MIB, bersandarkan kepada
ajaran-ajaran agama Islam (Muhammad Hadi, 2014, hlm 57).

3.1 Prinsip Kepimpinan Menurut Perspektif Melayu


Hakikatnya, prinsip kepimpinan Melayu sebelum kedatangan Islam dipercayai
berasal daripada kepercayaan kepada dewa-dewi. Selepas kedatangan Islam, kepimpinan
Melayu mengalami proses pemurnian di mana prinsip-prinsip ini diterima semula dan
diselaraskan dengan prinsip-prinsip kepimpinan Khalifah. Prinsip ini bertujuan
melaksanakan hukum Allah dan menjaga kepentingan umat serta agama.

Oleh itu, prinsip kepimpinan "Melayu" boleh dianggap sebagai nilai-nilai yang
merujuk kepada warisan nenek moyang kita selepas kedatangan Islam ke Brunei. Nenek
moyang kita menyampaikan pesanan-pesanan, mewarisi pengalaman, dan membentuk
persekitaran kepimpinan Melayu mengikut teladan kepimpinan Khalifah dengan kata-kata
hikmat yang penuh kiasan dan seloka yang indah. Terdapat tujuh prinsip kepimpinan
menurut perspektif Melayu yang disenaraikan oleh Muhammad Hadi (2021).

1. Pemimpin yang Baik dan Melindungi Anak Buahnya


“Ibarat kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung
kehujanan”. Maksud: Pemimpin menjadi penaung dan pelindung kepada anak buahnya.

6
2. Pemimpin yang Bijak
“Bayang-bayang sepanjang tubuh, selimut sepanjang badan”. Maksud: Pemimpin yang
bijaksana dalam memberi perintah yang sesuai untuk diperintahkan.

3. Pemimpin yang Prihatin


“Rantau jauh diulangi, rantau dekat dikendana”. Maksud: Pemimpin yang selalu menjaga
anak buahnya jauh dan dekat.

4. Pemimpin yang Adil


“Matahari itu, gunung dan lembah sama diterangi”. Maksud: Pemimpin yang adil
menjalankan hukuman yang sama rata.

5. Pemimpin yang Diikuti atau pun Dipatuhi


“Tuah yang disembah, junjung yang dipanjat”. Maksud: Pemimpin yang diikuti
perintahnya.

6. Pemimpin yang Mulia


“Dianjung seperti payung, diambak seperti kasur”. Maksud: Pemimpin yang sangat
dimuliakan oleh pengikutnya.

7. Pemimpin yang Diharap


“Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegak”. Maksud: Pemimpin yang
akan membantu dan menjaga anak buahnya jika ada kesusahan yang menimpa anak
buahnya.

3.2 Prinsip Kepimpinan Menurut Perspektif Islam

‫ۖٗة‬ ‫َٰٓل‬
٣٠ .... ‫ل ِفي ٱَأۡلۡر ِض َخ ِليَف‬ٞ ‫َو ِإۡذ َقاَل َر ُّبَك ِلۡل َم ِئَك ِة ِإِّني َج اِع‬
Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat-malaikat:
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi (iaitu Nabi Adam
‘alaihissalam) …”

)Surah al-Baqarah: 30(


Selain daripada Surah al-Baqarah, Allah Subhanahu wa Ta’ala juga ada
menyebutkan lagi tentang khalifah dan pemimpin di surah yang lain seperti dalam Surah al-

7
An’am: 165, an-Naml: 62, az-Zukhruf: 60, al-‘Araf: 169 dan juga di dalam surah Maryam:
59. Ini bermakna kedudukan seorang pemimpin itu sangat penting di sisi agama Islam dalam
meneruskan penyebaran syariat Islam yang telah diwahyukan kepada Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wasallam daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dengan ini, jelaslah bahawa prinsip
kepimpinan di dalam Islam itu bersandarkan kepada (Hanif & Irham, 2015):

i. Kepimpinan menurut al-Quran.


ii. Kepimpinan menurut Rasulullah dan al-Khulafa ar-Rasyidun (menurut as-
Sunnah dan sifat-sifat yang dimiliki oleh mereka)

Menurut al-Mawardi, “imam atau ketua negara dibentuk untuk menggantikan


Rasulullah dengan tujuan melindungi agama dan menguruskan urusan dunia. Beliau juga
menyatakan bahawa adalah kewajipan sepakat bagi seorang ketua negara untuk menjalankan
tanggungjawab tersebut” (Zulfikar, 2014, hlm 90).

Gelaran “Pemimpin” memang selalu sekali digunakan di dalam Islam (mahupun di


dalam al-Quran, as-Sunnah, kepimpinan al-Khulafa ar-Rasyidun atau pun di dalam
mu’amalah masyarakat Islam) dan memang tidak dinafikan lagi bilangan gelaran itu yang
sangat banyak. Antaranya seperti:

– ‫خليفة – إمام – زعمي – ويل األ مر – راٍع – أمري – رئيس – قائد – ماكل – سلطان – معيد‬
‫حامك‬
Terdapat prinsip-prinsip dasar kepemimpinan Islam yang harus dijalankan dan
dilaksanakan, iaitu seperti berikut (Rivai, 2013).

1. Prinsip Tauhid:
Islam itu sendiri membawa umat ke arah mentauhidkan Allah Ta’ala. Sudah menjadi
perkara yang perlu jika ingin menjadi seorang pemimpin untuk menyuruh berbuat yang
ma’ruf dan melarang daripada mungkar. Tauhid merupakan dasar utama pemimpin Islam
dalam menjalankan kepeimpinan Islam. Sepertimana tauhid juga merupakan hal yang sangat
penting dijadikan landasan bagi seorang pemimpin sebagai sebuah prinsip yang kukuh
dalam melaksanakan kepimpinannya (Zainuddin & Zaidatul, 2007).

8
2. Berfikir Bebas:
Seorang pemimpin yang pandai merancang untuk masa depan dan lebih baik ialah
mereka yang memberikan kebebasan kepada ahli atau anak buahnya untuk menyuarakan
pendapat dan memberi kritikan secara terbuka. Ini membantu semua pihak bekerjasama
untuk mencapai matlamat dengan sepenuhnya, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Khalifah
Abu Bakar as-Siddiq ketika beliau menyerahkan tanggungjawabnya kepada Umar bin al-
Khattab sebagai khalifah kedua umat Islam sebelum beliau wafat.

3. Prinsip Tanggungjawab:
Dalam Islam, setiap individu dianggap sebagai pemimpin, walaupun sekurang-
kurangnya dia hanya memimpin dirinya sendiri. Prinsip tanggungjawab ini merupakan aspek
penting yang harus ditekuni dan difahami oleh seorang pemimpin untuk memastikan bahawa
amanah yang diberikan kepadanya tidak disia-siakan dan selaras dengan matlamat
kepemimpinannya (Rozita, Rahimi & Bahiyah, 2018, hlm 30-31).

Hadis yang diriyawatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim Radhiyallahu
‘anhuma, daripada Abdullah ibn Umar Radhiyallahu ‘anhuma. Sesungguhnya, Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

‫ َو ُّلُكْمُك َم ْس ُئوٌل َع ْن‬،‫ ُّلُكْمُك َر اٍع‬:‫ مسعُت رسول هللا ﷺ يقول‬:‫عن ابن معر ريض هللا عهنامن قال‬
‫ واْلَمْر َأُة َر اِع َيٌة يف‬، ‫ َو الَّر ُج ُل َر اٍع يف َأْههل َو َم ْس ُئوٌل َع ْن َر ِع َّيِتِه‬، ‫ فا َم اُم َر اٍع َو َم ْس ُئوٌل َع ْن َر ِع َّيِتِه‬، ‫َر ِع َّيِتِه‬
‫ِإل‬
. ‫ واخلادم َر اٍع يف َم اِل َس ِّي ِدِه َو َم ْس ُئوٌل َع ْن َر ِع َّيِتِه‬،‫َبْيِت َز ْو َهِجا َو َم ْس ُئوٌةَل َع ْن َر ِع َّيهِت ا‬
Maksudnya: “Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu
bertanggungjawab atas apa yang dipimpin. Seorang ketua adalah pemimpin, dan dia
bertanggungjawab atas pimpinannya. Seorang lelaki pemimpin bagi keluarganya dan dia
bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang isteri adalah pemimpin di rumah
suaminya dan dia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang khadam adalah
penjaga harta tuannya dan dia bertanggungjawab atas apa yang dijaganya.”

9
4. Prinsip Musyawarah (as-Syura)
Mengutamakan musyawarah merupakan prinsip utama dalam kepimpinan Islam. Al-
Quran dengan jelas menyatakan bahawa seseorang yang menganggap dirinya pemimpin,
perlu melakukan musyawarah dengan mereka yang berpengetahuan atau berpandangan baik,
termasuk anak buahnya, sebelum membuat keputusan tentang sesuatu perkara. Sepertimana
firman Allah di dalam Surah asy-Syura:

٣٨ ‫َو ٱَّلِذ يَن ٱۡس َتَج اُبوْا ِلَر ِّبِهۡم َو َأَقاُم وْا ٱلَّص َلٰو َة َو َأۡم ُر ُهۡم ُش وَر ٰى َبۡي َنُهۡم َو ِمَّم ا َر َز ۡق َٰن ُهۡم ُينِفُقوَن‬

Tafsirannya:
“Dan (juga bagi) orang-orang yang mentaati perintah tuhan mereka serta mendirikan
sembahyang dan urusan mereka diputuskan dengan bermesyuarat sesama mereka dan
mereka membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang Kami telah kurniakan kepada
mereka”

)Surah asy-Syura: 38(

5. Prinsip Adil

Keadilan adalah sesuatu yang wajib ada dan hak yang harus dipenuhi di dalam sesebuah
organisasi atau masyarakat. Sebagai pemimpin, adalah penting untuk memiliki keupayaan
untuk memperlakukan semua individu secara adil, tanpa sebarang kecenderungan yang berat
sebelah, sama ada terhadap saudara sendiri, ahli keluarga, atau rakan-rakan. Sehubungan
dengan ini, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:

‫َٰٓيَأُّيَها ٱَّلِذ يَن َء اَم ُنوْا ُك وُنوْا َقَّٰو ِم يَن ِهَّلِل ُش َهَدٓاَء ِبٱۡل ِقۡس ِۖط َو اَل َيۡج ِرَم َّنُك ۡم َش َنَٔـاُن َقۡو ٍم َع َلٰٓى َأاَّل َتۡع ِد ُلوْۚا ٱۡع ِد ُلوْا‬
٨ ‫ُهَو َأۡق َر ُب ِللَّتۡق َو ٰۖى َو ٱَّتُقوْا ٱَۚهَّلل ِإَّن ٱَهَّلل َخ ِبيُۢر ِبَم ا َتۡع َم ُلوَن‬
Tafsirannya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu sentiasa menjadi orang-orang yang
menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadikan saksi dengan adil, dan janganlah sekali-
kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil.
Berlaku adillah kerana sifat adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada
Allah, sesungguhnya Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan”

10
)Surah al-Maidah: 8(

Begitu juga sepertimana yang dikatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam:

‫ َس بَع ٌة ُيِظ ُّلُهُم ُهللا يِف ِظ ُهُّل يوَم ال ِظ َّل‬:‫ قال رسول هللا ﷺ‬:‫وعن أيب هريرة ريض هللا عنه قال‬
،‫ ورجالن حتااب يف هللا‬،‫ ورجل قلبه معلق يف املساجد‬، ‫ وشاب نشأ يف عبادة هللا‬،‫ َم ام َعاِد ل‬: ‫اَّل ِظ ُهُّل‬
‫ِإ‬ ‫ِإ‬
‫ ورجل تصدق‬،‫ إىن أخاف هللا‬: ‫ فقال‬،‫ ورجل دعته امرأة ذات منصب وجامل‬،‫ وتفرقا عليه‬،‫اجمتعا عليه‬
.‫ ورجل ذكر هللا خاليا ففاضت عيناه‬،‫بصدقة فأخفاها حىت ال تعمل شامهل ما تنفق ميينه‬
Maksudnya: Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala pada yang hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya:
Pemimpin yang adil, Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada
Allah, Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, Dua orang yang saling mencintai
kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala berkumpul dan berpisah kerana Allah juga, Seorang
lelaki yang diajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik dia menolaknya sambil berkata
“Aku takut kepada Allah”, Seorang yang bersedekah dan menyembunyikannya hingga
tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya, serta Seorang
yang berzikir kepada Allah di kala ia sendiri hingga meleleh air matanya basah kerana
menangis.

)HR Bukhari, Muslim, Malik, an-Nasa’I, dan lainnya(

3.3 Prinsip Kepimpinan Menurut Perspektif Beraja


Sistem pemerintahan Beraja merupakan bentuk monarki dan warisan tradisi Melayu
yang telah berakar lama sejak zaman pemerintahan Kesultanan Brunei di bawah Sultan
Brunei yang pertama, iaitu Sultan Muhammad Shah. Seperti yang dijelaskan dalam Melayu
Islam Beraja (MIB), "Beraja" merujuk kepada sistem monarki yang seharusnya dihormati
oleh semua rakyat Brunei. Oleh itu, prinsip kepimpinan Beraja dan nilai-nilainya hanya
boleh dilaksanakan oleh Pemerintah Negara Brunei Darussalam. Terdapat hanya dua prinsip
utama kepimpinan Beraja yang telah diperkenalkan di Negara Brunei Darussalam.

11
1. Pemimpin dan raja sebagai penaung dan pelindung rakyat.
Prinsip ini dipetik daripada Khutbah Jumaat Khas yang disampaikan oleh Yang
Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Hj Awg Badaruddin bin
Pengarah Dato Paduka Hj Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama (di mana pada ketika
itu, beliau dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri), Sempena Hari Keputeraan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi
Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang ke-64 Tahun,
bertarikh 04 sya’ban 1431H / 16 Julai 2010M (Majlis Ilmu, 2010).

“... Seterusnya di bawah pemerintahan beraja Islam yang adil serta taatkan Allah
dan raja itu adalah tampuk negara, melindungi rakyat jelata, menaungi nusa bangsa,
memimpin rakyat menjadi bangsa yang beriman dan bertaqwa – yang kesemuanya itu
telah menjadikan Brunei tanah air kita ini dilimpahi rezeki dari sumber-sumber yang tidak
terduga berupa minyak dan gas dan hasil-mahsul lainnya...”

2. Sultan dalam institusi Beraja selaku pemerintah teratas dan ketua negara.
Prinsip “kuasa sultan selaku pemerintah” telah pun dinyatakan dalam Perlembagaan
Negara Brunei 1959 (Surat-surat Perlembagaan Brunei, 65) iaitu:

“... Kuasa memerintah yang tertinggi bagi Negara Brunei Darussalam adalah
terletak di dalam tangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di Pertuan…”

4. KESIMPULAN
Jelaslah bahawa Melayu Islam Beraja (MIB) merupakan asas utama dalam
kehidupan masyarakat di Negara Brunei Darussalam. Falsafah ini tidak hanya dihayati
dalam interaksi harian masyarakat, malah turut diintegrasikan dalam semua aspek
pentadbiran kerajaan serta keputusan yang diambil. Dengan itu, nilai-nilai MIB menjadi
panduan utama dalam setiap tindakan dan penilaian yang dilakukan, mencerminkan
kedalaman pengaruhnya dalam pembentukan dasar dan norma masyarakat.

Dari analisis kami terhadap topik ini, dapatlah disimpulkan bahawa dalam konteks
kebruneian, kepimpinan mengikuti garis panduan khusus dan prinsip-prinsip tersendiri,
12
sejajar dengan pandangan Melayu, Islam, dan Beraja (MIB). Kepimpinan Melayu yang
dimaksudkan melibatkan perlaksanaan tujuh prinsip utama yang wajar dihayati oleh seorang
pemimpin, iaitu: (1) Pemimpin yang baik dan melindungi anak buahnya (2) Pemimpin yang
bijak (3) Pemimpin yang prihatin (4) Pemimpin yang adil (5) Pemimpin yang diikuti
perintahnya (6) Pemimpin yang mulia, dan (7) Akhir sekali, menjadi Pemimpin yang boleh
diharapkan untuk membimbing dan memimpin dengan tulus.

Sedangkan prinsip-prinsip kepimpinan dalam perspektif Islam tidak dapat dinafikan


bahawa ianya bersumberkan nilai-nilai kepimpinan menurut al-Quran, as-Sunnah, dan al-
Khulafa ar-Rasyidun. Terdapat lima prinsip yang boleh disenaraikan daripada sumber-
sumber ini, dengan membentuk asas yang kukuh untuk melaksanakan kepimpinan yang adil
dan berkesan dalam masyarakat Islam iaitu: (1) Prinsip tauhid (2) Prinsip tanggungjawab
[al-Mas’uliyyah] (3) Prinsip musyawarah [asy-Syura] (4) Prinsip berfikir bebas [al-
Huriyyah] (5) dan Prinsip adil [al-‘Adalah].

Dan prinsip yang terakhir ialah prinsip kepimpinan mengikut perspektif Beraja, yang
berbeza dengan prinsip kepimpinan mengikut perspektif Melayu dan Islam, di mana
kepimpinan Beraja hanya boleh diterapkan oleh pemimpin Negara Brunei Darussalam
sahaja dan prinsip kepimpinan ini. mengandungi dua prinsip iaitu (1) Pemimpin atau raja
sebagai penjaga dan pelindung rakyat (2) dan Sultan sebagai pemerintah tertinggi dan ketua
negara.

Jadi sebagai penutup, kita sebagai rakyat Brunei perlu memelihara dan menjunjung
tinggi nilai-nilai keBruneian MIB bukan sahaja dalam kepimpinan, malah ia perlu
diterapkan dalam semua aspek dan amalan kita. Kita seharusnya berbangga dengan falsafah
negara kerana ianya terbukti dengan wujudnya konsep MIB di negara kita, kemaslahatan
negara kita yang harmoni, penuh dengan bahasa, budi bahasa dan ragam pertuturan yang
lahir oleh rakyat Brunei, dimana dapat dilihat kehebatan dan kegemilangan umat dalam
bersama-sama memelihara warisan nenek moyang kita yang selaras dengan ajaran agama
Islam iaitu nilai MIB.

13
14
RUJUKAN:

Al-Quran (Mushaf Brunei Darussalam)


Dr Hajah Fatimah Binti Haji Awang Chuchu & Siti Nurfairuz Binti Mahali. 2013.
Kajian Konsep Melayu Islam Beraja (MIB) Dalam Pengiklanan. Negara Brunei Darussalam
: Radio Telivisyen Brunei (RTB).
Dr Muhammad Hadi Bin Muhammad Melayong. 2021. Melayu Islam Beraja:
Amanat 1984. Edisi Kedua. Bandar Seri Begawan : Persatuan Sejarah Brunei.
Dr Muhammad Hadi Bin Muhammad Melayong. 2014. Melayu Islam Beraja: Asas
Perpaduan Hidup Bermasyarakat Dan Bernegara Di Brunei Darussalam. Sosiohumanika.
Jurnal Pendidikan Sains Sosial Dan Kemanusiaan.
Dr Teuku Iskandar. 1984. Kamus Dewan. Kuala Lumpur, Malaysia : Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Hanif Ferryanto & Irham Zaki. 2015. Implementasi Kepemimpinan Islam Dalam
Proses Inovasi Produk. Jestt, Volume 2(3). Pada Sentra Batik Jetis Sidoarjo, Jakarta.
Universitas Airlangga Indonesia.
Lieutenant Colonel Joseph Keith Purvis (U.S. Army). 2011. A Monograph Four
Decades and Five Manuals U.S. Army Strategic Leadership Doctrine, 1983-2011. School of
Advanced Military Studies United States Army Command and General Staff College Fort
Leavenworth, Kansas.
Majlis Ilmu. 2010. Melayu Islam Beraja: Jiwa Raga Brunei: Himpunan Kertas
Kerja Persidangan Pakar Melayu Majlis Ilmu 2010. Edisi Pertama. Brunei : Jawatankuasa
Penyiaran, Penerangan Dan Percetakan.
Muhd Sahari M.A.F & Yahaia M. 2018. Falsafah Melayu Islam Beraja (MIB)
Beracunkan Islam Melalui Teori. Umran International Journal, Volume 1(Issue 1). Unissa,
Negara Brunei Darussalam.
Rival Veithzal dkk. 2013. Pemimpin Dan Kepimpinan Dalam Organisasi, hlm 209-
210. Raja Grafindo Persada Salain, Jakarta.
Rozita Ibrahim, Muhammad Rahimi Hasan, Bahiyah Abdul Hamid. 2018. MALIM:
Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara 19 Takrif Kepimpinan, Ciri-Ciri Pemimpin dan
Motivasi Untuk Memimpin menurut sudut Pandang Pemimpin Wanita Akar Umbi.
Malaysia : Universiti Kebangsaan.
Zainuddin Zakaria & Ziadatul Hidayah Zakaria. 2007. Kemahiran Memimpin. PTS
Publications & Distributors, Kuala Lumpur.

15
16

Anda mungkin juga menyukai