Anda di halaman 1dari 18

DIPLOMA IN ISLAMIC STUDIES WITH EDUCATION

JANUARY / 2022

ADSQ1103

PENGENALAN ULUM AL-QURAN

NO. MATRIKULASI : 820727086321001


NO. KAD PENGENALAN : 820727086321
NO. TELEFON : 0196266112
E-MEL : husni.wahab@zakat.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SRI RAMPAI LEARNING CENTRE


Bahagian I

i- Biodata Pengarang Fununal-afnan fi ‘uyun ulum al-Quran

Nama beliau adalah Abdurrahman bin Ali bin Muhammad bin Ali bin Ubaid bin Abdillah
bin Hamadi bin Ahmad bin Muhammad bin Ja’far bin Abdillah bin Al-Qasim bin An-Nadhr
bin Al-Qasim bin Muhammad bin Abdillah bin Al-Faqih Abdillah bin Al-Faqih Al-Qasim bin
Muhammad bin Khalifah Abu Bakar Ash-Shiddiq Al-Qurasyi At-Taimi Al-Bakri Al-
Baghdadi Al-Hambali Al-Wa’izh. Beliau dikenali dengan nama Ibnu al-Jauzi, nisbah kepada
tempat penghasilan kelapa di suatu tempat di Baghdad, atau nisbah kepada satu bandar
daripada bandar-bandar di Basrah yang dipanggil “Jauzah”, atau kerana terdapat tanaman
kelapa milik datuknya di tempat bernama Wasit, dan berbagai-bagai lagi andaian berkenaan
asal nama gelaran beliau. Ibnu Al-Jauzi dilahirkan di Bahgdad pada tahun 510H bersamaan
1114 masihi. Telah meninggal ayah al-Imam ketika umur beliau 3 tahun. Soleh ketika muda
dan waktu membesar beliau. Tidak banyak bercampur dan tidak juga melibatkan diri dengan
perniagaan keluarga beliau dalam perniagaan tembaga waktu itu. Ketika meningkat dewasa,
ibu saudara al-Imam selalu membawa beliau ke masjid Muhammad bin Nasir al-Hafiz yang
merupakan bapa saudara beliau (Ahmad Abdul Wahhab Fatih 1987), dan daripadanya beliau
mengambil
hadis. Imam Ibnu Jauzi juga berguru dengan Abi Hakim Ibrahim bin Dinar al-Nahrawani dan
Qadi Abi Ya’la bin al-Farra’ al-Saghir dan Ibnu al-Zaghuni. Berguru juga ilmu Fikah, Khilaf,
Jidal dan Usul daripada Abu Bakar Ahmad bin Muhammad al-Dainuri dan ilmu Lughah dan
Adab daripada Abu Mansur al-Jawaliqi. Imam Ibnu al-Jauzi mempuyai keistimewaan
tersendiri dalam memberi nasihat, seakanakan tidak pernah ada orang seperti beliau
sebelumnya. Beliau telah memberikan nasihat ketika sekitar usianya dua puluh tahun. Mereka
yang hadir dalam majlis tausiah itu terdiri daripada para raja, menteri, ulamak, fuqara, para
khalifah dan perempuan-perempuan mereka. Bilangan merka yang hadir juga adalah ramai,
iaitu sekitar sepuluh ribu dan lebih daripada itu. Beliau meninggal dunia di Baghdad di
malam Jumaat di antara Maghrib dan Isyak pada 12 Ramadan 597H bersamaan 1201 masihi.

ii- Isi-isi utama kandungan karya:


Kitab Funun Al-Afnan Fii ‘Uyun Ulum Al-Quran ditulis kerana kesedaran beliau
terhadap keutamaan ilmu Al-Quran. Hal ini disimpulkan dari perkataan Ibnu Al-Jauzi dalam
muqaddimah singkat bukunya, di mana dia berkata:
‫لما ألفت كتاب "التلقيح في غرائب علوم الحديث" رأيت أن تأليف كتاب في عجائب علوم القران أولى فشرعت‬
‫في سؤال التوفيق قبل شروعي وابتهجت بما ألهمته وألقي في روعي وها أنا أراعي عرفان المنن ومن راعى‬
‫روعي‬.
Ertinya: “Ketika aku mengarang kitab “At-Talqih Fi Gharaib Ulum Al-Hadits”
kemudian aku berfikir bahawa mengarang kitab tentang keajaiban ilmu Al-Quran
lebih utama, maka aku meminta taufiq kepada Allah sebelum memulai untuk menulis
kitab tersebut dan aku senang atas apa yang menginpirasiku dan apa yang terlontar
dalam fikiranku dan di sini aku panjatkan syukur atas pengetahuan dan kepada siapa
yang memberi ilham kepadaku”

Isi dan kandungan Kitab Funun Al-Afnan Fii ‘Uyun Ulum Al-Quran:
 Nubzah min fadhail Al-Qur'an (‫)نبذة من فضائل القرآن‬,
 Anna Al-Qur'an Ghairu Makhluq (‫)أن القرآن غير مخلوق‬,
 Nuzul Al-Qur'an 'Ala Sab'ati Ahruf (‫)نزول القرآن على سبعة أحرف‬,
 Kitabah Al-Mushaf wa hijaaihi (‫)كتابة المصحف وهجائه‬,
 'Adadu Suwar Al-Qur'an wa Ayatihi wa Kalimatihi wa Hurufihi wa Nuqatihi (‫عدد سور‬
‫)القرآن وآياته وكلماته وحروفه ونقطه‬,
 Dzikru Ajzail Qur'an (‫)ذكر أجزاء القرآن‬,
 'Adad Ayat As Suwar (‫)عدد آيات السور‬,
 Bayan As-Suwar Al-Makiyyah min Al-Madaniyyah (‫)بيان السور المكية من المدنية‬,
 Dzikru Al-Lughat Fi Al-Qur'an (‫)ذكر اللغات في القرآن‬,
 Adab Al-Waqfu wa Al-Ibtida (‫)آداب الوقف واالبتداء‬,
 Fi Tafsir An-nasakh,
 Al-Muhkam wa Al-Mutasyabih (‫ المحكم والمتشابه‬،‫)في تفسير النسخ‬,
 Min Musykil ma fi Al-Qur'an minhu harfun wahidun (‫من مشكل ما في الق—رآن من——ه ح—رف‬
‫)واحد‬,
 Min Al-Mutasyabih (‫)من المتشابه‬,
 Ibdal Kalimah bikalimah au Harf biharf min Al-Mutasyabih (‫إبدال كلمة بكلمة أو ح——رف‬
‫)بحرف من المتشابه‬,
 Al-Huruf Az-Zawa-id wa An-Nawaqish min Al-Mutasyabih (‫الحروف الزوائد والنواقص من‬
‫)المتشابه‬,
 Al-Mufrad min Al-Mutasyabih (‫)المفرد من المتشابه‬,
 Bab fihi masail ya'ya biha fi Al-Mutasyabih (‫)باب فيه مسائل يعايا بها في المتشابه‬,
 Bab Dziru Al-Awshaf Allati Syarakat Ummatuna fiha Al-Anbiya' (‫باب ذكر األوصاف التي‬
‫)شاركت أمتنا فيها األنبياء‬.
Pada bab “keutamaan al-Qur’an”, Ibnu Al-Jauzi memperkenalkan tentang besarnya
pahala bagi orang yang belajar al-Qur’an. Hal ini menjadi motivasi bagi yang membaca
buku ini, untuk terus ke perbahasan tentang ilmu-ilmu al-Qur’an pada perbahasan
berikutnya. Adapun dalam bab “al-Qur’an adalah kalamullah dan bukan makhluq”, Ibnu
Al-Jauzi menuliskan beberapa dalil yang menunjukkan bahwa al-Qur’an adalah
kalamullah dan bukan makhluq, beliau juga memaparkan dalil ijma’ para sahabat, tabi’in
serta imam-imam setelahnya dari abad ke abad, bahwa mereka sepakat bahwa al-Qur’an
adalah kalamullah dan bukan makhluk, yang mengatakan selain itu maka ia kafir. Pada
bab “turunnya al-Qur’an dalam tujuh huruf”, beliau menyebutkan perbezaan pendapat
para ulama terkait maksud daripada tujuh huruf. Lalu beliau menguatkan pendapat
bahawa yang dimaksud tujuh huruf itu adalah tujuh bahasa dari kaum Arab.
Pada bab “penulisan al-Mushaf dan pengejaannya”, beliau hanya membahas tentang
penulisan kata-kata yang memiliki perbezaan dengan kaedah penulisan bahasa secara
umum dan tidak serta merta membahasnya secara umum melainkan secara terperinci.
Pada bab “jumlah surat dalam al-Qur’an, ayat-ayatnya, kalimat, huruf-huruf dan titik-
titiknya”, beliau menyebutkan perbezaan dalam jumlah ayat al-Qur’an dengan menyebut
beberapa madzhab dalam penentuan ayat dalam al-Qur’an dengan dinisbatkan kepada
lima daerah, yakni Makkah, Madinah, Kuffah, Bashrah, dan Syam.
Terakhir beliau menyebutkan jumlah titik dalam al-Qur’an. Pada bab “bagian-bagian
al-Qur’an”, Ibnu Al-Jauzi menyebutkan beberapa tempat pembagian al-Qur’an dalam
rangka untuk membantu pembaca al-Qur’an dalam menghafal dan mengingat al-Qur’an.
Adapun dalam bab jumlah ayat dalam setiap surah, Ibnu Al-Jauzi menyebutkan jumlah
ayat al-Qur’an pada setiap surah dari al-Fatihah hingga an-Nas. Kemudian beliau juga
menyebutkan beberapa pendapat ahli qiroa’ah dalam jumlah ayat setiap surah dengan
menjelaskan pendapat yang disepakati dan dipertentangkan.
Adapun keutamaan kitab Funun al-Afnan Fii ‘Uyun Ulum al-Qur’an, di antaranya:
Memiliki pola susunan kalimat yang sederhana, jelas dan mudah difahami.
Menggabungkan dasar-dasar ilmu Al-Quran yang telah ada. Menjauhi penulisan judul
yang telah ditulis pada bahasan sebelumnya. Tulisannya ditulis atas dasar logik. Dalam
beberapa bab buku ini Ibnu Al-Jauzi melakukan perbandingan antara judul bab yang
dibahas dengan karangan sebelumnya.
Kitab ini ditulis setelah beliau menulis kitab tafsir Zad-Al-Masir Fii ‘Ulum al-Qur’an.
Hal ini tampak dari perkataan beliau dalam bukunya, “permasalahan ini telah saya
sebutkan dalam buku tafsir”. Menampilkan statistik ayat-ayat yang mutasyabih, bahkan
beliau meletakkan ayat-ayat yang mutasyabih dengan ayat mutasyabih lainnya dengan
berpasang-pasangan, walaupun terdapat dalam ayat dan surat yang berbeza-beza. Fasa ini
merupakan fasa yang ada di atas fasa pengelompokan lafaz-lafaz Al-Quran. Ibnu Al-Jauzi
memberikan pendapat yang kuat dalam permasalahan pokok, seperti dalam permasalah
tujuh huruf al-Qur’an.

iii- Perkara yang dikemukakan oleh Imam Ibnal-Jauziy dalam bab


‫بيان السور المكية من المدنية‬

Ayat-ayat Makkiyah ialah ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Makkah atau


sebelum Nabi Muhammad atau Rasulullah saw berhijrah ke Madinah. Ayat-ayat
Madaniyah ialah ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Madinah iaitu sesudah Nabi
Muhammad atau Rasulullah saw berhijrah ke Madinah. Al-Qur’an diturunkan kepada
Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam secara beransur-ansur selama dua puluh
tiga tahun, sebagian besar waktu Rasulullah dihabiskan di Makkah. Allah Subhanahu wa
Ta’ala berfirman. “Ertinya: Dan Al-Qur’an itu telah Kami turunkan dengan beransur-
ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami
menurunkannya bahagian demi bahagian” [Al-Isra: 106].
Oleh karena itu para ulama rahimahullahu membahagikan Al-Qur’an menjadi dua
bahagian iaitu Makkiyah dan Madaniyah. Sebenarnya, pengasingan ini adalah kerana
Quran diturunkan dalam dua musim, di Mekah dan di Madinah. Kedua-dua musim ini
dipisahkan oleh peristiwa yang bersejarah, iaitu hijrah Nabi Muhammad dan para sahabat
beliau ke Madinah. Tempoh kedua-dua musim itu ialah, di Mekah (sebelum Nabi
berhijrah) selama 12 tahun, 5 bulan, 13 hari. Sedangkan di Madinah (selepas Nabi
berhijrah) selama 9 tahun, 9 bulan, 9 hari.
Dengan demikian, bukan bermaksud semua surah yang diturunkan di Mekah itu
digolongkan dalam surah Makkiyah, atau surah yang diturunkan di Madinah itu
digolongkan dalam surah Madaniyah. Melainkan, bergantung pada bila surah itu
diturunkan dan bukan di mana surah itu diturunkan. Sehingga antara surah Makkiyah dan
surah Madaniyah masing-masing mempunyai perbezaan.
Perbezaan Ayat Makkiyah dan Madaniyah, ayat-ayat makkiyah pada umumnya
ayatnya pendek-pendek. Ayat-ayat madaniyah biasanya panjang-panjang. Surah
madaniyah merupakan 11 juz daripada 30 juz al-Quran. Ayat-ayat madaniyah ini
berjumlah 1,456 ayat. Manakala ayat-ayat makkiyah merupakan 19 juz daripada 30 juz
al-Quran, ayat-ayat makkiyah ini pula berjumlah 4,780 ayat. Ayat-ayat makkiyah pada
umumnya mengandungi hal-hal yang berhubungan dengan keimanan, ancaman dan
pahala, kisah-kisah yang terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti.
Manakala ayat-ayat madaniyah pula mengandungi hukum-hukum adat, duniawi,
kemasyarakatan, hukum tatanegara, hukum perang, hukum antarabangsa, hukum antara
bangsa, hukum antara agama dan lain-lain.
Persoalan mengetahui ayat-ayat makkiyah dan ayat-ayat madaniyah sangat erat
hubungannya dengan kemampuan seseorang dalam menerjemahkan dan menafsirkan
Alquran. Pengetahuan dalam bidang ini membantu dalam memahami makna dan
kandungan sebuah ayat, sebab antara ayat yang turun di Mekah dan ayat yang turun di
Madinah mempunyai ciri khas masing-masing.
Untuk menentukan pengertian ayat atau surah yang makkiyah dan madaniyah, ada
beberapa kriteria yang dikemukakan. Dari segi tempat, makkiyah bererti segala ayat yang
diturunkan di Mekah dan madaniyah bererti segala ayat yang diturunkan di Madinah.
Termasuk dalam pengertian di Mekah, tempat-tempat yang terletak di sekitarnya (Arafah,
Hudaibiah, dll.), dan termasuk pula pengertian di Madinah, tempat-tempat yang terletak
di sekitarnya (Badar, Uhud, dan lain-lain). Dari segi waktu, makkiyah bererti segala ayat
yang turun sebelum Nabi hijrah, sekalipun turunnya di Madinah; dan madaniyah bererti
segala ayat yang turun setelah hijrah Nabi sekalipun turunnya di Mekah. Di sini, yang
menjadi kriteria adalah waktu hijrah Nabi saw dari Mekah menuju ke Madinah.
Makkiyah bererti segala ayat yang isi pembicaraannya kepada penduduk Mekah dan
sekitarnya, dan madaniyah bererti segala ayat yang isi pembicaraannya ditujukan kepada
penduduk Madinah dan sekitarnya. Berdasarkan ketiga kriteria inilah orang mengatakan
setiap ayat yang berisi seruan kepada orang-orang mukmin “ ‫” َي ا َايُّـ َها اَّلـِذ ْيَن آَم ُنـْو ا‬
menunjukkan ia turun di Madinah, dan setiap ayat yang berisi seruan kepada manusia “ ‫َيا‬
‫ ” َايُّـَها الَّناُس‬menunjukkan ia turun di Mekah.
Surat al-Makkiy dan al-Madaniy itu bagi ilmu mempunyai beberapa faedah yang
terpenting iaitu sebagai penolong dalam menafsirkan al-Qur’an. Dapat dijadikan sebagai
alat bantu dalam menafsirkan al-Qur’an. Dengan ilmu ini dapat diketengahkan sejarah
Nabi SAW dengan cara mengikuti jejak langkah beliau dalam berdakwah baik ketika di
Makkah maupun ketika di Madinah. Dapat diketahui bentul-bentuk dan sekaligus
perbezaan terhadap gaya bahasa Al-Quran dalam mengajak manusia menuju jalan yang
benar. Dengan ilmu ini dapat diketahui di dalamnya hal-hal yang berkaitan dengan
pengetahuan tentang sejarah pembentukan sesuatu hukum sekaligus hikmah
pensyariatannya. Dapat diketahui lebih mudah ayat-ayat al-Qur’an yang nasikh dan
mansukh. Dapat diketahui mana ayat yang lebih dahulu diturunkan dan yang kemudian
diturunkan.
Mempelajari dan memahami ayat Makki dan Madani sangatlah penting dalam Ulumul
Qur’an, bukan hanya dari segi pengetahuan sejarah tetapi juga untuk memahami dan
menafsirkan ayat-ayat yang bersangkutan tersebut. Surah di dalam al-Qur’an berisi ayat
tentang dua waktu tersebut dan banyak para ulama yang memiliki perbezaan pendapat
dalam menentukan hal tersebut. Pengertian Makiyah dan Madaniyah menurut para ahli
tafsir iaitu meliputi tentang masalah ruang, waktu, subjek dan isi. Dan kegunaan
mempelajari ilmu ini antara lain dapat membezakan ayat-ayat nasikh dan mansukh,
mengetahui ciri khas gaya bahasa makki dan madani dalam al-Qur’an, dan untuk menjadi
alat pembantu dalam penafsiran al-Qur’an.

iv- Aktiviti pembelajaran kendiri untuk anak murid:


Tajuk: Membaca al quran
Kemahiran: Membaca, mendengar dan menaakul
Kaedah: Syarahan, soal jawab
Pengetahuan sedia ada:
1)Murid-murid mengetahui al quran sebagai kitab suci
2)Murid-murid mengetahui bahawa beriman kepada kitab merupakan salah satu rukun
iman
Kemahiran berfikir: Mengaitkan maklumat, membezakan maklumat serta membuat
kesimpulan
Pendahuluan Ucapan salam dan 1.Guru meminta Nilai: Khusuk
(3 minit) bacaan doa murid-murid untuk
membaca doa
‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬
‫ اللهم افتح علين—————————ا حكمت—————————ك‬2.Guru membaca
‫ وانشرعلينا من خزاءن رحمتك يا‬doa bersama dengan
‫ارحم الرحمين‬ murid-murid
Set Induksi 1.Apakah yang 1.Guru Kemahiran
(5 minit) terdapat di dalam menampalkan Berfikir:
gambar ini? sekeping gambar Membuat perkaitan
senaskhah al quran Sumbang saran
Andaian jawapan:
Senaskhah al quran 2.Guru menanyakan Strategi
kepada murid -berpusatkan murid
2.Tahukah murid- mengenai gambar -berpusatkan bahan
murid apa yang tersebut
cikgu mahu Pendekatan
mengajarkan apa? 3.Murid-murid -Deduktif
menjawab soalan
Andaian jawapan: guru Nilai
Tidak tahu -menumpukan
4.Guru mengaitkan perhatian
gambar dengan
tajuk akan akan Bahan bantu
dipelajari mengajar
-gambar
Langkah 1 Adab membaca al 1.Guru Nilai: khusyuk
(7 minit) quran menerangkan
kepada murid-murid Strategi:
-membaca al quran tentang pengertian -berpusatkan guru
mestilah dalam hadas
keadaan bersih dan
berwudu’ serta 2.Murid-murid
mengambil al quran mendengarkan apa
hendaklah dengan yang disampaikan
tangan kanan oleh guru
sebaik-baiknya
memegang dengan
kedua-dua belah
tangan
-membaca al quran
ditempat yang
bersih seperti
di rumah, musolla
dan yang paling
utama ialah masjid
-menghadap kiblat,
baca dengan
khusyuk dan tenang
sebaik-baiknya
berpakaian kemas.
-ketika membaca al
quran mulut hendaklah
bersih, tidak berisi
makanan, sebaik-baiknya
bersihkan dahulu seperti
bersugi
-sebelum membaca
alquran disunatkan
membaca istiazah
Langkah 2 Sambungan; 1.Guru Strategi
(6 minit) -membaca alquran menerangkan adab -berpusatkan guru
dengan tertil iaitu membaca alquran -berpusatkan murid
bacaan kepada murid-murid
yang perlahan dan
tenang 2.Murid-murid Nilai
-bagi orang yang sudah mendengar dengan -khusyuk
mengetahui teliti penerangan -berani mencuba
erti dan ayat-ayat guru -patuh
alquran,
disunatkan membaca 3.Guru meminta Bahan bantu
dengan penuh perhatian murid supaya mengajar
tentang ayat yang dibaca membaca semula -kitab
itu dan maksudnya adab membaca
-hendaklah diserapkan alquran secara
sepenuhnya erti dan beramai-ramai.
maksud lebih-lebih lagi
apabila sampai pada ayat 4.Guru membagikan
yang mengambarkan Kumpulan. 1
nasib orang yang kumpulan terdapat
berdosa 2 orang murid.
dan bagaimana hebatnya
siksaan yang disediakan 5.Setiap kumpulan
bagi mereka perlu
-membaca alquran membincangkan
dengan suara yang bagus satu adab membaca
dan merdu kerana dapat alquran
menambahkan tertarik
kepada alquran
-jangan diputuskan
bacaan alquran hanya
kerana hendak bercakap
dengan orang lain.
Pembacaan hendaklah
diteruskan sampai pada
batas yang telah
ditentukan.
Langkah 3 Belajar alquran dan 1.Guru Kaedah
(3minit) mengajarkan; menerangkan -komunikatif
tentang belajar
-merupakan kewajipan alquran dan
suci lagi mulia mengajarkan serta Nilai
-Hadith Rasulullah s.a.w hadith Rasulullah -khusyuk
yang bermaksud;” s.a.w -berani mencuba
sesungguhnya seseorang -patuh
yang berpagi-pagian 2.Murid-murid
pergi mempelajari ayat- mendengar Alat bantu
ayat dalam kitab Allah penerangan guru mengajar
lebih baik daripada orang -kitab
yang mengerjakan solat 3.Guru menjelaskan
sunat seratus rakaat” peringkat-peringkat
pembelajaran
-seterusnya hadith oleh alquran kepada
ibnu Abbas; Rasulullah murid
s.a.w bersabda (yang
bermaksud); sesiapa 4.Murid-murid
yang mendengarkan
mempelajari kitab penjelasan guru
Allah, kemudian
diamalkan isi terkandung 5.Guru meminta
di dalamnya, Allah akan murid-murid
melindunginya daripada mengulang semula
kesesatan dan akan kaedah-kaedah
dipelihara pada hari pembelajaran
kiamat daripada siksa alquran
yang berat.

Peringkat pembelajaran
alquran iaitu;

-Belajar membaca
sampai
lancar dan baik, menurut
kaedah-kaedah yang
berlaku dalam qiraat dan
tajwid
-belajar erti dan maksud
sehingga dapat
memahami maksud-
maksud yang terkandung
di dalamnya
-belajar menghafaz
sebagaimana yang
dilakukan oleh para
sahabat pada zaman
Rasulullah s.a.w
demikian juga pada
masa
tabiin dan seterusnya
diseluruh umat Islam
Langkah 4 Tugas mengajar alquran 1.Guru Nilai
(4minit) itu terkandung tiga menerangkan tugas -khusyuk
kemuliaan iaitu; mengajar alquran
-kemuliaan mengajar yang terkandung Strategi
yang merupakan kemuliaan serta -berpusatkan guru
warisnya tugas nabi hadith Nabi s.a.w
-kemuliaan membaca
alquran ketika mengajar 2.Murid mendengar
-kemuliaan mendalami penerangan guru
maksud yang terkandung
di dalamnya. Dengan
mengajar terus menerus
ia akan menjadi orang
yang mahir dan
memahami isi alquran

Hadith diriwayatkan oleh


Bukhari dan Muslim
daripada Siti Aishah r.a;
Nabi s.a.w yang bersabda
(yang bermaksud), orang
yang mahir membaca
alquran kelak akan
mendapat tempat di
dalam syuga bersama-
sama dengan rasul-rasul
yang mulia lagi baik, dan
orang yang membaca
alquran tetapi tidak mahir
dengan bacaan tersekat-
sekat dan agak berat
lidahnya (belum
lancar), ia mendapat dua
pahala.
Penutup Rumusan pelajaran yang 1.Guru merumuskan Nilai:
(2 minit) didapati; pelajaran yang -khusyuk
Mengulang semula setiap disampaikan. -patuh
isi penting

(2559 Patah Perkataan)


Bahagian II

ONLINE CLASS PARTICIPATION (10%)

Bincangkan topik berkenaan di dalam forum dan hantar bukti penglibatan forum dalam
perbincangan dalam talian.

Pada pendapat anda, adakah bahan-bahan bacaan berkaitan Ulum al-Quran mudah diperoleh
di pasaran?
Ulum al-Quran, iaitu ilmu-ilmu berkenaan al-Quran sangat penting dipelajari oleh
orang awam, bukan oleh pelajar agama sahaja. Hal ini disebabkan, bagi memudahkan mereka
memahami dan memanfaatkan al-Quran, mereka perlu memahami nature al-Quran itu sendiri,
berdasarkan ilmu-ilmu yang banyak ditulis oleh para ulama’ silam. Namun, situasi pada
zaman sekarang ialah, pertama, kebanyakan buku mengenai ilmu-ilmu Quran ini masih lagi
tersimpan kemas di dalam bahasa Arab. Kedua, buku-buku mengenai ilmu-ilmu Quran ini
sudah pun diterjemahkan, namun gaya bahasanya tidak menarik minat pembaca bagi
membacanya. Ketiga, penghasilan buku-buku berkaitan ilmu ini, seolah-olah terhenti setakat
perbahasan ulama’ silam sahaja, iaitu tidak banyak ilmu baru yang dihasilkan. Ilmu-ilmu ini,
perlu ditulis semula dalam bentuk yang menarik minat pembaca, misalnya dalam bentuk
game book, ataupun questionnaire, word search, puzzle dan sebagainya. Boleh juga
dihasilkan dalam bentuk flash card, buku bergambar, peta minda, carta, jadual dan lain-lain
Dalam keadaan dunia yang sedang pesat membangun dengan pelbagai teknologi yang
canggih, pengajian yang berkaitan dengan Ulum Al-Quran merupakan salah satu bidang yang
penting bagi umat Islam. Hal ini kerana, seseorang muslim itu mestilah mengetahui asas-asas
ilmu Ulum al-Quran bagi membolehkannya menjalankan tanggungjawab seharian terhadap
penciptaNya. Pengajian yang berkaitan dengan Ulum Al-Quran adalah salah satu bidang yang
penting agar membolehkan seseorang itu memahami atau mentafsir Al-Quran dengan cara
yang sempurna. Pembukuan tentang Ulum Al-Quran telah disusun pada abad ke 3 hijrah
namun secara tidak langsung telah bermula sejak zaman Rasulullah, sahabat dan tabi’in.
Cuma ketika itu perbahasan Ulum-Al-Quran masih tidak teratur bahkan masih berselerak
seperti buku ketika ini. Oleh yang demikian, lahirlah beberapa penulis tempatan yang telah
membukukan karya mereka tentang Ulum Al-Quran seperti Dr Rosmawati, Dr Zawawi dan
banyak lagi. Ini menunjukkan bahawa ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran adalah sangat
penting.
Seorang pengkarya Ulum Al-Quran hendaklah mencukupi ilmu tentang kajian Ulum
Al-Quran bahkan mempunyai pengalaman yang banyak dalam menghasilkan karya agama
agar tidak berlaku penyelewangan fakta. Di Malaysia terdapat beberapa karya tempatan yang
membukukan tentang Ulum Al-Quran. Antaranya ialah:
 Dr Rosmawati Ali @ Mat Zin
Beliau dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 26 Julai 1967. Penglibatan dan
pengalaman beliau dalam kerjaya akademik malahan aktif dalam penyuntingan,
penterjemahan dan penulisan dalam pelbagai bidang akademik seperti penghantar
Ulum Al-Quran. Karya Ulum Al-Quran kali pertama telah dicetak pada tahun 1997
oleh syarikat Prospecta Printers Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Dalam penulisan buku
Ulum al-Quran beliau terdapat lapan bahagian tajuk yang diperbahaskan iaitu
bahagian A, membahaskan takrif Ulum Al-Quran, tahap perkembangan, penulisan
Ulum Al-Quran beserta tokoh mengikut abad dan bidang/skop perbahasan mengenai
Ulum Al-Quran. Manakala bahagian B memperkenalkan tentang Al-Quran. Beliau
menjelaskan definisi Al-Quran dari sudut bahasa dan istilah, kelebihan Al-Quran,
menyenaraikan nama-nama Al-Quran seperti Al-Furqan, Al-Mau’izah, Al-Kitab, Al-
Nur, Al-Busyra, Al-Zikr, Al-Majid dan Al-Tanzil. Selain itu, beliau juga menyatakan
bahawa Al-Quran sebagai mukjizat beserta definisi mukjizat dan tujuannya,
menyenaraikan keistimewaan Al-Quran dan menceritakan tentang penulisan,
pengumpulan dan pembukuan Al-Quran mengikut pelbagai zaman. Bahagian C
berkenaan wahyu dan dihuraikan secara terperinci mengenai wahyu termasuk definisi,
jenis-jenis wahyu, cara penurunan wahyu, kepentingan wahyu dan tokoh penulis
wahyu seperti Zaid bin Thabit, Ubai bin Ka’ab dan muawiyah ibn Abu Sufian.
Bahagian D pula adalah Nuzul Al-Quran mengikut tahap dan ayat pertama dan
terakhir yang diturunkan mengikut pendapat ulama yang diakhiri dengan rumusan
suara ramai ulama. Setelah itu, dinyatakan tentang penyusunan AL-Quran dalam
bahagian E yang hanya ada tentang cara mengetahui ayat dan pembahagian surah.
Bahagian F mengemukakan tentang sebab nuzul al-Quran dan pembahagian nuzul al-
Quran. Bahagian seterusnya mengenai ayat makki dan madani secara umum dan ciri-
ciri mengenal ayat dan penyusunan ayat serta jumlah surah Al-Quran.
 Dr Mohamad Zawawi Abdullah
Karya tempatan seterusnya adalah Dr Mohamad Zawawi yang menghasilkan buku
yang bertajuk ‘Ulum al-Quran satu pengenalan’ dalam edisi rumi pada tahun 2015.
Buku ini dicetak oleh syarikat Gempita Maju Sdn Bhd, Selangor dan telah diluluskan
dan diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Buku ini terbahagi kepada enam topik/bab, setiap bab akan mengisahkan mengenai
ulum Al-Quran dengan terperinci. Topik pertama tentang pengenalan ulum Al-Quran
yang terdapat tiga sudut makna ulum dan Al-Quran dari lafaz bahasa, syara’ dan lafaz
mengikut ulama-ulama terkenal dalam penulisan masing-masing. Selain itu, takrif
ulum Al-Quran dengan makna idhafi serta penyusunanya juga dijelaskan Bersama-
sama faedah mempelajari ilmu al-Quran, sejarah perkembangan ulum Al-Quran dan
penyusunannya. Topik kedua tentang nuzul al-Quran, peringkat nuzul, kewujudan al-
Quran di Luh Mahfuz, di Baitul Izzah dan di bumi. Topik ketiga pula dibahaskan
tentang Makiyyah dan Madaniyyah secara terperinci dalam surah-surah dan cara
mengenali Makiyyah dan Madaniyyah. Cara penulisan al-Quran pila dibahaskan
dalam topik keempat iaitu berkenaan rasm Mushaf, hukum penulisan dan perkara-
perkara baharu dalam penulissan. Lalu ceritakan tentang pengumpulan al-Quran serta
sejarahnya mengikut setiap zaman. Dan topik terakhir adalah tentang ilmu tafsir.
Kesimpulannya, ilmu Al-Quran adalah ilmu yang menyeluruh tentang ciptaan Allah
SWT. Ulum Al-Quran adalah salah satu ilmu yang menerangkan tentang Al-Quran agar
umat Islam dapat menghayati ilmu-ilmu yang ada pada Al-Quran. Kelahiran penulis yang
berpengalaman dan berilmu tentang perjalanan cerita Ulum-Al-Quran sejak zaman
Rasulullah dapat menghalang umat Islam menjadi umat yang jahil tentang kemukjizatan Al-
Quran. Karya-karya yang dihasilkan oleh penulisan tempatan bukanlah cerita kosong semata-
semata melainkan merujuk kepada kitab utama pada suatu zaman dahulu iaitu kitab al-
Burhan dan al-Itqan. Bahkan kitab tersebut masih digunakan banyak ulama sebagai rujukan
dalam menyampaikam ilmu kepada masyarakat.
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Sahlawati Abu Bakar. (2021). ADSQ1103 Pengenalan kepada Ulum Al-Quran. Open
University Malaysia.

Dr Mustaffa Abdullah. (2014). Ulum Al-Quran. Selangor Ehsan. Meteor Doc Sdn Bhd

Rosmawati Ali (1997). Penghantar Ulum Al-Quran. Selangor Darul Ehsan. Prospecta Printers
Sdn Bhd

Muhamad Zawawi Abdullah. (2015). Ulum Al-Quran Satu Pengenalan. Selangor Darul
Ehsan. Gempita Maju Sdn Bhd

Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat. (2021) Di akses 10 Mac 2022 dari
http://fppi.kuis.edu.my/images/buku/pengajian-tahfiz-al-quran-dan-al-qiraat-siri-1-2021.pdf

Ibnu Al-Jauzi. (2022). Diakses 9 Mac 2022 dari https://id.wikipedia.org/wiki/Ibnu_al-Jauzi


Mengenal Kitab Funun Al-Afnan Fii Uyun Ulum Al-Quran Karya Imam Ibnu Al-Jauzi.
(2021). Diakses 9 Mac 2022 dari https://www.jejakmufassir.my.id/2021/02/mengenal-kitab-
funun-al-afnan-fii-uyun.html

Kajian Literatur Kitab Funun Al-Afnan Fi ‘Aja’ibi Ulum Al-Quran Karangan Imam Ibnu Al-
Jauzi. (2011). Diakses 9 Mac 2022 dari http://hermanmoslem.blogspot.com/2011/07/kajian-
literatur-kitab-funun-al-afnan.html

Anda mungkin juga menyukai