Anda di halaman 1dari 10

JURNAL MINGGU 10 (17 APRIL 2017- 21 APRIL 2017)

ISU/MASALAH : PENAMPILAN DAN KEBERSIHAN DIRI MURID-MURID

Masalah
Sepanjang 11 minggu menjalani praktikum di Sekolah Kecemerlangan Kluster, SJK
(T) Bandar Mentakab, saya berdepan dengan masalah penampilan dan kebersihan diri
murid-murid. Murid-murid tidak menjaga kekemasan dan kebersihan pakaian, dan diri
sendiri. Saya dapati, murid-murid tidak mengambil berat dan memandang serius tentang
kebersihan dan kekemasan diri. Murid-murid tidak memasukkan baju ke dalam seluar
supaya Nampak lebih kemas. Selain itu, murid-murid akan bermain dalam berpakaian
sekolah sehingga baju mereka kotor dan berbau. Kebanyakan murid-murid datang pada
waktu pagi dengan berpakaian bersih dan kemas, akan tetapi, mereka akan mula
berkeadaan kotor dan berbau setelah bermain-main terutama selepas waktu rehat.
Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang murid-murid sekolah.
Seharusnya, murid-murid menjaga penampilan diri dari segi kekemasan dan kebersihan diri.
Malahan, terdapat murid-murid yang mempunyai bau badan yang busuk. Masalah
kebersihan ini bukan sekadar berlaku kepada murid Tahap 1, malah melibatkan murid
Tahap 2.
Sebagai seorang guru, perkara ini membimbangkan kerana ianya melibatkan imej
sekolah dan guru-guru. Sekiranya pihak luar datang ke sekolah dan mendapati murid-murid
tidak berpakaian kemas dan kotor, mereka akan menyalahkan guru-guru dan pihak sekolah.
Ini akan memberikan malu dan merosakkan imej guru dan sekolah.saya menyifatkan
keadaan ini dalam fasa membimbangkan dan perlu diatasi segera. Selain itu, proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan lancar sekiranya murid-murid
berkeadaan bersih dan kemas.

Analisis masalah
Dalam sesuatu kehidupan manusia, kebersihan diri merupakan salah satu unsur
yang penting. Menjaga kebersihan adalah amalan terpenting dalam kehidupan seharian
kerana kebersihan tonggak kehidupan yang selesa dan harmoni. Kebersihan
menggambarkan perwatakan dan keperibadian seseorang individu di mata masyarakat.
Kebersihan perlu diambil berat dan diamalkan sejak masih kecil lagi. Murid-murid
sepatutnya menjadikan penampilan yang kemas dan menjaga kebersihan sebagai satu
budaya hidup seharian terutama ketika berada di sekolah. Ini kerana, sekolah merupakan
tempat murid-murid menimba ilmu pengetahuan. Sekiranya suasana dan diri tidak bersih
dan kemas akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu seterusnya mengganggu
tumpuan dan perhatian murid-murid menimba ilmu pengetahuan. Menurut Islam:

“Islam menganjurkan umatnya sentiasa mengamalkan kebersihan mencakupi kebersihan


diri, keluarga, tempat tinggal dan tempat beribadat kerana suasana bersih dan suci
membawa kepada persekitaran sihat, selamat dan impak kesejahteraan kepada umum.”

Sementara itu, seperti yang kita semua sedia maklum, agama Islam juga
menitikberatkan soal kebersihan. Menurut Sabda Rasulullah SAW:

” Kebersihan merupakan sebahagian daripada iman”

Kita harus sedar bahawa menjaga kebersihan dapat menghindarkan diri dari terkena
jangkitan penyakit. Maka, kita bertanggungjawab menjaga kebersihan dan kekemasan diri.

Cadangan Penambahbaikan
Dalam mengatasi masalah kebersihan dan kekemasan diri murid-murid, ianya
menjadi tanggungjawab semua pihak di sekolah. Murid-murid bertanggungjawab terhadap
diri sendiri, guru pula bertanggungjawab menegur dan menunjukkan contoh teladan yang
baik kepada murid-murid. Pihak sekolah pula bertanggungjawab seperti mengadakan
kempen kebersihan dan menguatkuasakan peraturan kebersihan dan kekemasan diri murid-
murid.
Guru-guru merupakan individu yang paling penting dalam memastikan murid-murid
menjaga kebersihan dan kekemasan diri. Guru tidak seharusnya membiarkan perkara ini
berlaku kerana ianya melibatkan imej guru. Guru perlu sentiasa menegur dan tegas
terhadap kebersihan murid-murid. Teguran secara terus merupakan cara yang terbaik untuk
mengatasi masalah ini. Sekiranya terdapat murid-murid yang kemas dan bersih dalam
penampilan diri, guru perlu memberi pujian kepada murid tersebut dan menjadikan contoh
kepada murid-murid lain.
Selain itu, penampilan guru juga harus dijaga kerana murid-murid menganggap guru
merupakan contoh yang terbaik kepada mereka. Sekiranya guru tidak menjaga kekemasan
dan kebersihan akan memberi kesan kepada murid-murid. Murid-murid akan beranggapan
kenapa mereka mesti menjaga kekemasan dan kebersihan diri sekiranya guru tidak
melakukan sedemikian.
Tempoh penyelesaian
24/04/2017 hingga 28/04/2017 iaitu selama 5 hari.

Tindakan susulan
Guru seharusnya memberi nasihat dan teguran secara berterusan. Ini kerana,
menjadi tanggungjawab guru-guru untuk menegur murid-murid dan mengatasi masalah ini
supaya tidak berlarutan. Ketika proses P&P, guru-guru mengingatkan dan menegur murid
tentang menjaga kebersihan. Teguran tidak terhad di dalam kelas sahaja, tetapi boleh
dilakukan di mana-mana sahaja sekiranya bertemu murid-murid yang tidak berpakaian
kemas dan kotor.

Catatan
Dalam memastikan kehidupan selesa dan harmoni, kebersihan diri seharusnya
diambil berat terutama kepada murid-murid yang sedang menimba ilmu pengetahuan.
Murid-murid perlu berada dalam keadaan bersih dan kemas supaya proses P&P berjalan
dengan berkesan. Selain itu, guru-guru semestinya menunjukkan contoh teladan kepada
murid-murid kerana guru merupakan contoh ikutan terbaik untuk murid-murid. Kebersihan
melambangkan keperibadian murid-murid, guru dan imej sekolah.

Pandangan/Komen Pensyarah Pembimbing/ Guru Pembimbing :


_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
JURNAL MINGGU 9 (10 APRIL 2017 – 14 APRIL 2017)

ISU/ MASALAH : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN


PENULISAN MEMBINA AYAT MELALUI PENGAPLIKASIAN KAEDAH ‘KAD
SO’ BAGI MURID TAHUN 4

MASALAH

Isu ini sudah lama wujud dalam kalangan murid-murid di tahun 4 Kambar dan ini
merupakan masalah yang menjadi intipati kepada kertas cadangan kajian tindakan saya.
Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi
pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), di samping membudayakan unsur
Kemahiran Berfikir Asas Tinggi (KBAT), Lembaga Peperiksaaan Malaysia telah
memperkenalkan satu format peperiksaan baru pada hujung tahun 2015 dan format ini telah
mula diaplikasikan mulai tahun 2016. Berdasarkan format ini, kerta penulisan terdiri daripada
tiga item iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A merangkumi soalan
membina ayat yang lengkap dan gramatis. Kajian saya juga adalah berkaitan dengan
masalah yang ditempuhi oleh murid-murid untuk menjawab Bahagian A ini. Masalah
membina ayat yang lengkap dalam penulisan terutama dalam penulisan bahagian A akan
mengganggu murid mendapat markah yang baik dalam penulisan Bahasa Melayu. Selain
itu, jika murid tidak dapat membina ayat dengan baik menyebabkan murid tidak mampu
untuk membina sebuah karangan yang baik dalam penulisan bahagian B dan C. Masalah
membina bina ayat ini dikesan semasa saya menyemak latihan murid di dalam buku latihan
penulisan. Saya dapati murid gagal membina ayat dengan baik. Struktur ayatnya tidak
tersusun dengan betul. Murid gemar menggunakan bahasa pertuturan atau bahasa pasar
semasa menulis ayat.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat khususnya
teknik menjawab soalan bina ayat bahagian A dalam kertas penulisan mengikut format
kertas bahasa Malaysia UPSR terkini dengan mengaplikasikan kaedah ‘Kad So’ bagi murid-
murid Tahun 4 Kambar di Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil Bandar Mentakab. Seramai 21 orang murid dalam kelas 4 Kambar dijadikan sebagai
respondan kajiian ini. Selain itu , saya juga ingin meningkatkan pemahaman mereka dalam
aspek membina ayat yang betul dan lengkap. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kelas, ujian diagnostik pada awal praktikum fasa
III, ujian penilaian 1 (UP1) dan juga menerusi semakan latihan dalam buku latihan. Saya
dapati sebilangan besar murid yang berkaliber untuk memperoleh keputusan baik agak
lemah dalam mengembangkan idea mereka dalam bentuk ayat dan mereka juga kerap
melakukan beberapa kesilapan dalam pembinaan ayat iaitu dari segi morfologi dan
sintaksis.

Rentetan daripada isu yang dibincangkan saya telah mengambil keputusan untuk
melakukan satu anjakan paradigma bagi meningkatkan kemahiran membina ayat dalam
kalangan murid-murid yang dianggap sebagai bukan penutur jati bahasa kebangsaan.
Pencetusan idea saya telah menghasilakan satu kaedah yang dinamakan sebagai kaedah
‘Kad So’ atau kad soalan yang berbentuk tapak tangan manusia yang mampu meningkatkan
kemahiran membina ayat anak-anak didik saya ini. Saya percaya bahawa dengan
penggunaan kaedah ini murid mampu untuk membina ayat yang gramatis menggunakan
maklumat yang terdapat di dalam gambar. Aplikasi kaedah ini dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia di bilik darjah akan meningkatkan pencapaian murid dalam
kemahiran menulis khususnya kemahiran menulis ayat dan karangan.

ANALISIS MASALAH

Merenung balik pengalaman berpraktikum saya pada fasa pertama selama sebulan di
sebuah sekolah kekurangan murid di ladang Selborne lagi, sehingga kini pada praktikum
fasa ketiga di sebuah sekolah kluster kecemerlangan yang tersohor di negeri pahang ini,
masalah dalam pembinaan ayat dapat dikenal pasti ketika pelaksanaan sesi pengajaran dan
pembelajaran bahasa Malaysia. Tidak mengira sekolah kurang murid dengan bilangan
muridnya 36 orang secara keseluruhannya mahupun sekolah kecemerlangan kluster yang
menrangkumi bilangan murid yang ramai iaitu lebih kurang 520 orang murid, isu ini memang
wujud di mana-mana sekolah merata-rata di Malaysia dalam kalangan pengguna bahasa
Malaysia sebagai bahasa kedua. Dalam praktikum fasa ketiga ini, saya telah memperoleh
satu peluang keemasan untuk mengenali cara pengurusan sekolah yang agak berbeza di
sebuah Sekolah Kecemerlangan Kluster yang bernama SKK SJK(T) Bandar Mentakab.
Segala ilmu pedagogi yang ditimpa di Institut Pendidikan Guru (IPG) dapatlah juga
dipraktikkan di sekolah ini. Di sinilah cetusnya buah fikiran untuk memulakan satu kajian
penyelidikan yang menjuruskan kemahiran menulis dengan menjadikan seramai 21 orang
anak-anak didik saya di tahun 4 Kambar sebagai responden kajian saya.

Isu atau masalah yang dibincangkan dalam cadangan kajian penyelidikan saya ini
merupakan satu kekangan yang telah saya kenal pasti setelah menjalankan ujian diagnostik
bahasa Malaysia pada minggu pertama lagi. Meninjau latar belakang murid-murid di 4
Kambar, kelas ini sebenaarnya merangkumi 34 orang anak didik yang mempunyai aras
pengetahuan yang pelbagai, iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Terdapat 13 orang murid
yang sedang mengikuti kelas intervensi pemulihan bagi mata pelajaran bahasa Malaysia
dan tahap pelahiran mereka dalam kemahiran menulis hanya setakat membina frasa. Jadi,
saya hanya memilih 21 murid yang lain dalam kelas sebagai responden bagi kajian saya.
Berdasarkan pemerhatian serta temu bual dengan guru kelas dan guru-guru lain yang
mengajar mereka, saya mendapati bahawa 21 murid yang dipilih di dalam kelas ini juga
masih lagi mengalami masalah dalam kemahiran berbahasa terutamanya melibatkan
kemahiran menulis.

Apabila disebut masalah dari segi penguasaan kemahiran menulis, antara isu yang
wujud ialah mereka sering kali membuat kesalahan ejaan, tanda baca, menjarakkan
perkataan yang ditulis dalam ayat, penggunaan huruf kecil dan huruf besar serta
pengimbuhan kata yang tidak menepati sistem ejaan yang betul. Hal ini telah menyebabkan
murid tidak dapat menguasai kemahiran menulis dan sering kali melakukan kesalahan yang
sama. Setelah memperoleh satu bayangan awal secara keseluruhan tentang penguasaan
murid terhadap kemahiran bahasa Malaysia, saya telah mula memberikan perhatian dalam
aktiviti menulis yang melibatkan pembinaan ayat secara ansur maju semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dengan membaiki dan memberikan bimbingan ketika
melaksanakan aktiviti di dalam kelas. Tetapi, murid masih melakukan kesilapan yang sering
berulang dan menampakkan kecuaian murid semasa aktiviti menulis ayat sama ada
menyalin semula daripada paparan slaid atau lembaran kerja atau aktiviti membina ayat
sendiri berdasarkan perkataan yang diberikan.

Setelah memerhatikan mereka secara tiga minggu berterusan, saya dapati ramalan
awal yang cetus dalam minda saya memang tepat berkaitan isu ini dan tidak dapat dinafikan
bahawa murid-murid dalam 4 Kambar memang agak lemah dalam aspek pembinaan ayat
khususnya dari segi sintaksis iaitu penstrukturan ayat dan juga dari segi aspek
pengembangan idea. Anak-anak didik saya sebenarnya dapat memahami situasi yang
digambarkan dalam grafik dan juga dapat memilih kosa kata yang betul, cuma mereka agak
lemah dalam mengembangkan bahagian predikat dalam suatu ayat. Jadi, menggulungkan
isu-isu yang wujud berteras kepada masalah ini dapatlah dirumuskan bahawa kemampuan
anak-anak didik di 4 Kambar adalah setakat membina ayat tunggal tanpa sebarang
pengembangan pada bahagian predikat. Tuntas kata, sebagai seorang bakal pendidik yang
akan mengubah nasib anak-anak generasi akan datang, saya bertanggungjawab dalam
mencorakkan kehidupan anak-anak didik saya dengan membawa perubahan.

Merujuk Teori Pembelajaran Gagne (1974) yang berteraskan susunan urutan pelbagai
kemahiran kecerdasan dan tiap-tiap satunya adalah syarat mutlak untuk menguasai sesuatu
kemahiran sebelumnya. Kemahiran kecerdasan pertama dalam pembelajaran diskriminasi
iaitu membezakan simbol-simbol. Setelah menguasai kemahiran ini, barulah dapat
membentuk konsep. Dalam pembelajaran konsep, murid mestilah membuat diskriminasi
antara unsur, kemudian mengelas dan membahagikan unsur itu dalam kumpulan untuk
membentuk hukum. Oleh itu, kemahiran kecerdasan membolehkan seseorang 'mengetahui
bagaimana' hendak melakukan sesuatu tindakan dan bukan hanya semata-mata
'mengetahui apa' keadaan yang wujud. Ini bermakna kemahiran kecerdasan meliputi
pelbagai unit maklumat berbahasa seperti fakta, tarikh, simbol dan huraian serta kebolehan
menggunakan maklumat itu. Teori Pembelajaran Gagne saya terapkan dalam menghasilkan
rumus “Kad SO”. Melalui pengaplikasian ‘Kad SO’, murid perlu menjawab tiga daripada lima
soalan yang siap dirangka dalam ‘Kad SO’ untuk menghasilkan satu ayat lengkap dan
gramatis. Setelah memahami konsep ini, barulah murid dapat mengetahui bagaimana untuk
membina ayat gambar tunggal.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Kaedah ‘Kad SO’ yang akan digunakan dalam kajian saya berteraskan kepada satu
teknik baru untuk membantu murid menguasai kemahiran membina ayat berdasarkan
gambar tunggal pada bahagian A kertas penulisan bahasa Malaysia. Teknik ini melibatkan
satu rangka tapak tangan yang merangkumi kata soalan pada setiap jari pada bahagian
hadapan dan ruang yang dikosongkan pada bahagian jari di belakang tapak tangan pula
perlu diisi dengan lima kata kerja berserta objeknya yang dapat dikesan dalam gambar
berkenaan. Pada bahagian hadapan juga siap dicatat satu rumus yang perlu diikuti oleh
murid untuk membina satu ayat yang lengkap dan jelas. Berikut adalah rangka ‘Kad SO’
bahagian hadapan dan juga bahagian belakang seperti yang telah diterangkan.

del ‘Kad SO” Rajah 3 : Bahagian belakang rangka model ‘Kad SO”
Model rangka ‘Kad SO’ atau kad soalan ini akan dicetak dan dilapiskan dengan
cantuman lekat (laminate) dan setiap responden kajian akan memperoleh sekeping ‘Kad
SO’ dalam setiap sesi latihan membina ayat. Sebaik sahaja mereka didedahkan dengan
cara penggunaannya mengikut prosedur yang betul, guru akan memperbanyak latihan
membina ayat dengan mengaplikasikan kaedah ini. Idea pengaplikasian rangka tapak
tangan dalam teknik ini adalah supaya murid tidak terlepas pandang untuk membina lima
ayat seperti yang dikehendaki dalam soalan. Penggunaan rangka tapak tangan dalam
model ‘Kad SO’ juga mengaitkan pegetahuan langsung murid iaitu melibatkan anggota
badan sendiri sesorang membolehkan murid itu mengingati rumus ini dengan mudah untuk
jangka masa yang agak panjang. Hal ini jelas terbukti berdasarkan Teori Pembelajaran
Sosial Vygotsky (1960) yang menegahkan prinsipnya bahawa guru seharusnya
mengaitkan isi pelajaran yang diajarkan kepada murid dengan situasi sebenar. Apabila
sesuatu isi pelajaran itu dikaitkan dengan situasi sebenar, murid secara tidak langsung akan
lebih memahami sesi pengajaran yang disampaikan oleh guru.

TEMPOH PELAKSANAAN

Satu sesi percubaan bagi pengaplikasian kaedah ini akan dijalankan dalam dua minggu ini
iaitu itu bermula dari 17 April 2017 hingga 28 April 2017 (2 minggu) untuk mengetahui
keberkesanan pengaplikasian kaedah ini.

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Jadual di bawah menunjukkan jadual pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam kajian
tindakan ini.

BIL. AKTIVITI TARIKH CATATAN


PELAKSANAAN
08 FEBRUARI 2017 -Semasa
1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal
praktikum Fasa 3

12 FEBRUARI 2017 -Semasa


2 Menulis proposal kajian
praktikum Fasa 3

12 FEBRUARI 2017 -Semasa


3 Merancang tindakan
praktikum Fasa 3

4 Mesyuarat pembinaan ujian pra / pos SEPTEMBER 2017 -Internship

5 Pelaksanaan ujian pra SEPTEMBER 2017 -Internship

6 Memproses data ujian pra SEPTEMBER 2017 -Internship


7 Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian SEPTEMBER 2017 -Internship

8 Analisis data untuk ujian pra dan pemerhatian SEPTEMBER 2017 -Internship

9 Pelaksanaan ujian pos SEPTEMBER 2017 -Internship

10 Refleksi kajian SEPTEMBER 2017 -Internship

11 Penulisan laporan kajian SEPTEMBER 2017 -Hujung


Semester 8

12 Pembentangan dapatan kajian OKTOBER 2017 -Hujung


Semester 8

≥Pandangan/Komen Pensyarah Pembimbing/ Guru Pembimbing :


________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Jadual 3 : Pelaksanaan Kajian TIndakan
________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai