Anda di halaman 1dari 7

UQUBAH

Definisi
Abdul Qadir Audah memberikan definisi hukuman sebagai berikut: Hukuman adalah pembalasan atas pelanggaran perintah syara yang ditetapkan untuk kemaslahatan masyarakat.

Uqubah hukuman dalam sistem hukum Islam terbagi kepada tiga kategori utama iaitu : uqubah hudud, uqubah qisas dan diat uqubah tazir.

Jenis Uqubah dan tujuannya Uqubah hudud dan uqubah qisas serta diat adalah untuk menjaga tujuan-tujuan utama dari syara (maqasid syariah). Uqubah al-riddah (orang-orang murtad) adalah untuk menjaga agama. Uqubah qisas, diat dan sebagaian dari uqubah perompakan (uqubat had al-hirabah) adalah untuk menjaga diri dan lainnya.

Uqubah zina dan qazaf adalah untuk menjaga keturunan. Uqubah mencuri (Uqubah al-sariqah) dan sebagian dari uqubah perompakan adalah untuk menjaga harta manakala uqubah mabuk (uqubah al-Shurb) adalah untuk menjaga akal.

TUJUAN HUKUMAN
Tujuan utama dalam penjatuhan hukuman dalam syariat Islam ialah Pencegahan dan Pengajaran serta Pendidikan. Pencegahan ialah menahan pelaku agar tidak mengulagi perbuatan jahatnya atau agar ia tidak terus menerus memperbuatnya, disamping pencegahan terhadap orang lain.

Konteks pendidikan
Sebagai pencegahan kepada anak-anak daripada melakukan kesalahan dan mendidik mereka menjadi insan yang baik. Tujuan dilaksanakan hukuman adalah sebagai iktibar atau pengajaran dan bukannya untuk mencederakannnya. Hukuman dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Anda mungkin juga menyukai