Anda di halaman 1dari 59

PENDIDIKAN SAINS & PEMBANGUNAN MANUSIA (GGGC6243)

TUGASAN 1 KEJADIAN MANUSIA & EMBRIOLOGI


NAMA PENSYARAH: DR. ZANATON BT H. IKSAN AHLI KUMPULAN: NOR ADILLINA BT MOHD RAMLI (P66415) NOORLEHA BT MOHD YUSOFF (P66414) FARIHAH BT MOHD. JAMEL (P66318) MOHD FAIRUS B. AZIZ (P61711)

FITRAH MANUSIA
Perkataan fitrah berasal dari Bahasa Arab yang bererti sifat, asal kejadian, kesucian, bakat atau tabiat. Gym (2005) fitrah sebagai tabiat yang suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahir, dan belum pernah disentuh atau diubah. Fitrah merupakan: sesuatu pemberian atau anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia sama ada dalam bentuk fizikal atau mental. Suatu ketetapan Tuhan sejak manusia itu belum dilahirkan, yang merangkumi aspek potensi, bakat semula jadi, keupayaan mental dan fizikal.

Fitrah Kejadian Manusia


Maksudnya: Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

Maksudnya: Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;

Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambahtambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Maksudnya: Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (Surah Ash-Shams 91: 7-10)

HAKIKAT MANUSIA AL QURAN


Manusia makhluk ALLAH paling unik, hanya diketahui penciptaannya dari Al quran (sumber utama) :

Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Furqan 25: 6)

KEAJAIBAN AL QURAN

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan AlQuran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (Surah Al-Hijr 15: 9)

KEBENARAN AL QURAN
Maksudnya: Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanakkanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai. (Surah Al-Haj 22: 5)

EMBRIOLOGI
Embriologi ialah ilmu yang membincangkantentang proses kejadian bayi dalam rahim di peringkat awal kandungan. Di peringkat itu bayi dikenali sebagai embrio.(nama yang digunakan bagi bayi yang berumur lebih kurang lapan minggu dalam rahim ibu). Mengikut sejarah, gambaran yang pertama tentang kedudukan bayi dalam rahim pemah dibuat oleh Leonardo da Vinci pada abad kelima belas. Kajian mendalam setelah mikroskop dicipta pada abad ketujuh belas olehLeeuwenhoek Namur kefahaman yang betul dan terperinci tentang tahap tahap kejadian ini hanya diketahui pada abad kedua puluh oleh Streeter pada tahun 1941 dan kemudiannya di lengkapkan oleh O'Rahilly pada tahun 1972.
The Journal of the Islamic Medical Association, Vol. 18, Jan-June 1986.

Lukisan embrio Leonardo da Vinci : janin dalam rahim

Lukisan kajian embrio Leonardo telah dibuat antara tahun 1510-1512

MANUSIA MENURUT BIDANG ILMU PENGETAHUAN ILMU BIOLOGI


Secara biologi, manusia diklasifikasikan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia), spesies primate dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Spesies primate ini terdiri dari seluruh monyet dan manusia. Primate berasal dari kata Latin Primates, yang bererti "salah satu yang pertama, terbaik, noble".

MANUSIA MENURUT AL QURAN


AL-BASYAR bermaksud baik dan indah Secara etimologi bermaksud kulit. Secara biologi, bagi manusia, kulit ialah bahagian terbesar pada manusia dan ini yang membezakannya dari haiwan, yang lebih didominasi oleh bulu atau rambut. Juga bererti mulasamah: persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan.

MANUSIA MENURUT AL QURAN


AL-INSAN bermaksud harmonis Secara etimologi bermaksud harmonis, lemah lembut dan pelupa. Manusia sebagai makhluk yang terdiri dari jasmani dan rohani. Harmonisasi ini menjadikannya unik dan istimewa. Juga menunjukkan proses kejadian manusia yang sederhana. Baik dari segi biologi (tanah,rahim) ke spiritual (peniupan roh). Menunjukkan ketertinggian darjat manusia yang mana hanya dia yang layak menjadi khalifah dan memikul beban amanah ini, berbekalkan keistimewaan ilmu, akal, kemahiran berbicara (al-bayan) dan membuat keputusan (al-tamyiz)

MANUSIA MENURUT AL QURAN


AN-NAS bermaksud makhluk hidup dan sosial Lebih umum dari perkataan al-insan Makhluk sosial, yang melakukan pelbagai aktiviti untuk mengembangkan hidupnya antara lain,sering melakukan kerosakan Merupakan makhluk yang lebih mulia dari malaikat Mempunyai sifat fitrah iaitu adanya dasar kebajikan dengan potensi iman terhadap keesaan Allah (tauhid) Dilengkapi dengan fitrah dan potensi untuk menjayakan misi amanah Allah

TEORI ABIOGENESIS
Teori pertama yang tentang kejadian manusia yang diperkenalkan oleh Aristotle (384-322M) disebut sebagai teori Abiogenesis atau Generasio Spontanea Menurut teori ini, semua yang hidup muncul secara terus menerus dari yang mati atau objek Namun teori ini diragui oleh Lazardo Spanlazani, Frencesco Redi (dari Itali) dan Louise Pasteur (dari Perancis). Mereka berjaya membuktikan bahawa makhluk hidup bukan daripada objek yang mati. Semenjak itu pada tahun 1860, telah muncul teori baharu yang menyatakan bahawa semua makhluk yang hidup berasal dari yang hidup sebelumnya (omne vivum ex vivo) Ir.H.Basit Wahid(1983)

TEORI EVOLUSI DARWIN


Teori evolusi telah diperkenalkan oleh Charles Darwin(1809-1882) dan merupakan lanjutan daripada teori omne vivum ex vivo. Teori ini menyatakan bahawa semua makhluk hidup mengalami evolusi menuju kesempurnaan dan kebahagiaan. Hal ini dapat dilihat melalui diagram yang dibuat oleh Washburn (tahun 1960).

Darwin berpendapat bahawa manusia berasal dari perkembangan makhluk kera yang sederhana kemudian berkembang menjadi kera peringkat tinggi dan akhirnya menjadi manusia.
Persoalannya adalah jika benar manusia berasal dari kera mengapa manusia tidak berubah menjadi kera dan begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu, manusia dan kera adalah berbeza dan teori ini adalah tidak relevan (Bucailie Maurice 1984)

EVOLUSI DARWIN

PENDAPAT SAINTIS
Dr. KeithL. Moore ialah seorang profesor dalam bidang Anatomi di Universiti Toronto, kanada. Beliau pemah dianugerahkan dengan J.C.B. Grant Award pada tahun 1984, dan telah menulis lebih kurang 150 artikel dalam bidang anatomi dan embriologi. Dalam buku The Developing Human: Clinically Oriented Embryology, beliau menyatakan kekaguman beliau dengan ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang ilmu embriologi. Dalam pendahuluan bukunya The Developing Human: Clinically Oriented Embryology (Third Edition) ini, beliau berkata,
"Selama tiga tahun saya telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Embriologi di Universiti Abdul Aziz Jeddah, untuk membantu mereka menginterpretasikan ayatayat Quran dan Hadis yang berkaitan dengan kejadian manusia dalam rahim. Saya amat kagum dengan ketepatan ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan pada abad ketujuh Masihi ini dibandingkan dengan penemuan penemuan semasa, sedangkan ketika itu bidang sains embriologi masih belum wujud. Selama ini saya tidak pemah tahu isi-isi yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah."

PENDAPAT SAINTIS
Profesor E. Marshall Johnson, Pengerusi jabatan Anatomi Dan Biologi Pertumbuhan, Pengarah Institute Daniel Baugh, Universiti Thomas Jefferson di Philadelphia Amerika, juga mengagumi ayat-ayat Al-Quran ini. Di Persidangan Perubatan ketujuh di Saudi Arabia pada tahun 1982 beliau berkata,
'Al_ Quran tidak hanya menceritakan tentang perkembangan luaran embrio malah juga menjelaskan perkembangan dalamannya dan maklumat-maklumat ini adalah selari dengan sains kontemporari. Sebagai seorang ahli sains saya hanya boleh berbincang tentang perkara yang saya faham

PERINGKAT PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL QURAN

PERINGKAT PROSES KEJADIAN MANUSIA


PROSES KEJADIAN MANUSIA PERTAMA NABI ADAM PROSES KEJADIAN MANUSIA KEDUA HAWA

PROSES KEJADIAN MANUSIA KETIGA SEMUA KETURUNAN ADAM DAN HAWA


Surah Imran, ayat 59
Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia.

PROSES KEJADIAN MANUSIA PERTAMA NABI ADAM


Di dalam Al Quran dijelaskan bahwa Adam diciptakan oleh Allah dari tanah yang kering kemudian dibentuk oleh Allah dengan bentuk yang sebaik-baiknya. Setelah sempurna maka oleh Allah ditiupkan ruh kepadanya maka dia menjadi hidup. Hal ini ditegaskan oleh Allah di dalam firman-Nya :


Yang membuat sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah. (As Sajdah : ayat 7)


Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. (Al Hijr : ayat26)

Disamping itu Allah juga menjelaskan secara terperinci tentang penciptaan manusia pertama itu dalam surat Al Hijr ayat 28 dan 29 .

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya ruh (ciptaan)-ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud (Al Hijr 15 : ayat 28-29)

PENCIPTAAN ADAM UNSUR JASMANI


Surah Sejadah, ayat 7 Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;

PENCIPTAAN ADAM - UNSUR ROHANI

Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

PROSES KEJADIAN MANUSIA KEDUA HAWA


Adapun proses kejadian manusia kedua ini oleh Allah dijelaskan di dalam surat An Nisaa ayat 1 iaitu :

Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang sangat banyak (An Nisaa : ayat 1)

PROSES KEJADIAN MANUSIA KETIGA SEMUA KETURUNAN ADAM DAN HAWA


Di dalam Al Quran proses kejadian manusia secara biologi dijelaskan secara terperinci melalui firman-Nya :
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada pati (berasal) daripada tanah, kemudian kami jadikan pati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim), kemudian air mani itu kami jadikan segumpal daging, lalu segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami balutkan dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami jadikan dia makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (al-Mukminun : ayat 12-14)

KEDUDUKAN JANIN
Firman Allah s.w.t.


Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan (kegelapan dalam perut, kegelapan dalam rahim, dan kegelapan dalam selaput yang menutup anak dalam rahim)

(Az Zumar : ayat 6). Penerangan saintifik Ketiga-tiga dinding yang gelap merujuk kepada: (1) dinding anterior abdomen, (2) dinding rahim, dan (3) membran amniochorionic

TAHAP PERKEMBANGAN JANIN MANUSIA


SAINS BARAT
Gamet dan zigot Epigenesis Somit Sklerotom Miotom Fetus Roh

SAINS AL-QURAN
Nutfah Alaqah Mudghah Izam Lahm Nasyah Khalqan akhar Nafkhur-ruh

TEMPOH/JANGKAMASA
Selepas persenyawaan hari ke7 Minggu ke2 ke3 Minggu ke4 Minggu 5, 6 dan 7 Minggu ke 8 Pada hari ke 40 dan selepasnya terbentuk semua organ termasuk organ seks.

PERINGKAT 1 : GAMET DAN ZIGOT @ NUTFAH

PERINGKAT 1 : GAMET DAN ZIGOT @ NUTFAH


NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Maksud firman Allah dalaM surah al-Insan : 2 " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat " Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya.

PERINGKAT 1 : GAMET DAN ZIGOT @ NUTFAH


Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan. Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan, tingkah laku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentuknya saraf dan tulang Manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

PERINGKAT 1 : GAMET DAN ZIGOT @ NUTFAH

A- Sperma

B-Sperma menembusi ovum

PERINGKAT 2 : EPIGENESIS @ ALAQAH

PERINGKAT 2 : EPIGENESIS @ ALAQAH


ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh ovum yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim. Firman Allah yang bermaksud: (al-Mukminun : 14) " Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah" Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud : sesuatu yang bergantung atau melekat pacat atau lintah suatu buku atau ketulan darah Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.

PERINGKAT 2 : EPIGENESIS @ ALAQAH (seperti pacat / lintah yang menghisap darah)

PERINGKAT 2 : EPIGENESIS @ ALAQAH


(MINGGU 1 3)

Minggu 1 : Pada saat ini kepala sel sperma telah hampir masuk. Kita dapat melihat bahagian tengah dan belakang sel sperma yang tidak henti-hentinya berusaha secara tekun menerobos dinding telur.

Minggu ke-2 : Pembuahan terjadi pada akhir minggu kedua. Sel telur yang telah dibuahi membelah dua 30 jam setelah dibuahi. Sambil terus membelah, sel telur bergerak di dalam lubang falopio menuju rahim. Setelah membelah menjadi 32, sel telur disebut morula.Sel-sel mulai berkembang dan terbahagi kira-kira dua kali sehari sehingga pada hari yang ke-12 jumlahnya bertambah dan membantu blastocyst terpaut pada endometrium

Minggu 3: Sampai usia kehamilan 3 minggu, Anda mungkin belum sedar jika sedang mengandung. Sel telur yang telah membelah menjadi ratusan akan menempel pada dinding rahim disebut blastosit. Ukurannya sangat kecil, berdiameter 0,1-0,2 mm.

PERINGKAT 3: SOMIT @ MUDGHAH

PERINGKAT 3: SOMIT @ MUDGHAH


MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam alQuran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14 Firman Allah yang bermaksud: (al-Mukminun : 14) "lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging

PERINGKAT 3: SOMIT @ MUDGHAH


Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk. Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup untuk perkembangan seterusnya.

Darah mula mengalir dengan lebih banyak bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.

PERINGKAT 3: SOMIT @ MUDGHAH (minggu 4)

PERINGKAT 4 : SKLEROTOM DAN MIOTOM @ IZAM DAN LAHM

PERINGKAT 4 : SKLEROTOM DAN MIOTOM @ IZAM DAN LAHM


IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otototot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah yang bermaksud : (al-mukminun : 14)


"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"

PERINGKAT 4 : SKLEROTOM DAN MIOTOM @ IZAM DAN LAHM


Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Terbentuk sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke paru-paru mula kelihatan. Terbentuk organ pembiakan, kalenjar, hati, buah pinggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap

PERINGKAT 4 : SKLEROTOM DAN MIOTOM @ IZAM DAN LAHM (minggu 5, 6 & 7)


Terbentuk 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas yang akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Lapisan Mesoderm berada pada lapisan tengah yang akan membentuk organ jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Lapisan Endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

PERINGKAT 4 : SKLEROTOM DAN MIOTOM @ IZAM DAN LAHM

PERINGKAT 5 : FETUS @ NASYAH KHALQAN AKHAR (minggu 8 - 32)


NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya. Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatal bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud.

PERINGKAT 5 : FETUS @ NASYAH KHALQAN AKHAR

PERINGKAT 6 : ROH @ NAFKHU-RUH

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulama bersepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks.

PERINGKAT 6 : ROH @ NAFKHU-RUH


Nilai kehidupan manusia telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telah pun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t

PERINGKAT 6 : ROH @ NAFKHU-RUH


Paru-paru mulai mengambil oksigen meski bayi masih menerima oksigen dari plasenta. Untuk persiapan hidup di luar rahim, paru-paru bayi mulai menghasilkan surfaktan yang menjaga kantung udara tetap mengembang . Kulit bayi mulai menebal Organ organ lain mula terbentuk dengan sempurna

LAHIRLAH MANUSIA KE DUNIA

BAGI MENJALANKAN TUGAS


HAMBA ALLAH - abid; Sebagaimana firmannya Q.S.Adz Dzaariyat, 51: 56:


Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Dan firman Allah Q.S.Al Bayyinh ayat 5:


Maksudnya: Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya

BAGI MENJALANKAN TUGAS


KHALIFAH ALLAH Firman Allah SWT:


Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi

Firman Allah SWT dalam ayat yang lain:

Maksudnya: Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

KURIKULUM
Biologi tingkatan 5 : Topik 4 PEMBIAKAN DAN PERTUMBUHAN Sains Tingkatan 3 : Sains Tingkatan 4 :

PENERAPAN DALAM P&P


Antara kaedah yang boleh dipraktikkan: Tayangan video Perbincangan kumpulan Pembentangan kumpulan Membuat model perkembangan embriologi Membuat buku skrap Penulisan esei

Video link :
http://www.youtube.com/watch?v=CGj6st_mdGU http://www.youtube.com/watch?v=yoP2yORk9rk http://www.youtube.com/watch?v=Hz7Tmv5VrpM http://www.youtube.com/watch?v=6L5dqg0RybY http://www.youtube.com/watch?v=IXchRbG3A8M http://www.youtube.com/watch?v=6yjMVqjnnGc http://www.youtube.com/watch?v=_OiX_WrGaew http://www.youtube.com/watch?v=iEYHYPgoQcg Pilih yang mana berkenan

Anda mungkin juga menyukai