Anda di halaman 1dari 29

Tajuk:

Tokoh-tokoh Tamadun Islam


dan sunbangannya terhadap
dunia.

Chou Yun & See Yung

Penggembaraan

Falsafah &
pemikiran

Kemasyarakatan
konsep keadilan

Ekonomi

Ketenteraan

Bahasa

Perubatan

SUMBANGAN

Perkilangan,

Seni muzik

Botani

Matematik
Astronomi
Chou
Yun & See Yung

Falsafah & pemikiran


Daripada pengaruh Islam, orang Eropah dapat
membebaskan pemikiran mereka yang selama mi
dibelenggu oleh pelbagai doktrin Kristian
terutama sekali hubungan manusia dengan alam.
Manusia tidak lagi dipandang sebagai makhluk
yang pasif lantaran dosa warisan.
Demikian juga sikap mereka terhadap kehidupan
di dunia, bukan lagi sesuatu yang dibenci lantaran
ia merosakkan, tetapi sesuatu yang mesti diisi
dengan aktiviti kehidupan yang bermakna.
Perubahan sikap ini akhirnya melahirkan satu
gerakan intelektual yang dikenali sebagai faham
humanisme pada abad
ke-13M.
Chou Yun
& See Yung

Tokoh-tokoh falsafah Islam


yang dicontohi oleh orang Eropah

al-Kindi

al-Farabi

Ibn Tufayl

Ibn Rushd

Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan yang


mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan
tanpa wahyu dan guru telah mempengaruhi pemikiran
orang Eropah. Karya ini telah diterjemahkan ke bahasa
Latin oleh Roger Bacon dan diterbitkan bersama-sama
teks Arab di Oxford pada tahun 1671.
Pada abad ke-16M, falsafah Ibn Rushd, menurut
Renan, telah diamalkan secara rasmi oleh golongan
Chou Yun & See Yung
terpelajar di Itali.

Kemasyarakatan konsep
keadilan
Hak individu serta penyertaan rakyat memberi
pendapat, memberi layanan baik terhadap tawanan
perang, etika peperangan seperti melindungi nyawa
kanak-kanak, orang tua dan kaum wanita yang
dianjurkan oleh Islam merupakan nilai baru bagi
mereka.
Tokoh-tokoh yang dicontohi dalam aspek keadilan
sosial ialah Nabi Muhammad (saw) dan para
sahabatnya termasuk Abu Bakar, Umar, Uthman
dan Ali.
Chou Yun & See Yung

Ekonomi
Seperti kegiatan perdagangan, perindustrian, teknologi
pertanian serta sistem perairan.
Teknik tanaman seperti sekoi, padi, tembikai, aprikot
dan limau telah dipelajari daripada orang Islam.
Tokoh-tokoh Islam yang dicontohi ialah Ibn Baytar
dan al-Ghafiqi.

Chou Yun & See Yung

Perubatan
Tokoh-tokoh Islam yang terkenal dalam bidang perubatan
ialah al-Razi, al-Asrar dan Ibn al- Nafis.
Al-Razi telah menghasilkan buku berjudul al-Hawi. Buku ini
telah dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia.
Begitu juga buku Ibn Sina berjudul al-Qanun menjadi bahan
rujukan di Eropah.
Ibn al-Nafis ,pakar bedah yang terkenal di Damsyik, telah
menghasilkan buku al- Shamil fis Sinaah alTabiyayah(Kajian Umum Profesion Kedoktoran.)
Chou Yun & See Yung

Perkilangan
Dalam bidang perkilangan, misalnya kilang
membuat senjata di kota-kota besar Islam
seperti Cordova dan Baghdad telah
memberikan sumbangan besar kepada
Eropah.

Chou Yun & See Yung

Matematik
Ramai penuntut Eropah yang datang belajar ke
Andalus pada zaman pemerintahan Islam.
Kebanyakan mereka telah menjadi pakar dalam
bidang tersebut, antaranya Adelard dan Morley
dari Britain.
Adelard telah berguru dengan orang Islam dan
beliau telah menterjemahkan karya al-Khawarizmi
yang menulis tentang teori geometri dalam
matematik dan statistik. Beliau telah menggunakan
nombor Arab dalam terjemahannya.
Chou Yun & See Yung

Seorang lagi tokoh matematik Eropah ialah


Leonardo Fibonacci of Pisa. Beliau telah
mempelajari ilmu matematik dengan orang Islam di
Andalus. Karya-karya beliau antaranya Liberabci
telah dijadikan bahan bacaan asas ahli matematik
di Eropah.
Begitu juga George Purbach, pakar matematik dari
Vienna pada abad ke-15M banyak berpandukan
kajian yang dilakukan oleh ahli matematik Islam
seperti Ibn al-Zarqiyali. Beliau mahir dalam
matematik rajah segi tiga.
Chou Yun & See Yung

Astronomi
Dalam bidang astronomi terdapat beberapa karya
karangan Abu Masyar dan al-Khawarizmi. Karya
mereka telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh
Adelard of Bath dan John of Siville. Karya al-Battani
juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh
Alfonso X.
Ahli astronomi Eropah bernama Romond telah menulis
karya astronominya berdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali
(Azarchel). Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan
gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas
untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di
antara bintang-bintang dan matahari.
Chou Yun & See Yung

Dalam bahasa Eropah terdapat beberapa istilah


astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab.
Antaranya ialah alsumut dan nadir (nazir).
Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas
yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu
pelayaran di laut dan kegiatan perdagangan telah
berkembang dengan lebih pesat.

Muhammad bin Musa telah mencipta astrolab (jam


matahari). Beliau juga mencipta sebuah alat yang
dapat mengukur bulatan dunia. Pada abad ke-12M,
Abu Solet telah mencipta sebuah alat yang dapat
menimbulkan semula kapal yang sudah tenggelam.
Chou Yun & See Yung

Botani
Pada abad ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah
buku tentang botani.

Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan sebuah


buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon
buah-buahan.
Sementara Ibn Sina turut menghasilkan sebuah
buku yang mengulas tentang tumbuhtumbuhan.

Chou Yun & See Yung

Ibn al-Baytar yang berasal dan Andalus telah


menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis
dadah yang boleh diproses daripada binatang, tumbuhtumbuhan dan bahan galian. Karyanya yang berjudul
Kitab al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah merupakan
sebuah buku yang paling perpengaruh dalam bidang
farmakologi.
Berikutnya, karya-karya botani yang berkaitan dengan
perubatan telah dihasilkan oleh para pengkaji yang
tinggi di wilayah-wilayah Islam. Segala kajian itu telah
membantu mengenal pasti jenis akar kayu dan tumbuhtumbuhan yang berkhasiat dan dapat digunakan dalam
bidang perubatan.
Chou Yun & See Yung

Seni muzik
Dalam bidang seni muzik pula, pada abad ke-12,
didapati karya-karya penting yang dihasilkan oleh
orang Islam tentang muzik telah diterjemahkan ke
bahasa Latin. Terjemahan ini dilakukan di Toledo.
Ahli muzik Eropah, Franco of Cobogne (1190M) telah
mengikut jejak al-Kindi dalam bidang seni muzik.
Setelah itu muncul pula John of Garland dengan
karyanya berjudul Ochetus yang mengkaji tentang
nada suara yang diambil daripada kaedah nada suara
muzik Arab.
Chou Yun & See Yung

Bahasa
Dalam bidang bahasa, sastera dan seni ukir,
banyak karya bahasa dan sastera dalam bahasa
Arab telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa
Eropah.
Istilah-istilah Arab seperti sukkar (sugar), kimia
(alchemy), arsyek (cheque) dan banyak lagi telah
dipinjam oleh bahasa Eropah. Tidak kurang
pentingnya tentang ilmu pelayaran Islam.
Ramai tokoh ahli pelayaran Islam yang menjadi
terkenal antaranya ialah al-Masudi, Ibn Jubayr
dan Ibn Battutah.
Chou Yun & See Yung

Ketenteraan
Dalam bidang ketenteraan pula, taktik
peperangan yang digunakan oleh tentera
Islam sejak zaman Nabi Muhammad (saw)
banyak mempengaruhi taktik dan strategi
peperangan pada zaman moden.

Chou Yun & See Yung

Penggembaraan
Semasa zaman kemuncak keagungan tamadun Islam,
banyak cendekiawan Islam telah menggembara dan
meneroka kawasan di luar naungan Islam untuk
manembah ilmu pengetahuan.
Antara penggembara yang terkenal termasuklah Ibn
Battuta, al- Mascudi dan Ibn Fahlan.
Ibn Battuta pernah menggembara ke China, India
dan Afrika. Catatanya sepanjang penerokaannya
sangat dihargai oleh sejarawan dari segi ketepatan
fakta tentang kawasan yang dilawatinya. Hasil
tulisannya masih lagi menjadi rujukan sejarawan
hingga ke hari ini.
Chou Yun & See Yung

Chou Yun & See Yung

Ibn Maskawaih
Orang yang mengasaskan teori evolusi
Ibn Maskawaih atau nama sebenarnya Abu
Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Yaakub.
Maskawaih merupakan ilmuwan Islam yang
terpenting. Walaupun pemikiran falsafahnya
tidak banyak dibicarakan tetapi beliau telah
mengemukakan berbagai-bagai teori
falsafah penting yang menjadi asas kepada
pemikiran falsafah tokoh-tokoh selepasnya
Chou Yun & See Yung

Ibn Rusyd
Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu
Walid Muhammad Ibnu Ahmad lahir di
Kardova pada tahun 1126.
Beliau ahli falsafah yang paling agung
pernah dilahirkan dalam sejarah Islam.
Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas
didunia Islam, tetapi juga di kalangan
masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau
dikenal sebagai Averroes.
Chou Yun & See Yung

Al-Ghazali
Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai
ulama tasawuf dan akidah.
Oleh sebab itu sumbangannya terhadap
bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain
tidak boleh dinafikan.
Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang
bergelar "hujjatui Islam".

Chou Yun & See Yung

Al-Farabi
Digelar Aristotle kedua
Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato
dan Aristotle mempunyai pengaruh yang
besar terhadap pemikiran ahli falsafah
Islam.
Salah seorang ahli falsafah Islam yang
terpengaruh dengan pemikiran kedua tokoh
tersebut ialah Al-Farabi.
Chou Yun & See Yung

Ibn Tufail
Ahli falsafah yang mendahului zaman
Dunia Islam telah melahirkan ramai ahli
falsafah yang hebat. Namun begitu,
falsafah Islam tetap dianggap sebagai satu
kelompok yang hilang dalam sejarah
pemikiran manusia.
Maka tidak hairanlah, sejarah lebih
mengenali tokoh-tokoh falsafah Yunani dan
barat jika dibandingkan dengan ahli falsafah
Islam.
Chou Yun & See Yung

Ibn Qayyim
Menghuraikan falsafah ekonomi Islam
Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691/1292 751/1350) bukanlah tokoh yang asing dalam
kalangan orang Islam, tetapi ramai yang
tidak tahu pemikiran dan sumbangannya
dalam falsafah ekonomi Islam.
Ibn Qayyim banyak membincangkan konsep
kekayaan dan kemiskinan, ekonomi dan
zakat, konsep faedah, riba al-fadi dan riba
al-nasiiah, dan mekanisme pasaran.
Chou Yun & See Yung

Ibn Sina
Ibnu Sina merupakan doktor Islam yang
terulung. Sumbangannya dalam bidang
perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia
Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat.
Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali alHussian Ibnu Abdullah. Tetapi di Barat,
beliau lebih dikenali sebagai Avicenna.
Chou Yun & See Yung

Ibn Khaldun
Kemukakan teori ekonomi Islam
Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Wali alDin Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu
Bakar Muhammad bin al-Hasan lahir di
Tunis pada 1 Ramadan 732H
Keluarganya berasal daripada keturunan
Arab Hadramaut yang pernah menetap di
Serville, Italy, dan SepanyoL Akhirnya
berpindah dan menetap di Afrika Utara
semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya,
pemerintah Tunis pada waktu itu.
Chou Yun & See Yung

Kesimpulan
Banyak aspek keintelektualan Islam telah
ditiru oleh bangsa Eropah sehingga
melahirkan satu perubahan besar dalam
sejarah tamadun di Eropah. Namun begitu,
nilai-nilai murni yang terkandung dalam
tamadun Islam tidak dimanfaatkan oleh
masyarakat Barat bagi mengukuhkan lagi ta
madun mereka, malah mereka
menggantikannya dengan nilai-nilai
kebendaan semata-mata. Justeru, lahirlah
era penjajahan bagi mengejar harta
kekayaan tanpa batas dan sempadan.
Chou Yun & See Yung

Sekian,
terima kasih.
DISEDIAKAN OLEH:
LIM CHOU YUN
TAN SEE YUNG
Chou Yun & See Yung

Anda mungkin juga menyukai