Anda di halaman 1dari 8

FBF20803

QAWAID FIQHIYYAH
‫المصلحة العامة مقدمة على‬
‫مصلحة الخاصة‬
Maslahah Umum lebih diutamakan
daripada Maslahah Khusus
Maksud Kaedah
• ‘Ammah (‫ )عامة‬bermaksud sesuatu keperluan itu adalah meliputi keperluan
seluruh umat manusia atau umum.
• Khassah (‫ )خاصة‬bermaksud keperluan sesuatu golongan tertentu yang bukan
berbentuk individu.

• ‫ المصلحة العامة مقدمة على مصلحة الخاصة‬:

Kaedah ini bermaksud maslahah (kebaikan) am perlu didahulukan daripada


maslahah khas. Maslahah am atau umum merujuk kepada maslahah umat Islam di
Malaysia secara keseluruhannya. Manakala maslahah khas merujuk kepada
kebaikan yang mungkin diperolehi oleh orang tertentu. Dalam situasi hari ini,
maslahah orang awam (umat Islam) perlu diutamakan.
Sumber asalnya
Perbahasan Ulama
Kata Imam al-Syatibi: “Sesungguhnya diletakkan syariah itu adalah untuk
kemaslahatan hamba di dunia dan di akhirat”
Maslahah individu dan umum perlu diambil kira. Kaedah ini
membezakan antara sistem kapitalis dan sosialis/komunis di mana kapitalis
menekankan maslahah individu manakala sosialis menekankan maslahah
umum (al-Fanjari).
Maslahah umum perlu diutamakan apabila bercanggah dengan
maslahah individu.
Maslahah `ammah (kemaslahatan umum) merupakan landasan
muamalat, iaitu kemaslahatan yang dibingkai secara syarie, bukan
semata-mata bermotif keuntungan sebagaimana dalam ekonomi
konvensional.
Contoh
• Dalam pembedahan ke atas mayat, apa-apa yang menimpa si mati
seperti mencemar kehormatan dirinya adalah dianggap maslahah
khusus, manakala kesan dari perbuatan pembedahan mayat dapat
mengenal pasti punca-punca penyakit dan seterusnya menghalang
penyakit tersebut dari tersebar dalam kalangan masyarakat maka ini
adalah bersifat maslahah umum.

• Para ulama membolehkan membunuh penyebar bid’ah yang dapat


merosakkan akidah umat kerana berkait kepentingan orang ramai.

• Menjaga kesucian al-Quran agar tidak hilang atau berubah dengan cara
menjaga para penghafal al-quran, mushaf, menjaga hadis-hadis nabi
agar tidak bercampur dengan hadis palsu dan maslahah lainnya yang
berkait dengan orang ramai. (Usaha Abu Bakar & Uthman – Zaman
Khulafa Ar-Rasyidin)
• Kerajaan berhak mengambil kawasan perumahan atau
kampong tertentu dengan membayar pampasan setimpal
untuk kemajuan masyarakat atau membangunkannya demi
kemaslahatan umum, seperti sekolah dan hospital.
• Pemutusan hubungan perkahwinan seseorang yang
dinyatakan hilang (mafqud).
Contoh dari segi muamalat
• Menangkap dan membunuh orang murtad
• Penetapan harga oleh pemerintah makanan asasi
• Monopoli barang (ikthikar)
• Kontrak Istina’
• Melindungi ekonomi bernilai dan semula jadi daripada kemusnahan
manusia. (land slide/tanah runtuh/ memelihara memulihara)

Anda mungkin juga menyukai