Anda di halaman 1dari 67

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH

PIM 3143 –PENGAJIAN FIQH

KAEDAH-KAEDAH FIQH

PENSYARAH : USTAZAH CHE NAZRAH


BINTI YUSOF
PENGENALAN KAEDAH
FIQH

Kaedah Fiqh adalah suatu ilmu yang berkaitan


penjelasan tentang hukum-hukum yang umum.
Kaedah fiqh boleh ditakrifkan sebagai hukum syarak
secara keseluruhan yang merangkumi pelbagai masalah
hukum fiqh. Terdapat pelbagai kaedah fiqh yang telah
diperkenalkan oleh para ulama bagi menyelesaikan
permasalahan-permasalahan baru yang timbul. Kaedah-
kaedah yang diperkenalkan jelas memberi impak yang
positif dalam memelihara kemaslahatan ummah kini.
Terdapat lima kaedah utama yang disepakati dalam
kalangan fuqaha.
KAEDAH 1

‫اص ِد َها‬َ
ِ ‫ور ِب َمق‬ ُ
ُ ‫األ ُم‬
SETIAP PERKARA MENGIKUT
NIATNYA
‫مقصود األمور‬
• Lafaz umum yang merangkumi semua
tindakan yang terhasil dari seseorang sama
ada melakukan atau meninggalkan.
• Ia juga merangkumi perbuatan, kata-kata
ataupun niat.
• Oleh itu, setiap tindakan manusia adalah
terikat dengan apa yang diniatkan untuk
diberi pahala atau dosa.
MAKSUD NIAT

Istilah:
Bahasa:
Gerak hati
Kehendak hati melaksanakan
atau tujuan hati. sesuatu pekerjaan
untuk mencari
keredhaan Allah s.w.t
DEFINISI

Kaedah Fiqh yang pertama ini bermaksud


setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan
matlamat. Oleh itu, setiap amalan yang
dilakukan oleh mukallaf itu bergantung
kepada niatnya.

Ulama fiqh bersepakat menyatakan


sekiranya seseorang berniat untuk
melakukan kebajikan dan tidak dapat
ditunaikannya disebabkan sesuatu
masyaqqah atau keadaan tertentu ia tetap
diberi pahala. Niat juga amat penting
untuk menentukan halal dan haram.
SUMBER
ASAS
KAEDAH
َّ ‫ع َم َر ب ِْن الخ‬ 1
َ ُ‫صلَّى هللا‬
‫علَ ْي ِه‬ َ ِ‫س ْو ُل هللا‬ ُ ‫ قَا َل َر‬:‫ب قَا َل‬ ِ ‫َطا‬ ُ ‫ع ْن‬ َ
:‫سلَّ َم‬
َ ‫َو‬
‫ فَ َم ْن‬،‫ىء َما نَ َوى‬ ٍ ‫ام ِر‬ ْ ‫ َو ِإنَّ َما ِلك ُِل‬،‫ت‬ ِ ‫(( ِإنَّ َما األ َ ْع َما ُل ِب‬
ِ ‫النيَّا‬
،‫س ْو ِل ِه‬ ُ ‫س ْو ِل ِه فَ ِه ْج َرتُهُ ِإلَى هللاِ َو َر‬ ُ ‫كَانَتْ ِه ْج َرتُهُ ِإلَى هللاِ َو َر‬
‫ام َرأ َ ٍة يَ ْن ِك ُح َها‬
ْ ‫َو َم ْن كَانَتْ ِه ْج َرتُهُ ِل ُد ْنيَا يُ ِص ْيبُ َها أ َ ِو‬
‘alaihi wa sallam
َ
Dari Umar bin al Khathab, beliau berkata, Rasulullah
َ
‫“ى َما َها َج َر‬Sesungguhnya
.))‫ ِإل ْي ِه‬bersabda, َ shallallahu
‫ ف ِه ْج َرتُهُ ِإل‬perbuatan-
perbuatan itu dengan niat, dan sesungguhnya setiap orang
bergantung dengan apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa
yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, hijrahnya kepada
Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya untuk
dunia yang ingin ia perolehnya, atau untuk wanita yang ingin
ia nikahinya, maka hijrahnya kepada apa yang berhijrah
kepadanya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
2

 Padahal mereka tidak diperintahkan


melainkan supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan ibadat kepadanya,
melaksanakan solat, menunaikan zakat dan
demikian itulah agama yang lurus.

Surah al-Bayyinah ayat 5


3

 Dan sesiapa yang menghendaki balasan dunia,


Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu,
dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat,
Kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu.
Dan kami memberi balasan kepada orang-orang
yang bersyukur.
Surah ali-Imran ayat 145
Hadis daripada Anas yang diriwayatkan oleh
al-Baihaqi:

ُ‫ع َم َل ِل َم ْن الَ نِيَّةَ لَه‬


َ َ‫ِإنَّهُ ال‬ 4

Sesungguhnya tidak dikira amalan


sesiapa yang tidak berniat.
(Hadis riwayat al-Baihaqi)
5

‫هللا‬
ُ َّ ‫لى‬ ‫ص‬َ ِ ‫َّللا‬
َّ ‫ل‬
ُ ‫و‬ ‫س‬
ُ ‫ر‬َ ‫ل‬
َ ‫ا‬ َ ‫ق‬ ‫ل‬
َ ‫ا‬َ ‫ق‬ َ ‫ة‬ ‫ر‬ ‫ي‬
ْ
َ َ ‫ر‬ ُ
‫ه‬ ‫ى‬ ‫ب‬ َ
ِ ‫ع َْن أ‬
‫علَى نِيَّاتِ ِه ْم‬
َ ‫اس‬ ُ َّ‫ث الن‬ ُ َ‫ « ِإنَّ َما يُ ْبع‬:‫سلَّ َم‬ َ ‫علَي ِه َو‬َ

Sesungguhnya manusia akan


dibangkitkan berdasarkan niatnya.
(Hadis riwayat Ibn Majah)
6
Dalam sebuah hadis qudsi, Rasulullah s.a.w bersabda,
Allah s.w.t berfirman:
َ ‫ع َمالً أَش َْر َك ِفي ِه َم ِعى‬
‫غ ْي ِرى‬ َ ‫َم ْن ع َِم َل‬
ِ ‫ت َ َر ْكتُهُ َو‬
ُ‫ش ْر َكه‬
“Barangsiapa yang melakukan sesuatu
amalan dengan menyekutukan Aku
dengan selainku, maka Aku tinggalkan dia
dengan sekutunya.”
(Riwayat Muslim)
CONTOH…
Orang yang berjihad di jalan Allah. Orang pertama pergi
untuk meninggikan kalimah Allah, maka dia mendapat
pahala jihad. Orang kedua pula berjihad kerana ingin
meninggikan kalimah Allah tetapi pada masa yang sama
dia berjihad kerana inginkan harta rampasan perang.
Jihadnya sah, dia mendapat pahala jihad tetapi
pahalanya kurang kerana niatnya tidak ikhlas
sepenuhnya kerana Allah, telah terpalit niatnya untuk
selain Allah iaitu ingin mendapatkan harta rampasan.
Orang ketiga pergi berjihad semata-mata untuk harta
rampasan. Dia tidak mendapat pahala jihad. Dia hanya
mendapat harta rampasan seperti yang dia niatkan.
Oleh itu, kita dapat memahami bahawa niat
mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam
kehidupan umat Islam. Niat menjadi asas utama
penerimaan sesuatu amalan itu sama ada diterima
atau ditolak oleh Allah.

Kita perlu memastikan amalan yang kita lakukan


menjadi amalan yang terbaik dan diterima oleh Allah
s.w.t dengan cara menjaga dua aspek iaitu
memastikan niat ikhlas kerana Allah dan memastikan
amalan yang dilakukan benar mengikut Rasulullah
s.aw.
KEPENTINGAN NIAT:

Membezakan antara ibadah atau


adat.

Membezakan antara dosa dan


pahala.
KEPENTINGAN NIAT:

Membezakan antara halal dan


haram.

Membezakan antara ibadah


dengan ibadah lain.
Membezakan antara ibadah atau adat.

Seseorang yang menyembelih


binatang kemungkinan untuk
memakan daging binatang
tersebut atau kemungkinan untuk
korban.
Membezakan antara ibadah atau adat.

Seseorang yang menyerahkan


sesuatu kepada seseorang sama
ada wang atau berupa makanan
sama ada dia memberikan
sedekah atau hibah atau zakat.
Membezakan antara ibadah atau adat.

Seseorang yang sedang berada


dalam masjid kemungkinan dia
masuk untuk merehatkan
tubuhnya atau kemungkinan
untuk beribadah.
Membezakan antara ibadah atau adat.

Seseorang yang mandi kemungkinan


untuk membersihkan tubuhnya yang
kotor atau menyejukkan tubuhnya di
hari yang terik atau kemungkinan juga
untuk ibadah.
Membezakan antara ibadah atau adat.

Seseorang yang tidak menjamah


makanan sejak dari pagi
kemungkinan untuk diet, atau
menjaga kesihatannya atau
kemungkinan dia sedang berpuasa.
Membezakan antara dosa dan pahala.

Seseorang yang mengambil harta yang


dijumpai mendapat dosa sekiranya dia
mempunyai niat untuk memilikinya.
Sebaliknya, jika dia mengambil barang
tersebut dengan niat untuk mencari dan
menyerahkan kembali kepada pemiliknya,
maka dia mendapat pahala.
Membezakan antara halal dan haram.

Seseorang yang memerah


anggur dengan niat membuat
cuka, harus hukumnya. Jika ia
berniat membuat arak, haram
hukumnya.
Membezakan antara ibadah
dengan ibadah lain.

Memberikan wang sebagai


sedekah atau zakat.
Membezakan antara ibadah
dengan ibadah lain.

Solat fardhu dengan solat sunat,


solat zohor dengan asar, puasa
wajib dengan puasa sunnah.
PECAHAN
KAEDAH
Contohnya:
‫(عدم اشتراط النية‬  Beriman kepada Allah
 Membaca al-Qur’an
‫في عبادة ال تكون‬  Berzikir
)‫عادة أو ال تلبس‬
Tidak disyaratkan Hal ini kerana bentuk amalan itu
niat dalam mana- sudah pun berbeza
mana jenis ibadat dengan yang lain, tetapi
yang bukan jenis diwajibkan niat pada
adat, atau ia tidak membaca al-Qur’an apabila
kesamaran dengan dinazarkannya
ibadah yang lain. bagi membezakan fardhu dengan
yang lainnya.
‫اشتراط التعيين‬
‫فيما يلتبس دون‬
)‫غيره‬ Contohnya yang
Disyaratkan ta’yin disyaratkan ta’yin ialah
(menentu) dalam
mana-mana amalan seperti solat, dan yang
yang mempunyai tidak diperlukan ta’yin
persamaan, tetapi adalah seperti taharah,
tidak disyaratkan
ta’yin pada amalan
haji dan umrah.
yang tidak
kesamaran dengan
yang lain.
‫(النية في اليمين‬
‫تخصص اللفظ العام وال‬
)‫تعمم الخاص‬ Contohnya, seseorang
Iaitu niat seseorang yang berkata demi
yang dilakukan
dalam sumpah boleh
Allah aku tidak akan
mentakhsiskan atau bercakap dengan satu
mengkhususkan orang dan dia niatkan
ucapan dan orang itu Umar.
perkataan yang am,
tetapi dia tidak boleh
mengumumkan lafaz
yang khas.
‫(ما يشترط فيها‬
‫التعيين فالخطأ فيه‬ Contohnya, tersalah
niat puasa kepada
)‫مبطل‬
Amalan-amalan yang niat solat atau
disyratkan ta’yin, sebaliknya, dan dari
jika tersalah ta’yin solat zohor kepada
maka ia
membatalkan amalan
asar.
itu.
LAFAZ CERAI
TANPA NIAT
KAEDAH 2 : YAKIN TIDAK
DIHILANGKAN DENGAN SYAK

‫اليقين اليزال بالشك‬


‫اليقين اليزال‬
Maksudnya ialah
‫بالشك‬
sesuatu perkara yang tidak
diyakini berlaku atau tidak berlaku, maka
sebarang keraguan yang datang kemudian untuk
meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Ia juga
bermaksud yang asal dan yakin itu tidak boleh
ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh syak dan
ragu-ragu.
• Daripada kaedah ini, sekiranya seseorang yang
telah meyakini perkara dan ditetapkan hukum
terhadapnya, kemudian ia berlaku syak atau ragu-
ragu terhadap kehilangan yakin tersebut, sama ada
telah dihilangkan atau belum hilang, maka
keyakinan yang asal itu tidak dapat dihilangkan
atau dihindarkan kecuali dengan ada keyakinan
baru yang dapat menghilangkannya.
‫‪Asal kaedah ini dengan berdalilkan‬‬
‫‪hadis, antaranya:‬‬

‫َّللاِ‬
‫سو ُل َّ‬ ‫س ِعي ٍد ا ْل ُخ ْد ِري ِ قَا َل ‪ :‬قَا َل َر ُ‬ ‫ع َْن أ َ ِبي َ‬
‫سلَّ َم ‪ :‬إذَا ش ََّك أ َ َح ُد ُك ْم ِفي‬ ‫علَ ْي ِه َو َ‬ ‫صلَّى َّ‬
‫َّللاُ َ‬ ‫َ‬
‫صلَّى أَث َ َالثًا أ َ ْم أ َ ْربَعًا ؟‬
‫ص َالتِ ِه ‪ ،‬فَلَ ْم يَ ْد ِر َك ْم َ‬
‫َ‬
‫فَ ْليَ ْط َرحْ الش ََّّك ‪َ ،‬و ْليَ ْب ِن َ‬
‫علَى َما ا ْ‬
‫ست َ ْيقَ َن‪.‬‬
MAKSUDNYA..

Jika seseorang kamu ragu-ragu ketika


sembahyangnya, ia tidak ingat berapa rakaatkah
yang telah dilakukannya: tiga atau empat? Maka
ketepikanlah keraguan tersebut dengan
keyakinan.
PECAHAN KAEDAH
)‫(األصل بقأ ما كان على ما كان‬
Asal Sesuatu Perkara Kekal Mengikut Keadaan
Sebelumnya

)‫(األصل برأة الذمة‬


Asal sesuatu perkara bebas daripada tanggungjawab.
)‫)األصل العم‬
Asalnya sesuatu itu tidak ada

‫ فأصل أنه لم‬,‫ هل فعل شئا اوال‬:‫(من شك‬


)‫يفعله‬
Sesiapa yang syak adakah ia telah melakukan
sesuatu atau belum, maka dianggap ia belum
melakukannya.
)‫(األصل فى كل حادث تقدره بأقرب زمن‬
Asal bagi tiap-tiap kejadian dikira berdasarkan masa yang
paling hampir sekali.

‫ حتى يدل الدليل على‬,‫(األصل فى االشيأ االباحة‬


)‫التحريم‬
Asal bagi sesuatu itu harus hingga ada dalil yang
menunjukkan haram.
)‫(األصل فى الكالم الحقيقة‬
Asal di dalam percakapan ialah hakikat.

)‫(األصل فى األبضاع التحريم‬


Kemaluan perempuan itu asalnya haram.
)‫(األصل بقأ ما كان على ما كان‬
Asal Sesuatu Perkara Kekal Mengikut Keadaan
Sebelumnya

Maksud : Sesuatu perkara perlu dikekalkan


keadaan yang telah sedia ada pada mana-mana
waktu dan berterusan keadaannya sehinggalah
terdapat perubahan hukumnya.
CONTOH HUKUM :

Sesiapa yang yakin bersuci dan syak berlakunya


hadas, dia dianggap masih lagi berwudhu’ dan
sebaliknya.

Seseorang yang makan di akhir malam dan kemudian


syak tentang naik fajar- Puasanya sah kerana
asalnya malam itu kekal.
Wanita yang beriddah mendakwa masa sucinya
masih berlanjutan dan belum selesai iddah- maka
diterima/ dibenar dakwaannya itu dan dia masih
berhak mendapat nafkah iddah
)‫(األصل برأة الذمة‬
Asal sesuatu perkara bebas daripada tanggungjawab.

 Asal seseorang yang dilahirkan tidak ada tanggungjawab.


Situasi begini akan berterusan sehingga adanya sebab
yang membawa kepada ada tanggungjawab / bebanan
tersebut

Asal terlepas bebanan / taklif syarak dan terikat dengan


tanggungjawab adalah perkara yang mendatang (baru)
CONTOH HUKUM :

Apabil Pendakwa gagal mengemukakan keterangan,


maka sumpah akan diminta dari orang yang kena
dakwa (OKT) - Jika enggan, dia TIDAK BOLEH
DIHUKUM berdasarkan keengganannya kerana
asalnya dia bebas dari tanggungjawab.- Sumpah
akan dikenakan ke atas Orang Yang Mendakwa.
CONTOH HUKUM :

Seseorang yang mendakwa orang lain berhutang


dengannya, mesti dibuktikan dakwaannya itu jika
Orang Kena Dakwa menafikannya, kerana berpegang
kepada asal kaedah.
)‫)األصل العم‬
Asalnya sesuatu itu tidak ada

 Tiada/ tidak ada mendahului ada / wujud


 Sesuatu perkara yang dihukum ada, asalnya tidak wujud
/ tiada (diragui)
 Asal itu tiada dikembalikan/dikekalkan sehinggalah sabit
ada perkara baru yang boleh menghilangkan yang asal
tersebut.
CONTOH HUKUM :

Seseorang yang menggunakan harta orang lain


mendakwa dia dibenarkan berbuat demikian, tetapi
TUAN PUNYA menafikannya. HUKUM: Penafian tuan
punya diterima kerana asal harta tiada keizinan dan
harta orang adalah haram.
CONTOH HUKUM :

Seorang isteri yang telah lama berkahwin dengan


suaminya mendakwa bahawa suaminya tidak
memberinya nafkah, maka HUKUMNYA dakwaan
isteri akan diambil kira kerana nafkah merupakan
tanggungjawab suami menunaikannya.
)‫ فأصل أنه لم يفعله‬,‫ هل فعل شئا اوال‬:‫(من شك‬
Sesiapa yang syak adakah ia telah melakukan sesuatu atau
belum, maka dianggap ia belum melakukannya.

Sesiapa yang yakin telah mengerjakan sesuatu perbuatan


tiba-tiba timbul keraguan adakah pekerjaan yang telah
dikerjakan itu sedikit ataupun banyak, maka
ditanggungkan hukumnya di atas yang sedikit kerana
pekerjaan yang sedikit itu diyakini.
CONTOH HUKUM :

Seseorang syak di dalam sembahyangnya adakah ia


telah tertinggal sesuatu perkara yang ia kena lakukan
di dalam sembahyangnya seperti qunut dan
sebagainya, maka hendaklah ia sujud sahwi kerana
asalnya ia tiada melakukannya.
CONTOH HUKUM :

Seorang yang syak adakah ia telah membasuh dua


atau tiga kali anggota wudhu'nya maka hendaklah
(sunat) ia mengambil yang sedikit iaitu dua kali dan
ditambah dengan basuhan yang ketiga.
CONTOH HUKUM :

Orang yang syak di dalam sembahyangnya tertinggal


salah satu daripada rukunnya, maka wajib ia
mengulangi rukun tersebut. Begitu juga orang syak
ketika berwudhu', maka wajib ia mendatangkan
(melakukan) semula perkara yang ia syak itu.
)‫(األصل فى كل حادث تقدره بأقرب زمن‬
Asal bagi tiap-tiap kejadian dikira berdasarkan masa yang
paling hampir sekali.

 Untuk menetapkan hukum terhadap sesuatu perkara


adalah berdasarkan kepada keadaannya yang paling
hampir dengan situasi yang berlaku.
 Terluput sesuatu perkara/ keadaan akan menyebabkan
sesuatu hukum itu tidak terlaksana. atau tidak diambil
kira.
CONTOH HUKUM :

Seseorang yang mengambil wudhu' beberapa hari


dari satu perigi dan dia sembahyang dengan wudhu'
tersebut kemudian dia mendapati tikus mati di
dalamnya maka, tidak wajib diqadhakan
sembahyangnya kecuali ia rasa yakin berwudhuk
dengan air yang najis.
CONTOH HUKUM :
Seseorang telah memukul perut wanita yang mengandung.
Lalu perempuan tersebut melahirkan anaknya dalam keadaan
sihat disebabkan jenayah itu dan hidup untuk beberapa hari ,
kemudian mati
Hukumnya : Penjenayah itu tidak diwajibkan membayar diyat
kerana pada dzahirnya bayi tersebut mati disebabkan oleh
faktor yang lain.
)‫ حتى يدل الدليل على التحريم‬,‫(األصل فى االشيأ االباحة‬
Asal bagi sesuatu itu harus hingga ada dalil yang
menunjukkan haram.
 Kaedah ini lahir berdasarkan hadis daripada Abi Darda’ yang
diriwayatkan oleh Bazzar dan al-Tabrani:

َ ‫ع ْنهُ فَ ُه َو‬
، ‫ع ْفو‬ َ ‫َّللاُ فَ ُه َو َح َالل َو َما َح َّر َم فَ ُه َو َح َرام َو َما‬
َ َ‫سكَت‬ َّ ‫{ َما أ َ َح َّل‬
} ‫ش ْيئ ًا‬
َ ‫سى‬ َ ‫َّللاَ لَ ْم يَك ُْن ِليَ ْن‬ َّ ‫فَا ْقبَلُوا ِم ْن‬
َّ ‫َّللاِ عَافِيَتَهُ فَ ِإ َّن‬
Perkara yang telah dihalalkan oleh Allah SWT adalah halal,
perkara yang diharamkannya itu adalah haram dan perkara yang
didiamkan daripadanya adalah dimaafkan. Maka terimalah
kamu kemaafan kerana Allah SWT tidak mungkin lupa terhadap
sesuatu.
CONTOH HUKUM :

Binatang yang tidak jelas atau samar-samar nas


tentang haramnya, hukumnya adalah halal dimakan.

Tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang tidak


diketahui nama dan hukumnya adalah halal dimakan.
)‫(األصل فى الكالم الحقيقة‬
Asal di dalam percakapan ialah hakikat.

 Berdasarkan kaedah ini terbentuk beberapa


masalah dan hukum, contohnya :
Seseorang yang mewakafkan atau mewasiatkan sesuatu
kepada anak-anaknya tidak termasuk cucunya menurut
pendapat yang asah, kerana nama anak pada hakikatnya
ialah anak sejati.
CONTOH HUKUM :

Jikalau seseorang itu bersumpah tidak akan membeli,


selepas itu ia mewakilkan kepada orang lain supaya
membeli, ia tidak wajib membayar kaffarah.
)‫(األصل فى األبضاع التحريم‬
Kemaluan perempuan itu asalnya haram.

 Berdasarkan kaedah ini terbentuk beberapa


masalah dan hukum, contohnya :
Seseorang yang ingin berkahwin dengan perempuan
yang dia tidak yakin sama ada perempuan itu
mahramnya atau ajnabi, maka haram dia berkahwin
dengannya, kerana berdasarkan pengharaman
asalnya.
JOM RELAX ….
RUJUKAN
Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Usul Fiqh. Kuala

Lumpur: Ilham Abate Enteprise.

Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali. 2000. Perbahasan Kaedah-kaedah

Fiqh. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Jalaluddin Abdul Rahman as-Suyuti. 2004. Kaedah-kaedah Hukum Islam

Mazhab Shafi’. Kuala Lumpur : Crescent News (K.L) Sdn. Bhd.

Mohd Qary Abd Ghapar. 2003. Qawaid Fiqhiyyah. Mesir : Al-Azhar Media

Enterprise.
RUJUKAN

Muhammad Salih bin Ahmad. 1998. Al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Kuala


Lumpur : Pustaka Haji Abdul Majid.
Mustafa Ahmad al-Zarqa’. 1998. Al-madkhal al-Fiqhu al-‘
Ammu. Damshik : Dar al-Qalam.
Muhammad Idris Abdur Rauf al-Marbawi.1990. Kamus
Marbawi. Cet. 2. Kuala Lumpur : Darul Nu’man
RUJUKAN

http://www.tayibah.com/eIslam/yakin_tid
ak_dihilangkan_oleh_keraguan.php
http://wandastpm.blogspot.com/2013/12
/kaedah-kedua-keyakinan-tidak-
boleh_14.html
http://transformasiummah.blogspot.com/
2011/02/qawaid-fiqhiyyah-tugasan-
method-fiqh.html

Anda mungkin juga menyukai