Anda di halaman 1dari 42

TAJUK:

PERKARA-PERKARA YANG
MEMBATALKAN AKIDAH
Perkara-perkara yang
boleh membatalkan iman
SYIRIK
• Melakukan syirik dalam beribadat kepada ALLAH. syirik ialah
menyekutukan Allah (s.w.t) dengan sesuatu makhluk atau
mempercayai ada kuasa yang lebih berkuasa daripada Allah (swt).
Dengan kata lain seseorang yang menjadikan Allah (swt) sekutu
dengan sesuatu.
SYIRIK
Jenis-jenis syirik:

Syirik terbahagi kepada tiga bahagian :

1) Syirik Akbar

2) Syirik Asghar
Syirik Akbar

Iaitu menyekutukan Allah(swt) dengan sesuatu makhluk


dari aspek penciptaannya seperti mempercayai ada kuasa
lain selain darapada kuasa Allah(swt ) yang lebih berkuasa
dari kuasa Allah (swt).Syirik akhbar ialah syirik yang tidak
diampun oleh Allah(swt) pelakunya dan tidak akan
dimasukkan sama sekali ke dalam syurga.
Syirik Akbar
i. Memohon sesuatu daripada kubur orang meninggal
dunia

ii. Memohon sesuatu daripada makhluk jin dengan cara


memuja dan mempersembahkan sesuatu kepada
mereka, memuja dan mempercayai ‘ kekuasaan’ semua
makhluk sama ada pokok, bukit, gua, matahari, bintang,
bulan dan sebagainya.
Syirik Akbar
Bersumpah dengan lain daripada Allah seperti
bersumpah dengan nama nabi, kaabah, wali, orang soleh
dan sebagainya.Ini kerana manusia hanya layak
bersumpah dengan nama Allah (swt) sahaja, bersumpah
dgn nama-nama makhluk adalah tidak layak kerana di
khuatiri ia menyamakan makhluk dengan penciptanya.
Syirik Akbar
Mengamalkan sihir. Sihir adalah perbuatan kufur dan
para ulama salaf berpendapat ahli sihir adalah kafir. Ia
termasuk dalam amalan syirik kerana melibatkan
pemujaan keatas jin dan syaitan serta kepercayaan karut
yang bertentangan dengan akidah Islam amalan-amalan
yang bercanggah dengan syariat Allah s.w.t.
Syirik Akbar
Mempercayai ramalan ahli nujum dan mengamalkan ilmu
nujum. Ahli nujum meramalkan sesuatu yang belum
berlaku dengan kaedah pergerakan bintang dan
sebagainya dan mendakwa mengetahui perkara ghaib
yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t. Perkara ini
menyebabkan dia menyamakan dirinya dengan Allah
s.w.t dengan mendakwa tahu sesuatu yang hanya
diketahui oleh Allh s.w.t.
Syirik Akbar
Jampi mentera yang mengandungi permohonanan
pertolongan atau perlindungan daripada yang lain selain
Allah s.w.t seperti jin, semangat, penunggu dan
seumpamanya. Sabda Rasullullah s.a.w. “ sesungguhnya
jampi, azimat, dan guna-guna adalah syirik”.
Syirik Akbar
Mempercayai sial, seperti keadaan khusus pergerakan
burung, biawak, bulan, bintang dan sebagainya yang
membawa keburukan atau bencana. Semua kepercayaan ini
bertentangan dengan iman kepada Qadak dan Qadar serta
kekuasaan Allah SWT.
Syirik Akbar
Mentakdiskan sesuatu iaitu terlalu mengagungkan
seseorang atau sesuatu benda sehingga menyamai salah
satu sifat Allah SWT, samaada nabi, rasul, tempat-tempat
tertentu, objek tertentu dan sebagainya.
Syirik Akbar
Memakai tangkal dengan tujuan menolak sesuatu
kemudaratan ataupun bagi mendatangkan sesuatu
keuntungan dengan pergantungan kepada tangkal tersebut
sebagai sebab mendapatkan tujuan tertentu.
Syirik Akbar
Nazar kepada selain Allah SWT seperti bernazar
menyembelih binatang atau bersedekah kepada kubur
seseorang ataupun melakukan apa-apa amalan kebaikan
yang ditujukan kepada selain Allah SWT.
Syirik Asghar
Mengambil berkat daripada sesuatu benda yang di anggap
mempunyai ‘keramat’, luar biasa dan kuasa khusus seperti
pokok, batu, kubur dan seumpamanya. Rasullah SAW
pernah memerintahkan Ali ra meratakan kubur bagi
mengelakkan pemujaan dan sebagainya
Syirik Ashrar

Ialah penyekutuan terhadap Allah dalam melakukan ibadat


atau amalan kebaikan dengan niat kerana yang lain
daripada pengabdian diri kepada Allah SWT. Merupakan
syirik yang tersembunyi kerana kadang kala tidak di sedari
oleh orang yang melakukan perkara tersebut.
Syirik Ashrar
Ia terjadi apabila sesuatu amalan ketaatan dikerjakan
dengan niat yang tidak ikhlas kerana Allah SWT seperti
hanya menunjuk-nunjuk kepada orang ramai,mendapat
pujian dan sanjungan, bagi sesuatu tujuan separti
perniagaan dan perkahwinan serta tujuan-tujuan yang
seumpamanya. .
Kufur
Definisinya

Perkataan kufur dan kafir berasal daripada Bahasa Arab


yang bererti tutupan, penutup, dinding dan terlindung.
Oleh itu, perkataan kufur digunakan bagi sifat perbuatan
yang membawa kepada tertutup atau terdindingnya
seseorang daripada cahaya iman
Kufur
Kufur berlaku melalui :

1. Iktikad

2. Perkataan

3. Perbuatan
Kufur - iktikad
Iktikad yang berlawanan dengan rukun imam dan rukun
islam adalah iktikad kufur. Iktikad ini jelas menunjukkan
seseorang itu kafir atau terkeluarnya seseorang drpd akidah
Islam. Perkara ini boleh di bahagikan kepada 4 kategori
utama:
Kufur - Iktikad
Kufur melalui iktikad

Perkara ini boleh di bahagikan kepada 4 kategori utama:

1) Ketuhanan/al-Ilahiyyat
2) Kenabian/al-Nubuwwah
3) Perkara-perkara Sam’iyyat
4) Hukum syarak yang muktamad
Ketuhanan/ al- Ilahiyyat

a) Mempercayai alam ini sedia ada, tiada pencipta dan kekal


selamanya.

b) Menafikan Allah sebagai pencipta alam yang menentukan


segala perjalanan kehidupan ini.

c) Menafikan sifat-sifat kesempurnaan Allah yang tidak


menyerupai mana-mana makhluk sekalipun.
Ketuhanan/ al- Ilahiyyat
d) Mempercayai Allah lebih daripada satu

e) Mempercayai Allah mempunyai bentuk tertentu


seperti makhluk.

f) Beriktikad bahawa Allah tidak adil dalam hukuman dan


ketentuan qadar-Nya.

g) Mempercayai wujud kuasa-kuasa lain selain Allah seperti


dewa-dewa, penunggu, roh- roh dan sebagainya.
Kenabian

Antara asas akidah yang kuat dalam islam.Iktikad yang


salah berkenaan kenabian ini dapat menjerumuskan
seseorang ke dalam perbuatan kufur.
Kenabian
Antara perbuatan tersebut ialah :

Mengingkari kenabian dan kerasulan mereka yang di


utuskan sebagai nabi /rasul yang di nyatakan secara jelas
dalam al-quran dan hadis mutawatir.

Menafikan seseorang rasul, sebahagian rasul ataupun


keseluruhan

Mengingkari kerasulan Nabi Muhammad SAW.


Kenabian
Antara perbuatan tersebut ialah :

d)Iktikad bahawa Nabi Muhammad SAW hanya diutus untuk


bangsa Arab sahaja

e)Iktikad bahawa Nabi Muhammad yang sebenar adalah


Muhammad yang batin, bukan yang zahir.

f)Menghina Nabi Muhammad SAW dan rasul-rasulnya yang


diutus oleh Allah SWT.
Perkara sam’iyyat
Perkara-perkara sam’iyyat adalah segala perkara ghaib yang
diceritakan dalam di dalam al-Quran dan hadis-hadis yang
mutawatir.

Mengingkari perkara-perkara ini adalah kufur yang nyata


kerana perbuatan tersebut bermaksud menafikan kekuasaan
dan kesempurnaan Allah SWT.
Perkara sam’iyyat
Antara perkara sami’yyat adalah:

Kewujudan makhluk yang bernama jin.


Kewujudan syurga dan neraka.
Kewujudan Lauh Mahfuz
Kewujudan Arasy Allah.
Kewujudan Mahsyar.
Kewujudan alam barzakh.
Kewujudan roh yang dijadikan oleh Allah untuk makhluk-
makhluk-Nya.
Hukum Syarak Yang
Muktamad
Beriktikad mengingkari hukum-hukum syarak yang muktamad
iaitu yang sabit di dalam al-Quran, hadis-hadis yang sahih dan
mutawatir serta ijmak ulamak adalah perbuatan kufur yang
menjadi sifat orang-orang kafir.

Pengingkaran ini juga membawa maksud tidak mempercayai


malaikat Jibrail as dan Rasulullah SAW yang menyampaikan
hukum tersebut.
Kufur - perkataan

Kufur juga boleh berlaku dengan sebab perkataan yang


membawa kepada maksud kufur pada agama Allah SWT
Kufur - perkataan
Antara jenis perkataan tersebut adalah;

oMencela Allah SWT samaada sifat-sifat Nya, perbuatan Nya


kalam Nya ataupun ketentuan qadak-qadar Nya dan yang
seumpama dengannya yang membawa maksud menafikan
kesempurnaan dan keagungan Allah SWT.

oMengeluarkan kata-kata yang menghina Rasul-rasul utusan


Allah, sebahagian daripada mereka ataupun salah seorang
daripada mereka.
Kufur - perkataan
Antara jenis perkataan tersebut adalah;

oMemhina atau mencela kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah


SWT, walaupun satu ayat daripadanya.

oMemperlecehkan Islam samaada salah satu hukumnya


ataupun keseluruhan hukum-hukum Islam.

oMenolak, menafi, mengingkari segala perkara yang ijmak atau


disepakati oleh seluruh ulama Islam yang mana sudah
termaklum di kalangan umat Islam.
Kufur - perbuatan

Kufur juga boleh terjadi dengan sebab perbuatan seseorang yang


menunjukkan ia adalah perbuatan orang yang tidak beriman
dengan Allah SWT dan ingkar dengan suruhan dan larangan Allah
SWT.
Kufur - perbuatan
Antara perbuatan yang menyebabkan kekufuran adalah ;

Perbuatan yang menunjukkan pengagungan kepada makhluk


seperti rukuk dan sujud yang hanya khusus kepada Allah SWT
sahaja.

Melakukan upacara ibadat orang kafir ke atas makhluk yang


mereka sembah ataupun apa sahaja sembahan lain selain dari
Allah SWT.
Kufur - perbuatan
Antara perbuatan yang menyebabkan kekufuran adalah ;
Menghina Al-Quran, hadis-hadis nabi, nama-nama Allah,
nama-nama Rasul, malaikat, buku-buku islam, dan perkara-
perkara yang menjadi syiar dalam Islam.
Memakai salib ataupun alatan apa-apa alatan, tangkal dan
pakaian yang khusus bagi upacara ibadat orang kafir ataupun
yang khusus melambangkan agama tersebut.
Kufur - perbuatan
Antara perbuatan yang menyebabkan kekufuran adalah ;
Meninggalkan solat ataupun hukum-hukum yag termaklum
dalam Islam secara darurat dengan tujuan mengingkari
kewajipan hukum tersebut.
RIDDAH
• Riddah bermaksud berpaling atau keluar dari agama Islam

• Seseorang itu boleh dianggap murtad melalui tiga perkara;

i. Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama Islam

ii. Perkataan, apabila dirinya keluar dari agama Islam

iii.Perbuatan, menganut agama lain selain daripada agama


Islam.
KHURAFAT
• Khurafat bermaksud kepercayaan atau perbuatan karut yang
dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam
sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep
tauhid dan syariah.
KHURAFAT
• Contoh-contoh amalan khurafat.

i. Mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya


kepada seseorang.

ii. Mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah


atau sial.

iii.Membuang ancak bagi menjamu hantu.

iv.Mengunjungi kubur yang dianggap keramat.


SIHIR
• Sihir bermaksud ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus
melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan
syaitan atau jin bertujuan memudaratkan atau mengelirukan
manusia.
SIHIR
contoh-contoh sihir ;

i.Menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna.

ii.Mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin


disertai dengan penyembelihan haiwan.

iii.Pertunjukkan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-


makhluk halus.
NIFAK
Nifak bermaksud berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan
hati tetap kufur kepada Allah.

Ciri-ciri orang munafik ;

i.berdusta apabila bercakap

ii.khianat apabila diberi amanah

iii.bersikap melampaui batas apabila bertengkar

iv.selalu mungkir janji.

Anda mungkin juga menyukai