Anda di halaman 1dari 55

SISTEM

GANTUNGAN
Fungsi utama sistem
gantungan kenderaan
• Menahan gegaran jalan daripada sampai ke
badan atau casis.
• Menentukan gandar dicagak atau dipasang
lurus dengan badan dan casis.
• Memberi keselesaan kepada penumpang
dan pemandu.
• Menyerap daya kilas semasa membrek dan
pacuan
Sistem gantungan
jenis gandar tegar

Jenis – jenis
sistem gantungan

Sistem gantungan
jenis bebas
Sistem gantungan jenis gandar
tegar
• Bagi sistem ini, roda kiri dan kanan dipasang pada
sebatang gandar. Gandar yang terdapat di dalam
sistem ini mestilah mampu menyangga berat
kenderaan dan juga boleh memberikan rintangan
pada tegasan yang terjadi apabila kenderaan
diberhentikan. Ia juga mestilah stabil supaya roda
sentiasa sejajar.
• Gandar tegar atau gandar pejal biasanya
diperbuat daripada besi tempa keluli aloi
atau keluli karbon sederhana dan dibajakan
untuk memberikan keteguhan dan ketegaran.
Gandar perlulah disesuaikan dengan keadaan
membrek pada kelajuan tinggi. Gandar
tengah ditempa seperti di dalam rajah 1.
Yang menunjukkan ketinggian kenderaan
dapat dikurangkan. Gandar pejal biasanya
diselaraskan dengan pegas daun berlapis.
Manakala pegas diikat dengan bolt ke
tapaknya.
• Oleh kerana struktur gantungan jenis ini
lebih mudah dan kuat, ia selalunya
digunakan untuk sistem gantungan bahagian
hadapan dan belakang kenderaan berat
seperti lori, bas dan sebagainya.

• Pada kereta pula, ia biasanya digunakan


untuk sistem gantungan belakang.
Rajah 1: Binaan asas sistem gantungan jenis
gandar tegar.
Rajah 2: Bagi gandar tegar sebelah roda akan
menerima kejutan dari permukaan jalan apabila roda
yang sebelah lagi melalui bonggol atau lekuk.
Rajah 3: Jenis gandar tegar hidup, gantungan sebelah
belakang dipasang bersama spring gelung.
Rajah 4: Jenis gandar tegar mati gantungan belakang
bersama dengan spring gelung
Sistem gantungan bebas

• Bagi sistem gantungan jenis ini, roda kiri dan kanan


dipasang secara bebas, ini membolehkan setiap roda
bertindak sendiri terhadap hentakkan jalan.

• Jika dibandingkan dengan sistem gantungan jenis


gandar tegar, sistem gantungan bebas memberikan
keselesaan yang lebih semasa memandu dan
cengkaman jalan yang lebih baik. Memandangkan
kepada faedah – faedah yang diperolehi ini, maka
sistem gantungan jenis ini paling banyak digunakan
pada kereta dan kenderaan perdagangan kecil.
• Ada beberapa jenis gantungan bebas depan yang
mengunakan spring gelung iaitu:

1. Spring gelung dipasang diantara bahagian atas


pada rangka dan lengan kawal bawah. Lengan kawal
bawah dipasangkan ke rangka hanya pada satu titik
sahaja.

2. Spring gelung dipasang diantara rangka bahagian


atas dan lengan kawal bawah tetapi lengan kawal
bawah dipasangkan ke rangka pada dua titik.
Rajah 5: Binaan asas sistem gantungan bebas

Rajah 6: Gantungan bebas jenis mc pherson strut


Rajah 7: Gantungan bebas hadapan berlengan selari
“parallelogram type” yang mana lengan kawal bawah dipasang
pada kerangka pada dua titik
Rajah 8: Gantungan bebas “gandar mati” belakang bersama spring
gelung dan lengan bawahnya mengekor
Mengampu berat
kenderaan.

Fungsi
sambungan
bebola

Mengawal arah
perjalanan
kenderaan
Jenis – jenis sambungan
bebola

Main carrying Follower ball joint/


load ball joint non – carrying load
(sambungan bebola ball joint (sambungan
berbeban). bebola tak berbeban)
Kedudukan sambungan bebola:
Bergantung kepada susunan kedua – dua
jenis ball joint bolehlah dipasang samada
berkedudukan “tension load”
(tekanan tertumpu menolak ball joint)
atau pun “compression load”
(tekanan tertumpu menekan ball joint).
Rajah 1: Kedua – dua ball joint tension loaded
.

Rajah 1 menunjukkan susunan asas di mana


kedua – dua ball joint adalah jenis tension loaded.
Joint sebelah bawah ialah main carrying load joint.
Rajah 2: satu lagi susunan dimana kedua – dua ball joint tension loaded.

Menunjukkan satu lagi keadaan dimana kedua – dua ball joint


adalah jenis tension loaded, didalam susunan ini follower joint
load berada disebelah atas, manakala main carrying load ball joint
berada disebelah bawah . Didalam susunan ini coil spring
ditempatkan diantara lower arm dan chasis.
Rajah 3: Main load carrying joint ialah sambungan bebola
berbeban manakala follower joint load adalah sambungan
bebola tak berbeban.
Di dalam susunan yang terdapat didalam
rajah 3 pula, coil spring terletak diantara
upper arm dan chasis, didalam keadaan ini
main carrying load ball joint dipasang
disebelah atas. Disini, main carrying load ball
joint menerima “compression load” dan
follower joint menerima “tension load”.
Di dalam sistem gantungan Mac Pherson pula,
ianya tidak mempunyai upper arm (lengan jejarian
atas) dan spring bertindak terus antara badan dan
sarung topang. Didalam sistem ini beban
ditangung oleh unit pemasangan atas yang
terdapat dalam binaan topang, sambungan bebola
yang terdapat pada hujung bawah topang ialah
dari jenis follower joint (sambungan bebola tak
berbeban).
Rajah 4: Kedudukan sambungan bebola pada topang
mac pherson
Kehausan sambungan bebola

• Kebiasaanya main carrying load ball joint akan menjadi haus lebih cepat berbanding
dengan follower ball joint.
• Perlarasan roda terjejas
• Roda hadapan atau steering menjadi berat
• Bergoncangan/steering bergegar
• kehausan tayar yang berlebihan.
• Komponen yang terlibat mungkin akan tertanggal.
• Komponen yang bergerak akan menghasilkan bunyi asing.
• Terjadi kehausan yang makin teruk jika terdedah pada bendasing
Terdapat beberapa bahagian tertentu kenderaan yang
mengunakan bush bagi melicinkan pergerakkannya. Antara
tempat – tempat yang dipasangkan dengan bush ialah pada sistem
gantungan, sistem steering, motor penghidup, stabilizer bar dan
lain – lain lagi.

Fungsi bush di dalam sistem – sistem ini ialah:


• Mengelakkan geseran antara logam dengan logam.
• Untuk mendapatkan pergerakkan yang senyap dan selesa.
• Mengecilkan saiz pada sesetengah komponen berbanding
dengan yang mengunakan bearing.
• Untuk menyerap gegaran atau goyang terutama bagi bush
jenis getah.
Terdapat beberapa jenis bush yang digunakan pada
bahagian – bahagian tertentu kenderaan bergantung
kepada kesesuaiannya.

Rajah 1: Kedudukan bush di dalam sistem gantungan


RAJAH KEDUDUKAN BUSH
Jenis-jenis Bush
1. Jenis getah: Jenis ini paling banyak digunakan pada
kenderaan terutamanya pada bahagian penyerap hentak,
spring dedaun, suspension arm dan stabilizer bar

2. Jenis tembaga: Jenis ini biasa digunakan terutamanya pada


motor penghidup dan small end connecting rod.

3. Jenis plastik: Digunakan pada bahagian kotak steering jenis


rack dan pinion serta steering column.

4. Jenis keluli: Salah satu daripadanya ialah king pin bush yang
dipasang dibahagian steering knuckle.
RAJAH JENIS BUSH
KINGPIN

KINGPIN BUSHING
UPPER

KNUCKLE

THRUST
BEARING KINGPIN BUSHING LOWER

Rajah 2: Kedudukan bush di dalam steering


knuckle.
Kerosakkan bush
Kerosakkan yang biasa pada bush adalah disebabkan oleh
faktor masa pengunaannya, beban atau muatan dan juga oleh
keadaan permukaan jalan. Kesan kerosakkannya bush akan
menjadi haus berlebihan, retak atau pecah. Apabila bush rosak ini
akan menyebabkan:

• Kenderaan menjadi tidak stabil semasa dipandu.


• Mengeluarkan/menghasilkan bunyi.
• Ketidakselesaan kepada pemandu dan penumpang.
• Bunga tayar menjadi haus dengan cepat.
Fungsi rubber bump stop

“Bounce stop atau rubber bump stop”


berfungsi untuk menghadkan kemampuan spring utk
menyerap hentakkan yang kuat apabila kenderaan
melanggar bendul atau lubang yang besar di atas
permukaan jalanraya. Ia bertindak sebagai susulan
untuk menyerap hentakkan selepas spring menerima
hentakkan yang maksima.
Binaan rubber bump stop
• Rubber bump stop diperbuat daripada bungkah
getah dan padat. Sesetengah rubber bump stop
mempunyai lubang bagi menempatkannya
diperumahnya.

Kedudukan rubber bump stop


• Di dalam sistem gantungan yang mengunakan
spring dedaun, ia dipasang ditengah – tengah
spring dedaun dan diikat dengan mengunakan
“U – bolt” bersama – sama dengan spring.
• Bagi sistem gantungan hadapan jenis bebas yang
mengunakan topang mcpherson pula, rubber bump
stop di pasang dibawah perumah tupang. Apabila
spring termampat pada kedudukan maksima, katrij
penyerap hentak akan menghimpit rubber bump
stop ke perumah tupang.

• Bagi sistem gantungan jenis lengan berkembar pula,


rubber bump stop dipasang pada kedua – dua lengan
atas dan lengan bawah bagi menerima hayunan atau
lambungan maksima oleh lengan atas dan
mampatan maksima oleh lengan bawah.
Fungsi penyerap hentak

Apabila kenderaan bergerak pada keadaan jalanraya


yang mendatar/rata dan tiba – tiba rodanya terlanggar satu
bongkah, spring yang dipasang pada sistem gantungan
akan termampat. Selepas itu spring tersebut akan kembali
ke kedudukkan normalnya. Spring akan berhayun dari atas
ke bawah dan dari bawah ke atas sehinggalah daya yang
bertindak ke atas spring sudah tiada. Proses inilah yang
dapat dirasai pada rangka kenderaan.
Rajah 1: Bentuk ayunan spring apabila kenderaan melanggar bonggol.

Beban yang dipunyai oleh kenderaan akan menekan spring


ke bawah semasa kenderaan bergerak, daya yang dipunyai oleh
spring semasa ini juga cuba menolak/melawan bebanan yang
dikenakan ke atasnya untuk balik ke keadaan normal (cuba
menganjal). Proses ini dipanggil hayunan spring, ianya berayun
berulang – ulang dengan mengambil masa yang sedikit
sehingga kenderaan berada dikedudukan asal/stabil, lihat
rajah1.
• Ketidakstabilan hayunan bukan sahaja melibatkn
keselesaan pemandu, malahan ia jg mlibatkn kselamatn
kenderaan tersebut.
• Untuk mengatasi hayunan spring, satu jenis alatan yang
dinamakan “penyerap hentakkan” telah direkabentuk. Satu
daripada hujung penyerap hentakkan tersebut diikat pada
rangka kenderaan manakala hujung yang satu lagi
dihubungkan kepada axle. Apabila spring hendak bertindak
seperti mampatan atau regangan, maka proses tersebut akan
dihalangi oleh penyerap hentak.
• Apabila rangka kenderaan bergerak ke atas dan turun ke
bawah, penyerap hentak akan terdorong keluar ataupun masuk
ke dalam. Halangan yang ada pada penyerap hentak akan cuba
menyekat pergerakkan ke atas dan ke bawah. Dengan itu
sesebuah kenderaan akan kembali ke kedudukan asal dan
menjadi stabil dengan cepat.
PENYERAP HENTAK
PEGAS GEGELUNG
Binaan penyerap hentak

Penyerap hentakkan telescopic (telescopic shock


absorber) terdiri daripada selinder dalam (inner cylinder),
selinder luar (outter cylinder), omboh (piston) dan piston
rod. Ada sesetengahnya mengandungi outer dust cover dan
rock sheild. Valve (injap) dipasang selari iaitu di dalam
piston dan pada bahagian bawah selinder dalam. Injap ini
dipasang untuk mengawal pergerakkan cecair hidraulik di
dalam penyerap hentak.
Kedudukan penyerap hentak

Rajah 2: Kedudukan telescopic arbsorber pada kenderaan


Rajah 2 menunjukkan bagaimana telescopic
arbsorber diikat pada kenderaan. Bahagian atas
diikatkan dengan rubber grommets yang
dicagakkan pada rangka kenderaan. Bahagian
bawahnya pula dikat dengan bolt yang diikat pada
lower arm pada sistem gantungan belakang.
Sebarang gerakan suspension arm samada ke atas
atau ke bawah, semuanya dikawal oleh penyerap
hentak
Operasi penyerap hentak

Rajah 3 menunjukkan kedudukan


penyerap hentakkan telescopic didalam 3
keadaan. Yang di sebelah kiri, menunjukkan
penyerap hentakkan berada di dalam
keadaan rehat, iaitu apabila kenderaan
berada di dalam keadaan stabil. Pada masa
ini selinder dalam (pressure tube) dipenuhi
cecair dan hanya separuh bahagian di dalam
selinder luar (reservoir tube) dipenuhi
cecair. Pada masa ini, piston berada
ditengah – tengah saluran laluannya.
Di dalam rajah tengah pula kita dapat
melihat, apa yang terjadi kepada penyerap
hentak apabila spring dimampatkan. Piston akan
ditolak ke bawah pressure tube, tekanan yang
terhasil akan menyebabkan injap terdapat pada
piston valve terbuka lalu membenarkan cecair
masuk ke dalam presure tube. Pada masa ini,
permukaan piston rod akan diselaputi dengan
cecair, dan pada masa yang sama juga
sebahagian cecair akan keluar melalui base valve
dan keluar ke reservoir tube. Keadaan ini
menyebabkan penyerap hentak tersebut turut
termampat
Di sebelah kanan rajah 3, kita dapat melihat
tindakbalas yang terjadi kepada penyerap hentak
apabila spring meregang. Apabila keadaan ini
berlaku, piston akan tertarik oleh daya ke atas di
dalam pressure tube dan cecair mengalir masuk ke
dalam pressure tube melalui piston melalui injap
yang terdapat di dalamnya. Untuk memenuhi ruang
yang ditinggalkan oleh piston rod di dalam pressure
tube, penambahan cecair akan berlaku dengan cara
menyedut cecair melalui base valve daripada
reservoir tube. Dengan cara ini, penyerap hentak
tersebut akan tertolak ke atas.
Rajah 3: Kedudukan penyerap hentak semasa
stabil, termampat dan meregang.
MacPherson Strut or McPherson strut
Double wishbone suspension systems
Multi-link suspension Trailing-arm suspension
Solid-axle, leaf-spring
Solid-axle, coil-spring
Beam Axle
SEKIAN
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai