Anda di halaman 1dari 6

KONSEP DUA KALIMAH

SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA


PENDAHULUAN

 Satu pengakuan dan penjelasan ikrar seorang hamba untuk bertuhankan Allah
SWT dan mengakui Muhammad itu sebagai nabi dan pesuruh Allah SWT.
 Syed Qutb menyifatkan syahadah menjadi titik perbezaan antara masyarakat
Islam dan Kafir.
“Sesungguhnya ciri pertama yang membezakan tabiat (masyarakat Islam) ialah
masyarakat yang tegak di atas dasar mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT di
dalam semua perkara dan urusan. Perhambaan ini diambang dan dibentuk oleh
syahadah.” [Syed Qutb, Ma’alim fit tariq]
PENGERTIAN SYAHADAH

 Dr. Abdul Karim Zaidan


 Pengakuan, pemberitahuan dan keterangan.
 Ustaz Sulaiman Yasin
 Lafaz yang khusus diucapkan oleh seseorang untuk mengkhabarkan apa yang
berlaku dalam diri seseorang tentang ilmu atau keyakinan akan kewujudan zat
Allah SWT dan juga tentang kebenaran Rasulullah SAW serta semua ajaran yang
dibawanya
 Kalimah syahadah juga mengandungi persetujuan, pengakuan dan keyakinan
seseorang tentang kebenaran yang mereka akui dalam hatinya.
 Kalimah syahadah mempunyai dua unsur iaitu nafi dan itsbat
PENGERTIAN ILAH (TUHAN)

 Ilah membawa maksud apa yang disembah/apa yang dituruti.


 Sejarah manusia ada yang menyembah patung, harta, kedudukan, wanita dan
lain-lain sehingga berpaling kepada seruan untuk beriman kepada Allah SWT.
 Pengertian Ilah yang sebenar boleh dibahagikan kepada:-
 Tempat Tumpuan Pengabdian
 Tempat Perlindungan
 Tumpuan Kecintaan
 Pemberi Rezeki
 Sumber Perundangan
 Sumber Ketaatan
PENGERTIAN MENYEMBAH
 Memberi maksud taat, patuh, kasih saying dan memperhambakan diri dengan
melakukan yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.
 "Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu
jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!”
(Surah Yasin, ayat 60)
 Mengikut Qurthubi, maksud “menyembah syaitan” adalah dengan taat,
memperhambakan diri kepada syaitan dengan melakukan maksiat kepada
Allah SWT.
 “Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah
menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu
(menjadi orang-orang yang) bertaqwa.” (Surah Baqarah, ayat 21)
 Perkataan “sembah” dalam ayat ini membawa maksud mengikut syariat Allah
SWT dan hokum-hukumNya dengan kepatuhan dan keredhaan.
SYARAT DITERIMA SYAHADAH

1. Cukup umur (baligh) dan muakallaf.


2. Dengan sukarela tanpa paksaan.
3. Lafaz dengan tertib iaitu dimulakan syahadah kepada Allah SWT, kemudian
diikuti syahadah kepada Rasulullah SAW.
4. Menggunakan lafaz yang betul.
5. Diucapkan dalam Bahasa Arab.
6. Lafaz hendaklah berturutan.
7. Iqrar memenuhi syarat kemestian dan kelaziman.
8. Lafaz dilakukan di hadapan pemerintah Islam atau individu Islam.

Anda mungkin juga menyukai