Anda di halaman 1dari 29

BAB 8

PSIKOLOGI
PERKEMBANGAN
Disediakan oleh
Mohamad Hafizuddin Bin Harun
PENGANTAR PSIKOLOGI
DEFINISI PSIKOLOGI
PERKEMBANGAN
• Kajian bagaimana orang boleh berubah dari lahir
hingga ke tua
• Banyak jenis perubahan yang berlaku sepanjang
hayat kita
• Perubahan yang diminati oleh ahli psikologi adalah
yang berkaitan tentang pemikiran, kecerdasan,
emosi, dan tingkahlaku social
• Perubahan perkembangan termasuk perubahan
fizikal serta kognisi, personality dan pengadilan
moral
ISU-ISU DALAM KAJIAN
PERKEMBANGAN MANUSIA
1. Ciri-ciri individu berbanding sifat bersama manusia –
perkembangan setiap individu adalah unik dari beberapa segi
walaupun terdapat banyak persamaan dari segi corak
perkembangan manusia
2. Kestabilan lawan perubahan (Stability vs Change) – beberapa
sifat personaliti wujud berterusan walaupun selepas
pengalaman penting yang telah mengubah kehidupan. Adakah
personaliti anda berubah secara dramatic sejak kanak-kanak
atau adakah ia telah kekal stabil
3. Alam semulajadi lawan didikan (Nature vs Nurture) –
perdebatan ini berlaku sejak zaman Plato dan Aristotle.
1. Kepercayaan melampau alam semula jadi percaya; tingkahlaku &
perkembangan manusia ditentukan oleh kod genetic.
2. Kepercayaan melampau didikan percaya; persekitaran di mana kita
dibesarkan dgn pengalaman telah menentukan bagaimana kita
berkembang
Kaedah Penyelidikan Dalam
Psikologi Perkembangan
a) Kajian keratan rentas (Cross-Sectional)
• Menyelidik perubahan perkembangan dengan meneliti atau menguji
orang yang berbeza umur pada masa yang sama
• Cth; meneliti perkembangan kesedaran moral dengan menguji
kumpulan kanak-kanak berumur 10 tahun, 12 tahun dan 14 tahun,
kemudian mencari perbezaan di antara kumpulan-kumpulan umur
tersebut
b) Kajian membujur (longitudinal)
• Menguji orang yang sama sekurang-kurangnya dua kali atau lebih
semasa mereka meningkat tua
• Cth; penyelidik boleh menyiasat pembangunan emosi dengan
menguji sekumpulan kanak-kanak berusia 9 tahun, kemudian tunggu
selama 10 tahun untuk menguji balik kanak-kanak tersebut pada usia
19 tahun
• Kelemah; mengambil masa yang sangat lama
• Kajian biografi atau retrospektif adalah alternatif kajian ini,
• Satu kajian membujur boleh mula menguji beberapa
kanak-kanak berusia 9 tahun dan mengikuti mereka
semakin mereka meningkat tua
• Kajian biografi menguji beberapa orang dewasa
berusia 60 tahun dan menyiasat kehidupan lalu
mereka – penyelidikan akan membina semula masa
lalu peserta dengan menemuramah mereka dan
memperolehi data biografi melalui pelbagai sumber
• Data biografi kurang kredibiliti berbanding data
membujur atau keratan rentas kerana ingatan masa
lalu tidak selalunya tepat
• Setiap kaedah penyelidikan ini boleh digunakan untuk
mendapatkan pelbagai pengetahuan dan maklumat
mengenai perkembangan manusia
PERKEMBANGAN
PRANATAL
• Pembangunan pranatal merujuk kepada peringkat
perkembangan dari konsepsi kepada kelahiran
• Dalam tempoh 9 bulan, organisma satu sel akan
berkembang menjadi seorang manusia yang kompleks
a) Konsepsi: organisma satu sel yang dipanggil zigot itu
diwujudkan melalui persenyawaan telur dengan sperma
b) Zigot membahagi dan mengimplan dengan sendiri di
dinding Rahim
c) 2 minggu kemudian, sel-sel mula mengkhusus – ada yang
akan membentuk organ dalaman bayi, yang lain akan
membentuk otot dan tulang. Kini dikenali sebagai embrio
d) Selepas 3 bulan, peringkat embrio berakhir & peringkat
fetus bermula. Anda boleh mula mengenalpasti kaki,
kepala yang besar, jantung yang berdegup
Tempoh Perkembangan Pranatal
Peringkat Tempoh Penerangan
Germinal 1-2 minggu • Zigot diwujudkan melalui persenyawaan
• Pembahagian sel yang pesat berlaku dalam zigot
• Jisim sel implant sendiri di dinding Rahim
• Plasenta mula terbentuk

Embrio 3-8 minggu • Organ-organ penting dan struktur seperti jantung, tulang
belakang dan otak mula terbentuk
• Kebanyakan kecacatan kelahiran disebabkan oleh masalah
yang berlaku pada peringkat ini semasa embrio sangat
lemah
• Lengan, kaki, tangan, jari kaki, mata dan telinga boleh mula
dikenali perlahan-lahan

Fetal 9-38 minggu • Otot dan tulang mula terbentuk


• Organ seks mula tumbuh dalam bulan ketiga
• Lemak badan bertambah
• Sel-sel otak membiak dengan cepat
• Sistem pernafasan dan penghadaman matang
Tempoh Kritikal Dalam
Perkembangan Manusia
• Bahagian berlorek di bar: tempoh yang paling
sensitif bagi pelbagai organ dan struktur – pada
masa ini, organ dan struktur paling terdedah
kepada kerosakan
• Bahagian bertitik dibar: perkembangan berterusan
organ dan struktur; mereka kini kurang sensitif dan
terdedah kepada kerosakan
• Organ dan struktur paling mudah terdedah kepada
kerosakan semasa peringkat embrio ketika mereka
sedang melalui perkembangan pesat
• Dalam tempoh ini, perkembangan pranatal boleh
dipengaruhi oleh pemakanan ibu, malnutrisi,
penggunaan dadah dan/atau penyakit
• Embrio mendapatkan makanan melalui plasenta yang
menghantar bahan-bahan dari saluran darah ibu dan
membawa bahan buangan dari embrio dan fetus
• Pengambilan alcohol berlebihan oleh ibu – bayi
dilahirkan dengan sindrom alcohol fetal (FAS) –
kecacatan di muka dan jantung, pertumbuhan
terbantut dan kecacatan kognitif
• Pengambilan ubat aspirin oleh ibu – menyebabkan
pendarahan pada fetus
• Ibu yang menghidap jangkitan spt rubella, sifilis, HIV
boleh menyebabkan fetus dijangkiti
BAYI & PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK
• Bayi yang lahir tidak hanya mampu tidur, minum susu dan
menangis
• Mereka dilengkapi dengan refleks dan kebolehan persepsi yang
membantu mereka berinteraksi dengan dunia luar dan terus hidup
• Ketika lahir, deria bau, rasa, pendengaran dan sentuhan adalah
lebih lengkap berbanding dengan persepsi visual yang kurang
lengkap
• Perkembangan motor; pelbagai kemahiran pergerakan kita yang
mula berkembang sebagai bayi
• Semasa kelahiran, kemahiran motor adalah terhad kepada
tindakbalas (respon terhadap rangsangan) spt menghisap dan
menggenggam
• Dalam beberapa bulan yang singkat, bayi dapat mengangkat
kepala, bergolek dan duduk. Tidak lama kemudian mereka
merangkak, berjalan dan memanjat di seluruh tempat
• Bayi baru lahir belum mencapai perkembangan
personaliti sepenuhnya tetapi mereka
menunjukkan perbezaan individu dalam sikap
mereka
• Sesetengah bayi ada yang menangis, yang lain
adalah responsive kepada persekitaran mereka
manakala yang lain-lain masih tidak aktif dalam apa
jua persekitaran
• Perangai bayi agak stabil sepanjang masa
• Kajian menunjukkan bayi yang pemalu kerap
membesar sbg kanak-kanak yang pemalu
• Pada dasarnya, kedua-dua faktor biologikal dan
alam sekitar menyumbang kepada kestabilan dalam
tingkahlaku (Morris & Maisto, 2001)
Perubahan Fizikal Dalam Pertumbuhan & Bentuk Badan
Kepala bayi lebih Semakin tua, kepala menjadi lebih kecil berbanding badan kerana otak
besar daripada berkembang lebih cepat berbanding bahagian badan yang lain semasa
badan perkembangan prenatal dan 2 tahun pertama dalam hidup
Perkembangan Kognitif
• Merupakan perubahan dalam corak pemikiran,
penyelesaian masalah dan mengingat
Peringkat Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Peringkat Penerangan Tahap Umur
Sensorimotor • Bayi menggunakan 5 deria utk meneroka dunia 0-2 tahun
• Egosentrik – tidak boleh melihat dunia dari sudut
pandangan orang lain
Pra-operasi • Pemerolehan kemahiran motor 2-7 tahun
• Kanak-kanak tidak boleh lagi berfikir secara logik
Operasi konkrit • Boleh berfikir secara logic 7-11 tahun
• Tidak egosentrik lagi – boleh mempunyai lebih dari satu
sudut pandangan
Operasi formal • Boleh berfikir secara abstrak dan sebab logik 11-15 tahun
Perkembangan Moral
• Perkembangan moral ditentukan oleh perkembangan kognitif – oleh Piaget
Peringkat Perkembangan Moral Kohlberg
Tahap 1: Moral Prakonvensional
Peringkat 1: mengelak-hukuman & Mematuhi peraturan utk mengelakkan hukuman
ketaatan
Peringkat 2: pertukaran Tindakan yg dipilih biasanya utk kepentingan peribadi
keutamaan seseorang. Kesalingan (reciprocity) adalah mungkin,
tetapi hanya jika ia memenuhi kepentingan peribadi
Tahap 2: Moral Konvensional
Peringkat 3: budak yg baik Berfokus pada hidup & peranan yg sesuai dgn tanggapan
sosial
Peringkat 4: undang-undang & Berfokus pada usaha mengekalkan peraturan sosial &
peraturan kewajipan diri
Tahap 3: Moral Pasca Konvensional
Peringkat 5: kontrak sosial Mematuhi peraturan umum utk memastikan
kesejahteraan masyarakat
Peringkat 6: prinsip etika universal Mengikut prinsip etika & nilai sendiri walaupun
bercanggah dgn undang-undang
Perkembangan Personaliti
• Sigmund Freud mendakwa pada usia 5 tahun, asas
personality kita telahpun ditetapkan
• Erik Erikson juga percaya bahawa peristiwa di
zaman awal kanak-kanak meninggalkan tanda kekal
pada personality kita apabila dewasa.
• Walau bagaimanapun, beliau mencadangkan,
personality terus berkembang sepanjang hayat kita
Peringkat Perkembangan Personaliti Erikson
Peringkat Psikoseksual Erikson
Peringkat Krisis Kesan Baik Kesan Buruk
Alam Kanak-Kanak
Tahun Pertama Kepercayaan Lawan Kepercayaan Mensyaki dan takut
Kehidupan Tidak Percaya terhadap pada perkara masa
persekitaran dan depan
perkara masa
hadapan

Tahun Kedua Autonomi Lawan Perasaan kawalan diri Perasaan malu dan
Kehidupan Keraguan dan kecukupan ketidakyakinan

Tahun Ketiga Inisiatif Lawan Keupayaan kendiri Perasan bersalah dan


Kehidupan Bersalah untuk memulakan serba kekurangan
sesuatu aktiviti untuk berdikari
sendiri

Tahun Keenam Industri Lawan Keupayaan untuk Perasaan rendah diri


Hingga Akil Baligh Merendah Diri belajar, memahami dalam memahami
dan mengurus dan mengurus
Peringkat Psikoseksual Erikson
Peringkat Krisis Kesan Baik Kesan Buruk
Tahun Peralihan
Alam Remaja Identiti lawan Melihat diri sendiri Kekeliruan terhadap
kekeliruan sebagai unik dan diri dan kedudukan
bersepadu sendiri

Peringkat Psikoseksual Erikson


Peringkat Krisis Kesan Baik Kesan Buruk
Alam Dewasa
Awal Dewasa Keintiman lawan Keupayaan memberi Ketidakupayaan
pengasingan komitmen dan membentuk
menyayangi yang lain hubungan yang rapat
Usia Pertengahan Generativiti lawan Mengambilberat Mengambilberat
penyerapan diri keluarga dan hanya tentang
masyarakat kebajikan diri sendiri
Usia Tua Integriti lawan Rasa integrity dan Ketidakpuasan
kekecewaan kepuasan; bersedia dengan hidup;
menghadapi kecewa menghadapi
kematian kematian
REMAJA
• Merupakan tempoh peralihan antara zaman kanak-kanak
dan dewasa – perubahan fizikal paling ketara adalah
dorongan pertumbuhan mendadak dan baligh
• Umur seseorang melalui perubahan akil baligh adalah
berbeza untuk setiap individu – ada yang awal, ada yang
lewat
• Kematangan awal seksual di kalangan kanak-kanak lelaki
mempunyai kelebihan psikologi – cenderung cemerlang
dalam sukan dan mendapat penghormatan daripada
rakan-rakan mereka
• Kanak-kanak lelaki yang lewat matang membangunkan
rasa identiti yang lebih kukuh apabila dewasa kerana
tidak mengalami sebarang tekanan untuk membesar
serta merta
• Kematangan awal bagi gadis boleh membawa sama ada
rahmat atau kutukan – gadis yang matang awal mungkin
dikagumi oleh gadis-gadis lain, mereka juga cenderung
dilihat sbg objek seks oleh budak-budak lelaki, yg boleh
membawa perasaan malu
Piaget menerangkan perubahan kognitif semasa remaja, terdiri
daripada peningkatan keupayaan pemahaman secara abstrak –
pemikiran operasi formal tetapi masih terdapat kesilapan
berterusan yang agak kebudak-budakan dari segi pemikiran spt
berikut:
a) Penonton khayalan – remaja cenderung merasakan mereka
sentiasa diperhatikan dan dinilai oleh orang lain. Oleh kerana
itu, mereka sangat peka dan sering mengambil berat tentang
penampilan peribadi mereka
b) Peribadi dongeng – remaja mempunyai perasaan tidak
realistic terhadap keunikan sendiri.
o Cth; seorang remaja mungkin merasa bahawa tiada siapapun yang
dapat memahami kesakitan & penderitaan yang dilaluinya. Dalam
kes malang begini, kadang-kadang boleh menyebabkan mereka
membunuh diri
o Ramai remaja percaya, mereka berbeza daripada orang lain & tiada
perkara negatif boleh memberi kesan kepada mereka. Oleh itu,
ALAM DEWASA
• Jangkawaktu sosial adalah idea seseorang terhadap
jadual perkembangan diri yang menunjukkan
pencapaian sepatutnya dalam usia atau titik
tertentu kehidupannya
• Peristiwa penting dan perubahan hidup yang tiba
terlalu awal atau terlalu lewat mengikut
jangkawaktu sosial cenderung menyebabkan
tekanan
Pertengahan Alam Dewasa
• segelintir orang dewasa mungkin mengalami krisis
pertengahan hidup (midlife crisis) – individu akan
kesedihan disebabkan ketidakcapaian dan boleh
melakukan perubahan dramatik dan radikal dalam
kerjaya, hubungan peribadi atau gaya hidup mereka
• Kajian menunjukkan krisis pertengahan hidup bukan
sesuatu yang biasa – kebanyakkan orang tidak
melakukan sebarang perubahan secara drastic dan
dramatic dalam kehidupan mereka. Sebaliknya
kebanyakan orang dewasa melalui peralihan dalam
pertengahan hidup
Peringkat Peralihan Pertengahan Hidup
• seseorang cenderung mengawal kehidupan mereka
sekali lagi
• Apabila berhadapan tanda-tanda awal penuaan, kita
tiba-tiba menyedari masa semakin suntuk.
• Kita sedar kita tidak boleh mencapai apa yang kita
impikan dan mula mempersoal setakat mana
pencapaian masa lalu.
• Akibatnya sesetengah orang mula memikirkan semula
keutamaan dan nilai hidup mereka, lalu membina
matlamat baru berdasarkan pemahaman baru mereka
Perubahan penting yang berlaku pada masa ini ialah
kemerosotan fungsi organ reproduktif kita
• Wanita akan melalui peringkat menopause.
• Jumlah yang estrogen yang dihasilkan oleh ovari menurun,
dan payudara, tisu kemaluan, dan rahim mula mengecut,
haid tidak teratur dan berhenti di sekitar umur 50an.
• Perubahan hormone semasa menopause menyebabkan
gejala tertentu spt perubahan mood, “hot flashes”, dan
penipisan tulang – gejala-gejala ini boleh dielakkan dengan
terapi gentian hormone
• Lelaki akan mengalami kemerosotan lebih halus dan
ringan dalam kes ini
• mereka boleh menjadi aktif secara seksual dan membiak
walaupun mereka semakin matang ke penghujung alam
dewasa
• penurunan beransur-ansur & sederhana dalam
pengeluaran testosterone jelas pada usia antara 48 dan
70tahun
ALAM DEWASA LEWAT
• Kita mula menghadapi banyak perubahan fizikal
• rambut bertukar putih atau kelabu dan mula menipis
• Kulit berkedut
• Tulang, otot, sendi mula merosot perlahan-lahan
• Peredaran darah melambat, tekanan darah meningkat
• Mempunyai tenaga yang kurang berbanding sebelum ini
kerana paru-paru yang menampung oksigen yang
berkurang
Penyebab Penuaan
• Badan kita mula merosot disebabkan penggunaan
yang berulang – Sama seperti mesin yang akhirnya
haus
• Toksin dan bahan kimia yang terdedah dan
terkumpul hasil aktiviti badan tidak dapat dielakkan
dan menyumbang kepada proses kemerosotan
Perubahan Kognitif di Alam
Dewasa Lewat
• Sering dicirikan oleh kehilangan ingatan – kebenaran ini
hanyalah kira-kira 10% daripada pengecutan otak yang berlaku
di antara 20 dan 70
• Ramai orang tua boleh mengekalkan kognitif aktif sekiranya
mereka melakukan senaman otak (aktiviti teka silang kata,
membaca dsb)
• Ramai juga mengalami Alzheimer (kehilangan memori secara
perlahan-lahan), mereka mungkin gagal mengenali anak-anak,
lupa melakukan tugas-tugas mudah spt membuka pintu
• Punca Alzheimer: kemerosotan struktur dan fungsi otak
• Alzheimer boleh menyebabkan perubahan personality
• Kemorosotan mental warga tua juga boleh jadi disebabkan
oleh alcohol, kemurungan, strok, kekurangan vitamin, dan
tindakbalas terhadap ubat-ubatan tertentu
Peringkat-peringkat menghadapi akhir hayat (kematian)

Peringkat Penerangan
Penafian Individu enggan mempercayai bahawa dia sedang mati,
dan hanya menerima pendapat yang berlainan
Kemarahan Individu menerima keadaan reality, tetapi sangat marah
kerana ia berlaku kepada mereka dan tidak kepada
orang lain
Rundingan Individu dengan seberapa daya upaya cuba untuk
membeli masa dengan berunding dengan doktor, ahli
keluarga dan tuhan
Kemurungan Apabila semua rundingan gagal dan masa semakin
suntuk, individu tiba-tiba menjadi tertekan
Penerimaan Individu menjadi letih dan lemah, lalu memasuki
keadaan “harapan yang tenang”, berserah kepada takdir

Anda mungkin juga menyukai