Anda di halaman 1dari 5

KHALIFAH

Tujuan kedua Allah mencipta manusia adalah untuk menjadi Khalifah atau duta Allah di muka bumi ini supaya semua manusia hidup mengikut aturan yang ditetapkan oleh Allah Analogi Setiap negara menghantar duta ke negara lain sebagai wakil untuk menerangkan dan menjelaskan polisi kerajaan

Melaksanakan tugas IBADAH dan KHALIFAH saling berkaitan. Tidak sempurna dan sesat jika abaikan salah satu darinya

Sebab itulah manusia yang mempunyai rasa izzah/harga diri mampu menjadi Khalifah Allah di atas muka bumi ini Allah memilih manusia sebagai khalifah kerana potensi yang dimiliki oleh manusia lebih baik berbanding makhluk Allah yang lain

KHALIFAH

dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuhbunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya (Al-Baqarah: 30)

KHALIFAH
Tugas khalifah Allah adalah MEMBANGUN MEMELIHARA MENJAGA alam ini mengikut peraturan Allah
Amanah sebagai khalifah ini membolehkan manusia melaksanakan tugas dari sudut Fizikal manusia meneroka dan memanfaatkan segala yang ada di alam ini sehingga dapat membangun tamadun dan peradaban Rohani manusia melaksanakan peraturan Allah (syariat) akan dapat membangun ummat yang terbaik dan berakhlak terpuji. Ini dapat dilaksanakan melalui dakwah

KHALIFAH

dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali Imran:104)
Dalam melaksanakan tugas khalifah, manusia tidak boleh lari daripada memikul kesalahan apabila ia gagal memelihara dengan baik alam ini dan melakukan kerosakan di atas muka bumi. Begitu juga jika undang-undang Allah (syariat) gagal dilaksanakan akan menyebabkan keruntuhan tamadun (rohani dan jasmani) Manusia mendapat dosa akibat kegagalan melaksanakan tugas khalifah

KHALIFAH
Selain dari itu secara khusus tugas khalifah Allah juga turut di amanahkan untuk menjaga  Agama  Nafsu  Akal  Harta  Keturunan Khalifah mampu menjaga agama dari usaha-usaha manusia yang ingkar yang ingin memadamkan cahaya Islam Khalifah juga mampu menjaga potensi yang dimiliki oleh nafsu dan akal sehingga dapat dimanfaatkan pada tempat yang sesuai Khalifah juga dapat menjaga harta dan keturunannya dari sebarang gangguan manusia yang sesat Manusia yang mampu memegang amanah sebagai Khalifah akan dapat Menjaga kelima-lima perkara di atas

Anda mungkin juga menyukai