Anda di halaman 1dari 4

Cerita datuk Cerita ini berlaku pada tahun 1943. Ketika itu, datuk berumur 16 tahun.

Kehidupan datuk sangat susah. Rumah datuk diperbuat daripada daun nipah yang berbingkai buluh dan berlantaikan batang nibung. Pada suatu pagi, lima orang tentera Jepun lengkap bersenjata masuk ke rumah datuk. Datuk dan keluarga diarah duduk bersandar di dinding rumah. Seorang daripada tentera Jepun menerap tangan datuk. Tentera yang lain mengacukan senapang ke arah ayah dan ibu datuk. Keluarga datuk berasa amat takut. Tentera Jepun membawa datuk menaiki sebuah lori tentera melalui sebatang jalan tanah merah yang berdebu. Datuk dibawa ke sebuah markas tentera lalu ditempatkan di sebuah bilik kurungan. Datuk berada di situ bersama-sama dengan berpuluh-puluh orang remaja Melayu. Apakah yang hendak dilakukan oleh mereka terhadap kita? tanya datuk kepada remaja-remaja tersebut. Kita akan dibawa ke Burma sebagai buruh paksa untuk menyiapkan landasan kereta api, kata seorang remaja. Mana kamu tahu? tanya seorang remaja yang lain pula. Aku mendengar perbualan mereka ketika berada di dalam lori. Semasa dalam tahanan, datuk hanya berfikir cara untuk melarikan diri daripada pusat tahanan itu. Kalau datuk tidak berjaya keluar, datuk tentu akan mati dan tidak dapat berjumpa dengan anggota keluarga lagi.

Cerita datuk Cerita ini berlaku pada tahun 1943. Ketika itu, datuk berumur 16 tahun. Kehidupan datuk sangat susah. Rumah datuk diperbuat daripada daun nipah yang berbingkai buluh dan berlantaikan batang nibung. Pada suatu pagi, tiga orang tentera Jepun lengkap bersenjata masuk ke rumah datuk. Datuk dan keluarga di arah duduk bersandar di dinding rumah. Seorang daripada tentera Jepun menerap tangan datuk. Tentera yang lain mengacukan senapang ke arah ayah dan ibu datuk. Keluarga datuk berasa amat takut. Tentera Jepun membawa datuk menaiki sebuah lori tentera melalui sebatang jalan tanah merah yang berdebu. Datuk dibawa ke sebuah markas tentera lalu ditempatkan di sebuah bilik kurungan. Datuk berada di situ bersama-sama dengan berpuluh-puluh orang remaja Melayu. Apakah yang hendak dilakukan oleh mereka terhadap kita? tanya datuk kepada remaja-remaja tersebut. Kita akan dibawa ke Burma sebagai buruh paksa untuk menyiapkan landasan kereta api, kata seorang remaja. Mana kamu tahu? tanya seorang remaja yang lain pula. Aku mendengar perbualan mereka ketika berada di dalam lori. Semasa dalam tahanan, datuk hanya berfikir cara untuk melarikan diri daripada pusat tahanan itu. Kalau datuk tidak berjaya keluar, datuk tentu akan mati dan tidak dapat berjumpa dengan anggota keluarga lagi.

Anda mungkin juga menyukai