Anda di halaman 1dari 17

DISEDIAKAN OLEH:

HJ OTHMAN LEON JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPG KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU.

BAB 1 FITRAH KEJADIAN MANUSIA. Hasil Pembelajaran: 1. mendefinisikan fitrah manusia 2. menghuraikan fitrah kejadian manusia menurut perspektif agama dan biologi 3. menerangkan kaitan fitrah kejadian manusia dengan potensi yang ada dalam diri setiap individu. 4. membincangkan implikasi fitrah kejadian manusia dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Fitrah Kamus Dewan (edisi ketiga) sifat semulajadi, bakat atau pembawaan seseorang. Bahasa Arab sifat, asal kejadaian, kesucian, bakat. Keunikan manusia meliputi keseluruhan kehidupan ekonomi, sosial, pendidikan, agama, budaya, dsbgnya. Setiap individu mempunyai bakat/sifat semulajadi yang dianggap sebagai anugerah, yg perlu disalurkan ke arah kesejahteraan kehidupan dunia dan akhirat. Rogers (1951), manusia berkeupayaan utk menjadi positif & baik sentiasa berusaha ke arah penyempurnaan diri. Montessori semua manusia ada kecenderungan, mengikut hukum yg sama bagi menunjukkan t/laku yg sama.

Fitrah Kejadian Manusia Mengikut Perspektif Agama Agama satu set kepercayaan, nilai dan amalan yg berasaskan pengajaran. Agama menyediakan blue print utk manusia dlm pembentukan nilai dan amalan. Agama memberi kepuasan kpd emosi manusia dan manusia berusaha memberi makna kpd kehidupannya. Aa Gym (2005) fitrah tabiat yg suci & asli sejak lahir dan belum pernah disentuh atau diubah. Ini bererti fitrah: * suatu pemberian/anugerah yg diberikan Tuhan kpd manusia dlm bentuk fizikal atau mental. * suatu ketetapan Tuhan sejak manusia belum dilahirkan, merangkumi aspek potensi, bakat semulajadi, keupayaan mental dan fizikal.

Ragib Al Isfahami (2005), fitrah kekuatan manusia utk

mengetahui agama yg benar & Tuhan yg menciptakannya. Al Ghazali (1971) setiap insan wajib mengenali Allah SWT dlm usaha mengenali diri utk menjadi insan yg bertakwa. Dua unsur berkaitan dgn kperluan manusia roh dan jasad. Kehidupan Beragama Merupakan fitrah dalam diri setiap manusia di muka bumi ini. Ini ditegaskan Allah s.w.t dalam Al Quran (Al Imran:19): Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah s.w.t hanyalah Islam. Dalam mengenali penciptaNya, manusia akan mensyukuri keunikan kejadiannya dan menyebabkab manusia menghargai setiap bakat, kebolehan dan keistimewaannya yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Kehidupan beragama merupakan fitrah manusia yang

sangat penting dalam kehidupan setiap seorang individu. Firman Allah dalam Surah Al-Zuriyat (Ayat 51-56): Dan (ingatlah) Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan untuk mereka memperhambakan diri kepadaKu. Manusia dicipta Allah s.w.t agar beribadat kepadaNya dan melakukan perbuatan yang sesuai dengan suruhan dan laranganNya. Kehidupan beragama dapat membantu manusia mengawal emosi dan dapat menguasai diri sejajar dengan tuntutan arus kemodenan untuk kemajuan masyarakat dan negara (Hassan Langgulung, 2005).

Oleh itu, kehidupan beragama:

i.

ii.

merupakan suatu yang penting dalam kehidupan manusia sekiranya ingin mencapai kemajuan yang menyeluruh dari segi kerohanian dan kebendaan. merupakan naluri kepercayaan kepada agama, seterusnya mengesahkan kewujudan Allah s.w.t. dalam keseluruhan kehidupannya.

Manusia sebagai Khalifah Allah Status khalifah mendorong manusia menyedari terdapat banyak pilihan dalam kehidupan ini, tetapi manusia mestilah bertnaggungjawab terhadap setiap perbuatan dan pekerjaan yang dilakukannya Di akhirat kelak, kita semua akan dihidupkan semula dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang telah kita lakukan.

Akal menjadiakan darjat manusia lebih tinggi berbanding

dengan makhluk lain ciptaan Allah s.w.t. Hadis Ibn Abbas (dalam Manusia dan Islam. 1990); Telah berabda Rasullah s.a.w. dan alat bagi mukmin ialah akal dan tiang agama adalah akal. Dan tujuan Allah ialah akal. Dan menyerukan orang-orang beribadat ialah akal. Hadis ini menunjukkan akal sangat penting kepada manusia dan dengan sendirinya kepada agama. Islam diturunkan untuk membimbing dan menunjuk ajar manusia ke arah kesempurnaan yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup di akhirat. Sumber bersifat maknawi hati, akal, emosi dan nafsu. Yang bersifat lahiriah pancaindera, kebijaksanaan, hasil bumi mendorong manusia mengembangkan potensi ke tahap maksimum.

Kesimpulannya, asas-asas ajaran yang wajib diamalkan

oleh manusia menurut Islam ialah; i. manusia wajib beriman mempercayai keesan Allah s.w.t. ii. manusia wajib beribadat kepada Tuahn yang Maha Esa iii. manusia wajib berakhlak dalam setiap perbuatannya iv. manusia perlu kepada masyarakat yang berasakan kepada ajaran agama. Kesimpulannya manusia mempunyai 2 sifat sebagai makhluk jasmani dan makhluk rohani. Manusia dilahirkan dengan sifat-sifat yang baik Manusia dianugerahkan akal dan mempunyai kebebasan memilih, lantaran itu dapat membezakan antara yang baik dan buruk.

10

Fitrah Kejadian Manusia Mengikut Perspektif Biologi Ahli sosiobiologi tingkah laku manusia adalah berasaskan arahan-arahan gen yang telah berkembang dalam diri manusia melalui proses evolusi. Interaksi yang kompleks antara gen-gen memberi manusia keupayaan dan kecenderungan untuk membentuk perilaku yang kejam atau penyayang, bersikap altruistik (pemurah) atau tidak, beragama atau tidak, bergantung kepada asuhan, pengalaman dan pengaruh budaya yang mencungkil potensi tersebut daripada himpunan gen dalam diri manusia. Ini membawa kepada pembentukan personaliti dan tingkah laku individu. Pengaruh baka sifat-sifat tertentu individu kadang kala spesifik kepada suatu kaum atau masyarakat ketinggian dan bentuk badan.

11

Baka mempengruhi perbezaan individu daripada aspek:

Kognitif tahap kecerdasan seseorang Fizikal warna rambut, mata, kulit, ketinggian Emosi temperamen/kesabaran dalam menghadapi cabaran. Sifat semula jadi ingin tahu, suka menolong, mendorong manusia meneroka persekitarannya dan membantu manusia mencapai kemajuan selaras dengan perubahan tingkah lakunya. Persekitaran turut menyumbang kepada perbezaan individu dalam aspek: i. Latar belakang Faktor utama yang mempengaruhi perbezaan individu. i. ii. iii.

12

Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik dan

mengasuh anak-anak dengan cara yang betul bagi proses tumbesaran yang sempurna.
ii. Pengaruh Rakan Sebaya Turut mendorong kepada perkembangan intelek dan

potensi individu. Rakan sebaya yang tinggi akhlak dan kecerdasannya dapat membantu dan membentuk keperibadian positif.
iii. Kebudayaan dan Kepercayaan Kebudayaan dan kepercyaan masyarakat menyumbang

kepada pembentukan falsafah hidup yang berbeza. Masyarakat sihat menjadi lebih btjawab, rajin berusaha, bermoral, kuat agama dan nilai kerohanian yang tinggi.

13

iv. Sumber teknologi


Turut menyumbang kepada perbezaan individu Merujuk kepada maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan s/khabar, majalah, tv, internet, dll. Guru dan Sekolah Guru yang penyayang, cekap menguruskan aktiviti P&P akan melahirkan murid yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

v.

FITRAH MANUSIA DAN KAITANNYA DENGAN POTENSI


Potensi keupayaan dan kebolehan manusia yang

terpendam dalam diri seseorang yang membolehkan manusia berkembang maju. Kamus Dewan (1989) kemampuan, kebolehan, kekuatan, kesanggupan, keupayaan untuk berkembang maju. Potensi berkembang sejak manusia dilahirkan. Potensi: i. berkaitan dengan fungsi hidup seseorang manusia yang normal untuk berkembang, selaras dengan fitrah manusia. ii. merangkumi kesemua aspek dalam kehidupan intelektual, rohani, emosi dan jasmani.

15

Potensi manusia boleh dihuraikan berdasarkan 5 aspek: 1. Perkembangan Intelek Potensi intelek boleh dilihat daripada daya pemikiran, cara berfikir untuk menyelesaikan masalah, mereka cipta, dan menaakul.
2. Perkembangan Rohani

Merujuk kepada kepercayaan beragama, nilai dan norma masyarakat serta perlakuan peribadi individu. Individu yang beragama, nilai dan moral yang baik membentuk tenaga penggerak dalam jiwa dan perasaan dalaman yang akan melahirkan perilaku manusia yang baik.

16

iii. Perkembangan Sosial Merujuk kepada hubungan individu dengan orang lain. Budi pekerti yang baik dan tingkah laku sopan

membolehkan individu diterima baik oleh orang lain. Ini akan meningkatkan keyakinan diri untuk berinteraksi dengan orang lain dalam masyarakat. iv. Perkembangan Emosi Dilihat sebagai suatu keadaan di mana seseorang itu dapat memahami perasaan sendiri dan perasaan orang lain. Manusia berkeupayaan mencapai kesedaran, keinsafan, sikap bertanggungjawab dan boleh dipercayai. v. Perkembangan Jaasmani Merujuk kepada kebolehan dan keupayaan fizikal/kemahiran psikomotor dalam aktiviti sukan dan permainan.

Implikasi Fitrah Kejadian Manusia Terhadap Proses P&P


Guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti kognitif yang

dapat mengilap potensi intelek kanak-kanak. Aktiviti ko-kurikulum unti beruniform, membantu murid mengembangkan potensi dari segi bakat, sahsiah, dan emosi yang baik. Pelbagai kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran selaras dengan gaya pembelejaran murid. Guru berusaha merangsang murid untuk mengikuti proses P&P dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif dan menarik Guru perlu memperkukuhkan kekuatan dalaman murid. Elakkan daripada membesarkan kelemahan murid. Hargai setiap komitmen yang diberi oleh murid kerana ia akan merangsang mereka untuk terus belajar Aspirasi sekolah yang menekankan kecemerlangan sukan, turut membantu mengembangkan potensi jasmani murid.

Anda mungkin juga menyukai