Anda di halaman 1dari 9

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
1. Dr. James Ang Jit Eng, Institut Aminuddin Baki 2. En. Abdul Razak Alias, Institut Aminuddin Baki

Abstrak Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen penting dalam tugas kepimpinan instruksional seorang pentadbir sekolah. Walaupun demikian, usaha ini tidak akan berjaya sepenuhnya sekiranya hasrat ini tidak difahami dan disokong oleh para pegawai di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan peranan kepimpinan instruksional yang boleh dimainkan oleh para pegawai di peringkat PPD khususnya dalam aspek kemahiran coaching dan mentoring dan pemantauan pencapaian murid (headcount). Kedua-dua jenis kemahiran ini amat penting bagi para pengawai di peringkat PPD dan JPN kerana ia akan membolehkan mereka mengenalpasti masalah akademik yang dihadapi oleh sekolah dan seterusnya mengambil tindakan yang sesuai untuk mendampingi para pentadbir dan membantu mengatasi masalah akademik yang dihadapi.

1|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

1.0

Pengenalan

1.1 Kajian-kajian awal penggunaan masa pengajaran

Kajian literatur menunjukkan bahawa kajian-kajian awal yang cuba mengaitkan masa yang diperuntukkan untuk pengajaran (allocated time) dengan pencapaian murid telah bermula sejak tahun 1970an lagi. Hasil-hasil kajian mendapati

bahawa usaha meningkatkan peruntukan masa pengajaran sahaja tidak banyak mempengaruhi pencapaian murid.

Pada tahun 1980an, perbahasan mengenai hubungan peruntukan masa dengan pembelajaran murid terus berlangsung (Contoh: Jacobson 1980; Baines 2007). Cotton (1990) telah menyimpulkan hasil-hasil kajian literatur pada ketika itu dan menyimpulkan perkara-perkara berikut:

i.

Tidak ada korelasi (hubungkait) antara peruntukan masa (allocated time) dengan pencapaian murid.

ii.

Terdapat sedikit korelasi antara masa penglibatan (engagement time) dengan pencapaian murid.

iii.

Terdapat korelasi yang besar antara masa pembelajaran (learning time) dengan pencapaian murid

iv.

Tidak ada bukti konkrit yang menunjukkan terdapatnya korelasi antara panjangnya waktu pembelajaran dalam sehari atau setahun dengan pencapaian murid (Millot dan Lane, 2002).

Kajian-kajian turut menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang kukuh dan positif antara masa murid terlibat dalam pembelajaran (time-on-task) dengan pencapaian murid. Ini berbeza dengan dengan masa penglibatan (engagement time) dengan pencapaian yang agak rendah. Yair (2000) melaporkan bahawa secara purata, murid hanya terlibat 53.8 peratus masa dalam pembelajaran. Kajian Stalling (1985) yang sering digunakan sebagai tanda aras penggunaan masa secara berkesan dalam bilik darjah menunjukkan bahawa guru-guru sekolah menengah yang biasa menggunakan 38 peratus daripada masa untuk

2|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

menguruskan kelas, 50 peratus untuk mengawas dan menyelia kerja murid dan baki 12 peratus untuk pengajaran (rujuk Rajah 1).

Rajah 1 Penggunaan Masa oleh Guru Biasa

38% 50% 12%


Mengawas & Menyelia Penyampaian Pengajaran Mengurus Kelas

Guru-guru yang berkesan pula menggunakan kurang daripada 15 peratus daripada masa untuk menguruskan kelas, 35 peratus untuk tugas mengawas dan menyelia kerja murid dan baki 50 peratus untuk penyampaian pengajaran (rujuk Rajah 2). Murid yang berkesan pula menggunakan 97 peratus daripada masa untuk pembelajaran aktif dan 3 peratus masa luang (off-task).

3|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Rajah 2 Penggunaan Masa oleh Guru Berkesan

15% 35% 50%


Mengawas & Menyelia Penyampaian Pengajaran Mengurus Kelas

1.2 Kajian kehilangan masa pembelajaran di negara membangun

Kajian oleh Bank Dunia mendapati terdapat jurang antara masa yang diperuntukkan dengan realiti dalam masa pengajaran khususnya di negara kurang membangun (Millot dan Lane 2002, Abadzi 2007). Secara kuantitatif dan

kualitatif, masa yang digunakan untuk pengajaran sebenar adalah kurang daripada kehendak dasar pendidikan kebangsaan masing-masing.

1.3 Langkah-langkah memaksimumkan masa pembelajaran

Dapat disimpulkan bahawa daripada hasil kajian literatur bahawa komponen penting untuk menjayakan dasar melindungi masa pembelajaran adalah dengan memaksimumkan masa pembelajaran dan meningkatkan masa murid terlibat dalam pembelajaran (time-on-task) untuk segala bentuk aktiviti yang berlaku di sekolah.

Seperti yang disebutkan di atas, satu daripada variabel yang mempengaruhi pembelajaran murid ialah masa pembelajaran (instructional time). Abadzi

(2007) mentakrifkan masa pembelajaran sebagai jumlah masa dalam kelas yang
4|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

guru gunakan untuk menyampaikan ilmu. Masa pembelajaran menurut beliau tidak termasuk masa yang guru gunakan untuk mengurus bilik darjah yang dianggap sebagai masa luang (off-task). Untuk tujuan itu, kajian telah

menunjukkan bahawa terdapat korelasi statistikal yang positif antara masa pembelajaran dan pencapaian murid dalam peperiksaan (Lieberman dan Denham, 1980).

Selain daripada meningkatkan masa pembelajaran, guru juga perlu meningkatkan masa murid terlibat dalam pembelajaran (time-on-task) murid. Time-on-task merujuk kepada jumlah masa dalam satu waktu apabila guru dan murid terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia juga sering difahamkan dengan masa murid benar-benar terlibat dalam pembelajaran (Abadzi, 2007). Kajian yang oleh Levin dan Nolan (2010) menunjukkan bahawa kunci kejayaan pembelajaran murid adalah kemampuan guru untuk memaksimakan masa timeon-task murid terlibat dalam tugasan akademik dan mengurangkan masa luang untuk memulakan aktiviti, transisi antara aktiviti, tidak ada aktiviti atau terlibat dengan perbuatan salah laku.

Untuk mencapai hasrat ini, Pengetua/Guru Besar perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran kepimpinan instruksional khususnya ilmu memantau pencapaian akademik murid (headcount) yang membolehkan mereka mengenal pasti kelemahan (akademik) murid dan seterusnya mengambil langkah-langkah pembetulan/penambahbaikan yang sewajarnya. Kemahiran-kemahiran ini telah disampaikan kepada golongan pentadbir sekolah melalui kursus-kursus yang telah dianjurkan oleh IAB seperti berikut:

1.3.1 Kursus Kepimpinan Instruksional 1.3.2 Kursus Memantau Pencapaian Murid 1.3.3 Kursus NPQEL (National Professional Qualification for Educational Leaders) 1.3.4 Kursus Coaching dan Mentoring Pemimpin

5|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Walaupun demikian, tahap amalan kandungan kursus di peringkat sekolah masih menjadi tanda tanya kerana tidak ada pihak yang memantau pelaksanaan dan keberkesanan kursus tersebut apabila para peserta kembali ke sekolah masingmasing. Satu pihak yang boleh membantu memastikan pelaksanaan tugas

memantau pencapaian (akademik) murid adalah para pegawai di peringkat PPD kerana mereka berada lebih dekat dengan sekolah dan merupakan golongan prime movers dalam usaha mentransformasi PPD.

Oleh yang demikian, untuk membolehkan masa pembelajaran murid dilindungi dan dipertingkatkan di sekolah, adalah dirasakan bahawa para pegawai PPD perlu dilibatkan. Sebagai langkah permulaan, mereka perlu diberi pendedahan dalam kemahiran memantau pencapaian murid (headcount) dan kemahiran coaching dan mentoring pemimpin agar mereka dapat mendampingi dan menyelesaikan masalah akademik yang dihadapi oleh sekolah dengan lebih cekap lagi.

2.0

Isi Kandungan

2.1 Pernyataan isu

Bagaimanakah cara terbaik untuk memastikan para pegawai di peringkat JPN/PPD memahami konsep dan kepentingan kemahiran memantau pencapaian murid (headcount) dan kemahiran coaching dan mentoring pemimpin yang membolehkan mereka mendampingi pihak sekolah (para pentadbir dan guru) secara bermakna agar mesej yang ingin disampaikan dan matlamat yang dihasratkan tercapai?

2.2 Cadangan tindakan (Cadangan pengisian sesi taklimat)

2.2.1

Berkongsi hasil kajian empirikal yang telah dibuat untuk menunjukkan peranan sekolah dan guru dalam meningkatkan pencapaian murid.

2.2.2

Berkongsi cara mengenal pasti tahap pencapaian murid melalui teknik memantau pencapaian murid (headcount).

6|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

2.2.3

Membantu membina jaringan dan menggalakkan percambahan idea antara pegawai JPN/PPD untuk menangani masalah pencapaian akademik murid.

2.2.4

Mengupayakan pegawai JPN/PPD dengan kemahiran coaching dan mentoring pemimpin.

2.2.5

Menjadikan coaching dan mentoring sebagai satu bentuk pembangunan profesionalisme pemimpin yang bercirikan pembelajaran pandu kendiri (self-directed learning).

2.3 Kesimpulan

Langkah yang dicadangkan oleh IAB adalah sebahagian daripada usaha bersepadu Kementerian Pelajaran yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Operasi Pendidikan (TKPPM-OP) khususnya melalui sesi mesyuarat/taklimat kepada JPN/PPD untuk melaksanakan dasar Melindungi Masa Pengajaran di sekolah-sekolah sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.

3.0

Syor 3.1 Selain pendedahan kepada ilmu memantau pencapaian murid dan kemahiran coaching dan mentoring pemimpin, para pegawai JPN/PPD diberi pendedahan kepada aspek-aspek lain yang turut menyumbang kepada usaha melindungi dan memaksimumkan masa instruksional dan pembelajaran murid dalam sesi mesyuarat/taklimat yang diketuai oleh TKPPM-OP. 3.2 Para pegawai JPN/PPD dikehendaki menghadiri kursus Kepimpinan Instruksional dan kursus Coaching dan Mentoring Pemimpin yang dianjurkan oleh IAB.

7|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Rujukan

Abadzi, H. (2007). Absenteeism and beyond: Instructional time loss and consequences. Independent Evaluation Group, World Bank, Washington, DC. Baines L. 2007. Learning from the World: Achieving More by Doing Less. Phi Delta Kappa International 89, no 2 (October 2007): 98100. Cotton, K. (2003). The principals and student achievement: What the research says. Association for Supervision and Curriculum Development. Alexandria, Virginia. Davis, G. & Thomas, M.A. (1989). Effective school and effective teacher. Allyn and Bacon. Hallinger, P. & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional management behaviors of principals. The Elementary School Journal, 86 (2), 217-247. Jacobson, K. 1980. The Relationship of Individual Student Time Allocation to Reading and Mathematics Achievement. Report from the Project on Studies of Administration and Organization for Instruction. Research and Development Center for Individualized Schooling, University of Wisconsin, Madison. James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah (2011). Panduan Praktikal. PTS Professional Publishing. Kepimpinan Instruksional: Satu

Levin, J. & Nolan, J. F. (2010). Principles of classroom management: A professional decision-making model. Pearson Education Inc. NJ. Lieberman, A., & Denham, C. (1980). Time to learn. Sacramento, CA: California Commission for Teacher Preparation and Licensing. Mielcarek, J.M.A. (2003). A model of school success: Instructional leadership, academic press and student achievement. Unpublished dissertation. Ohio State University. Millot, B., and J. Lane. 2002. The Efficient Use of Time in Education. Education Economics 10, no 2: 20928. Murphy, J. (1990). Principal instructional leadership: Changing perspectives on the school. Advances in Educational Administration, 1, 163-200. Barber, M., & Fullan, M. (2005). Tri-level development: Its the system. Education Week, 24(25), pp. 32 - 35. Stallings, J. A. (1980). Allocated academic learning time revisited, or beyond time on task. Educational Researcher 9(11), December, 11-16. Stallings, J. A. (1985). Instructional Time and Staff Development: How Useful is the Research on Time to Teachers? In Perspectives on Instructional Time, edited by C.W. Fisher and D.C. Berliner, 28397. New York and London: Longman.
8|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Stallings, J. A. (2007). The Importance of Using Instructional Time Effectively. Unpublished article. HDNED, World Bank, Washington, DC. Dimuat turun pada 20 Ogos 2012 dari http://wwwwds.worldbank.org/external/default/WDSContentServer/WDSP/IB/2009/02/11/0003 33037_20090211004247/Rendered/PDF/473280WP0Box33101OFFICIAL0USE0O NLY1.pdf Tengku Azuan Tg Mohamed (2006). Headcount: Satu perkongsian Pengalaman. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2, November 2006. IAB Cawangan Utara. KPM. Yair, G. 2000. Not Just About Time: Instructional Practices and Productive Time in School. Education Administration Quarterly 36, no. 4 (October): 485512.

9|Muka Surat

Anda mungkin juga menyukai