Anda di halaman 1dari 16

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106

2.0 Usaha Kerajaan Dalam Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia. 2.1 Peranan Kerajaan

Rukun Negara

Gagasan 1 Malaysia

Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Peranan Kerajaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Dasar Pembanguna n Nasional

Wawasan 2020

Dasar Wawasan Negara

Gambar 1 : Peranan Kerjaan 2.2 Rukun Negara Pada tahun 1969 ,Rukun Negara adalah satu ideologi negara yang merangkumi beberapa prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek dari segi keagamaan, kebudayaan,ekonomi,politik dan perundangan. Penggubalan Rukun Negara cetusan daripada peristiwa 13 Mei 1969 di mana berlaku rusuhan kaum yang mengggugat keamanan,keharmonian dan keutuhan negara ketika kerajaan

berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan yang bertujuan untuk memupuk perpaduan, mengembalikan keamanan, mendirikan semula undang-

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106


undang negara dan memupuk suasana harmoni serta mempercayai dalam kalangan rakyat secara berkekalan.Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh dari China dan India untuk bekerja di lombong dan estet serta berniaga di Bandar. Aspek utama Rukun Negara diperkenalkan bagi mewujudkan perpaduan kaum adalah untuk menyedari bahawa manusia itu dijadikan dalam bentuk berbangsa-bangsa, berkaumkaum, bersuku-suku dan sebagainya. Hakikat kepelbagaian ini adalah sebenarnya untuk menambahkan seri kehidupan, saling mempelajari, saling berinteraksi, dan saling bertolak ansur. Namun, manusia akan menggunakan perbezaan antara satu sama lain mencetuskan konflik yang berbahaya. Secara umumnya, prinsip Rukun Negara yang dibentuk oleh pimpinan Malaysia bagi mengatasi segala perbezaan yang terdapat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Oleh itu, unsur-unsur yang terkandung dalam Rukun Negara tidak mengidentitikan hak milik sesuatu kaum. Ia bersifat umum dan mencuba untuk membina lingkaran yang luas, sehingga pada titik akhirnya dapat mengatur tatasusila, mengendalikan, dan memberi panduan kepada rakyat dalam semua aspek kehidupan seperti sosial,ekonomi, dan politik. Selain itu, Rukun Negara juga dibentuk bagi menentukan bahawa masyarakat Malaysia perlu bersatu agar dapat hidup dengan aman dan sejahtera.Ini ditunjukkan melalui sikap taat dan setia serta bangga kepada negara.Seterusnya, Malaysia adalah sebuah negara demokratik. Rukun Negara juga menekankan hal yang penting iaitu rakyat diberi kebebasan memilih kerajaan yang memerintah untuk kepentingan bahasa dan negara. Rukun Negara juga menggariskan cita-cita melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik saintifik, progresif dan bersatu-padu serta bersikap terbuka terhadap pelbagai ketaktikan dan gaya hidup rakyat yang keturunan yang berbeza. Cita-cita ini akan tercapai apabila objektif Rukun Negara diamalkan oleh setiap rakyat negara ini. Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian iaitu : Bahagian pertama merangkumi objektif masyarakat Malaysia yang ingin dibentuk oleh kerajaan sendiri .Antaranya ialah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan rakyat Malaysia. Masyarakat perlu memelihara cara hidup demokratik, seterusnya mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama. Objektif seterusnya adalah membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang untuk

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106


pelbagai dan membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden pada masa akan datang. Bahagian kedua pula menggariskan lima prinsip Rukun Negara.Kelima prinsip Rukun Negara menerangkan mengenai kewajipan ataupun tanggungjawab setiap rakyat Malaysia yang sememangya dibendung oleh tuntutan daripada pelbagai tahap autoriti,iaitu daripada Tuhan pada peringkat alam semesta sehingga peringkat diri sendiri diukir penuh dengan nilai bertanggungjawab. pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan mempertahankan

kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Melalui perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju ataupun tinggi di samping mewujudkan suasana politik yang stabil.

Kecemerlangan dalam bidang pendidikan, keharmonian masyarakat serta pembinaan sebuah masyarakat Malaysia yang sejahtera , bersatu padu dan berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang cemerlang , gemilang dan terbilang . Rukun Negara telah menggariskan lima prinsip yang menjadi amalan rakyat Malaysia bagi memainkan peranan sebagai mekanisme perpaduan etnik di Malaysia.Prinsip-prinsip tersebut adalah berikut : 1. Prinsip pertama adalah kepercayaan kepada Tuhan yang membawa maksud bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh terhadap Tuhan. Melalui kepercayaan beragama, inilah menjadikan bangsa dan negara yang berdaulat. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari bahawa pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia seharian. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian dan sahsiah seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing ,prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. Prinsip ini menekankan tanggungjawab individu sebagai makhluk Tuhan dan harus mematuhi dan akur pada agama masing-masing.Seterusnya,walaupun tidak semua agama di Malysia mempunyai konsep Tuhan dalam doktrinya namun melalui ikatan keagamaan , manusia memahami apakah dimaksudkan dengan dosa dan pahala dan akibat jika melakukannya. Melalui ajaran agama,manusia bertindak sebagai seorang yang

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106


bertanggungjawab ,dan sentiasa menjaga keamanan dan keharmonian Negara Malaysia ini.Mereka juga berasa bertimbang rasa,bersyukur dalam kehidupannya tanpa sebarang pergaduhan dan pertelingkahan antara satu sama lain.Prinsip ini juga menitikberatkan sikap kerjasama antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama dengan ajaran agama yang merangkumi beberapa nilai-nilai murni yang bermutu tinggi mengarah kepada pembentukan kehidupan yang harmoni sejahtera. Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja

Berperlembagaan di mana Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara . selaras dengan kedudukan Yang di Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan , sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang di Pertuan Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda , Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri adalah lambang perpaduan rakyat.

2.

Prinsip kedua pula Kesetiaan kepada Raja dan Negara berdefinisi setiap rakyat hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan juga agama yang dianuti yang menjadi simbol kedaulatan negara dan lambang tumpuan taat setia. Sikap kesetiaan seperti ini adalah suatu nilai yang baik dan boleh menjadi kebanggaan kepada negara serta dapat dijadikan ikatan bagi memupuk kecintaan rakyat kepada negara, Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja dan negara juga adalah salah satu faktor yang boleh menyatukan rakyat Malaysia. Dengan memahami prinsip ini rakyat akan menjadi insan yang bertanggungjawab,patriotik dan sanggup berkorban untuk negara demi mejaga keamanan dan kesejahteraan negara .

3. Prinsip ketiga ialah Keluhuran dan Perlembagaan. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau Perlembagaan itu sendiri.

Prinsip ini yang menekankan tanggungjawab insan masyarakat sebagai warganegara demokrasi berperlembagaan.Penekanan prinsip ini adalah supaya rakyat dapat menerima, mematuhi dan mempertahankan kemuliaan Perlembagaan Negara kerana perlembagaan berfungsi memberi perlindungan dan hak kepada setiap anggota masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Aspek-aspek utama Perlembagaan yang terkandung dalam prinsip ini ialah berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan RajaRaja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, hak-hak istimewa orang Melayu

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106


di Semenanjung dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.Sekiranya, semua pihak mematuhi perlembagaan Negara ini, nescaya masalah hubungan etnik yang bakal mengancam ketenteraan negara dapat diselesaikan.

4. Kedaulatan Undang-Undang merupakan prinsip keempat yang terkandung dalam Rukun Negara. Keadilan berasaskan kedaulatan undang-undang memberi taraf yang sama kepada rakyatnya di sisi undang-undang negara.Setiap rakyat adalah sama tarafnya dari segi undang-undang dan tertakluk kepadanya. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur dalam kehidupan. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak lancar dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan berasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan. Hak-hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan Kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan. Kedaulatan undang undang perlu dipertahankan agar masyarakat dapat terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Kesedaran ini perlu diwujudkan dan dikekalkan dalam pemikiran seluruh rakyat. 5. Prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan telah menitikberatkan perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan Kempen Budi Bahasa dan nilainilai murni. Prinsip ini juga menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan pelbagai kaum di negara ini.. Kesopanan dan kesusilaan dapat dilihat pada tingkah laku dan tutur kata seseorang. Bahasa yang lembut dan bersopan santun serta tingkah laku yang baik akan menjamin perhubungan yang harmoni

dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.Prinsip ini jika dipraktikkan akan membentuk individu berdisiplin dan bermoral yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu . Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuklah negara Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan menjadi lemah

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106


dan sukar untuk dibangunkan dari segi ekonomi, politik dan sosial serta mudah diancam sama ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri. Pengamalan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum ataupun agama serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem

pemerintahan negara yang demokratik. 2.3 Dasar Ekonomi Baru (DEB) Pengenalan dasar ekonomi baru (DEB) oleh kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan semula masyarakat yang berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan kekayaan negara. Oleh itu, menurut Mackerras (2003), terdapat dua langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan melalui dasar ini iaitu yang pertamanya ialah untuk mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Manakala, langkah kedua pula ialah dengan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi membaiki dan memulihkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Dalam langkah kerajaan ke arah pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum di negara kita, pihak kerajaan telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebunpekebun kecil, penghuni estet, petani, nelayan dan pesawah. Antara program-program yang telah dilaksanakan contohnya; melaksanakan rancangan pembukaan tanah baru yang membolehkan penghuni seda menyertai kegiatan pertanian moden,misalnya skim anjuran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan lain-lain. Manakala langkah kerajaan dalam penyusunan semula masyarakat Malaysia ialah pihak kerajaan telah menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum bumiputera pada tahun 1990. Ini kerana, jika dilihat pada zaman 90-an, masyarakat Cina menguasai perdagangan dan hidup mewah sedangkan orang Melayu masih lagi dengan amalan ekonomi tradisional, tinggal di kampung dan hidup miskin. Secara tidak langsung, orang Melayu akan merasa rendah diri dan orang Cina pula merasakan mereka lebih hebat. Inilah keadaan yang cuba dihapuskan oleh kerajaan

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106


dalam perlaksanaan DEB. Namun begitu, menurut penulis dalam journal Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010, setelah tahun 1990 tahun yang dijangka untuk mencapai matlamat DEB tiba, DEB masih belum berjaya mencapai matlamat sepenuhnya seperti pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam aktiviti ekonomi. Namun demikian, kejayaan yang telah dicapai seperti purata isi rumah yang bertambah, pengurangan kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan dan pengenalan kaum berdasarkan ekonomi telah berkurangan, 2.4 Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) ialah Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) yang pernah dilaksanakan dalam ekonomi Malaysia. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang meliputi tempoh 1971 hingga 1990 telah tamat. Dalam tempoh pelaksanaan DEB, ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh, namun banyak kejayaan telah dicapai. Bagi menyambung dan

memperkukuhkan hasrat ekonomi rakyat, maka satu dasar baru dikenali sebagai Dasar Pembangunan Nasional (DPN) bagi tempoh 1990 hingga 2000 telah dibentuk. Pembentukan dasar baru ini menandakan bermulanya Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2). Dasar ini telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia keempat Tun Dr. Mahatir Mohamad. Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatu padu penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik serta mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi. Matlamat DPN adalah untuk mencapai pembangunan yang seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang lebih bersatu padu dan adil. Bagi strategi pelaksanaan pula, DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbang ke arah perpaduan negara. Berikut merupakan aspek-aspek strategi pelaksanaan:

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106


I. Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi

dengan pengagihan yang saksama. II. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk

meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan. III. Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara

untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada pertumbuhan secara adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia. IV. Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang

ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar. V. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati

kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara. VI. Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin

dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat. VII. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan

pembangunan sosio ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden. VIII. Memastikan bahawa dengan usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang

sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang negara dapat dikekalkan secara berterusan. Dimensi baru DPN adalah seperti berikut: I. Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan

menghapuskan kemiskinan dalam kalangan golongan termiskin (hardcore poor) di samping mengurangkan kemiskinan relatif. Golongan termiskin adalah keluarga berpendapatan 50% atau kurang daripada pendapatan Garis Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106


Kemiskinan adalah sebanyak RM 370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, RM544 bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan RM 452 bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak. Kira-kira 143, 000 isi rumah atau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin. II. Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan

Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting ke arah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi. III. Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses

penyusunan semula masyarakat. IV. Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai

dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. Melalui dasar ini, kita dapat melihat kadar kemiskinan di negara Malaysia semakin menurun dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia juga memuaskan- Sumber Utusan Malaysia. 2.5 Dasar Wawasan Negara (DWN) Dasar Wawasan Negara akan meneruskan usaha yang telah dimulakan di bawah rancangan pembangunan negara yang lepas dan mengukuhkan asas peralihan Malaysia kepada sebuah negara maju sepenuhnya sebagaimana yang dihasratkan oleh Wawasan 2020. Di samping ekonomi yang berdaya saing, dinamik, teguh dan berdaya tahan, matlamat Malaysia adalah untuk menjadi sebuah negara yang bersatu padu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan dan dilengkapi dengan nilai moral dan etika yang tinggi serta hidup dalam masyarakat yang demokratik, berfikiran terbuka, bertolak ansur, penyayang, saksama serta progresif dan makmur. Di samping menggabungkan strategi utama Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat serta Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang menekankan pembangunan seimbang, DWN juga memperkenalkan beberapa teras dasar yang baru. Perkembangan dalam negara dan dunia memerlukan perubahan cara pemikiran di kalangan penggubal dasar, pelaksana dan semua pihak yang terlibat dalam pembangunan. Ia juga menunjukkan keperluan untuk belajar, mengenepikan pengetahuan yang tidak sesuai dan mempelajari semula serta melakukan sesuatu menggunakan cara yang berlainan termasuk memakai kaedah yang inovatif supaya

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106


menjadi lebih berkesan dan mencapai matlamat pembangunan. Dengan itu, sektor awam perlu menjadi lebih proaktif dan cekap serta mengambil langkah yang akan meningkatkan lagi daya saing sektor swasta. Dimensi baru dasar yang diperkenalkan dalam DWN adalah seperti berikut:

1.

Membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat pengetahuan;

berasaskan

2.

Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui

pengukuhan pelaburan dalam negeri dan pembangunan keupayaan tempatan di samping penarikan pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan ke dalam bidang strategik.

3.

Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui

penerapan pengetahuan yang lebih tinggi. 4. Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin di kawasan terpencil,

Orang Asli dan kumpulan minoriti Bumiputera di Sabah dan Sarawak serta meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup kumpulan pendapatan 30 peratus terendah.

5.

Mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti sekurang-

kurangnya 30 peratus menjelang 2010. 6. Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor utama ekonomi; dan

Dasar ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan keupayaan, kemampuan dan keazaman negara bagi menghadapi cabaran yang akan datang. Ia menekankan kepada perlunya membina keutuhan dan daya saing negara serta sebuah masyarakat yang saksama bagi menjamin perpaduan dan kestabilan politik. Kecekapan dan produktiviti semua aktiviti ekonomi akan dipertingkatkan untuk memantapkan daya saing Malaysia. Di samping itu, jurang ekonomi di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta di antara strata dan wilayah akan diatasi untuk mewujudkan perpaduan dan kestabilan dalam masyarakat Malaysia. Sektor swasta akan menerajui pertumbuhan ekonomi manakala sektor awam akan menyediakan persekitaran yang bersesuaian dan memastikan pencapaian matlamat sosioekonomi.

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106


Malaysia mempunyai rekod yang baik dalam menjalin kepelbagaian etnik dan budayanya untuk melahirkan sebuah masyarakat padu yang menjadi sumber kekuatan, kedinamikan dan daya cipta. Tugas utama pembangunan adalah untuk meneruskan kewajipan membina satu bangsa yang bersatu padu berasaskan kesaksamaan dan kemakmuran dengan mewujudkan peluang yang banyak untuk semua rakyat serta menghapuskan perbezaan sosioekonomi di kalangan dan di dalam kumpulan etnik menerusi ekonomi yang kukuh dan berdaya tahan. Implikasi daripada DWN ini adalah pemupukan semula perpaduan dan menambahkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia. Untuk menjadi negara yang berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat antarabangsa, perpaduan penduduk Malaysia yang berbagai keturunan merupakan satu pra-syarat yang mesti dipenuhi. Semua dasar, program dan projek akan berpandu kepada keperluan asas ini memandangkan penyertaan yang aktif dan sepenuhnya oleh semua kumpulan etnik serta wilayah adalah penting untuk memastikan kejayaan usaha pembangunan sosioekonomi dan pembinaan bangsa. Ketidaksamaan dan ketaksaksamaan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah akan diatasi supaya perpaduan bangsa Malaysia terpelihara. Walaupun nilai dan amalan sosial dan budaya menjadi semakin sejagat, rakyat Malaysia mesti memelihara identiti dan warisan negara. Hanya dengan pemeliharaan identiti ini rakyat Malaysia akan berupaya menghadapi perubahan pantas dan dapat bertahan daripada kesan negatif globalisasi. Semangat patriotik akan disemai di kalangan rakyat supaya merasa bangga menjadi rakyat Malaysia serta megah melaksanakan sesuatu dan mencapai kejayaan sebagai rakyat Malaysia. Syarikat perniagaan Malaysia yang beroperasi di dalam atau luar negara perlulah mempunyai amalan perniagaan yang terpuji. Nilai yang sesuai dan selaras dengan amalan terbaik dan mendorong ke arah kecemerlangan serta pencapaian tatasusila yang unggul adalah digalakkan. 2.6 Wawasan 2020 Dasar Wawasan 2020 telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991, sewaktu persidangan Majlis Perdagangan Malaysia di mana beliau telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk Malaysia-The Way Forward. Apakah maksud sebenar wawasan dan bagaimana wawasan dapat membantu dalam pembangunan Malaysia? Wawasan merupakan satu panduan yang menetapkan satu sasaran negara yang harus dicapai dalam suatu tempoh masa tertentu. Wawasan yang baik dan adil akan meliputi pelbagai aspek

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106


berkaitan dengan pembangunan negara dalam hubungan dengan perkembangan ekonomi dunia secara keseluruhannya serta seharusnya jelas dan diterima umum untuk memastikan negara sentiasa maju ke hadapan. Arah tujuan, matlamat, strategi, jangkamasa dan pencapaian sesebuah negara akan berlandaskan wawasan yang telah ditetapkan. Negara tanpa wawasan adalah bagaikan kapal laut yang dibawa belayar tanpa sebarang petunjuk, peta atau kompas hanya menunggu masa untuk sesat atau karam. Matlamat Wawasan 2020 ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan menjelang tahun 2020. Ini bermaksud bahawa untuk membina langkah bagi mencapai Wawasan 2020 dan menjadikan Malaysia sebagai Negara Maju, seseorang itu harus tahu dan melengkapi diri dengan pengetahuan mengenai sembilan cabaran Wawasan 2020. Demi

mencapai Wawasan 2020, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk memastikan wawasan tersebut dapat dicapai. Ini termasuklah menyediakan biasiswa pendidikan untuk menggalakkan rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang saintifik dan teknikal seperti bidang teknologi maklumat, kejuruteraan, bioteknologi dan sebagainya. Kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan kepakaran tenaga manusia dan kemudahan R&D (Research and Development-Kajian dan Penyelidikan). Usaha R&D negara telah banyak memberi sumbangan kepada peningkatan hasil pengeluaran komoditi, terutamanya kelapa sawit dan getah. Sebagai contoh, institusi penyelidikan telah banyak menjalankan kajian untuk menghasilkan tenaga atau polimer gantian seperti biodisel daripada kelapa sawit dan termoplastik getah. Dengan adanya masyarakat yang berteknologi juga, negara membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) danPutrajaya yang dilengkapi dengan teknologi komunikasi dan infrastruktur serta maklumat yang terkini. Selain itu juga pembangunan lain yang wujud berasaskan teknologi seperti MSC, sistem pengangkutan Komuter, LRT, Monorel dan ERL, MEASAT dan Terowong SMART merupakan cetusan hasil daripada kemajuan negara dalam sains dan teknologi. Kejayaan Malaysia menghantar angkasawan pertama juga adalah antara langkah bijak negara untuk menunjukkan keprihatinan Malaysia terhadap kemajuan dunia sains dan teknologi. Di samping itu, kerajaan dengan kerjasama badan berkanun dan badan bukan

kerajaan telah menjalankan banyak aktiviti kemasyarakatan dan ceramah yang berkisarkan tentang perpaduan rakyat, kempen budi bahasa termasuk iklan budi bahasa yang disiarkan melalui media massa. Tujuan program sebegini dijalankan adalah untuk menerapkan nilai-nilai

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106


asas kemanusiaan kepada semua lapisan masyarakat terutamanya dalam kalangan kanakkanak. Di samping itu, penggunaan Facebook dan Twitter sebagai medium perantaraan untuk berinteraksi dengan rakyat juga dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan suara masyarakat serta mengenal pasti masalah mereka secara lansung. Tindakan ini harus dipuji kerana pemimpin negara berfikir secara moden dan up to date dengan arus pembangunan melalui cara komunikasi yang moden. Tindakan ini disokong lagi dengan kajian kadar penggunaan Facebook dalam kalangan rakyat yang mencecah hampir 12 juta orang sehingga penghujung tahun 2011 dan ini menunjukkan bahawa sesuatu pesanan atau mesej dapat disampaikan dengan cepat melalui Facebook. Bagi mewujudkan sebuah negara yang makmur dan berdaya saing, pembangunan dalam bidang ekonomi dan perbendaharaan turut dipertimbangkan. Antaranya adalah dengan menggandakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar. Selain itu, program pembangunan sumber manusia dipertingkatkan dengan pesatnya. Masyarakat Bumiputera digalakkan untuk bersaing serta anjal dalam kegiatan ekonomi supaya setara dengan masyarakat bukan Bumiputera. Dengan ini maka matlamat keadilan ekonomi dalam masyarakat akan tercapai di mana konsep pengenalan perniagaan atau status ekonomi tidak lagi dikelaskan mengikut agama atau kaum. Kerajaan telah banyak menyalurkan sumbangan kepada rakyat dalam bentuk bonus dan peningkatan gaji. Sementelahan pula, baru-baru ini bermula dari Januari 2012, semua kakitangan kerajaan telah menerima peratus kenaikan gaji sebanyak 13% di mana tindakan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menambah jumlah pendapatan setiap isi rumah. Peningkatan gaji akan menjana pendapatan yang lebih kepada setiap masyarakat dan peningkatan ekonomi keluarga juga akan menjadi lebih kukuh yakni kuasa membeli rakyat akan meningkat. Kerajaan Malaysia sentiasa mementingkan kebajikan insan yang kurang bernasib baik dengan memberi sumbangan kepada insan-insan tersebut. Hal ini terbukti dengan tertubuhnya persatuan-persatuan kebajikan seperti Majlis Kanser Negara, Persatuan Orang Buta, Persatuan Orang Cacat, dan sebagainya. Kerajaan sentiasa mengalu-alukan penubuhan badan-badan amal seperti ini untuk membela nasib golongan yang kurang bernasib baik. Pertolongan disalurkan kepada semua yang memerlukan tanpa mengira kaum atau darjat. Selain itu, kempen derma darah di hospital kerajaan mahupun swasta serta Pengumpulan Dana untuk Bantuan Mangsa Bencana adalah antara petunjuk bahawa kerajaan sememangnya prihatin dan sedang berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang serta berbudi pekerti.

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106

2.7 Dasar Pelajaran Kebangsaan Melalui sistem pendidikan, pihak kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan mewujudkan beberapa program yang realistic dan bersesuaian dalam usaha untuk mencapai matlamat mewujudkan semangat perpaduan dan integrasi dalam kalangan para pelajar.

Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah dihasilkan daripada Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Pada amnya, dasar ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang itama serta berasakan kokurikulum, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. Justeru itu, semua dasar pelajaran seperti Penyata Barnes, Penyata Fenn-Wu, Undang-undang Pelajaran 1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebenarnya bertujuan untuk memupuk perpaduan. Ia bagi memastikan pengasingan pendidikan yang wujud sebelum ini dimansuhkan dan digantikan dengan sistem yang lebih seragam dan menyeluruh. Keseragaman tersebut bertujuan untuk memantapkan lagi ikatan perpaduan yang wujud selama ini.

Bukan itu sahaja, seperti yang kita ketahui juga, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita. Jika dilihat dari pelembangaan ada menyatakan bahawa kedudukan Bahasa Melayu berada di tempat yang paling penting. Hal ini bermaksud bahasa Melayu telah berubah tarafnya daripada bahasa kebangsaan untuk bangsa Melayu kepada bahasa kebangsaan negara Malaysia. Perubahan taraf ini sebenarnya memberikan implikasi yang sangat luas. Salah satu implikasi tersebut adalah sebagai agen perubahan yang berfungsi sebagai alat perpaduan utama masyarakat majmuk di negara kita. Penggunaan Bahasa Melayu dalam interaksi seharian antara pelbagai kaum sebenarnya dapat mengeratkan sesuatu hubungan itu., dan ini secara tidak langsung dapat memupuk semagat perpaduan antara pelbagai etnik. Contohnya kaum lain yang bukan orang Melayu seperti Cina, Tamil, Iban, Kadazandusun dan lain-lain ingin berkomunikasi sesama mereka namun menggunakan bahasa melayu sebagai alat perhubungan mereka jelas menunjukkan bahasa penggunaan bahasa ini boleh digunakan untuk semua.

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106


Penerangan kedua dari usaha kerajaan dalam sistem pendidikan di Malaysia, seperti yang diungkapkan oleh wakil Angkatan Muda Keadilan, Yusmadi Yusuf berkata, AMK berpandangan agenda pendidikan ini mestilah pertamanya menyatupadukan masyarakat berbilang bangsa, kedua menterjemahkan muafakat pendidikan dalam masyarakat, ketiga mesti mampu memerdekan jiwa dan memerdekakan umat dalam membasmi kemiskinan,ujarnya. Oleh hal demikian, pihak kerajaan telah mewujudkan beberapa program seperti program sekolah wawasan dan program pendemokrasian pendidikan. Sekolah wawasan merupakan sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid yang berlainan etnik dan agama. Ia juga adalah untuk melahirkan sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi dan menggalakkan integrasi yang maksimun antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti. Konsep sekolah wawasan kini dipraktikkan sebagai satu usaha untuk melahirkan anak bangsa yang mempunyai semangat dan bersifat cintakan negara. Manakala untuk program pendemokrasian pendidikan, ia juga sama seperti sekolah wawasan dimana ainya dapat memupuk integrasi antara etnik. Pendemokrasian antara etnik yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka yang bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Oleh hal demikian, usaha-usaha diatas oenting untuk memberikan kefahaman dan rasa saling memahami sambil dapat menghindarkan rasa curiga antara satu sama lain., Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Jika diteliti falsafah pendidikan negara diatas, nyata bahawa dasar pendidikan negara adalah satu dasar yang diwujudkan untuk menyemai rasa cinta kepada negara yang secara simboliknya menuntut usaha kearah mempereratkan perpaduan antara satu sama lain agar kisah 13 Mei 1969 tifak akan berulang.

SARIMAH BINTI UDIN WAJ3106

2.8 Gagasan 1 Malaysia

Seterusnya, implementasi konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan slogan kata rakyat didahulukan pencapaikan diutamankan, menjadi asas kepada semua iaitu prinsip keadilan untuk semua kaum yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.Menurut laman web rasmi Konsep 1 Malaysia, konsep ini merupakan penerusan agenda membina negara dimana, untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Selain itu juga, konsep ini bertujuan untuk melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi. Sungguhpun demikian, konsep ini belum tentu mencapai matlamat untuk menarik perhatian masyarakat keseluruhannya.

Menurut Mohd Aizat Hassan (2011), usaha kerajaan ini juga tidak jelas dalam mencari golongan sasaran utama dalam mempromosikan konsep ini agar sasaran utama dapat mempengaruhi kelompok-kelompok masyarakat lain. Di samping itu, tindakan kerajaan dalam menggunakan arus media elektronik dan media massa dilihat tidak efektif dan efisien kerana walaupun maklumat dan informasi berjaya disebarkan, meskipun tidak semua yang menonton, melihat dan membacanya, namun ia hanya akan mendatangkan kesan positif jangka pendek sahaja dan ini akan menyukarkan pengetahuan serta pemahaman mengenai konsep 1Malaysia dicapai. Akan tetapi, implementasi kerajaan dalam melancarkan dan melaksanakan konsep 1Malaysia sememangnya merupakan suatu inisiatif yang baik, namun boleh dikatakan strategi dan pelan tindakan mereka tidak begitu memuaskan kerana bukan mudah untuk mendidik masyarakat menuju ke arah perpaduan dan mempunyai nilai-nilai murni. Ini kerana golongan masyarakat adalah manusia yang mempunyai akal fikiran yang berlanan, malah, memiliki hati dan perasaan juga. Mereka bukanlah robot yang sewenang-wenangnya diprogramkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Setelah gagasan ini diperkenalkan, kini dapat dilihat rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan tenteram walaupun terdapat ketidak sefahaman rakyat terhadap beberapa sebab yang boleh membuatkan sentiment perkauman wujud.

Anda mungkin juga menyukai