Anda di halaman 1dari 3

ADT 2012 AKHLAK DAN TASAWWUF JOURNAL REVIEW

NAMA NO K/ P NO MATRIK KUMPULAN PROGRAM

ASLIZA BT ALI 811104 05 5006 1102486 KDD1 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ( BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN

KOD PROGRAM SEMESTER PENSYARAH

QT 38 SEM 7 SESI AKADEMIK 2014 CIK SITI NORHALIZA BINTI ABD ZAMANI

Jurnal yang saya pilih bertajuk Tasawuf dalam kehidupan kontemporari : Perjalanan Neo sufisme. oleh H. Muzakkir (M.A). Ianya berkisar mengenai kehidupan manusia di zaman modenisme yang penuh dengan kezaliman , kesedihan dan keruntuhan akhlak tanpa ada lagi rasa kasih sayang sesama manusia. Ini menimbulkan persoalan samaada akan

munculkah trend baru di masa akan datang bagi membendung permasalahan ini. Kemunculan seorang yang sufi ( sufisme ) iaitu seseorang yang mengalami kehidupan bebas dari

melakukan kemungkaran dan kejahatan dilihat dapat membuka lembaran baru walaupun pernah dikambinghitamkan oleh golongan yang lain. Melalui pemahaman saya tasawuf

muncul di sekitar abad ke 3 Hijrah atau 9 Masihi. Ia adalah lanjutan daripada kehidupan beragama yang bersifat zahid dan abid di sekitar serambi Masjid Nabawi pada ketika itu. Namun fasa awalnya disebut sebagai fasa zuhud yang merupakan kemunculan sufisme dalam peradaban Islam. Golongan ahli sufi ini boleh digambarkan sebagai seorang yang sederhana, zuhud terhadap dunia dan menghabiskan waktu beribadah kepada Allah S.W.T. Melalui fasa perkembangan muncul pelbagai konsepsi atau gagasan idea tentang perjalanan yang harus dilalui oleh seorang sufi serta ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang salik (calon sufi ). Kemunculan tasawuf ini dapat memperlihatkan kembalinya manusia untuk mencari hal-hal yang bersifar kerohanian berbanding hanya kebendaan. Ini dapat melahirkan kehidupan yang lebih harmoni di kalangan mereka. Seseorang manusia yang ingin mendapat kerohanian yang baik ( batiniah) dalam diri mereka perlu membebaskan roh mereka dari kongkongan jasmani. Terdapat pula kelompok muslimin yang lebih mengutamakan aspek-aspek formal lahiriah. Mereka lebih menitikberatkan pemerhatian dari aspek-aspek syariah sahaja hingga digelarkan sebagai kelompok lahiri. Al- Ghazali telah mengutarakan konsep yang dikenali sebagai syariat, tarekat dan hakikat yang terpadu utuh. Ianya ingin menyatukan dua fahaman dan pandangan yang berbeza antara batiniah dan lahiriah. Neo sufisme yang ditonjolkan oleh pemikir muslim kontemporari iaitu Fazlur Rahman dalam bukunya Islam 6. Merupakan istilah baru bagi tasawuf dan tidak boleh dipisahkan dari apa yang disebut sebagai kebangkitan agama. Ianya tidak begitu diterima dengan mudah oleh pemikir muslim yang lain tetapi menjadi perbincangan yang meluas dikalangan ilmuwan islam. Neo- sufisme cenderung kepada penekanan yang lebih intensif terhadap memperkukuhkan iman sesuai dengan prinsip prinsip akidah Islam dan penilaian terhadap ukhrawi. kehidupan duniawi dan

Kesimpulannya, kemunculan Neo- sufisme telah dapat mengharmonikan kehidupan agama yang seimbang antara keduniaan dan hari akhirat. Seseorang individu itu juga perlulah bijak dalam mengendalikan fahaman dan kehendak mereka tanpa meninggalkan aktiviti dan kehidupan di dunia ini dan terlalu mengejar amal ibadat untuk hari akhirat sahaja . Saya percaya kesederhanaan dan keseimbangan dalam hidup dapat menjamin kehidupan yang bahagia untuk semua umat Islam sekelian.

Anda mungkin juga menyukai