Anda di halaman 1dari 23

SEJARAH MALAYSIA: SOROTAN MASA LALU, IKTIBAR HARI INI DAN AKAN DATANG*

Abdullah Zakaria bin Ghazali**

Pendahuluan Sempena Malaysia menyambut 50 tahun kemerdekaan pada tahun 2007 ini, makalah ini akan mengimbau kembali perjuangan mas a lalu sehingga Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Melalui sorotan mas a lalu diharapkan menjadi iktibar untuk hari ini dan juga masa akan datang.

Dari Perjuangan ke Kemerdekaan Orang Melayu sudah lama berjuang, dan kuasa barat pertama ditentang ialah Portugis yang datang menyerang Melaka pada tahun 1511. Angkatan Melaka di bawah pimpinan oleh Sultan Ahmad, dan ayahanda baginda bekas Sultan Mahmud menentang pendaratan angkatan Portugis di kawasan berhampiran Bukit Melaka. Namun begitu angkatan Melaka akhrinya dikalahkan oleh Portugis, dan Portugis menduduki Melaka. 1 Walaupun kalah, Sultan, pembesar dan pengikut berundur ke tempat yang difikirkan selamat untuk merancang serangan balas. Sultan Ahmad berundur ke Bertam, dan mendirikan kubu pertahanan di sini. Kubu ini diserang oleh angkatan Portugis yang diperintahkan oleh Alfonso d' Albuquerque. Sultan Ahmad yang gagal mempertahankan kubu baginda, berundur; dan seterusnya bergabung dengan angkatan ayahanda baginda di Batu Hampar. Dari sini kedua-duanya berundur lagi dan membina kubu pertahanan di Muar. Ketika bertapak di Muar ini Sultan Ahmad dan bekas Sultan Mahmud melancarkan serangan ke atas Portugis di Melaka dan juga menghadang serangan Portugis ke atas kubu mereka di Muar. Kemudiannya Sultan Ahmad dan ayahanda baginda berundur ke Bintan. Semangat perjuangan tidak pemah luntur, mereka terus menghantar pasukan atau memimpin pasukan menentang Portugis di Melaka. Sultan Mahmud menghantar angkatan di bawah pimpinan Laksamana Hang Nadim menyerang Portugis di Melaka. Namun angkatan ini dikalahkan oleh Portugis. Begitujuga pada tahun

Makalah ini adalah berdasarkan kepada kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar yang berlangsung di Federal Hotel, Kuala Lumpur, 12 April 2007, anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia . Penulis ialah Profesor di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. I Mengenai perjuangan Sultan Ahmad, bekas Sultan Mahmu dan angkatan Melaka diceritakan oleh Sejarah Melayu. A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin(Sejarah Melayu}, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.

MALAYSIA DAR] SEGI SEJARAH

1519, Sultan Mahmud datang bersama angkatan ke M uar untuk me lancarkan serangan ke atas Portugis di Melaka. 01eh kerana kehadiran Sultan Mahmud ini mengacam mereka, Portugis datang menyerang Sultan Mahmud di Muar. Pada tahun 1520 Sultan Mahmud menghadang kemaraan angkatan Portugis menyerang Muar. Sultan Mahmud dikalahkan, dan baginda berundur ke Bintan. Seterusnya Sultan Mahmud menghantar pasukan di bawah pimpinan Tun Isap Berakah (Paduka Tuan), Sultan Abdul Jalil (Raja Nara Singa, menantu baginda), Raja Inderagiri menyerang Portugis di Melaka. Angkatan Sultan Mahmud dikalahkan. Angkatan Portugis terus menyerang kedudukan Sultan Mahmud di Bintan. Manakala Sultan Mahmud menghadang setiap serangan yang dilakukan oleh Portugis. Pad a tahun 1523 dan 1524 angkatan Portugis menyerang Bintan. Da1am pertempuran tahun 1523, angkatan Sultan Mahmud berjaya menenggelamkan tujuh buah kapal Portugis dan mengundurkan mereka ke Melaka. Begitu juga angkatan Portugis yang datang lagi menerang Bintan pada tahun 1524 dikalahkan oleh angkatan Sultan Mahmud. Seterusnya pada tahun 1526 angkatan Portugis datang lagi menyerang Sultan Mahmud di Bintan. Angkatan Sultan Mahmud berjuang dengan gigih, tetapi dikalahkan oleh Portugis. Sultan Mahmud berundur ke Kampar dan dinobatkan sebagai Raja Kampar. Seterusnya Sultan Mahmud mangkat di Kampar pada tahun 1528, dan dikenali sebagai Marhum Kampar.2 Jika di zaman awal, ketika kesultanan Melaka dan Johor Lama, ramai saudagar asing berkunjung di pelabuhan kerana kedua-dua pelabuhan ini membekalkan barangan yang dikehendaki. Pada perkembangan berikutnya, khususnya pada kurun ke-18, Belanda cuba menguasai perdagangan bijih timah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Belanda berjaya mengalahkan Portugis di Melaka dengan bantuan Johor pada tahun 1641. Belanda juga dibantu oleh angkatan Naning dan Rembau. Namun begitu kedua-duanya bermusuh dengan Belanda kerana Naning dan Rembau tidak mengendahkan tuntutan Belanda supaya menyerahkan harta dan tawanan hamba Kristian yang dibawa pulang setelah Portugis dikalahkan. Naning dan Rembau tidak memenuhi tuntutan Belanda kerana mereka beranggapan Belanda masih lemah. 3 Akibat ancaman Naning ini, Gebenor Belanda, Johan Van Twist menghantar pasukan ke N aning pada tahun 1641 di bawah pimpinan Alexander Mendes untuk mententeramkan keadaan. Seterusnya pada 15 Ogos 1641, Naning mengikat perjanjian dengan Belanda, antara lain mengakui taat setia kepada Belanda di Melaka. Walaupun demikian Naning terus mengancam Belanda. Dengan itu pada tahun 1643, angkatan Belanda seramai 200 orang dihantar menyerang Naning. Naning dikalahkan, dan menandatangani perjanjian pada tahun 1643. Antara lain dalam perjanjian tersebut, Naning akan menghantar 1/10 daripada hasil tahunannya kepada Belanda di Melaka. 4

Mengenai perjuangan Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud ini boleh rujuk Buyong Adil, Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, him. 23-31. Jonathan Cave, Naning in Me/aka History: The Custom. Tribes & Clans. The War 1ndependence, Monograph No. 16, Kuala Lumpur: The Malsysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1990, him. 28-29. T. BraddeIl, "Notes on Naning, with A Brief Notice ofthe Naning War", JIAEA, New Seiees Vol. I, 1856, him. 194-195. C.M. Turnbull, The Straits Settlements 1826-67, Singapore: Oxford University Press, 1972, him. 264. RJ. Wilkinson (ed.), Papers on Malay Subjects, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1971, hlm.30 1. L.A. Mills, British Malaya 1824-67, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1966, him. 116. Haji Mubin Sheppard, "The Tomb of Dato Abdul Said Dato Naning", Malaysia in History, Vol. X, No.1, 1967, him. 33.

SOROTAN MASA LALU, IKTIBAR HARI INI DAN AKAN DATANG+

Walaupun begitu penduduk Naning terus menentang Belanda. Penentangan kali ini dipimpin oleh Dato' Bongsu, Hitam, Silap dan Putera. Namun begitu pemimpin ini berjaya ditangkap oleh Belanda. Hitam disiksa sebelum dibunuh, dan mayatnya digantung. Manakala Dato' Bongsu dan Silap juga dihukum bunuh. Kedua-duanya dipotong kepala, dan badannya dikerat empat. Seterusnya dipamerkan di khalayak. Begitu juga dengan Putera, kepalanya dan badannya dipotong serta dipamerkan di tempat awam. 5 Sementara itu Rembau melancarkan serangan ke atas perahu Melaka di Sungai Baru. Dalam pada itu angkatan Rembau menyerang hendap pasukan Belanda yang dihantar untuk membantu pasukan di bawah Alexander Mendes di Tampin. Serangan ini menyebabkan Jan Janzs Menie, Laurens Forsenburgh, dan enam orang askar terbunuh. Sementara itu pasukan Belanda yang terdiri daripada 20 orang di bawah pimpinan sarjan, juga diserang hendap oleh pasukan Rembau. Sarjannya terbunuh; manakala tentera di bawahnya lari menyelamattkan diri. 6 Kemudiannya pada tahun 1667, muncul Raja Ibrahim yang berasal dari Minangkabau melancarkan serangan ke atas Belanda di Melaka. Raja Ibrahim mendapat sokongan daripada orang Naning dan Rembau. Walaupun Raja Ibrahim pada satu ketika berjaya menduduki Batang Tiga di Melaka, tetapi akhimya berundur kerana tidak berdaya mengatasi serangan balas angkatan Belanda. 7 Setelah bertapak di Melaka mulai tahun 1641, Belanda cuba memonopoli bijih timah di Selat Melaka. Dalam pad a itu saudagar persendirian British juga ada membuat hubungan langsung untuk mendapat bijih timah dari Selangor. Belanda mengikat perjanjian dengan Perak (Sultan Muzaffar Shah II) pada 15 Ogos 1650, berikutnya pada tahun 1655, ketika pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar( 16531720). Da1am kedua-dua perjanjian ini Perak bersetuju menjual bijih timah hanya kepada Belanda dan Aceh sahaja. Namun begitu saudagar tempatan menjual bijih timah kepada saudagar Cina, India dan Jawa. Kegiatan ini disifatkan oleh Belanda sebagai mungkir janji dan melakukan penyeludupan. Belanda bertindak demikian kerana kerajaan Perak ada membuat perjanjian dengan Belanda untuk menjual bijih timah pada tahun 1650 dan 1655. Saudagar tempatan pula tidak menjual bijih timah kepada Belanda kerana harga yang ditawarkan oleh saudagar Cina, India dan Jawa lebih tinggi berbanding harga yang ditawarkan oleh Belanda.. Dalam pada itu berlaku juga serangan orang Melayu Perak ke atas loji Belanda di Perak. Misalnya serangan pada tahun 1651 dan 1690. 8 Di sini memperlihatkan yang kegiatan sebarangan Belanda di Perak ditentang oleh orang Melayu.

Abdullah Zakaria bin GhazaIi, "Belanda di Melaka, 164 I -1795: Satu tinjauan mengenai persaingan negeri Melayu dengan Belanda di Selat Melaka", Abu Hassan Sham, Martin 't Hart, & Wong Khek Seng (editor), Pengajian Melayu Bersumberkan Belanda, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu & Perbadanan Muzium Melaka, 1998, hIm. 76. 6 Jonathan Cave, Naning in Melaka History, him. 39-40. L.Y. Andaya, The Kingdom of Johor 1641-1728: Economic and Political Developments, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1975, hIm. 66-67. 7 B uyong Adil, Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, hIm. 91. Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, A History of Malaysia, Hong Kong: The McMillan Press Ltd., 1992, hIm. 72. Barbara Watson Andaya, Perak The Abode of Grace: A Study of an Eighteenth Century Malay State, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1979, hIm. 46;50.

MALAYSIADARI SEGI SEJARAH

Perjuangan menentang penjajah Belanda ini membuktikan ketidakrelaan orang Melayu terhadap kuasa barat, Belanda. Perjuangan menentang Belanda ini kemudiannya dilakukan oleh Sultan Ibrahim Selangor dan Raja Haji, Yamtuan Muda lohor. Raja Haji memimpin angkatan lohor menentang angkatan Belanda di bawah pimpinan Toger Abo yang diarahkan menyerang dan menakluki Bintan, pusat pentadbiran kerajaan lohor pada tahun 1782. Sultan Ibrahim pula yang tidak selesa dengan sikap Belanda kerana seringkali menuduh baginda mengganggui perniagaan bijih timah di Selat Melaka menyerang Belanda di Melaka. Kini Belanda menghadapi serangan orang Melayu di dua medan: Melaka dan lohor. Oleh kerana menghadapi dua medan perang ini, Belanda menghadapi kesukaran. Dalam pada itu sebuah kapal perang Belanda di Bintan, Mallakas Walvarem tiba-tiba meletup terbakar, dan semua askar di dalamnya terkorban. Pemerintah Belanda di Melaka memanggil tenteranya di Bintan pulang ke Melaka. Ketika angkatan Selangor bertempur dengan angkatan Belanda, Sultan Ibrahim berangkat ke Bintan menjemput Raja Haji datang berperang menentang Belanda di Melaka. Oleh kerana dijemput oleh anak saudaranya, dan kerana perang jihad, Raja Haji datang berperang dengan Belanda di Melaka pada tahun 1784. Dalam pertempuran di Teluk Ketapang Raja Haji terkorban. Kematian Raja Haji ini memberi kesan mendalam kepada perjuangan menentang Belanda di Melaka ini. Angkatan lohor pulang ke Bintan, manakala angkatan Sultan Ibrahim pulang ke Selangor. Belanda yang tidak puas hati terhadap Selangor dan lohor melancarkan serangan ke atas kedua-dua negeri tersebut. Kuala Selangor diduduki Belanda pada tahun 1784, Sultan Ibrahim berundur ke Pahang. Begitu juga dengan lohor, diserang dan dikalahkan oleh angkatan Belanda. lohor menandatangani perjanjian dengan Belanda pada tahun 1784 menerima kekuasaan Belanda. Seterusnya pada tahun 1785 David Rhude dilantik sebagai Residen Belanda di lohor dan tinggal di Pulau Bayan, Bintan. Sultan Ibrahim tidak pernah putus asa dalam perjuangan baginda. Pada tahun 1785 Sultan Ibrahim melancarkan serangan mengejut ke atas angkatan Belanda yang bertapak di Bukit Melawati, Kuala Selangor. Belanda yang gaga I mengatasi serangan Sultan Ibrahim berundur ke Melaka. Begitu juga Sultan Mahmud dengan bantuan Raja Tempasuk dari Borneo berjaya mengalahkan Belanda di lohor. Namun begitu angkatan Belanda bertindak balas dan berjaya mengalahkan Sultan Mahmud. Sementara itu angkatan Belanda yang diundurkan dari Kuala Selangor melancarkan beberapa kali serangan balas. Akhirnya Selangor dan Belanda berdamai melalui perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1786. 9 Dalam pada itu orang Rembau dan Naning melancarkan serangan ke Belanda di Melaka. Orang Melayu yang paling awal menentang British di Tanah Melayu ialah orang Kedah. PeIjuangan ini berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pihak Kompeni Hindia Timur Inggeris ketika menduduki Pulau Pinang. Pulau Pinang pada asalnya adalah sebahagian

Mohd. YusofHashim, "Sultan Ibrahim Ibnu Raja Lumu (Sultan Salehuddin) di Dalam Sejarah Selangor Abad Ke-18 dan Ke-19", Adnan Hj. Nawang dan Mohd. Fadzil Othman (editor), Selangor. Sejarah dan Proses Pembangunan, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah, Universiti Malaya dan Muzium Sultan Alam Shah, Selangor, 1992, him. 123-126.

SOROTAN MASA LALU, IKTIBAR HARI INI DAN AKAN DATANG+

daripada negeri Kedah. Sultan Abdullah Kedah, menawarkan Pulau Pinang kepada Kompeni Hindia Timur Inggeris pada tahun 1785 kerana ingin mendapatkan bantuan menjaga keselamatan Kedah daripada serangan Burma dan Siam. Syarat mendapatkan bantuan mengatasi musuh dari laut (Burma) dan musuh dari darat (Siam) tidak dipenuhi oleh pihak British. Sebaliknya British menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786. Oleh kerana Francis Light (pegawai Kompeni Hindia Timur Inggeris) berdolak dalik dengan berbagai alasan, padahal beliau tahu yang pemerintah tertinggi di Benggala tidak akan memenuhi syarat yang dikemukakan oleh Sultan Abdullah itu. Setelah merasakan tertipu oleh British, Sultan Abdullah memberi kata dua kepada Kompeni supaya meninggalkan Pulau Pinang atau diserang. Sementara itu angkatan Kedah berkumpul di Seberang Perai. Kompeni tidak mengendahkan amaran Kedah, sebaliknya menghantar angkatan tentera menyerang pasukan Kedah di Seberang Perai. Angkatan Kedah dikalahkan, dan Kedah kemudiannya menandatangani petjanjian dengan Kompeni pada tahun 1791. Antara lain Kedah mengakui pendudukan Kompeni di Pulau Pinang dan menerima wang sagu hati 1,000 ringgit Sepanyol setahun.1O Perjuangan orang Melayu ini berterusan terhadap kuasa penjajah seperti Siam dan British. Siam mendakwa Kedah, Kelantan dan Terengganu di bawah naungannya. Bukti kekuasaannya itu penghantaran Bunga Emas tiap-tiap tiga tahun sekali. Pada November 1821, angkatan Siam menyerang dan menguasai Kedah. Siam menduduki Kedah hingga tahun 1842. Ketika penjajahan Siam ini, orang Melayu di bawah Sayyid Zainal Abidin (lebih dikenali dengan nama Tunku Kudin) melancarkan serangan ke atas Siam di Kedah untuk membebaskan Kedah pada tahun 1826, 1829 dan 1831. Tunku Kudin melancarkan serangan ke atas kubu Siam di Kota Kuala Muda, tetapi gaga!. II Kemudiannya Tunku Kudin melancarkan lagi serangan menghalau Siam dari Kedah pada tabun 1829. Serangan kali ini tidak mampu menghalau Siam dari bumi Kedah. 12 Semangat perjuangan Tunku Kudin dan pengikutnya tidak pernah patah, beliau sekali lagi memimpin angkatan Kedah menyerang pasukan Siam di Kedah pada tahun 1831. Dengan semangat jihad, Tunku Kudin betjaya mengumpulkan kira-kira 5,000 orang. Seterusnya bersama kira-kira 2,000 orang melancarkan serangan ke atas kubu Siam di Kota Kuala. Kota Kuala ditawan oleh angkatan Tunku Kudin pada 24 April 1831.13 Kejayaan Tunku Kudin diketahui oleh Chao Phya Ligor. Beliau menghantar pasukan menyerang Tunku Kudin di Kota Kuala. Tunku Kudin dan pengikutnya berperang mempertahankan tanah airnya hingga ke titisan akhir. Mereka berjuang dengan semangat jihad menentang kafir,

10 R.Bonney, Kedah 1771-1821' The Search for Security and Independence, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1974, hIm. 51-102. 11 Haji Ibrahim Ismail, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Kedah: Universiti Utara Malaysia, 1987, him. 75. 12 Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Pribumi dan Penjajah: Gerakan Tentangan di Malaysia", Malaysia Dari Segi Sejarah, Bi!. 23-1995, him. 8. 13 C.O. 27311, War of Kedah and Tuanku Din's Proceedings (diringkaskan sebagai C.O. 273/1 "WKTD"). PJ. Begbie, The Malayan Peninsula, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1967, 128. Walter F. Vella, Siam Under Rama III 1824-1851, New York: J.J, Augustine Incorporated Publisher Locust Valley, 1957, him. 67. Muhammad Hassan bin Dato' Kerani Muhammad Arshad. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, him. 149. SSr. V.5: GMLO, R. Ibbetson kepada Chao Phra Phrah-Klang Chao Kun Kasa, 3 Mei 1831, mencatatkan Tunku Kudin menduduk Kota Kuala pada 18 April 183 I.

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

dan mati syahid masuk syurga. 14 Dalam pertempuran ini Tunku Kudin bersama kira-kira 50 orang Melayu gugur dalam pertempuran tersebut. Kepala Tunku Kudin dipancung dan dibawa ke Bangkok. Dalam perjuangan mendaulat dan memartabatkan bumi Kedah ini kira-kira 1,500 orang Kedah terkorban. Dalam pada itu antara 4,000 hingga 5,000 orang Melayu Kedah ditawan dan dibawa ke Siam. IS Kemudiannya Sultan Ahmad Tajuddin yang berada dalam buangan di Melaka merancang untuk menyerang Siam di Kedah dari Beruas, Perak pada tahun 1837. Pada 27 Mac 1837, Sultan Ahmad Tajuddin mengedarkan surat menjemput datang berkumpul di Langkawi. Dalam pada itu Gabenor Negeri Selat, S.G. Bonham mengeluarkan surat amaran jangan menyokong perjuangan Sultan Ahmad Tajuddin. Sekiranya ada yang ingkar terhadap amaran tersebut akan menerima hukuman. 16 Oleh kerana campur tangan British ini, di mana menghantar kapal perang Zephyr di bawah pimpinan Kapten McCrea ke Beruas menyebabkan rancangan Sultan Ahmad Tajuddin gaga!. Sultan Ahmad Tajuddin pulang semula ke Melaka. Baginda dikawal oleh British untuk mengelakkan merancang serangan ke atas Kedah. 17 Semangatjuang orang Kedah tidak berakhir, pada tahun 1838, angkatan Kedah di bawah pimpinan Tunku Muhammad Saad bin Tunku Daud melancarkan serangan ke atas Siam di Kedah. Tunku Muhammad Saad dan Dato' Wan Muhammad Ali menyibarkan surat jemputan datang bekumpul di Sungai Muda dan Sungai Merbok untuk bergabung tenaga menghalau Siam dari bumi Kedah. lg Dengan bantuan Dato' Wan Muhammad Ali, Tunku Muhammad Taib, Tunku Muhammad Akib, Syed Husin lamalullail, Wan Muhammad Arshad, Tunku Abdullah, Tunku Sulaiman, Sheikh Abdul Samad Al-Palembangi, Bomoh Idris(Tok Mo Ris), Dato' Shahbandar Wan Daud, dan Dato' Madi angkatan Tunku Muhammad Saad merancang menyerang dan menghalau menghalau Siam dari bumi Kedah. 19 Angkatan Tunku Muhammad Saad yang berkumpul di Sungai Muda melancarkan serangan ke atas pasukan Siam yang bertahan di sempadan Seberang Perai. Dalam pertempuran ini Tunku Muhammad Saad berjaya mengalahkan angkatan Siam. 20 Kemudiannya angkatan Tunku Muhammad Saad melancarkan serangan ke pasukan Siam yang bertahan di Kota Kuala pada 3 Ogos 1838. Walaupun gagal dalam serangan ini, Tunku Muhammad Saad melancarkan serangan kedua. Dalam serangan kedua ini angkatan Siam berundur ke Perlis. Angkatan Tunku Muhammad Saad meneruskan serangan ke atas pasukan yang berkubu di Alur Ganu. Angkatan Siam dikalahkan, pasukan Tunku Muhammad

e.o. 273/1, "WKTD". Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Pribumi dan Penjajah: Gerakan Tentangan di Malaysia", him. 10. J.M. Gullick, "Kedah 1821-1855 Years of Exile and Return",JMBRAS, Vol. LVI, PI. 2,1983, him. 44. e.O. 273/1, An Account of the War between the Malays and Siamese in 1838 commonly called the War of Tuanku Mahomad Saad (seterusnya diringkaskan sebagai e.O. 273/1, "WMM", laporan Kapten McCrea, 25 April 1837. 18 e.O. 273/1, "WMM". 19 Walter F. Vella, Siam Under Rama lIJ 1824-1851, him. 71. Rashade Haji Abdullah, Kedah 1821-1842: Satu Kebangkitan Orang Melayu, Esei Panjang, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1987/1988, him. 6364. YaacobAhmad, "Pahlawan Tok Mo Ris", Khoo Kkay Kim (Penyunting), BeberapaAspekSejarah Kedah, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 1983, him. 1-10. 20 e.O. 27311, "WMM", James Low kepada J.w. Salmond, 3 Jun 1838.

14 15 16 17

SOROTAN MASA LALU, IKTIBAR HARI INI DAN AKAN DATANG+

Saad berjaya menduduki kembali Kedah, Perlis dan Setul. Seterusnya angkatan Tunku Muhammad Saad menduduki Hadyai, Senggora, Kota Baru Reman, dan Chenak. Namun demikian kejayaan angkatan Tunku Muhammad Saad tidak lama kerana angkatannya dikalahkan oleh angkatan Siam. 21 Senggora, Setul, dan Hadyai diduduki kembali oleh angkatan Siam. Angkatan Siam menyerang Kedah dan berjaya mengalahkan angkatan Tunku Muhammad Saad. 22 Haji Muhammad Taib yang mengalami kecederaan berundur ke Pulau PinangY Manakala Tunku Muhammad Saad yang gagal mempertahankan kubuAlur Ganu berundur dan bermalam di Kuala. 24 Sementara itu British membantu Siam, menghantar kapal Hyacinth mengepung pantai Kedah. 25 Akhimya Kedah diduduki kembali oleh Siam. Namun begitu pada Ogos 1842, Sultan Ahmad Tajuddin dibenarkan kembali menduduki takhta kerajaan Kedah. 26 Semangat perjuangan orang Melayu tidak pemah padam. Penduduk Naning yang sebelum ini menentang Portugis dan Belanda, kini di bawah pimpinan Penghulu Dol Said menentang angkatan British yang datang untuk menguasai Naning pada tahun 1831. Dalam serangan ke atas Naning ini, pentadbir British di Melaka menghantar 150 orang sepoi di bawah Kapten Wyllie dan dibantu oleh Leftenan Milnes dan Leftenan Begbie untuk menawan Tabuh, pusat pentadbiran NaningY Dalam perjuangan ini orang Melayu menempa sejarah besar kerana berjaya mengalahkan angkatan British. Angkatan British diarahkan pulang ke markasnya di Melaka. Ketika berundur pasukan British ini diserang hendap oleh angkatan Penghulu Dol Said. 28 Padahal British pada masa ini adalah kuasa terkuat dan terbesar dunia. Kejayaan Penghulu Dol Said ini adalah kerana semangat perjuangan untuk mempertahankan maruah, negeri dan bangsa; serta sokongan padu dan penglibatan pembesar serta pengikut dalam perang tersebut. British yang kalah dalam perang 1831 itu, serta didorong memulihkan maruah mereka, menyediakan angkatan lebih besar melancarkan serangan sekali lagi ke atas Naning pada tahun 1832. Kali ini angkatan British terdiri daripada 1,200 hingga 1,400 orang di bawah Leftenan Kolonel Herbert. Dalam pada itu pihak British mengeluarkan tawaran hadiah sebanyak 1,000 ringgit kepada sesiapa yang berjaya menangkap hidup 29 atau mati Penghulu Dol Said; dan 200 ringgit ke atas Petah Melayu, Endika, Muhammad,

21 Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Kedah 1821-1842: Perjuangan Orang Melayu Menentang Siam", Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (Penyelenggara), A lam Pensejarahan Dari PelabagaiPerspektif, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hIm. 243-256. 22 SSR. W4: GMLI, Residen Konsular Pulau Pinang kepada S.G. Bonham, 26 Mac 1839; kenyataan Dato' Muhammad Salleh. 23 SSR. W4: GMLI, kenyataan Haji Muhammad Taib, Pejabat Polis, Sabtu 9 Mac 1839. 24 SSR. W4: GMLI, kenyataan Dato' Muhammad Salleh. 25 SSR. W4: GMLI, Pemerinah Hyacinth kepada S.G. Bonham, 16 April 1839. Mengenai kepungan ke atas Kedah ini juga boleh rujuk Sherard Osborn, The Blockade ofKedah in 1838 in Malayan Waters, Singapore: Oxford University Press, 1987. 26 SSR. V8: GLRC, S.G. Bonham kepada Residen Konsular Pulau Pinang, 24 Ogos 1842. 27 SSR. V.1, GLTRC., R. Ibettson kepada Samuel Garling, Timbalan Residen Konsular Melaka, 13 Ogos 1831. 28 Singapore Chronicle, Khamis 8 September 1831. 29 Surat Peribadi: Documents Relating to Dol Said (The Naning War),"Pelekat", 24 Februari 1832. SSR. V. 1, GLTRC, R. Ibettson kepada Timba1an Residen Konsular Melaka, 10 Februari 1832. C.O. 27311, "Chapter VIII - Ma1acca - Naning War", hIm. 414. C.O. Blagden, MDNW, "Government Proclamation", 9 Februari 1832, "Pelekat".

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Had, dan Pendekar Tambi. Walaupun Penghulu Dol Said berjuang bermati-matian untuk mempertahankan negeri, tetapi kali ini tidak mampu mengalahkan angkatan British. Kekalahan Naning kali ini disebabkan angkatan British lebih besar berbanding sebelumnya; tetapi yang lebih utama negeri jiran sebelum ini membantu Naning, seperti Rembau tidak memberi bantuan30 . Orang Melayu N aning berjuang; dan kerana perjuangan inilah angkatan British mengambil mas a lebih kurang empat bulan untuk menguasai Naning pada 15 lun 1832. Kejayaan Naning pada tahun 1831, dan kekalahan berikutnya pada tahun 1832 jelas membuktikan bahawa jika bersatu musuh yang kuat dapat dikalahkan; sebaliknya jika bercerai atau tidak bersatu musuh dengan mudah mendapat kejayaan. Semangat perjuangan ini amat perlu dihayati bersama. Malah ia menunjukkan penduduk tempatan tidak semudahnya membenarkan kuasa barat menguasai tanah air mereka. Penentangan terhadap kuasa asing juga dilakukan oleh penduduk pribumi Sarawak. Pribumi Sarawak menentang pemerintahan Brooke di Sarawak. Misalnya, di bawah pimpinan Rentap, SherifMasahor, Datu Patinggi Abdul Ghafor, Bantin dan Penghulu Asun. 3' Penglibatan Brooke dalam pentadbiran Sarawak mencetuskan gerakan tentangan di bawah pimpinan Sherif Shahap. Dengan sokongan orang Iban, antaranya Orang Kaya Pemancha Dana (Bayang), Sherif Shahap melancarkan serangan ke atas Kuching pada tahun 1842. Namun begitu perjuangan Sherif Shahap ini dapat dipatahkan oleh angkatan Brooke. 32 Kekalahan ini tidak menghalang Sherif Mullah dan Sherif lapar melancarkan serangan ke atas Brooke. Gerakan Sherif Mullah dan Sherif lapar juga dikalahkan oleh angkatan Brooke. Dalam gerakan menentang orang Sarawak ini, Charles Brooke mendapat bantuan daripada kapal dan tentera laut diraja British dari Singapura. Antara kapal yang membantu pemerintahan Brooke ialah HMS. Dido di bawah pimpinan Henry KeppeJ.33 Orang Iban terus berperang dengan angkatan Brooke di Kampung Nanga Padih pada tahun 1843. Mereka gagal mengalahkan angkatan Brooke, dan Kampung Nanga Padih diduduki oleh Brooke pada 11 lun 1843. Begitu juga perjuangan orang Iban di Rimbas juga mengalami kekakalahan. Pasukan pribumi di bawah pimpinan Abang Apong dan Linggir Mali Lebu dikalahkan oleh angkatan Brooke dalam pertempuran di Benting Meru. Walaupun begitu orang Iban tidak menyerah kalah, mereka kini berjuang terus menentang pentadbiran Brooke dan kini di bawah pimpinan Rentap. Walaupun kubu Rentap di Sungai Lang diserangkan oleh angkatan Brooke pada tahun 1854, Rentap berjaya mengundurkan diri ke Bukit Sadok. Ketika berkubu di sini, Rentap berjaya mengundurkan angkatan yang dipimpin Tuan Muda Charles Brooke pada tahun 1857. Kejayaan yang dicapai Rentap

30 Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Perang Naning 1831", Jurnal Sejarah Me/aka, Bilangan 9, 1985, hIm. 24-46; "Perjuangan Orang-Orang Melayu Nanaing Menentang Inggeris 1831-1832", Jurnal Sejarah, Persatuan Sejarah Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Jilid XV, 197711978, hIm. 12-25. 31 Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Pribumi dan Raja Brooke: Gerakan Penentangan Terhadap Pentadbiran Brooke di Sarawak", Malaysia Dari Segi Sejarah, Bilangan 32-2004, hIm. 77-88. 32 Robert Pringle, Rajah and Rebels: The Ibans ofSarawak Under Brooke Rule, 1841-1941, London: Macmilan, 1970, hIm. 70-73. 33 Mengenai ekspedisi H.MS. Dido, sila rujuk Henry Keppel, Expedition to Borneo ofH.MS. Dido For The Suppression ofPiracy, London: Frank Cass & Co. Ltd., 1968.

SOROTAN MASA LALU, IKTIBAR HARI INI DAN AKAN DATANG+

ini mengharumkan namanya, dan beliau mendapat penghormatan dan sanjungan daripada penduduk pribumi Walaupun begitu kubu Rentap dikalahkan pada tahun 1858. Rentap berundur ke Entabai dan meninggal dunia di sini. 34 Orang Melayu Sarawak juga tidak ketinggalan menentang pentadbiran Brooke. Mereka dipimpin oleh Sherif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur. Kedua-duanya menjalankan kemp en menentang dan menghalau orang asing, iaitu Brooke dari Sarawak. Dalam gerakan SherifMasahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur ini, Henry Steele dan Charles Fox dibunuh oleh Sawing dan Sakalai pada tahun 1859. 35 Walaupun dalam gerakannya itu Sherif Masahor mendapat sokongan daripada orang Melayu, Melanau, Iban, Mukah, dan Igan tetapi perjuangannya gaga!. Sherif Masahor dibuang ke Singapura; manakala Datu Patinggi Abdul Gapur dibuang ke lawa. Begitujuga dengan gerakan lain yang menentang pentadbiran di bawah pimpinan Bantin36 dan Penghulu Asun 37 tidak berjaya mengalahkan angkatan Brooke. Begitu juga di Sabah, gerakan tentangan juga dilakukan oleh pribumi terhadap pentadbiran asing, Syarikat Borneo Utara. Penduduk pribumi yang tidak puas hati terhadap pentadbiran Syarikat Borneo Utara telah membunuh pegawai syarikat, F.X. Witti pada Mei 1882. Begitu gerakan tentangan dilakukan oleh Pangiran Samah pada tahun 1884; Pangiran Hasan pada tahun 1889, dan Si Gunting pada tahun 1894. 38 Kemudiannya gerakan menentang pentadbiran Kompeni dipimpin oleh Datu Muhammad Salleh, Mat Sator, Kamunta dan Antanum. 39 Datu Muhammad Salleh yang memimpin gerakan mempertahankan maruah dan kedaulatan pribumi Sabah melancarkan serangan ke Pulau Gaya pada 9 lulai 1897, dan tinggal di sini sehingga 12 lulai 1897. Perjuangan Datu Muhammad Saleh ini ditentang oleh pasukan Kompeni. Akhirnya dalam pertempuran di kubu Datu Muhammad Salleh di Tambunan, angkatan Datu Muhammad dikalahkan, dan kubu ini ditawan oleh angkatan Kompeni pada 1 Februari 1900. 40 Seterusnya dilaporkan Datu Muhammad Salleh terkorban dalam pertempuran tersebut. 41 Kematian Datu Muhammad Salleh menyemarakkan lagi perjuangan peribumi Sabah. Perjuangan diteruskan oleh Mat Sator pada tahun 1900, dan gugur dalam perjuangan; Kamunta dijatuhkan hukuman tembak pad a tahun 1902; dan Pak Musa pada tahun 1908. Perjuangan Pak Musa dikalahkan oleh pasukan Kompeni pada tahun 1913.
34 A.M. Cooper, Men o/'Sarawak, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1968, hIm. 6-7. 35 Tuton Kaboy, "The Murder of Steele and Fox", The Sarawak Gezette, 30 Jun 1965, hIm. 178-180. 36 Robert Pringle, Rajahs and Rebels, hIm. 222-224; Colin N. Crisswell, Rajah Charles Brooke Monarch of all He Surveyed, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1978, hIm. 130-131. 37 Her Highness The Ranee ofSarawak, The Three White Rajahs, London: Cassell and Company Limited, 1939, hIm. 208-212. Vernon Mullen, The Stan' oj'Sarawak, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1971, hIm. 66. 38 lamdin Buyong, "Perjuangan Peribumi Menentang Penjajahan Di Sabah: Protes terhadap nilai Barat", kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Sejarah dan Masyarakat Sabah, Kota Kinabalu, 12-16 Ogos 1981. 39 Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Pribumi Dan Penjajah: Gerakan Tentangan Di Malaysia", hIm. 28-31. 40 C.O 874/265, Hugh Clifford kepda Richard B. Martin, Pengerusi Kompeni Borneo Utara, London, 15 Februari 1900. 41 Mengenai perjuangan Datu Muhammad Salleh, sila lihat K.G. Tregonning, 'The Mat Salleh Revolt (1894-1905), JMBRAS, Vol. 29, Pt. I, 1956. Colin Neil Crisswell, "The Mat Salleh Rebellion Reconsidered", The Museum Sara\\'ok Journal, Vol. XIX, Nos. 38-39, New Series, 1971. D.S. Ranjit Singh, 'The Mat Salleh Uprisings, 18951903", Sejarah, No.4, 1996, him. 83-96.

MALAYSIADARI SEGI SEJARAH

Seterusnya perjuangan pribumi Sabah diteruskan oleh Antanum pada Februari -April 1915. 42 Beliau bersama kira-kira 900 orang Murut melancarkan gerakan menentang Kompeni pada tahun 1915. Namun begitu pasukan Kompeni di bawah pimpinan Bunbury, Pearson dan Tabuteau berjaya mengalahkan Antanum pada 13 April 1915. Antanum bersama 400 pengikutnya terkorban dalam perIawanan ini.43 Keadaan yang samajuga berlaku di Semenanjung. British melalui Gabenor Negeri Selat, Sir Andrew Clarke berjaya mempengaruhi Raja Muda Abdulah dan beberapa orang pembesar Perak menurunkan tandatangan ke atas Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 menerima penglibatan British dalam pentadbiran Perak. Dalam pad a itu perjanjian ini juga mengakui Raja Muda AbdulIah sebagai Sultan Perak, dan menafikan Sultan Ismail yang sebelum ini sebagai Sultan Perak. Dengan itu pada 4 November 1874, James Wheeler Woodford Birch dihantar ke Perak bertugas sebagai Residen British. Perlantikan J.w.w. Birch ini adalah pertama kali di Perak, dan di Tanah Melayu. Walaupun dirujuk sebagai penasihat, tetapi di dalam perjanjian Pangkor tugas Residen British disebut sultan dikehendaki meminta nasihat dalam semua perkara kecuali adat dan agama Islam, dan nasihat ini pula hendaklah dipatuhi. Oleh kerana Residen British J.w.w. Birch dalam tugasnya lebih kepada memerintah daripada menasihati menyebabkan pertelingkahan berIaku dengan Sultan AbdulIah, Sultan Ismail dan pembesar Perak. Sultan AbdulIah, Menteri Ngah Ibrahim, Dato' Laksamana Wan Muhammad Amin, Syahbandar Uda Mahamor, Dato' Maharaja Lela Pandak Lam, dan Dato' Sagor Ngah Kamdin yang tidak puas hati di atas penglibatan British dan pentadbiran J.w.w. Birch ini merancang menentang British di Perak, dan membunuh Residen British, J.W.W. Birch. Dalam satu mesyuarat yang berlangsung di rumah Haji Mat Yasin di Kampung Durian Sebatang pada 21 Julai 1875, keputusan dicapai akan membunuh J.w.w. Birch. Dengan rapi rancangan dibuat; bunuh J.W.W. Birch racun. Jika gagal bermain hantu, dan seterusnya langkah terakhir dibunuh. Mesyuarat ini dipimpin oleh Sultan AbdulIah. Mereka yang hadir dalam mesyuarat ini: Raja Idris, Wan Husin (wakil Temenggung), Kundah Muhammad (wakil Raja Bendahara dan Seri Maharaja Lela), Penghulu Mat Ali (wakil Menteri Larut - Ngah Ibrahim), Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor, Dato' Laksamana, Dato' Syahbandar, Raja Ahmad, Orang Kaya Mat Arshad, Raja Musa, Mat Ros, Haji Idris, Tok Muda Rapa, Haji Daud, Pak Taib, Haji Mat Yasin, Haji Daud (tidak sarna dengan Haji Daud sebelum ini) dan Raja Mahkota. 44 Seorang wanita menyamar sebagai hamba lari bersembunyi di kediaman J.W.W. Birch di Bandar Baru untuk meracun J.W.W. Birch. Rancangan ini gagal kerana diketahui oleh J.w.w. Birch. Seterusnya bermain hantu diadakan di kediaman Sultan AbdulIah di Batak Rabit untuk membunuh J.w.w. Birch. Upacara bermain hantu ini dikendalikan oleh

lOgos 1915, terlampir "Remarks upon the memorandum on the unrest in North Borneo". 43 Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Pribumi Dan Penjajah: Gerakan Tentangan Di Malaysia", him. 31. 44 e.o. 273/86, William Jervois kepada Carnavon, 14 Disember 1876, terlampir "Enquiry as to Complicity of Chief in the PerakOutrages, Abdrigement of Evidence Arranged various heads, Government Printing Press, Singapore, 1876", kenyataan Haji Husin.

42

e.o. 874/843, Alfred Turner kepda Forbes,

10

SOROTAN MASA LALU, IKTIBAR HARI INI DAN AKAN DATANG+

pawang diraja, Namun begitu langkah keduajuga gagal kerana semangat yang palingjahat di Perak tidak dapat melaksanakan tugasnya. Padahal pawang diraja dalam tempoh beberapa bulan J.w.w. Birch akan mati. Ada berita menyatakan J.w.w. Birch diselamatkan oleh pawang Melayu, di mana menyimbah darah binatang yang haram, seperti babi di keliling kediaman J.w.w. Birch. Kegagalan ini langsung tidak mematahkan semangat perjuangan orang Melayu Perak. Mereka merancangkan, dan dalam mesyuarat di Pasir Panjang pada 28 Oktober 1875, mereka yang hadir bersetuju J.w.w. Birch dibunuh ketika melaksanakan tugasnya di Pasir Salak. J.w.w. Birch datang ke Pasir Salak pada dan tiba pada 1 November 1875. Beliau bermalam di sini. Keesokan paginya pada 2 November 1875, dua hari raya puasa, ketika sedang mandi dan pasukan pengiringnya di bawah Leftenan Abbott berburu di Kampung Gajah, seberang Kampung Pasir Salak, J.w.w. Birch dibunuh oleh penduduk Pasir Salak. 45 Apabila J. W. W. Birch dibunuh, British menghantar angkatan menghukum mereka yang terlibat. Pasukan British ini dipimpin oleh dua orang jeneral, Brigedier Jeneral J. Ross dan Mejar Jeneral F. Colborne. Pertempuran berlaku dengan pasukan orang Melayu, dan kejayaan memihak kepada pasukan British. Kampung-kampung Melayu dibakar. Akhirnya pemimpin yang terlibat ditangkap dan ditahan. Antara mereka Sultan Ismail, Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Laksamana Wan Muhammad Amin, Shahbandar Uda Mahamor, Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor, Panjang Bur, Ngah Jabur, Kulup Ali, Si Tuah, Si Putum, Pandak Indut dan Si Putum. Si Putum dibicarakan dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Begitujuga dengan Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor, Panjang Bur, Kulup Ali (Che Ali), Si Tuah, dan Ngah Jabur dibawa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor, dan Pandak Indut dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, dilaksanakan di Taiping pada 20 Januari 1877. Manakala Panjang Bur, Ngah Jabur, Kulup Ali (Che Ali), Si Tuah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.46 Dalam pada itu penglibatan Sultan Abdullah, Sultan Ismail, Menteri Ngah Ibrahim, Laksamana Wan Muhammad Amin, dan Syahbandar Uda Mahamor dibawa ke dalam perbincangan Jawatankuasa yang dibentuk. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat menjatuhkan hukuman buang negeri ke Pulau Seychelles. Perjuangan orang Melayu seterusnya menentang British47 dapat diperhatikan dalam gerakan Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal (1874) dan Yamtuan Tunku Antah (1875) di Negeri Sembilan. 4x Bahaman, Tuk Gajah (Imam Perang Rasul) dan Mat Kilau di Pahang
-l5 Abdullah Zakaria bin Ghazali, Pasir Salak: PlIsat Gerakan Menentang British Di Perak, Jpoh: Yayasan Perak, J977.Mcngenai mereka yang terJibat daJam membunuh 1. w.w. Birch ini siJa Jihat Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Pembunuhan 1.W.W. Birch: Satu Kajian Tentang Pembunuhannya", JEBAT, lernal labatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Silangan 9, 1979/80, him. 59-72. -l6 Abdullah Zakaria bin Ghazali, Dato 'Sagor: Peranan Da/am Gerakan Menentang British di Perak 1874-/876, Kuala Lumpur: Persaluan MULium Malaysia, 1993, him. 47 Mengenai pcrjuangan orang Melayu menentang British, sila Jihat Abdullah Zakaria bin GhazaJi, "Agama, Politik Dan Proles Di Tanah Melayu", /lcfa/a),sia Dari Se/arah, Bilangan 31-2003, him. 127-142. -lR T. Chelhah, War III Negn Scmbilan I R74-1 R75, Graduation Exercise, University of Malaya, Singapore, 1955. 1.M. Ciulllck, "The War With Yam Tuan Antah", Ji'.JBRAS, Vol. 27, PI. I, 1954.

II

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

(1891-1894),49 Tuk langgut atau Haji Mohd. Hasan bin Munas di Pasir Puteh, Kelantan;50 dan Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid (lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong) di Terengganu, 1922, 1925, dan 1928 Y Dato' Syahbandar menentang penglibatan British di Sungai Ujong pada tahun 1874. Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Dato' Kelana Sungai Ujong, Syed Abdul Rahman menandatangani perj anj ian pada 21 Apri11874 menerima British tanpa berbincang dengannya dahulu. Mengikut adat, Dato' Kelana sebagai Waris Di Darat disyaratkan berunding dengan Dato' Syahbandar Waris Di Air terlebih dahulu sebelum bertindak. Langkah Dato' Kelana Sungai Ujong ini bertentangan dengan adatY Perselisihan Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal dengan Dato' Kelana Sungai Ujong ini mengheret campur tangan British membantu Dato' Kelana Sungai Ujong. Kemudiannya perang berlaku di antara pasukan Dato' Syahbandar dengan angkatan British. Walaupun Dato' Syahbandar menentang British tetapi beliau gagal mengatasi angkatan British yang mempunyai kelengkapan yang lebih baik. Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal meninggalkan kubunya di Kepayang berundur ke Selangor. Angkatan British di bawah Kapten Dunlop membakar kubu dan rumah Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal di Kepayang. 53 Oleh kerana tertekan dengan angkatan British, akhirnya Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal pulang ke Sungai Ujong, dan pada 17 Disember 1874 beliau menurunkan tandatangani serta cap ke atas surat yang memberi kuasa kepada Gabenor Negeri-negeri Selat menjatuhkan hukuman ke atas beliau; mengaku salah dan tidak akan melakukan peperangan dengan Gabenor Negeri-negeri Selat dan Dato' Kelana Sungai Ujong. 54 Kemudiannya Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal menurunkan lagi tandatangan dan cap ke atas surat pada 15 lanuari 1875 bersedia tinggal ke Singapura, serta tidak akan meninggalkan Singapura tanpa pengetahuan gabenor. 55 Dengan itu Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal berangkat bersama keluarga ke Singapura. Beliau tinggal disebuah rumah yang disediakan, dan diberi elaun lima ratus ringgit sebulan.56
49 JangAisjah Muttalib, Pemberontakan Pahang 1891-1895, Kota Bharu: PustakaAman Press, 1970. Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Tentangan Terhadap British di Pahang, 1887-1895", Norazir Selat (editor), Pahang' Sejarah dan Budaya, Pekan: Lembaga Muzium Negeri Pahang, 2000, hIm. 123-142. 50 Ibrahim Nik Mahmud, "The Tok Janggut Rebellion ofl915", W.R. Roff(ed.l, Kelantan: Religion, Society and Politics in a Malay States, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1974, hIm. 62-85. 51 Abdullah Zakaria bin Ghazali, Kebangkitan Terenggganu: Gerakan Menentang British 1922-1928, Kuala Terengganu: Jawatankuasa Koleksi Terengganu, Perbadanan PerpustakaanAwam Terengganu, 2000. Timah Hamzah, Pemberontakan Tani 1928 di Terengganu: Satu Kajian Ketokohan dan Kepimpinan Haji Abdul Rahman Limbong, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981. Shaharil Talib, After Its Own Image: The Trengganu Experience 1881-1941, Singapore: Oxford University Press, 1984. 52 T. Chelliah, War in Negri Sembilan 1874-1875, Graduation Exercise, University of Malaya, Singapore, 1955, him. 94, Appendix H (1), surat Dato' Syahbandar kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, 13 Oktober 1874. 53 Further Correspondence relating to the affairs ofcertain native states in theMalay Peninsula, in the neighbourhoodof the Straits Settlements, London: Harrison and Sons, 1876. (Seterusnya diringkaskan sebagai FCNS, 1876), No.8, Sir Andrew Clarke kepada Earl of Carnavon, 29 Disember 1874, enclosure 18, Kapten S. Dunlop kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, 29 Disember 1874. 54 FCNS, 1876, No.8, Sir A. Clarke kepada Earl of Carnavon, 29 Disember 1874, enclosure 22, "Pengakuan Dato' Syahbandar". 55 FCNS, 1876, No. 15, Sir A. Clarke kepada Earl of Camavon, 9 Februari 1875, enclosure 2, "Pengakuan Dato' Syahbandar". 56 Abdul Majid bin Kari, "The History of the Life ofDato' Shahbandar Tunggal of Kepayang".

12

SOROTAN MASA LALU, IKTIBAR HARI INI DAN AKAN DATANG+

Walaupun Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal ditumpaskan oleh British, semangat perjuangan menentang British tidak berakhir di Negeri Sembilan. Kali ini perjuangan menentang British dip imp in oleh Yamtuan Tunku Antah. Angkatan Tunku Antah bertempur dengan pasukan British, antaranya di bawah pimpinan Leftenan Hinxman. Dalam perjuangan ini TunkuAntah mengalami kekalahan dan berundur serta berlindung di Johor. Ketika berada di Johor, Tunku Antah dikujungi oleh Gabenor Negeri-negeri Selat. Pada 6 Jun 1876, Tunku Antah bersama Maharaja Abu Bakar datang berjumpa Gabenor Negeri-negeri Selat di Singapura. Kemudiannya pada tahun 1877, Tunku Antah kembali ke Negeri Sembilan sebagai Yang Dipertuan Seri Menanti. 57 Selain dari Negeri Sembilan, campur tangan British dalam negeri Pahang mencetuskan gerakan tentangan di bawah pimpinan Bahaman, Tok Gajah (Imam Perang Rasul), dan Mat Kilau. Tentangan secara terbuka berlaku pada tahun 1891 apabila Bahaman melancarkan serangan mengejut ke atas rombongan C.E.B. Desborough yang menangkap tiga orang pengikut Bahaman yang didakwa mengambil hasil hutan tanpa surat kebenaran. 58 Dalam serangan ini C.E.B. Desborough berjaya menyelamatkan diri ke Temerloh. Kemudiannya Bahaman meneruskan perjuangan menentang British di Pahang. Bahaman mendapat sokongan daripada 600 orang, dan 100 orang asli.59 Perjuangan Bahaman ini mendapat sokongan daripada Mat Kilau, dan kemudiannya Tok Gajah. Pertempuran berlaku di antara pasukan Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau dengan angkatan British. Namun begitu pasukan Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau mengalami kekalahan. Mereka berundur ke Kelantan dan Terengganu. Kemudiannya pejuang Pahang yang mendapat inspirasi perang jihad daripada Tokku Paloh (Sayid Abdul Rahman al-Idrus, ulama dan pentadbir Terengganu) kembali semula ke Pahang melancarkan serangan ke atas kubu British di Jeram Ampai pada tahun 1894. Dengan semangat jihad mereka berjaya menawan kubu ini. Namun begitu pejuang Pahang tidak lama berada di sini kerana diserang balas oleh pasukan British. Sekali lagi angkatan Pahang di bawah pimpinan Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Terengganu dan Kelantan. Pengunduran ini menamatkan perjuangan mereka. Tok Gajah meninggal dunia di Terengganu. Mat Kilau berlindung di Kelantan. Manakala Bahaman dibawa ke Thailand. 60 Dalam pada itu iktibar juga boleh diambil daripada perjuangan Tok Janggut di Pasir Puteh, Kelantan. Tok Janggut tidak puas hati terhadap pembaharuan dalam peraturan yang diperkenalkan setelah British terlibat dalam pentadbiran Kelantan, khususnya melibatkan tanah di Pasir Puteh melancarkan gerakan menentang peraturan terse but pada tahun 1915.
57 Mengenai perjuangan Yamtuan Tunku Antah, sila lihat Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Gerakan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembi Ian, 1875-76", Malaysia Dari Segi Sejarah, Bi!. 20-1992, him. 65-82. 58 C.O. 2731177, Sir Cecil C. Smith kepada Lord Knutsford, 29 Disember 1891. 59 JangA isjah Muttalib, Pemberontakan Pahang 1891-1895, Kota Bahru: Pustaka Aman Press, 1972, him. 154. Zakaria bin Mohd. Dom, Wan Muhammad bin Wan Idris Maharaja Perba Jelai, Kajian Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 197711978, him. 115-116. Noriah Sulong, Orang Kaya Bahaman Satu Kajian Riwayat Hidup, Kajian Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1974/1975, him. him. 52. W. Linehan, A History of Pahang, Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1973, hIm. 141. 60 Perjuangan Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau, boleh rujuk Jang Aisjah Muttalib, Pemberontakan Pahang 18911895, dan Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Gerakan Tentangan Terhadap British di Pahang, 1887-1895", Norazit Selat (editor), Pahang Sejarah dan Budaya, Pekan: Lembaga Muzium Negeri Pahang, 2000, him. 123-142.

13

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Tok Janggut mendapat sokongan daripada pemimpin tempatan, antaranya Tun Ahmad (Engku Besar Jeram), Penghulu Adam, Che Sahak Merbol, dan Haji Said. Angkatan Tok Janggut melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh yang ditinggalkan oleh kakitangan kerajaan, dan mendudukinya. Kemudian mereka meninggalkan Pasir Puteh. Pasukan British dari Singapura dengan kapal SS Kaka, H.MS Cadmus, dan SS Calypso dihantar untuk mengatasi kebangkitan Tok Janggut. 61 Antara peminpin angkatan British yang ditugaskan ialah Leftenan Kolonel C.W. Brownlow dan Mejar Borton. Angkatan British di bawah pimpinan Mejar Bortom mara ke Kampung Dalam Pupuh, kubu Tok Janggut pada 24 Mei 1915. Pertempuran berlaku antara kedua belah pihak, dan Tok Janggut dilaporkan terkorban. Engku Besar Jeram Tun Ahmad yang mengalami kecederaan di paha di selamatkan oleh Awang Deraman ke Reman, Thailand. 62 Mayat Tok Janggut diarak di Pasir Puteh dan Kota Bharu sebelum digantung kepala ke bawah di Kota Bharu. Kemudiannya dikebumikan di Pasir Pekan, Kota Bharu. 63 Dalam pada itu iktibar dan teladan juga wajar ditimba daripada pengalaman Terengganu menentang British di bawah pimpinan seorang ulama, Haji Abdul Raham bin Abdul Hamid (atau lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong). Gerakan tentangan yang dilancarkan oleh Haji Abdul Rahman Limbong ini berlaku setelah golongan bangsawan di bawah pimpinan Sultan Muhammad dan Dato' Seri Amar Diraja Haji Ngah Muhammad bin Yusof gagal mempertahankan penglibatan British dalam pentadbiran Terengganu. British pada mUlanya gagal melibatkan diri dalam pentadbiran Terengganu selepas Perjanjian Bangkok 1909 yang mana an tara syaratnya kerajaan Siam menyerahkan Terengganu kepada British kerana ditentang oleh Sultan Terengganu ketika itu, Sultan Zainal Abidin III (18811918), telah menjalankan berbagai langkah, akhimya berjaya mempengaruhi Terengganu menandatangani Perjanjian 1910. Namun begitu perjanjian ini tidak memberi sebarang kuasa kepada British, hanya perlantikan seorang ejen British. British terus merancangkan dan akhimya berjaya mempengaruhi Terengganu menandatangani perjanjian sekali lagi pada tahun 1919. Berkuatkuasa perjanjian ini seorang Penasihat British dilantik yang mana nasihatnya hendaklah diminta dan dipatuhi dalam semua perkara kecuali adat dan agama Islam. 64 Campur tangan British ini diikuti dengan berbagai pengenalan dan penguatkuasaan peraturan baru: seperti pendaftaran tanah, surat beranak, surat nikah cerai, daftar kahwin, larangan melepas bebas kerbau dan lembu, larangan mengambil hasil hutan dan membuka tanah tanpa surat kebenaran, telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
61 1915, encloslIre I, "A Copy of rep or! orthe proceedmg of H.M.S. Cadmus at Kelantan", by H.D. Marryat (Komander), 14 Mei 1915, rerlampir Leftenan Koillnel c.w. Brownlow kepada Ibu Pejabat Negeri Selat, 16 Mei 1915. 62 e.0. 273/426, A. Young kepada Lewis Harcourt, Pejabat Tanah Jajahan London, 18 Mei 1915. 63 Mengenai kebangkitan Tok Janggut, sila Iihat, Ibrahim bin Nik Mahmood, "The Tuk Janggut Rebellion of 1915", W.R. Rofl (ed.), Kelantan: Religion. Sociell' and Politics in a Malay Slale, Kuala Lumpur: Oxford UniverSity Press, 1974, hIm. 62-84. Nik Anuar bin Nik Mahmud (editor), Tok JangguI: PC/liang alall Penderhakl1:', Bangi: Jabalan Sejarah, Universili Kebangsaan Malaysia, 1999. 64 Mengenai penglibatan British dalam negeri Terengganu, sila lihat Abdullah Zakaria bin Ghazah, Ke!Jallgkilan Terengganu: Gerakan Menentang Brilish 1922-1 92?1, Kuala Terengganu: Jawatankuasa Koleksi Tercngganll Pcrbadanan Perpustakaan Awam Tercngganu, 2000, him. 1-39.

e.o. 273/426, A Young kepada Lewis Harcourt, 25 Mei

14

SOROTAN MASA LALU, IKTIBAR HARI INI DAN AKAN DATANG+

pen dud uk tempatan. 65 Dalam suasana ini muncul Haji Abdul Rahman Limbong yang menyatakan peraturan baru yang diperkenalkan oleh British itu adalah peraturan kafir.66 Ajaran dan Haji Abdul Rahman ini mendapat sokongan daripada Haji Musa bin Abdul Ghani (atau lebih dikenaIi sebagai Haji Musa Minangkabau),67 dan Syed Sagap al-Idrus. Sokongan kedua-dua ulama ini menambahkan semangat perjuangan masyarakat tempatan. Masyarakat pendalaman Terengganu di sekitar Telemong yang menerima ajaran dan fahaman Haji Abdul Rahman Limbong dan Haji Musa Abdul Ghani ini tidak menghiraukan peraturan baru yang diperkenalkan. Mereka terus membersih tanah tanpa mengambil pas. Kegiatan orang kampung ini menyebabkan mereka ditangkap dan dibicarakan pada tahun 1922. Satu perkara yang menarik dalam perbicaraan yang berlangsung ini, Haji Abdul Rahman Limbong yang mendapat surat kebenaran kerajaan sebagai pembela, membela petani yang didakwa ini. Dengan kebijaksanaan berhujah dan mahir ilmu agama, Haji Abdul Rahman Limbong yang hadir di mahkamah sebagai pembela menyatakan tanah itu hak Allah, dan meminta pendakwa memberi erti tanah hidup dan tanah mati. Oleh kerana pendakwa gagal menjawab pertanyaan Haji Abdul Rahman Limbong ini perbicaraan ditangguhkan. Akhimya perbicaraan yang ditangguhkan ini berakhir tanpa sebarang keputusan. 68 Dalam pada itu dengan semangat keagamaan yang tinggi,jihad dan menentang kafir, masyarakat Terengganu; khususnya yang tinggal di pendalaman, seperti Kuala Berang, Hulu Dungun, dan Hulu Marang menyahut jemputan Haji Abdul Rahman Limbong membersih tanah Tengku Nik Maimunah Ibni Sultan Zainal Abidin III di Telemong pada tahun 1925. Mereka datang berkumpul dan bermalam di sini secara bergilir-gilir sehinggalah diarahkan oleh kerajaan supaya pulang ke kampung masing-masing. 69 Kemudiannya penduduk Terengganu sekaIi lagi bangkit menyahut seruan Haji Abdul Rahman Limbong menentang British pada tahun 1928. Dalam gerakan kali ini mereka berkumpul di Kuala Berang dan Kuala Telemong. Matlamat utama mereka akan bergerak serentak dan berkumpul di Beladau Kolam, rumah Haji Abdul Rahman Limbong. Dari sini wakil yang dipilih akan menghadap Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah atau Dato' Seri Amar Diraja Haji Ngah Muhammad bin Yusof. Kumpulan yang berhimpun di Kuala Berang dip imp in, antaranya Penghulu Salleh Pasir Nyior, Mat Tok Pitas, Abdullah lurukaka, Abu Bakar Chinting, Ismail Kuala Por, dan Engku Mat Kuala Pueh;70 manakala kumpulan Telemon pula, Mat Zin bin Mat Min, Haji Kia, dan Lebai Deraman (atau Tok Janggut). Kumpulan Kuala Berang yang

65 Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Pribumi dan Penjajah: Gerakan Tentangan di Malaysia", Malaysia Dari Segi Sejarah, BiI. 23-1995, him. 25. 66 Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Islam dan Anti-penjajahan di Terengganu", Lutpi Ibrahim (penyunting), lslarnika ll, Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise, 1982. 67 Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Haji Musa bin Abdul Ghani: Peranannya dalam kempen anti-British di Terengganu", Malaysia in History, Vol. 21 , No. I, 1977. 68 Abdullah Zakaria bin Ghazali, Kebangkitan Terengganu: Gerakan Menentang British 1922-1928, him. 99-109. 69 Ibid., him. 118-127. 70 e.O. 717/61, Residen British Perak (H.W. Thomson) kepada Ketua Setiausaha Negeri-negeri Melayu Bersekutu, 30 Jun 1928, terlampir laporan Residen British Perak, "Report on the Recent Disturbance inTrengganu" (seterusnya diringkaskan sebagai e.O. 717/61, "ROT"), kenyataan Imam Taib bin Ahmad, him. 97; kenyataan Latiffbin Hamat (dalam tahanan), him. 63.

15

MALAYSIA DARI SEGI SE1ARAH

berjumlah kira-kira 500 orang berjaya menguasai bangunan kerajaan pada 22 Mei 1928. Kumpulan Kuala Berang ini menghilir pada 23 Mei 1928, dan akan bertemu dengan kumpulan Telemong di Pasir Kebakang untuk sarna-sarna ke Beladau Kolam. Namun begitu kumpulan Kuala Berang ini hanya mara separuh jalan, kerana setelah mendapat berita beberapa orang daripada kumpulan Telemong, term as uk Tok Janggut terkorban di Padang Kachung, Kuala Telemong akibat tembakan pasukan kerajaan, kumpulan Kuala Berang kembali ke kampung masing-masing. Begitujuga dengan kumpulan Telemong, pulang ke rumah masing-masing. Kumpulan Telemong ini dihalang oleh pasukan kerajaan di Padang Kachong, Kuala Telemong di bawah pimpinan Dato' Panglima Dalam, Dato' Pahlawan dan Dato' Seri Lela Diraja. Dengan alasan kumpulan Telemong tidak mendengar amaran pasukan kerajaan melepaskan tembakan terhadap mereka. 71 Akibat tembakan tersebut, II orang daripada kumpulan Telemong terkorban, termasuk Tok Janggut. Pasukan kerajaan memulakan gerakan menangkap mereka yang terlibat. Tawaran hadiah sebanyak 100 hingga 200 ringgit dikeluarkan kepada mereka yang berjaya menangkap Mat Pitas, Haji Tahir Kampung Gunung, Ismail Kuala Por, Haji Kia Telemong, Abu Bakar Chinting, Abdullah Jurukaka Kuala Menjing, Isa Paloh Dalam Tersat, Lebai Hasan Kuala Menjing, Engku Mat Kuala Pueh, Penghulu Salleh Pasir Nyior, Mat Zin bin Mat Min, dan Che Leh (anak Haji Abdul Rahman Limbong).72 Gerakan kerajaan ini berjaya menangkap mereka yang dikehendaki: Ismail Kuala Por, Abu Bakar Chinting, Engku Mat Kuala Pueh, Haji Tahir Gunung, Abdullah Jurukaka, Lebai Hasan, Haji Kia, Mat Pitas, Penghulu Omar, Mat Zin bin Mat Min, Haji Abdul Rahman Limbong, dan Che Leh bin Haji Abdul Rahman Limbong. Mereka dibicarakan pada II Jun 1928, kecuali Che Leh didapati bersalah, dan dijatuhkan hukuman. Che Leh dibebaskan, Mat Zin dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara dan kerja berat; Abu Bakar Chinting, Abdullah Jurukaka, dan Ismail Kuala Por, 10 tahun penjara dan kerja berat; Haji Kia, tujuh tahun kerja berat; Haji Tahir, Mat Pitas, Lebai Hasan dan Engku Mat Kuala Pueh, lima tahun kerja berat. Haji Abdul Rahman Limbong dibuang negeri ke Mekah.71 Haji Abdul Rahman Limbong meninggal dunia di Mekah pad a 16 November 1929. 74 Dalam pad a itu sebagai penduduk Malaysia adalah wajar mengambil teladan dan menghayati pengalaman Malaysia ketika pendudukan Jepun, pad a 1942 hingga 1945. 75 Kehidupan penduduk menderita, kekurangan makanan, pakaian dan sikap pemerintah tentera Jepun telah memberi banyak pengajaran. Walaupun pada mula kedatangan tentera Jepun,

71 SUK. Tr. 129511346. kenyataan Dalo' Lela, Dato' Pahlawan dan Dato' Panglima Dalam, Sabtu, pukul 11.45 pagi, 5 Muharam 1347 (24.6.1928). C.O. 717/61, "ROT", kenyalaan Dato' Dalam, 25 Jun 1928; kenyalaan Dato' Lela, 27 lun 1928; dkenyataan Dato' Pahlawan; kenyalaan Tengku Abdullah dan kenyataan Sarjan Deraman. 72 SUK. Tr., 129511346, "Pemberitahu Khas kepada sekalian mercka dalam Negeri dan lajahan Terengganu", 5 Zulhijah 1346 (26.5.1928). 73 SUK. Tr., 129511346, "Pemberitahu Kerajaan", 12 Zulhijah 1346 (2.6.1928). 74 SUK. Tr., 28/1347, Penasihat British kepada Setiausaha Kerajaan, 6.9.1348 (4.21930), teriampir surat Pcjahal Konsul British, ledah kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura, 3.1.1930. 75 Mengenai pendudukan Jepun di Tanah Melayu, sila lihat Ahu Talib Ahmad, The Muslims, Islam and the Rising Sun. 1941-45, Monograph No. 34, Selangor: Malaysian Branch of the Royal Asiatics Society, 2003. Paul H. Kraloska, The Japanese Occupation of Malavsa 1941-1945, London: Allen & Unwin, 1998.

16

SO ROTAN MASA LALU, IKTIBAR HARI INI DAN AKAN DATANG+

penduduk tempatan menyambut sebagai sebuah kuasa timur yang mampu mengalahkan kuasa barat, tetapi dalam perkembangan seterusnya sangkaan tersebut menjadi hampa. Janji memberi keamanan dan kemerdekaan tidak berlaku; sebaliknya negeri Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu diserahkan kepada pentadbiran tentera Thai pada tahun 1943. 76 Walaupun demikian pendudukan Jepun memberi rahmat yang tersembunyi kepada penduduk tempatan di mana menyemarakan lagi perasaan menentang penjajah. Orang Melayu menentang Malayan Union, dan seterusnya membawa kepada tertubuhnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Iebih dikenali sebagai UMNOUnited Malays National Organisation) pada 11 Mei 1946. HasiI daripada perjuangan UMNO ini kerajaan British menukarkan Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu (Federation ofMalaya) pada tahun 1948. Dalam pada itu satu hal yang perlujuga diambil perhatian ialah zaman darurat yang bermula pada than 1948. Pada zaman darurat ini komunis berleluasa. Kehidupan rakyatjuga terganggu. 77 Namun begitu kecekapan kerajaan menguruskan darurat, kegiatan komunis dapat diatasi dan kawasan putih diisytiharkan yang memberi erti Persekutuan Tanah Melayu bebas daripada ancaman komunis pada tahun 1960. Sementara itu, ketika menghadapi ancaman komunis perjuangan kemerdekaan diteruskan. Parti UMNO memainkan peranan utama memperjuangkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila UMNO bergabung dengan Malayan Chinese Association(MCA) dan Malayan Indians Congress(MIC) mewujudkan Parti Perikatan pada tahun 1954, perjuangan kemerdekaan diteruskan oleh Parti Perikatan. Akhimya melalui rundingan Tunku Abdul Rahman Putra al-H~ yang mengetua rombongan rundingan kemerdekaan berjaya membawa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Pengisytiharan kemerdekaan, hari bersejarah dalam perjuangan bangsa di Persekutuan Tanah Melayu dilakukan dengan rasminya di Stadium Merdeka pada 3 lOgos 1957. n Kemudiannya pada 16 September pula Persekutuan Malaysia diisytiharkan dan Sarawak serta Sabah merdeka melalui Malaysia.

Iktibar Dari Pengalaman Sejarah Sebagaimana tajuk perbincangan, sorotan masa lalu, iktibar hari ini dan akan datang dapat ditimba daripada pengalaman sejarah dalam Sejarah Malaysia. Dalam pada itu sejarahjuga boleh diambil sebagai teladan atau petunjuk kepada pembinaan sesebuah negara. Dengan itu sebagai rakyat Malaysia memang wajar mengetahui sejarah tanah air mereka. Dengan

76 Abdullah lakaria bin Ghazali, Pen/adbiran Ten/era Jepun dan Thai di Terengganu, 1942-1945, Kuala Lumpur: Pcnerbit Universiti Malaya, 1996. 77 Ho Hui Ling, Darurat 1941i-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2004. Anthony Short, In Pursuit of Mountain Rats: The Communist /nsurection in Malaya, Singapore: Cultural Lotus, 2000. Richard Stubbs, Hearts and Minds in Guerrilla Warfare: The Malayan Emergency, 1948-1960, Singapore: Oxford University Press, 1989. Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Penjahat-Penjahat Hapus Semuanya, Kehidupan Kita Tidak Terganggu: Kempen Membanteras Komunis di Kalangan Orang Melayu", Malaysia Dari Segi Sejarah, Bilangan 28-2000. 78 Mengcnai perjuangan Parti Perikatan sila Iihat Joseph M. Fernando, The Making of the Malayan Constitution, Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 2002.

17

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

cara ini mereka akan mengenali diri masing-masing, dan akan melahirkan kesedaran serta keinsafan dan tolak ansur ke arah kewujudan negara yang aman dan makmur. Dalam Sejarah Malaysia membuktikan yang cemburu, fitnah, dengki dan tidak amanah boleh membawa keruntuhan sesebuah kerajaan. Begitujuga, kezaliman pemerintah akan mewujudkan keadaan Negara yang tidak tenteram dan seterusnya akan menyebabkan kerajaan itu menjadi lemah atau musnah. Oleh itu dalam usaha ke arah mewujudkan Negara yang kuat, teguh dan makmur pengalamanan Sejarah Malaysia wajar diketahui dan diambil teladan. Dalam hal ini, sejarah kerajaan Melaka boleh diambil sebagai iktibar. Keagungan kesultanan Melaka berkubur apabila Portugis menduduki Melaka pada tahun 1511. Keruntuhan kerajaan Melaka ini, antara lain berpunca daripada keadaan dalaman Melaka itu sendiri. Bendahara Melaka pada ketika itu, Tun Mutahir kerap menerima hadiah. Beliau pemah menerima 10 kati emas daripada Nina Sura Dewana. Manakala Raja Mandaliar menghadiah satu bahara em as (bersamaan 400 paun) kepada Laksamana Khoja Hasan.79 Kelakuan Bendahara Tun Mutahir dan Laksamana Khoja Hasan ini bukan sahaja merosakkan diri, malah kerajaan Melaka sendiri. Sifat pentadbir begini diambil kesempatan oleh mereka yang bersaing. Seperti disebut sebelum ini, saudagar Nina Sura Dewana yang bersaing dengan Raja Mandeliar datang menemui Bendahara Tun Mutahir menawarkan hadiah 10 kati emas. Tawaran Nina Sura Dewana ini diketahui oleh Kitu!. Kitul pula berhutang emas sebanyak satu kati dengan Raja Mandaliar. Kitul yang menggunakan peluang ini membuat fitnah kepada Raja Mandaliar. Dalam fitnah itu Kitul menyatakan saudagar Nina Sura Dewana membawa 10 kati emas meminta Bendahara Tun Mutahir menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Raja Mandaliar. Setelah mendengar aduan Kitul ini, Raja Mandaliar menggugurkan hutang Kitul tersebut. 80 Raja Mandeliar yang termakan fitnah terse but membawa satu bahara emas, permata bermutu dan kain indah datang menemui Laksamana Khoja Hasan sahabat ikrab Sultan Mahmud, menyatakan Bendahara Tun Mutahir sedang bersiap sedia hendak menyerang sultan. Dengan itu Laksamana Khoja Hasan memaklumkan aduan Raja Mandeilar ini kepada Sultan Mahmud. Setelah menerima aduan ini, Sultan Mahmud tersangat murka. Tanpa usul periksa baginda menitahkan Tun Sura Diraja danTun Indera Segara membunuh Bendahara Tun Mutahir. Seterusnya Bendahara Tun Mutahir dibunuh. Tindakan Sultan Mahmud tanpa usul periksa ini disifatkan sebagai tindakan zalim. Kezaliman ini menjadi salah satu faktor yang kemudiannya membawa huru hara dalam kerajaan Melaka,81 dan Melaka diserang serta ditakluki Portugis pada tahun 1511.

79 A. Samad Ahmad (penyelenggara), Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), hIm. 241-242. 80 Ibid., him. 241. 81 Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Gerakan Penentangan Terhadap Kuasa Barat Di Melaka", Abdul Latiff Abu Bakar (penyelenggara), Melaka danArus Gerakan KebangsaanMalaysia, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya dan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.

18

SOROTAN MASA LALU, IKTIBAR HARI INI DAN AKAN DATANG+

Oleh itu dalam usaha mewujudkan kekuatan sesebuah Negara, permusuhan dan fitnah wajar dielakkan. Dalam ini Sejarah Malaysia membuktikan jika perkara ini tidak dielakkan, negeri tidak aman. Dalam kerajaan lohor, apabila Laksamana Tun Abdul lamil berjaya mengalahkan lambi pada tahun 1679;82 memulihkan maruah lohor yang dikalahkan oleh lambi pada tahun 1673, namanya mula disanjung. 83 Sultan Ibrahim menganugerahkan gelaran Paduka Raja yang hanya layak disandang oleh Bendahara. Kini persaingan kuasa berlaku di antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Paduka Raja Laksamana Tun Abdul lamil. 84 Paduka Raja Laksamana Tun Abdul lamil dituduh bermukah dengan gundik kesayangan sultan. Akibatnya Paduka Raja Laksamana Tun Abdul lamil dijatuhkan hukuman bunuh. Walaupun beliau berjaya mengundurkan diri ke Terengganu, tetapi akhimya dibunuh oleh seorang cacat di sini pada tahun 1688. 85 Selain itu perpaduan adalah salah satu faktor utama dalam membina sesebuah negara. Kepentingan kerjasama dan perpaduan ini sangat ketara dalam perkembangan Sejarah Malaysia. Oleh kerana kerjasama lohor membantu Belanda, menyebabkan Portugis dikalahkan di Melaka pada tahun 1641. 86 Begitu juga kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh pembesar Sungai Ujong, Seri Menanti dan Rembau menyebabkan Penghulu Dol Said berjaya mengalahkan angkatan British yang datang menyerang Naning pada tahun 1831 Y Sebagai rakyat Malaysia, pemahaman Sejarah Malaysia amat perlu. Lebih-Iebih lagi Sejarah Malaysia ke arah mencapai kemerdekaan. Perkembangan yang berlaku selepas kemerdekaan adalah pengisian yang berdasarkan kepada keputusan dan tolakansur yang dicapai sebelum itu. Banyak teladan boleh diperolehi dalam liku-Iiku peristiwa Tanah Melayu menuju kemerdekaan yang sesuai dan wajar diambil dalam pembinaan Negara. Apabila Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, British datang menguruskan semula pentadbiran Tanah Melayu. 8x Seterusnya Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1946. 89 Walaupun ditentang oleh orang Melayu tetapi pentadbiran

82 L.Y. Andaya, The KinRdolll o(Johor, him. 121-122. Jambi menyerang Johor pada tahun 1673 ketika pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III. Sebelum herundur ke Pahang, Sultan Ahdul Jalil Shah III menitahkan Laksamana Tun Ahdul Jamil menyediakan kelengkapan untuk melancarkan serangan balas terhadap Jambi. Laksamana Tun Abdul Jamil memilih Riau (Bintan) sebagai pusat gerakannya. Pad a tahun 1677, Sultan Abdul JaW Shah III mangkat, takhta kerajaan Johor digantikan oleh Raja Ibrahim, pulera Raja Bajau. Setelah lengkap persiapan, pada tahun 1679, angkatan Johor di bawah pimpinan Laksamana Tun Abdul Jamil melancar serangan dan mengalahkan Jambi. Sempena kcjayaan ini, Sultan Ibrahim menganugcrahkan Laksamana Tun Abdul Jamil gclaran Paduka Raja. 83 L.Y. Andaya, The KinRdo/ll ojJohor, him. 105. 84 Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Politik Tanah MelayuKurun Ke-17 dan Ke- I 8: Salu Tinjauan Mcngenai Cemburu dan Filnah", l'URBA, Bilangan 20-2001, him. 107. 85 Abdullah Zakaria bin Ghazah, Terenggal1u. Tokoh, Pentadhiral1 dan Perjllangan, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, 1996, him. 2-3. Hiikayat Johor Serfa Paliang, him. 3-5. L.Y. Andaya, The KinRdo/ll ofJohor, him. 157. 86 Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Kcsultanan Johor, 1528-1885", Abdullah Zakaria bin Ghazali & Zainal Abidin Borhan (editor), Jolior Dahll/II dan Sekarllng, Kuala Lumpur: Pcrsatuan Muzium Malaysia, 1994, hIm. 23. 87 Abdullah Zakana hin Ghazali, "Perang Naning 1831", Jurna/ Sejarah Me/aka, Bilangan 9, 1985, him. 39. 88 Abdullah Zakaria hin Ghazali, Pcn/adbiran Tel1tera Jepun dan Thai di Terengganu 1942-1945, hIm. 124. Alhert Lau, The '\1a/(/\,(/11 Union Con/rorersl' /942-/948, Singapore: Oxford University Press, 1991, him. 98. 89 Mengenal .\fa/amn Union, hhat A.J. Stockwell, British Policy and ,\4,"ay Politics During The Malal'an Union Ex!,crimem/942-/948, Monograph No.8, Kuala Lumpur: The Malaysian Branch ofthc Royal Asiatic Society, 1979; Albert Lau, TheMal1I1.1InUnionControver.lT/942-1948. him. 98-118.

19

MALAYSIADARI SEGI SEJARAH

Malayan Union berterusan hingga ke tahun 1948, apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada 1 Februari 1948. Sebaik sahaja maklumat perlaksanaan Malayan Union tiba di Tanah Melayu berbagai persatuan atau persekutuan dan individu menyuarakan melalui akhbar supaya bangsa Melayu bersatu dan menentang Malayan Union. Seruan dan gesaan ini menghasilkan perhimpunan pertubuhan Melayu di Kelab Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1, 2 dan 3 Mac 1946. Persidangan yang dipengerusikan oleh Dato' Onn bin Jaafar bersetuju menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National Organisation atau singkatnya UMNO. Selain itu mereka yang berhimpun ini mengambil keputusan menentang Malayan Union. Kemudiannya dalam kongres berikutnya di istana Besar Johor Bahru yang berlangsung pada 11 Mei 1946, Parti UMNO dengan rasminya ditubuhkan. Dato' Onn bin Jaafar dilantik sebagai Presiden Parti.90 Slogan perjuangan pada ketika itu "Hidup Melayu". Hasil perjuangan UMNO, Malayan Union ditumbangkan dan Persekutuan ddibentuk pada 1 Februari 1948. Kejayaan ini adalah disebabkan semangat perjuangan yang tinggi dan perpaduan dalam kalangan orang Melayu. Kemudiannya slogan peIjuangan UMNO ditukar dari "Hidup Melayu" ke "Merdeka". UMNO menjalankan usaha ke arah berkerajaan sendiri. Pada tahun 1951, kerajaan persekutuan membentuk Sistem Ahli. Mereka yang dilantik dalam Sistem Ali: Jabatan Dalam Negeri, Dato' Onn bin Jaafar; Jabatan Pertanian dan Perhutanan, Tunku Yaacob Ibni Sultan Abdul Hamid; Jabatan Tanah, Lombong dan Perhubungan, Dato' Mahmud bin Mat; Jabatan Pendidikan, E.E.C. Thuraisingham, dan Jabatan Kesihatan, Dr. Lee Tiang King. Seterusnya pada November 1951 diadakan pilihan raya bandaran Melaka. 91 Manakala pilihan raya bandaran George Town, Pulau Pinang diadakan pada 1 Disember 1951.92 Pada tahun 1951, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menggantikan Dato' Onn bin Jaafar yang meletakkanjawatan sebagai Presiden Parti UMNO. Dato' Onn bin Jaafar kemudiannya menubuhkan parti baru, Parti Kemerdekaan Malaya (Independence ofMalaya Party=IMP).93 Pada bulan Februari 1952 diadakan pula pilihan raya bandaran Kuala Lumpur. Da1am pilihan raya di Kuala Lumpur ini UMNO bergabung dengan Malayan Chinese Association (MCA). Perikatan UMNO-MCA memenangi sembilan kerusi, Independence od Malayan Party, dua kerusi, dan BEBAS memenangi satu kerusi. 94 UMNO meneruskan usaha menuntut kemerdekaan.

90 Abdullah Zakaria bin GhazaIi, "Johor Sebagai Pusat Percambahan Semangat Kebangsaan Melayu dan Penubuhan UMNO", hIm. 40. Mengenai Dato' Onn bin Jaafar, sila Iihat Ramlah Adam, Dato' Onn bin Jaafar: Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992. 91 Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000, hIm. 189. 92 George P. Means, Malaysian Politics, London: Hodder and Stoughton Limited (second edition), 1976, hIm. 132. 93 Simon C. Smith, British Relations with the Malay Rulersfrom Decentralisation to Malayan lndependece 1930-1957, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1995, hIm. 178. 94 Gordon P. Means, Malaysia Politics, hIm. 134; B. Simandjuntak, Federalisme Tanah Melayu 1945-1963, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, hIm. 74-75.

20

SOROTAN MASA LALU, IKTIBAR HARI INI DAN AKAN DATANG+

Pada tahun 1952, kerajaan meminda Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu mengenai kerakyatan. Pindaan itu menggantikan syarat bermastautin selama 15 tahun, kedua-dua ibu bapa lahir di Tanah Melayu kepada salah satu daripada: (a) tinggal di Tanah Melayu selama sepuluh tahun daripada 12 tahun, berkelakuan baik; boleh bercakap Melayu atau Inggeris dan berniat tinggal kekal di Persekutuan, (b) rakyat United Kingdom atau lajahan British dan hendaklah lahir disalah satu negeri Melayu dan salah seorang ibu bapa lahir di Tanah Melayu, atau (d) lahir di Persekutuan, tidak meninggalkan Negara lebih daripada lapan tahun daripada sepuluh tahun permohonan dibuat; boleh bercakap bahasa Melayu atau Inggeris; bersedia menggugurkan kerakyatan atau kewarganegaraan. Dengan pindaan ini dijangka antara 30-60 peratus orang Cina dan 30 orang India akan layak menjadi warga negara Persekutuan. Anggaran dibuat, 1,157,000 orang Cina dan 255,000 orang India akan menjadi warga negara pada tahun 1953. 95 Seterusnya pada tahun 1952, UMNO mendesak diadakan pilihan raya Majlis Perundangan dan Majlis Negeri sebagai langkah persediaan ke arah berkerajaan sendiri. Akibat desakan ini,jawatankuasa terdiri 46 orang dipengerusikan pegawai British dibentuk. lawatankuasa ini bertemu pada tahun 1954. Kemudiannya laporan dikemukakan pada tahun yang sarna (1954). Kerajaan British bersetuju mengadakan pilihan raya pada tahun 1955. Pada tahun 1954, MIC bergabung dengan UMNO-MCA membentuk Parti Perikatan. Parti Perikatan menentukan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya 1955. Dalam penentuan awal, UMNO 40 kerusi, MCA 12 dan MIC kosong. Penentuan ini menimbulkan perbahasan dalam kalangan Parti Perikatan. Akhirnya mereka terlibat bertolak ansur, UMNO 35 kerusi; MCA 15 kerusi, dan MIC dua kerusi. 96 Pada pilihan raya 1955 ini, selain Parti Perikatan; parti lain yang bertanding: Parti Negara, Barisan Kebangsaan Melayu, Persatuan Islam Se Malaya (PAS), dan Parti Buruh Malaya. Dalam pilihan raya ini, Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 97 Kejayaan Parti Perikatan ini diikuti dengan pembentukan kerajaan, dan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Dalam pada itu kabinet Parti Perikatan ialah: Kolonel H.S. Lee, Menteri Pengangkutan; Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman, Menteri Sumber Asli; Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussain, Menteri Pelajaran; Leong Yew Koh, Menteri Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat; VT. Sambathan, Menteri Buruh; Sulaiman bin Dato' Abdul Rahman, Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Rancangan Bandar; Abdul Aziz bin Ishak, Menteri Pertanian; Sardon bin lubir, Menteri Kerja Raya, dan Ong Yoke Lin, Menteri Pos dan Telekom. 98 Pada 1 lanuari 1956, rombongan

95 Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics ofBritish Policy, him. 188-189; Tan Liok Ee, The Politics of Chinese Education in Malaya 1945-1961, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1997, him. 86. 96 Ramlah Adam, "Perjuangan UMNO Menentang Malayan Union dan Menuntut Kemerdekaan 1946-1957", Abu Bakar Hamid, Abdullah Zakaria bin Ghazali et-al., UMNO Johor 50 Tahun: Memartabatkan Bangsa Melayu, hIm. 74; Mohd. Ashraf Ibrahim, Gagasan Bangsa Malayan yang BERSATU 1945-57, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004, hIm. 167. T.N. Harper, The End of Empire and the Making of Malaya, Cambrigde: Cambrigde University Press, 2001, hIm. 351-352. 97 Gordon P. Means, Malaysian Politics, hIm. 166. 98 Mohd. Ashraf Ibrahim, Gagasan Bangsa Malayan yang BERSATU 1945-57, him. 168.

21

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

perunding kemerdekaan Parti Perikatan: Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussain, Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman, T.H. Tan, H.S. Lee, dan Abdul Kadir Shamsudin bersama wakil Raja-raja Melayu: Dato' Abdul Wahab (Dato' Panglima Bukit Gantang), Dato' Nik Ahmed Kamil (Menteri Besar Kelantan), Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid (Menteri Besar Selangor), dan Dato' Seth bin Mohd. Said (Johor) berangkat ke London melalui Singapura dengan kapal M V Asia. 99 Kerajaan British berunding dengan Raja-raja Melayu dan Parti Perikatan yang bermula pada Januari 1956, berakhir pada Februari 1956. Banyak persetujuan dicapai, dan yang lebih penting Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dibenarkan mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang akan dilaksanakan pada Ogos 1957.100 Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di padang Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956. 101 Sebuah suruhanjaya dibentuk untuk menggubal perJembagaan kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan itu Lord Reid dilantik oleh kerajaan British mengetuai suruhanjaya terse but yang terdiri daripada lima orang ahli. Suruhanjaya Reid terdiri daripada Lord Reid selaku pengerusi, ahlinya, Sir Ivor Jennings (United Kingdom), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India), dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan); manakala H.P. Hall sebagai setiausaha, dan K.1. Henderson sebagai penolong setiausaha. 102 Suruhanjaya Reid ini memperakukan keistimewaan orang Melayu, tetapi hendaklah disemak selepas 15 tahun; bahasa Cina dan India bukan bahasa rasmi, tetapi selepas 10 tahun kemerdekaan, dalam keadaan tertentu bahasa Cina dan Tamil boleh digunakan dalam dewan. Suruhanjayajuga memperakukan menggugurkan kerakyatan asal sekira memohon kerakyatan Persekutuan, kecuali kerakyatan Komonwel tidak perJu digugurkan. Parti Perikatan memperakukan kedudukan hak istimewa orang Melayu dalam perkhidmatan awam, perniagaan dan perdagangan, biasiswa pendidikan dan berbagai faedah yang disediakan oleh kerajaan. Hanya bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa rasmi. Kerakyatanjus soli kepada semua yang lahir selepas merdeka. Cadangan Parti Perikatan tidak dapat memenuhi kehendak semua orang. Begitu juga cadangan Suruhanjaya Reid dibantah oleh UMNO. Wujud bantahan ini menyebabkan kerajaan membentuk lawatankuasa Kerja yang terdiri daripada empat wakil perikatan, empat wakil Raja-raja Melayu, dan dua orang pegawai British (Ketua Setiausaha dan Hakim Negara). Jawatankuasa Kerja menerima

99 Tunku Abdul Rahman Putra, Lookill?, Back: l'vfolldal' Musisn?,s ond Memories, Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 1977, him. 60; Ramlah Adam, Bio?,ra(i Politik Tunkll Ahdul Rahman Plitra, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2004, him. 249. 100 Tunku Abdul Rahman Putra, Lookin?, Back: .. , him. 63. 101 Ramlah Adam, "Perjuangan UMNO Menentang Malayan Union dan Menuntu! Kemerdckaan 19461957", him. H2. Bukan 20 Februari 1955 seperti tercata! dalam buku Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku Ahdul Rahm(/n Putra, hIm. 263. 102 Mohd. Ashraf Ibrahim, Ga?,aswl Bangsa ,,,"fa/al'an yang BERSATU 194557, hIm. 170.

22

SOROTAN MASA LALU, IKTIBAR HARI INI DAN AKAN DATANG+

cadangan Parti Perikatan, bahasa dan kedudukan istimewa orang Melayu; bahasa Cina dan Tamil bukan bahasa rasmi, dan kerakyatan komonwel tidak perlu digugurkan sekiranya menjadi warganegara Persekutuan. 10J Akhimya melalui rundingan Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Kesimpulan
Sejarah Malaysia boleh diambil sebagai iktibar untuk hari ini dan akan datang. Selain itu peristiwa tertentu yang berlaku dalam Sejarah Malaysia ini jika dipeduli, difahami dan dihayati boleh mewujudkan keamanan dan kemakmuran di Malaysia.

103 Ramlah Adam, "Perjuangan UMNO Menentang Malayan Union dan Menuntut Kemerdekaan 1946-1957", him. 82-87.

23

Anda mungkin juga menyukai