Anda di halaman 1dari 52

TAJUK:

ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR


DISEDIAKAN OLEH:
FATHIAH BINTI HASSAN
FATIMAH MARDHIAH BINTI HJ.MOHD NOR
PQE 3101
SUBTOPIK ISRAILIYYAT

ISRAILIYYAT
PENGERTIAN
BAHAYANYA
TERHADAP
AJARAN ISLAM
CARA
PENYERAPAN
DALAM TAFSIR

PEMBAHAGIAN
PERAWI
ALASAN
MENERIMA DAN
MENOLAKNYA
CONTOH
ISRAILIYYAT
HUKUM
MERIWAYAT
PENGERTIAN
ISRAILIYAT
BAHASA

Israiliyat adalah perkataan jamak bagi Israiliyyah,
iaitu bentuk kata yang dinisbatkan kepada Israil.







ISRA = hamba
IL =Allah
ISRAIL =
hamba Allah
ISTILAH

Sesuatu yang menyerap ke
dalam tafsir dan hadis di
mana periwayatannya
berkaitan dengan sumber
dari Yahudi dan Nasrani.
PANDANGAN ULAMA

Husein Adz Dzahabi
Kisah dan dongeng yang diserapkan dalam tafsir dan
hadits bersumberkan Yahudi, Nasrani dan lainnya.
Cerita-cerita yang sengaja diserapkan oleh musuh-musuh
Islam ke dalam tafsir dan hadis yang tidak diketahui
sumber.
Asy-Syarbasi
Kisah-kisah dan berita-berita diserapkan oleh Yahudiah
ke dalam Islam.



Amin al Khuli
Israiliyat adalah informasi-informasi maklumat yang
berasal dari ahli kitab yang menjelaskan nas-nas al-Quran
atau hadis.
Sayyid Ahmad Khalil
Riwayat-riwayat yang berasal dari ahli kitab, baik yang
berhubungan dengan agama mereka atau yang tidak ada
hubungannya sama sekali dengannya.
Penisbahan riwayat israiliyat kepada orang-orang Yahudi
kerana para perawinya berasal dari kalangan mereka yang
sudah masuk Islam.


CARA PENYERAPAN
ISRAILIYAT DALAM TAFSIR

Orang Yahudi telah berimigrasi secara besar-besaran ke jazirah
arab untuk menghindari tekanan dan penindasan dari Nitus,
seorang panglima Romawi.
Mereka datang ke Jazirah Arab dengan membawa kebudayaan dan
keyakinan agama yang bersumber dari kitab-kitab mereka.
Selain itu, orang-orang Arab pra-Islam pun sering melakukan
perjalanan untuk berniaga ke negeri Yaman pada musim dingin dan
ke negeri Syam pada musim panas.
Kondisi dua kebudayaan ini, iaitu Yahudi dan muslim melahirkan
pemikiran-pemikiran yang berbeza & berlakunya perkongsian ilmu.
Mereka saling bertukar pikiran ihwal masalah-masalah keagamaan.



Perkembangan Islam semakin pesat ketika
nabi hijrah ke Madinah. Disanalah nabi dan
pengikutnya diterima dengan baik oleh kaum
Anshar.
Di Madinah inilah banyak menetap kelompok
Yahudi, seperti Bani Qainuqa, Bani
Quraidzah, Bani Al Nadir, suku Khazraj,
Khaibah, Fadak dan suku Aus.
Umat Muslim dengan kaum Yahudi dapat
hidup berdampingan, sehingga mereka dapat
saling bertukar informasi mengenai berbagai
masalah keagamaan ataupun masalah lainnya.
Rasulullah menemui orang Yahudi dan ahli
kitab untuk dakwah Islam. Orang Yahudi
sendiri sering datang kepada Rasulullah SAW
untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Pada waktu ini kurang berlaku penyerapan
israiliyat kerana segala permasalahan dirujuk
terus kepada baginda.





Mereka yang masuk Islam dari kalangan
Yahudi dan Nasrani adalah kaum yang
berperadaban tinggi. Mereka masih
begangan dengan ajaran agama mereka
terdahulu.
Mereka tidak melepaskan seluruh ajaran-
ajaran yang mereka sehingga
pemahamannya sering tercampur antara
ajaran Islam dengan ajaran terdahulu.



Terdapat kaum Muslim pada waktu itu untuk mengetahui
sepenuhnya tentang seluk beluk bangsa Yahudi yang berperadaban
tinggi.
Maka, muncullah kelompok mufassir yang berusaha meraih
kesempatan itu dengan memasukkan kisah Israiliyat tersebut dalam
penafsiran mereka terhadap kisah yang ada dalam al-Quran.
Akibatnya, tafsir itu penuh dengan kebohongan, bahkan mendekati
khurafat dan tahayul. Setelah Rasul wafat, sahabat mula berijtihad
terhadap hal yang tidak dijumpai. Riwayat dan ahli Kitab menjadi
salah satu rujukan.
Mereka akan menolak jika menjumpai kisah israiliyyat yang
bertentangan dengan syari'at Islam. Mereka akan menangguhkan
jika kisah- kisah itu diperselisihan.


Adz-Dzahabi mengatakan para sahabat tidak berlebih-lebih dalam
meriwayatkan israiliyat
Pada era tabi'in, cerita israiliyat dalam tafsir semakin berkembang.
Sumbernya adalah ahli kitab yang masuk Islam .
Keinginan yang kuat dari orang-orang untuk mendengar kisah-kisah
dalam kitab mereka.
Muncul sekelompok mufassir yang ingin mengisi kekosongan pada
tafsir dengan memasukkan israiliyat.
Sikap selektif dalam periwayatan semakin hilang.
Ilmu hadis tidak dituliskan sanadnya secara lengkap.

BAHAYA ISRAILIYAT TERHADAP AJARAN
ISLAM


Dalam riwayat Israiliyyat terdapat unsur penyerupaan Allah &
mensifatkan Allah dengan sifat yang tidak sesuai dengan
keagungan dan kesempurnaan Allah bagi merosakkan aqidah
umat islam.
Contohnya dalam fasal 2 kitab Sifrut-Takwim menyatakan
selepas Allah selesai ciptakan dunia, Allah telah beristirehat
pada hari ke-7 untuk melepaskan penat lelah.
Sedangkan al-Quran dengan jelas menyatakan :
"Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan langit & bumi dan apa
yang ada diantara keduanya dalam 6 hari (masa),dan Kami
sedikit pun tidak ditimpa kelelahan
(Qaf : 38)


Ia juga mempunyai unsur-unsur penafian terhadap sifat
maksum para Nabi dan Rasulullah, serta
menggambarkan mereka dengan dalam bentuk yang
menonjol syahwatnya, suka buat perbuatan buruk &
perbuatan tidak sesuai bagi orang yang jadi Nabi.
Sebagai contoh, kisah bahwa Nabi Luth a.s. berzina
dengan dua orang puteri kandungnya.
Sedangkan al-Quran dengan jelas menyatakan Nabi Luth
sangat benci terhadap perbuatan kaumnya iaitu masalah
perzinaan dan segala bentuknya.




"Mengapa kamu mendatangi jenis
lelaki diantara manusia.Dan kamu
tinggalkan isteri-isteri yang
dijadikan oleh Tuhanmu untukmu,
bahkan kamu adalah orang-orang
yang melampaui batas"

(asy-Syu'ara : 165-166)

Cerita-cerita Israiliat ini memalingkan manusia
dari maksud & tujuan al-Quran.

Iaitu memalingkan manusia dari memikirkan ayat-
ayat al-Quran, mengambil manfaat dari
nasihatnya serta membahas hukum-hukum &
hikmahnya kerana manusia akan sibuk
menghabiskan waktu kepada hal-hal kecil yang
takde nilai & faedahnya.


Cerita-cerita Israiliat ini menggambarkan seolah-olah
Islam itu agama yang penuh dengan khurafat,khayalan &
kebohongan yang tidak ada sumbernya.
Diriwayatkan tentang sifat Nabi Adam, kepalanya
sampai ke awan ataupun langit & sampai menyondolnya
hingga botaklah kepalanya.Masa dia turun ke bumi,
maka menangislah dia kerana akan tinggalkan syurga
hingga air matanya bagaikan lautan & diantaranya kapal
boleh belayar.

Cerita-cerita Israiliat membuatkan manusia hilang
kepercayaan kepada Ulama' Salaf, baik dari kalangan
para sahabat ataupun tabi'in.
Banyak cerita-cerita Israiliat yang mungkar ini
disandarkan kepada golongan Ulama' Salaf yang selama
ini dianggap sebagai sumber agama ataupun penyelesai
masalah-masalah agama yang penting bagi umat Islam
yang akhirnya mereka dipandang keji kerana kononnya
para Ulama' ini telah menipu umat Islam.

Inilah akibat Riwayat Israiliyyat terhadap aqidah umat
Islam dan juga terhadap kesucian ajaran Islam.
Kaum Yahudi selalu berusaha dengan sungguh-sungguh
untuk mengikis aqidah dan melemahkan kepercayaan
umat Islam terhadap Al-Quran dan Al-Hadits.
Mereka juga berusaha menggoyang kepercayaan umat
Islam terhadap golongan salafussalih yang memiliki peran
dalam memikul risalah umat Islam dan menyebarkannya
ke segala penjuru dunia.

PEMBAHAGIAN ISRAILIYYAT
Israiliyat yang sama dengan apa yang ada di
dalam al-Quran dan as-Sunnah
Kisah Israiliyat yang bercanggah dengan
al-Quran dan as-Sunnah
Kisah israiliyat yang tidak dapat dipastikan
kedudukkannya iaitu (maskut anhu)
2
3
Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah membahagikan
Israiliyyat kepada 3 bahagian:
(Rujuk-Ibnu Taimiyyah,Muqaddimah dalam Usul
Tafsir, m/s 100):
1
Pertama: Israiliyat yang sama dengan apa
yang ada di dalam al-Quran dan as-Sunnah
Israiliyyat yang telah diumumkan oleh pendapat-
pendapat termasyhur akan kebenarannya.
Bahagian ini disebut maqbul(diterima) dan harus
meriwayatkannya.
Contoh: Riwayat yang menyebut rakan seperjalanan
Nabi Musa a.s ialah Nabi Khidir yang diceritakan di
dalam al-Quran dan hadith nabi s.a.w.

Contoh2 lain seperti kisah nabi-nabi
yang terdapat dalam kitab al-Quran
dan kitab hadits sahih seperti nabi
yunus yang ditelan oleh ikan nun, kisah
ketampanan nabi yusuf (Surah
Yusuf:31) dan sebagainya yang
dibenarkan di dalam islam.
Kedua: Kisah Israiliyat yang bercanggah
dengan al-Quran dan as-Sunnah
Israiliyyat yang telah dicatatkan sebagai dusta
atau sesuatu yang sengaja diada-adakan.
Bahagian ini disebut mardud (ditolak) dan tidak
sah diriwayatkan.
Contoh: Kisah-kisah yang mencemar maruah
kenabian seperti dalam riwayat kisah Nabi Yusuf a.s.
apabila menyebutkan bahawa baginda yang
berkeinginan kepada isteri pembesar Al-Aziz dan
sebagainya yang mengaitkan para nabi dengan dosa
syirik, zina dan sebagainya.

Ketiga: Kisah israiliyat yang tidak dapat
dipastikan kedudukkannya iaitu (maskut anhu)

Israiliyyat yang tidak diketahui sama ada benar atau
dusta.
Bahagian inilah yang disebut maskut/mendiamkan diri.
Bahkan hendaklah dikatakan Aku beriman dengan apa
yang diturunkan kepada kami dan apa yang telah
diturunkan kepada nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum
kami, kerana setiap nabi dan rasul yang diutus oleh
Allah itu tidak kami bezakan antara mereka.
Contohnya, riwayat-riwayat yang menyebut bahagian
anggota lembu yang diambil untuk memukul si mati
dalam kisah bani Israil.





PERAWI
SAHABAT
TABIIN
Abu Hurairah
Abdullah Bin Salam
Abdullah Bin Amar
Bin al-Ash
Wahab Bin
Munabbih
Kaab Bin al-Ahbar
TABII
TABIIN
Ibnu Ishaq
Ibnu Juraih
BIOGRAFI PERAWI ISRAILIYYAT
Abdullah Bin Salam
Salah seorang sahabat baginda yang memeluk
Islam ketika ketibaan Nabi di Madinah.
Seorang yang diiktiraf keilmuannya dalam
kitab Taurat dan Al-Quran serta seorang yang
thiqah dikalangan para sahabat Nabi s.a.w.
Kaab Bin al-Ahbar

Seorang yang diiktiraf keilmuaannya sehingga
digelar Al-Ahbar (yang berilmu).
Mahir dalam tafsir dan juga kitab Taurat.
Imam Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasai
turut meriwayatkan hadith dari beliau
menunjukan pengiktirafan mereka terhadap
ketokohan dan thiqah beliau dalam ilmu tafsir
dan hadith.
Wahab Bin Munabbih
Diiktiraf sebagai seorang ulama tabiin. Banyak
meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah, Abu
Said Al-Khudri, Ibnu Abbas, Ibnu Umar.
Imam Bukhari, Muslim, Al-Nasai, Al-Tirmizi dan
Abu Daud turut meriwayatkan hadith dari beliau.
Seorang yang alim dengan kitab Taurat dan turut
mengarang kitab.
Majoriti ulama mengiktiraf ketokohan dan thiqah
beliau.
TIDAK HARUS
MERIWAYAT
HARUS
MERIWAYAT
PANDANGAN 1: TIDAK HARUS
MERIWAYATKAN PERKARA ISRAILIYAT
Dalil yang menyokong pandangan ini ialah hadis nabi s.a.w:

,

Maksudnya: Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan
janganlah pula mendustai mereka, katakanlah kami beriman
kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada kami .
(HR Bukhari)
Hadis ini melarang umat Islam daripada mengambil cerita-
cerita Ahli Kitab yang bersumberkan Kitab Taurat dan
sebagainya.
(Az-Zahabi, al-Israiliyyat dalam Tafsir dan hadis, m/s 55-56) .


HUJAH GOLONGAN PERTAMA
Orang Yahudi mengubah ayat Allah menyebabkan
mereka tidak amanah.

41. demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka
orang-orang yang sangat suka mendengar berita-
berita dusta; mereka sangat suka mendengar
perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi)
yang tidak pernah datang menemuimu; mereka
ini mengubah serta meminda perkataan-
perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-
tempatnya Yang sebenar.
(Surah al-Maidah:41)



Larangan al-Quran berkata sesuatu tanpa ada
asas dan ilmu dan israiliyyat antara kata-kata
tanpa ilmu.

Firman Allah:
dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau
tidak mempunyai pengetahuan mengenainya;
Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan
serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan
ditanya tentang apa yang dilakukannya.
(Surah al-Isra ayat 36)


PANDANGAN 2: HARUS
MERIWAYATKAN PERKARA ISRAILIYAT
Dalil yang menyokong pandangan ini ialah hadis nabi
s.a.w:

, ,


Maksudnya: Sampaikanlah daripadaku walaupun satu
ayat, riwayatkanlah daripada Bani Israil, tiada salahnya.
Sesiapa melakukan penipuan terhadapku dengan
sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya di
dalam neraka.
(HR Bukhari)


Berdasarkan hadis ini, mereka melihat harus bagi
orang Islam menyebut riwayat daripada Bani
Israel dan perbuatan tersebut bukanlah satu
kesalahan.

Pandangan ini tertolak kerana maksud sebenar
hadis ini ialah sampaikan kepada orang Islam
tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada
Bani Israel, dan jelaskan kepada mereka tentang
penyelewengan yang dilakukan oleh Bani Israel
kerana sejarah mereka yang penuh dengan
kehinaan kecuali nabi-nabi dan orang-orang soleh
di kalangan mereka.
CONTOH ISRAILIYAT DALAM
TAFSIR
CONTOH 1
Surah al-Fajr, ayat 6-8 :
Maksudnya : Tidakkah kamu perlihatkan bagaimana diperbuat
oleh Allah dengan kaum Ad yang mendirikan kerajaan yang agung
yang mana tidak pernah dijadikan sepertinya dalam mana-mana
negeri.
Menurut al-Zamahsyari telah diriwayatkan bahawa Ad
mempunyai 2 orang anak lelaki yang bernama Syalid dan
Syadad. Kerajaan keduanya adalah teragung dan mempunyai
kekuasaan yang luas biasa.
Syadad telah mendengar khabar tentang keagungan &
keindahan syurga, maka beliau menyuruh rakyatnya membina
sebuah bandar di tengah-tengah padang pasir di negeri Adan
selama 300 tahun.
Bandar ini besar & indah, yang diperbuat daripada emas,
perak, zabarjad dan yaakut, dikelilingi pohon yang subur &
sungai yang sejuk.
Sehari Syadad dan pengikutnya berjalan di bandar tersebut,
maka mereka didatangi oleh Allah dengan satu suara teriakan
yang kuat dari langit sehingga binasalah kerajaannya.
Ibn Khaldun menegaskan bahawa ia hanyalah cerita dogeng
khurafat Ahli kitab yang tidak ada sumber yang sah mengenai
riwayatnya.
Menurutnya lagi, bandar yang diceritakan itu tidak wujud
sebagaimana yang telah digambarkan.
ATH-THABARI



Mafhumnya : Maka tatkala anak itu sampai (Pada
umur sanggup) berusaha bersama-sama dengan Nabi
Ibrahim, Nabi Ibrahim berkata: "Hai anakku,
sesunguhnva aku melihat dalam mimpi aku
meyembelihmu. Pikirkanlah apa pendapatmu? Ia
menjawab, "Wahai Bapaku, kerjakanlah apa yang
diperintahkan kepadamu, Insya Allah kamu akan
mendapatkanku termasuk orang-orang yang sabar ".


Berlaku pendebatan mengenai siapa anak yang
bersama Nabi Ibrahim ketika itu.
Sebahagian ulama mengatakan bahawa Nabi
Ismail as dan sebahagian lagi mengatakan Nabi
Ishaq as.
Pendapat kedua menurut Ibnu Katsir dan mufassir
lainnya berasal dari israliyat.
Kerana : sumber tafsiran ini berasal dari keinginan
mengangkat nenek moyang bangsa Yahudi yaitu
Ishaq as.



ALASAN MEMASUKKAN ISRAILIYAT
DALAM TAFSIR
ZAMAN SAHABAT DAN TABIIN

Sabda Nabi : riwayatkan
lah atau bertahadits lah
kamu dengan bani
israil,kerana itu semua
tidaklah mengapa.
Mereka menyaksikan Nabi
SAW telah melakukan hal
yang serupa diwaktu dulu
seperti dialog dengan para
tokoh ahlul kitab
Mereka memerlukan ahli
kitab untuk mentafsirkan
ayat yang berhubungan
dengan kisah-kisah
terdahulu
HUJAH MENOLAK KEMASUKAN
ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR
MEROSAK AQIDAH UMAT ISLAM
Terdapatnya penyelewengan dan juga penggubahan
dalam kitab-kitab ahli Kitab selepas kewafatan nabi-
nabi terdahulu.
Justeru itu, kita selaku umat Islam seharusnya
sentiasa mengambil sikap berjaga-jaga dan sentiasa
meneliti kebenaran sesuatu perkara.
KESUCIAN AL-QURAN DICEMARI
Sebarang riwayat Israiliyat yang melampau kepalsuannya
perlu ditolak kerana mencemari kesucian al-Quran.
Keutamaan untuk tidak meriwayatkan Israiliyat dalam tafsir
Al-Quran adalah yang terbaik kerana tafsiran yang terdapat
dalam Al-Quran dan Sunnah nabi s.a.w bersama usaha keras
para mufassir menggunakan aqal yang dipandu syarat yang
tetap, sudah cukup bagi orang Islam memahami mesej yang
hendak disampaikan Allah s.w.t dan Rasulnya.

UNSUR-UNSUR PENAFIKAN
Riwayat Israiliyyat mengandungi unsur-unsur
penafikkan terhadap sifat maksum para nabi dan
rasul, serta menggambarkan mereka dengan imej keji
dan aib yang tidak layak bagi manusia yang
dimuliakan oleh Allah.
Contoh: kisah Nabi Nuh as. minum anggur sampai
mabuk dan kisah bahwa Nabi Luth as. berzina
dengan dua orang putri kandungnya.
MENGHILANGKAN RASA KEPERCAYAAN TERHADAP
SEBAGIAN ULAMA SALAF, BAIK SAHABAT ATAU TABIIN.
Riwayat-Riwayat Israiliyyat menyimpang
kepercayaan umat Islam terhadap sebahagian
ulama salaf dari kalangan sahabat dan Tabiin.
Ada banyak dongeng Israiliyyat yang riwayatnya
dinisbahkan kepada kalangan salafus salih.
Salafus salih yang dimaksudkan seperti Abu
Hurairah ra., Abdullah bin Salam ra., Kaab Al
Ahbar, dan Wahab bin Munabih.

BERPOTENSI UNTUK MEMALINGKAN
MANUSIA DARI TUJUAN AL-QURAN
Riwayat Israiliyyat melalaikan umat dari
pelajaran dan pemahaman maksud ayat-ayat
Al-Quran, melalaikan umat dari pengambilan
manfaat dan iktibar, serta nasihat-nasihat
yang terkandung di dalamnya atau
pemahaman tentang hukum-hukum yang
terdapat di dalamnya.

KESIMPULAN
Israiliyyat merupakan cerita-cerita berkaitan
dengan warisan Yahudi. Ia tersebar melalui
berbagai peringkat dan suasana sehingga
mampu bertapak di dalam karya warisan
Islam, tafsir dan hadis.
Tiada jalan pilihan bagi kita melainkan kita
menolak segala rupa bentuk Israiliyyat yang
menyalahi pegangan kita sebagai orang Islam.
BUKU RUJUKAN
Rozali Adam. Al-Quran di antara Tafsir dan Israiliyyat.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

INTERNET
http://pemudaiman.blogspot.com/2010/08/manhaj-
berinteraksi-dengan-riwayat.html
http://jomfaham.blogspot.com/2011/01/riwayat-
israiliyyat-menurut-perspektif.html
RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai